salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, March 29, 2009

Get ready ur self untuk ditarbiyah..!!

Salam ukhuwah bersulam mahabbah..


Sengaja penulisan ini ku titip ntk renungan bersama


Tiba-tiba ingatan ini menyinggah pada satu peristiwa yang benar-benar membuatku terfikir, tarbiah dan motivasi.. Adakah sama atau sesuatu yang berbeza?? Lalu ku congak-congak diri.






''ana da penat ikut motivasi. Xde pape perubahan pn.ana tetap xde kekuatan untuk bersuara di khalayak ramai,'' teringat luahan hati seorang sahabat yang sering digelar pemalu oleh sahabat-sahabat lain. ''memang enti ke yang nak pi motivasi2 tu atau parents enti yang paksa?''ana sekadar bertanya kerana agak terkaku dengan luahan hatinya.


Lalu,sepanjang cuti sem ini, setiap program yang ku sertai, ku bawa dia bersama. Untuk program yang pertama, pelbagai luahan yang ku dengar dari bibirnya. ''enti,ana tak selesala kalau tak mandi sehari,''. ''enti, tak kan kita minum air sungai je.xbole masak dulu ke?''. ''enti, ana alergic nyamuk.'' ... Lalu ku tadahkan telinga terusan membiarkan dia bersuara.

Hinggalah untuk program yang seterusnya. Sahabatku itu masih setia mengekoriku di setiap program yang ku sertai. Terbaru, dia dilantik menjadi MT ntk program di sekolah lamanya. Yang mengkagumkn ana apabila dia tidak lagi merungut,malah sangat bermotivasi!!

Lalu ku suarakan padanya tentang kehairanan itu.

''ya,ana mmg selalu ikut motivasi yang mencecah beratus ringgt hrganya,tapi ana xpernah dimotivasikn seperti mana tarbiyah yang ana dapat sepanjang ikut program ngn enti. Di situ ana kenal diri,di situ ana kenal ukhuwah meskipn kita cuma tidur berbantalkan akar2 kayu. Pembentangn tanpa whiteboard au mikrofon.sungguh ana benar2 rasa tercabar berbanding program motivasi yang sebelum ini, tidur di bilik yang sangat selesa.makanan yang sangat sedap dn membuatkan ana rasa bosan..





Itulah dirinya yang baru. Sudah boleh menerima dan memberi pendapat. Dia bukan lg seorang gadis yang pemalu tidak bertempat, tetapi dia kini telah menjadi seorang sahabat yang mampu memotivasikn org lain. Alhamdulillah..

Kita pula bagaimana?
Mari bersama kita mengubah diri agar menjadi insan yang sedia untuk ditarbiyah..

Takbir!!
Allahhu akbar!

Maaf atas segalanya..

Bismillahhirrahmanirrahim..

Kesibukan diriku dalam menguruskan hari-hari yang bakal tiba,sedikit sebanyak menguji ukhuwah di antara diriku dan para sahabat.




Buat adilah,diyana, wani sahlan, fatin, chern long, dn smua para sahabat yang lahir pada bulan mac ini, selamat hari lahir. Smoga diberkati kehidupan dan berjaya dunia dan akhirat.

Jua dalam kesibukan ini,membuat aku sendiri terlupa tentang diriku yang bakal menginjak angka 19.
Tidak terlalu tua tetapi bukan bermakna masih muda remaja. Tanggungjawab yang melebihi waktu yang ada yang menjadi salah satu penyebab,aku kalut dalam mengurus hidup.




Buat semua sahabat, seribu kemaafan ku pohon dari kalian kerana kekurangn masa untuk duduk bersembang barang sejam dua. Maaf yang teramat. Bukan bermakna diri ini mengasingkn diri. mungkin salah 1 cara untuk menyelamatkan ukhuwah ini, MARI BERMUJAHADAH BERSAMAKU.. Bersamaku dalam berlari2 agar perjalanan hidup kita,seiring dengan waktu.


Maaf skali lagi kerana cuti sem 2bulan yang pernah aku perkatakan bagai tidak wujud. Maaf sahabat,cuti ku cuma beberapa hari dari 2bulan itu meskipun aku jatuh sakit dan disyaki denggi. Syukran atas doa dan smangat dari para sahabat, kesihatan ku semakin baik. Aku sudah penat berulang alik ke hospital sekaligus mencuri masaku dalam meneruskn mujahadah ini..





Walau apa jua yang berlaku, aku amat menyayangi segala ukhuwah yang pernah bersemi.
Ayuh para sahabat,mari bersamaku berjalan pantas dalam meneruskn kehidupan yang serba singkat ini!!

Salam mujahadah

Thursday, March 19, 2009

Yang kita sering terlupa..

Dengan nama Allah yang Maha Pencipta..



Dua nikmat yang sering manusia lupa. Nikmat sihat dan masa lapang.
Saat kita diuji dengan sakit dan kesibukan,baru terasa penyesalan.
Tulah manusia, sering terlupa dan, ah, sering buat2 terlupa. Tapi,mungkin ada hikmah di sebalik ujian yang mendatang ini. Mungkin kita ada melakukan kesilapan,lalu membuat kita semakin jauh dengan Maha Pencipta. Dia menguji kita untuk mengingatkn kita. Dia menguji kita kerana Dia masih menyayangi kita. Dia tidak mahu kita semakin terpesong jauh dariNya. alhamdulillah atas ujian ini. Mujur kita segera tersedar.

Lalu segeralah kembali pulang padaNya..

Salam muhasabah dan pengoreksian diri.

Wednesday, March 18, 2009

Mereka tak bersalah!!

With the name of Allah,the most gracious n most merciful..


Malam itu adalah malam terakhir prgrm. Us mohd bin sa'id telah diamanahkn ntk mengendalikn malam terakhir itu. Macam biasala,klu namanya muhasabah, psti ada tangisan yang kedengaran. Mgkn disebabkan ini kali pertama diri yang hina ini diberi amanah menjadi facy untuk adik2 dari umur 7 tahun.







Memang syahdu, sayu.. T'esak2 menangis. Lebih-lebih lagi bila dikaitkn dgn ibu bapa. Melihatkn esak tangis yang agak kritikal, sgra ana memeluk sorang demi sorang sambil bertanya apa yang menyebabkn kesedihan mereka berada di tahap itu.
''saya da takde ayah ustzh'' t'isak2 dia memberitahu. Belum sempat ditanyakn soalan yang seterusnya, dia telah bercerita..
''ayah da bercerai ngan mak. Tak dapat jumpa ayah. Telefon je.tu pn kdg2'', terasa air mata yang klua, merembes laju. Oh tuhan, mereka menjadi mangsa penceraian. Tak dapat dibayangkn,adik2 seusia 7-8 tahun itu telah b'perasaan untuk merasai kesedihan apabila ibu bapa mereka bercerai.






Ana tak berhak untuk menunding jari pada sesiapa. Cukuplah sekadar ana mengajak smua berfikir sebelum melakukan sesuatu. Fikirkn risiko yang akan dihadapi.
Ah,sungguh ana tdak layak membicarakn tntg ini krn ana sndri tidak berpengalaman tentangnya. Cumanya,ana dapat membayangkn jika ana berada di tempat org yang tidak bersalah tetapi teraniaya.







Tolonglah berfikir. Tujuan perkahwinan bukan ntk penceraian. Rasanya ramai yang tahu, bahawa penceraian menjadi salah satu sebab gejala sosial dan kadar jenayah meningkat!!
TEPUK DADA TANYA IMAN

Salam mahabbah wal muhasabah..

Wednesday, March 11, 2009

epal tidak semestinya manis...


bismillahhirrahmanirrahim..

epal yang kelihatan menarik itu, ku gigit..
erk.. lahaulawala quwwata illa billah..
pahitnya terasa menjalar tekakku

pd tika yang lain..
ku ulangi perbuatan yang sama tetapi pada epal yang lain
epal yang diberikn oleh seorang sahabat yang tidak gemarkan epal
nampak kusam warnanya,..
Alhamdulillah...masya' Allah..manisnya
terasa mcm tgh makan kerepek sbb terlalu Rangup... masya' Allah

epal dan jalan dakwah..
bagai seakan-akan

semalam, krn dakwah ... aku menangis
sedang kelmarin, baru saja aku tersenyum bahagia kerananya
dan hari ini, kembali hatiku berkocak
ku pujuk hati ini
istighfar ku getar di bibir kering ini




jalan menuju syurga memang getir dan pahit
kerna penghujungnya sangat manis

segera bibirku menguntum senyuman

tuhan, sungguh kau Maha Mengerti akan tandusnya jiwa da'ie mu ini
mohon terus dikentalkan hati ini dan thabat pd jalanMu..
HASBIYALLAHU WANIKMAL WAKIL










BUAT PARA DA'IE
When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember
Allah is The Kind.

When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness,
Allah is The Light.

When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just remember
It doesn't make sense, but Allah is The Wise.

When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember
Allah won't hurt you, He is The Fair.

When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember Allah Sees it all.

When you are weak
And the road seems long
Remember just remember
Seek strength from The Strong.

When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember
Allah is The Able.

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember
Allah is The Only Guide.

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember
Allah is always ready to hear.

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember
Allah is The Rich.

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember
You can always run to The One.

And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Remember just remember
Allah is really here.

halaqah.net





aura insani

120309

Thursday, March 5, 2009

Mencari yang hilang

Dengan nama Allah y Maha Pengasih lg Maha Penyayang


Alhamdulillah 'ala kullihal.. Exam da hbis 3mac y lalu. Rasa kurg sedikit tekanan y melanda kotak fikiran. Smua sahabiah diploma (ITQAN), telah pulang. Terasa kesunyian yang amat di bumi barakah ini. Hanya tinggal pelajar persijilan yang masih terus berjuang menghargai waktu yang terlalu singkat.

Percaya atau tidak,.. Diri ini terlalu merindui fatrah exam. Masakan tidak, Masjid dipenuhi dgn jemaah.muslimin dn muslimat. Surau di asrama sentiasa kedengaran alunan ayat2 suci yang seakan-akan bergelombang kerana paduan suara-suara yang tidak jemu-jemu mengaji saat itu. Asrama bagai hidup 24 Jam!! Masya' Allah.. Tiap kali terkenangkn saat2 itu,hati sntiasa bergetar. Sayu..syahdu.. ya Allah,aku merindui saat2 itu. Tapi kini.. Surau seakan-akan lesu. Tiada lg gelombang2 suara yang menyentap sukma. Segalanya berlalu pergi sepantas berlalunya exam Alquran syafawi dan tahriri..


Bagai sudah menjadi satu lumrah,situasi itu akan berulang saat2 fatrah exam menghampiri. Tika lainnya, mmg sukar dirasai. Hidup seperti insan lain. Meneruskn hari-hari seperti biasa.bagai terlalu banyak masa yang kosong. Walhal pada hakikatnya, KEWAJIPAN ADALAH LEBIH BANYAK DARI WAKTU..


Sengaja penulisan ini ku titip. Buat peringatan untuk diri yang sering lupa.

Moga Allah memelihara hati ini,agar thabat pada jalanNya.. ameen.