salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, January 26, 2010

apa yang tinggal untuk mereka..??

salam merentasi waktu...

Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah yang masih memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan meski terlalu banyak ombak yang melanda pantai hati..

jika dibilang ombak yang mendatang, pasti spirit untuk meneruskan perjuangan makin terhakis.

"Pinta pada Allah agar dikuatkan hati dan iman apabila menghadapi sebarang mehnah yang mendatang, bukan dipinta dijauhkan dari sebarang ujian. jadilah insan yang teguh dan kuat bukan lemah dan pengecut.." itu kata seorang murabbi kepada saya.

Meski tirai 2009 baru berlabuh, telah pelbagai peristiwa yang berlaku di tanah air yang tercinta ini yang menyentuh sentiviti banyak pihak. saya mungkin tidak mampu untuk mengulas dengan lebih terperinci tentang apa yang berlaku kerana ada yang lebih tahu kebenarannya.

pejam celik pejam celik, mesyuarat penyusunan planner sem ITQAN untuk tahun 2010 telah pun selesai. Mungkin ada yang perlu ditambah dan diperbaiki. Cuma yang agak mengurangkan mood saya untuk berbincang mengenai planner ini adalah disebabkan faktor masa yang terlampau singkat yang tinggal untuk saya berada di bumi barakah ini. Sempatkah saya menyelesaikan perjuangan saya di sini...???

Tak sampai setahun pun lagi... rasa kelu tiba-tiba..

apa yang saya dah sumbangkan untuk masyarakat di dalam dan luar DQ ni??

adakah saya perlu meninggalkan adik-adik hanya dengan tangan kosong yang tiada erti..??

Exam oriented banyak mencorakkan bumi barakah ini dengan warna-warna kusam dan pudar..

lalu, lihatlah apa yang terhasil.

malah, ramai yang tidak menyedari bahawa masing-masing sedang dikawal. Exam oriented menyebabkan majoriti pelajar belajar demi mengejar pointer yang empat itu.

maka, ramailah yang berjaya memperolehinya dengan kadar kemanusiaan dalam diri berada di tahap paling rendah.

ah, gasaklah dengan orang lain!
aku ada matlamat dan cita-cita.. peduli apa dengan yang lain!!

suara hati binatang pun tidak sebegitu...

berapa ramai yang sedar tentang hakikat yang berlaku.

apa yang disedari, kita makin maju... (konon-kononya)..

sijil..diploma..degree...dan sebagainya..

saya akui tentang kemajuan itu. Tahu mengapa??

"Tanda kemajuan bagi sesebuah tempat atau negara itu, apabila kadar keruntuhan akhlak berada di tahap yang maksimum"...kata seorang cendikiawan.

Maju bukan tempat kita?
negara kita...

ah, bangganya saya..

Ya Allah...masa semakin suntuk. sempatkah untuk saya meninggalkan sesuatu demi menyedarkan generasi yang seterusnya bahawa kemajuan yang kita hadapi sekarang banyak membawa kepada kerosakan sahsiah peribadi muslim demi manggapai daulah Islamiyah di negara nan damai ini...???

moga Allah beri yang terbaik sebelum saya melangkahkan kaki pergi dari sini...

walllahu a'lam


teruskan mencari diri...

Tuesday, January 5, 2010

Tarbiyah itu perlu..!

Salam perjuangan..
Belum trlewat ntk saya menulis tntg azam baru smpena tahun hjrah y ke 1431. Ada apa pd hijrah..?
Nggak ada apa2 dong jika kamu nggak ngerti maknainnya..
Mahu tak mahu, hijrah itu perlukan pengorbanan.
Mesti dan pasti.

''oit,kau nak brubah tak?''
''ha,apa geleng2..''

Ops, jangan salah faham. Itu persoalan buat diri saya.
Nak berubah, kena bnyak berkorban.
''korban apa lagi?.. Bukan baru raya korban ke aritu?..

''la, kata aritu nak perbaiki diri.. Nak masyi quran.. Nak amal isi kandungan Alquran... Kalau gini lagunya, mimpi d siang hari jela..

Tidak mengapa.
Hijrah bukan sesuatu yang mudah.
Mari kita melangkah step by step.
Bersederhanalah..
Dan istiqamah.

Ajar diri ntuk sedia ditarbiyah.
Dulu2 umi abah tarbiyah kita ngan rotan. Rasa sakit sangat.
Tapi hakikatnya, rotan itu mampu menggerakkan kita dengan tekanan yang diberikan.
Tapi kini tdak lagi. Kita semakin dewasa dn tidak mengerti bagaimana mahu mentarbiyah diri.. Malah merasakn tekanan itu, satu kongkongan..

Jadi, sama2lah,.. Kita belajar melangkah perlahan-lahan tapi berterusan.
Andai tersadung jatuh langkah itu, anggaplah ia sbagai penyuntik smangat ntuk kita trus bertahan...
Ingat wahai diri, tarbiyah itu perlu ntuk pengislahan.
Mahu jadi sahabat baik?
Mahu jadi anak y soleh?
Mahu jadi hamba yang taat kepada Tuhannya?
Smua itu prlukan pengislahan.
Pengislahan itu adalah melalui tarbiyah.
Tarbiyah itu perlu ntuk satu penghijrahan kpd yang lbih baik..! ;-)

Salam tarbiyah buat smua..!



teruskan mencari diri...

Usah di tunda

Semalam kau lewat sebagai saksi yang adil.
Hari ini juga menyaksikan perbuatanmu
Jika semalam engkau berbuat buruk
Lipatkanlah kini dengan kebaikan, engkau terpuji.
Jangan kau tunda perbuatan baikmu sampai esok
Barangkali esok akan datang namun engkau telah tiada

Telah kau lakukan dosa yang kau inginkn
Kau tunda juga taubat di masa datang
Sedang mati datang di saat tiada di duga
Itu bukan perbuatan orang yang berakal..



truskan mencari diri...

Sufi mencari diri..

Engkau derhaka
Tp mngaku cinta pada-Nya
Inilah keanehan zamanku
Jika benar engkau cinta
Tntulah mentaati-Nya
Selalu.
Pencinta akan taat pada kekasihnya!!


teruskan mencari diri...

Sunday, January 3, 2010

bintang di langit malap
bukan pintaku
angin menghembus taufan
bukan doaku
usah peduli dengan sang prejudis itu
mengapa perlu berkata pada stigma yang belum ada kebenarannya...??
maka bertebaranlah dusta-dusta yang lahir dari bibir yang hari-harinya konon-kononnya zikrullah..!!
usah kau bilang aku si anak kecil yang bodoh tidak mengerti
hidup ku di sini kerana ingin mencari
ya, status itulah yang membuat ku masih bertahan dengan segala mehnah tribulasi yang mendengki
aku bukan jiwa sufi
tapi belajar untuk itu demi menghirup secangkir kebahagiaan di tengah kekucaran ini
dan kau, apa yang kau fahami
meski senyapku kaku,
itu tak bererti aku dungu
aku insani
segala naluri yang mereka rasa pun turut aku punya
Tuhan beri aku segala untuk disyukuri dan diperguna dengan sebaiknya
bukan membabi buta menyerang tanpa memahami konsep "fatabaiyyanu"..
ah, ku pikir, kau semestinya mngerti
bukan ku guna bahasa seni untuk menjelaskannya..!!
pandang, rasa dan hayatilah
apa implikasi yang terhasil dari bicara penuh dusta dalam khabar berita yang kenal erti dosa....
kau, pikirlah sendiri
bukankah Tuhan telah mengurniakan akal buat aku dan kamu....



teruskan mencari diri...