salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, March 24, 2010

sebatang lidi pun bisa patah,
berjuang seorang lebih mudah goyah,
bebas.. tapi mudah terbabas....
kerna itu Tuhan cipta kita pelbagai,
mahu kita bergerak bersama,
bukan untuk mencipta nama,
tapi bersatu mengembalikan yang kian hilang,
menyinarkan kembali yang makin kelam...
bawalah ISLAM ke mana saja
islam tak perlukan kita tapi kita yang memerlukannya,...
sefikrah mungkin sukar
asal punya matlamat yang sama..
berganding bahu mencetus mahu,
menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil
Daulah Islamiyah kan kembali tertegak
optimislah dengan janjiNya...
ana imtiyaz
-240310-

teruskan mencari diri...

Monday, March 22, 2010

biar terbuang terus berjuang

Insha Allah Lyrics

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


p/s: lagu ini saya tujukan buat ahli2 politik yang suka bermain lompat2 katak...ops..

politik beb..mana boleh masuk campur.. kang kena tahan ISA(ikut suka aku) kang...
umo pun belum boleh mengundi lagi...
tapi, Insya' Allah PRU yang ke-13 ni, cek pi turun ngundi

apa kena mengenala dengan lirik kat atas tu kan...

cuba kita fikir2 balik.. knapa ahli politik tu melompatkan dirinya keluar dari parti asal...???

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


mgkn apa yang dijelaskan dalam lirik ini,berlaku pada beliau..

xpa2.... ingat kata teman, kalau buat sesuatu kerana Allah, usah risau kita terbuang, terus berjuang...


teruskan mencari diri...

buat ummi.....



Tiba-tiba rindu pada ummi… walhal baru sebentar tadi mendengar suara sayunya dari speaker handphone. Mungkin kerana telah lama tidak pulang membuatkan saya onar sebegini. Benar-benar gelisah merindui seorang insan yang bergelar ummi. Saya jarang mempunyai perasaan sebegini. Kerana sejak sekolah rendah saya dilatih berjauhan dengan keluarga. Tapi kini saya bukan lagi di bangku sekolah, tetapi di kampus.



Naluri untuk pulang ke rumah, meronta-ronta sepi.

Sabar wahai diri…

Saya segera menyelesaikan gerak kerja yang masih tertangguh.
Bukan sengaja tidak mahu pulang, tapi perjuangan menuntut 1001 pengorbanan.
Ummi, doakan anakmu ini sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah s.w.t….
Lagu pejuang nyanyian kumpulan the zikr yang sedang beralun menambah sayu di hati. Ya Allah, kuatkan hati ini…

Ummi, adalah insan yang tabah menghadapi mehnah hidup dalam membesarkan 12 orang anak. Jiwanya muda, seperti anak-anaknya. Cuma ummi tidak gemar melihat anak-anaknya membaca novel-novel yang berunsur cinta yang membuang masa.

“Ya Allah, lekanya budak-budak ni. Tu dah lekat ngan novel tu, tak gerakla nampaknya. Tak berasapla dapur tu hari ni…”

ayat ummi bila melihat kami terlalu ralit menghadap novel. Sekarang saya tidak lagi membaca novel-novel sebegitu. Itu Cuma waktu zaman kanak-kanak dulu.

Bila teringat ummi, saya bisa tergelak besar secara tiba-tiba, atau tersenyum bahagia, tersengih musykil, dan paling penting, saya mampu untuk mengalirkan air mata yang mengandungi seribu makna dan tafsiran.

Ummi bukan insan biasa meski dia tidak lari dari berbuat khilaf.
Sejarah hidup ummi, banyak mengajar saya erti ketabahan hati seorang anak gadis yang dibesarkan tanpa kasih sayang dari seorang ibu.
Hati saya bertambah hiba………………………………………..
Moga ummi mengerti mengapa saya pulang ke rumah cuma sebulan sekali…kadang-kadang 2 bulan sekali. Meski jarak kampus ke rumah tidak sampai 1 jam jika berkenderaan sendiri dan 3 jam jika menaiki pengangkutan awam.

Ya Allah, moga perjuangan ini diredhai oleh Mu dan ibu bapaku.
Dan semoga perjuangan ini, tidak menjadi hijab hubungan di antara kami anak-beranak.
Semoga perjuangan ini menjadi wasilah untuk diri ini mengislahkan diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan.
Ameeen……………

Salam juang menjadi insan yang murabbi.


teruskan mencari diri...

ini jalan ku

lewat sudah cuti ini menjengah
membawa diri ke medan pengoreksian
tampak serba kurang
bukan mujahid di medan perang
cuma mencari ruang
merawat luka dalam
sepanjang musafir dalam percutian
khilaf pendapat itu biasa
khilaf menerima kekhilafan yang lain itu luar biasa
ayuh baiki sementara masih tersisa
insan biasa memang begini
bukan maksum seperti nabi
carilah hikmah setiap yang terkurang dan terlebih sesuatu mehnah
lihat, pandang dan telitilah
usah menggunakan zhon yang bisa merosakkan
salam intifadha merawat diri..
aku cuma insan dhaif lagi hina..


teruskan mencari diri...

Tuesday, March 9, 2010

pemikir atau copy paste?


Generasi pemikir atau generasi copy paste

Zaman kini telah menghasilkan pelbagai jenis generasi. Dan setiapnya pasti ada kepentingan masing-masing.
Di zaman yang serba canggih ini, kita semakin kekurangan generasi pemikir.

Tapi benarkah??
Seringnya pabila menyiapkan kertas kerja untuk melaksanakan sesuatu, kita lebih selesa menggunakan kertas kerja yang lama dan diedit kembali.
Namun itu bukan persoalan utama…


Kita semakin hilang generasi pemikir kerana semakin bertambahnya generasi copy paste.
Generasi copy paste atau juga boleh diertikan sebagai generasi taqlid.
Pemerhatian yang dilakukan banyak membuktikan generasi pada hari ini, semakin kurang berfikir malah malas untuk berfikir.


“small matter la beb. Ikut dia la nak buat apa,”
“ko sibuk-sibuk ni apsal…??? Jadi prob ke beb??..”
“aku,aku..kau,kau..,”


Mungkin ada yang menganggapnya, ia bukanlah suatu masalah yang kronik. Tapi hakikatnya, ia adalah masalah yang sangat kronik lebih-lebih lagi apabila ia berkait rapat dengan aqidah muslim.


Masih tidak dapat menerima bahawa kekurangan generasi pemikir adalah masalah yang berat…??
Itu terpulang. Saya sekadar berkongsi pendapat tentang generasi masa kini.
Melihat kepada isu-isu semasa, contohnya isu kalimah Allah. Dengan sewenang-wenangnya, kita menerima pakai apa yang termaktub dalam media massa yang penuh dengan kebobrokan. Bukan sahaja media massa, waima apabila kita menghadiri sesuatu diskusi atau ceramah sekalipun, kita tidak sepatutnya menerima bulat-bulat apa yang disampaikan.
Di dalam Alquran juga menekankan tentang konsep fatabaiyyanu…..

tetapi, berapa ramai yang rajin mencari kebenaran untuk isu-isu seperti itu..??
Lalu ramailah yang hanyut….. dibawa arus penipuan akibat malas berfikir panjang.
Mengapa saya menyebut generasi copy paste bukan generasi taqlid?? Kerana generasi masa kini, lebih gemar menyalin pendapat orang lain yang tidak pasti akan kebenarannya dan ditampal menjadi pendapat sendiri.

Semakin hari, semakin kurang golongan mufakkirin. Sedangkan mufakkirin sangat diperlukan demi menjana dan menjayakan pelbagai misi.
Akhir kalam, kitakah generasi copy paste itu? Meniru bulat-bulat budaya barat dan menampalkannya di badan sendiri…

Kitakah salah seorang daripada generasi copy paste itu??







teruskan mencari diri...

Wednesday, March 3, 2010

la tahzan ya ukhti..


semalam,
bicara mu ku dengar,
sayup dari jauh pendengaranku menangkap bunyi sendu..


usah bersedih duhai ukhti,
jalan perjuangan memang begini rasanya
bertahanlah kerna kau masih baru
tekad dan binalah semangat

dugaan adalah makanan rutin yang perlu kau telan...
mgkn kekurangan yang terlihat itu bisa kau islahkan
jangan bersedih dan bertindak berdiam diri
itu bukan jalan terbaik buatmu..

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga dia mengubah nasibnya sendiri..." (ar-ra'd:11)

ku yakin, kau sangat mafhum dengan ayat ini...

istiqamahlah sedayamu..

moga Allah kan terus memberi kekuatan kepadamu untuk meneruskan perjuangan yang sangat getir ini..

salam mujahadah fillah..

teruskan mencari diri...

Tuesday, March 2, 2010

puisi buat renungan

memimpin generasi penentang
kononnya tampak mudah
lelaki kan tidak mudah mengalah
memimpin dan memimpin dan terus ditentang
hingga tiap segala bantuan bagai sukar diperolehi
hingga tiap segala permintaan semakin sukar dipenuhi

mungkin perlu diimbas kembali
di kelompok penentang itu, aku pernah berada di situ
kan pernah ku bilang
manusia akan menentang apa yang tidak difahaminya
bukan tidak cuba mengerti
tapi kefahaman dan kejelasan itu
belum benar-benar sampai....

kau mungkin tidak,...
maksudku, kau orang yang faham
kerna itu kau tidak menentang
dan sekarang masanya untuk generasi kita memimpin
apa salahnya ibrah sewaktu ku pernah menjadi penentang
kau ambil sebagai teladan dan pengajaran

berada di sebelah pihak
kau tak mungkin mengerti bagaimana perasaan sebelah pihak,...
lagila mereka...
tidak faham dan tak mungkin akan faham tentang apa yang kita perjuangkan
cumanya, aku inginkan kepastian
adakah kau kan tetap tegar untuk tidak cuba mengerti perasaan hati si penentang...???

sedarlah,
generasi penentang itu mungkin cuma mehnah luaran
apa yang perlu untuk kau tentang dan kawal kembali
adalah sikap ego yang menyalut tebal jiwa kerasmu...
ego itu tidak mengapa...aku dan kau cuma insan biasa
tapi, jangan disebabkan ketebalan tahap keegoan dan sifat mazmumah yang merajai diri,
bisa menambah ramai generasi penentang kepimpinan zama kita
dan menambah sukar modus operandi pengislahan jiwa-jiwa fardhu muslim dalam menjulang kembali khilafah islamiyah....


kau kan orang faham...
renung-renunglah sendiri.....





teruskan mencari diri...