salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, October 31, 2011

Si pengemis itu.


"Pakcik, ikan ni sekilo brapa?"

" Sawi ni pakcik tanam sendiri ka?"soal pembeli kepada peniaga.

"Tolong petik kangkung kat belakang umah sat,"pinta umi pada anaknya.


"Kami nak yang hat ni sekilo pakcik,boleh?"...

Meriah sungguh pasar minggu itu. Saya jarang ke situ,hanya ke pasar malam sahaja yang agak kerap. Itupun dalam dua-tiga bulan sekali.

Percaya atau tidak,saya hanya pernah beberapa kali sahaja ke pasar minggu itu. Walhal, pasar itu adalah tempat ayah saya membeli barang-barang basah dapur pada setiap hujung minggu.
Kalau saya pergi pun, saya hanya menjadi pemerhati dan pengangkut barang-barang.

Bukan seringgit dua abah beli. Fuh, tak terkiranya banyaknya. Biasalah anak ramai. Tambah-tambah lagi kalau anak-anak yang duduk hostel dan asrama dok pakat balik rumah.

Macam kenduri lagaknya.

Alhamdulillah..thumma Alhamdulillah...

Dulu waktu kecik-kecik,sokmo ngendeng-ngendeng kat ummi nak ikut abah pergi pasar. Tapi sekarang ni dah besar. Abah pun tak berapa galakkan anak-anak perempuannya ke pasar selagi ada orang lelaki yang boleh diharapakan dalam rumah.

Di bumi Jordan ni, la budda, tidak boleh tidak, mesti ke pasar untuk mencari barang-barang dapur. Tiada lagi abah, abang atau adik lelaki di sini. Segala-galanya perlu belajar sendiri. Tahu atau tidak tahu barang-barang yang nak dibeli dalam bahasa arab,ia tetap perlu dibeli.Maka belajar itu adalah menjadi kewajipan pada setiap hari. Belajar menelusuri hidup di tanah orang.

Meskipun di sini,tiada sayur-sayuran yang menghijau, atau ikan-ikan segar dan haiwan-haiwan laut yang boleh dibeli atau dimasak,belajarlah untuk bersyukur.

Simpan sahaja rasa ingin makan tomyam seafood, atau sayur-sayuran yang rangup.

Belajarlah menerima sesuatu yang berbeza.

Kelmarin di pasar itu, pengemis yang sama saya temui lagi. Tapi tidak seperti kelmarin sudah,hari itu dia hanya memandang sahaja saya dari jauh.

Perjalanan pulang ke rumah menemukan saya dengan pengemis yang lain. Saya belum pernah melihat makcik itu. Air wajahnya teramat sayu. Sebak.


Segera saya mengeruk beg yang saya sandang. Tidak ketemu apa-apa.

Saya menatap plastik yang berisi barang yang baru dibeli dari kedai. Cuma setin susu cair. Hakikatnya saya memang bercadang untuk membeli barang-barang dapur yang telah habis.Yakni,lebih dari setin kecil susu itu.

Tapi,saya hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya dan perancangan saya sudah pasti banyak kekurangannya. Kewangan saya tidak mencukupi. Itu pun hanya saya sedari selepas barang-barang yang diperlukan telah saya letakkan di kaunter pembayaran. Terpaksa saya menolak barang-barang lain dan akhirnya tinggallah setin kecil susu cair.

Saya segera membayar dan beredar selepas menyedari pakcik kedai tersebut memandang hairan pada saya.

Ya,makcik tua yang kelihatan seperti pengemis itu,kelihatan bersih wajahnya.

Selepas menatap wajahnya dari kejauhan, saya segera melangkah pergi.

Saya mungkin sama dengan pengemis itu. Namun, nilai taqwanya di sisi Allah, boleh jadi lebih baik berganda-ganda dari saya.

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(Surah al-hujurat 49:13)


Allahhu akbar..

Sayalah pengemis sebenarnya...

Yang sering mengemis cinta dan kasih dariNya.........

Mengemis dan terus mengemis...~

Tuhan,hadirkanlah cintaMu buat diri ini.....

Sunday, October 30, 2011

Pabila KLIA melambaiku pulang~

Pernah?
Diganggu mimpi yang mengetuk2 diri..?

Di laut mati itu,
Aku prnah memikirkan tentang itu..

Pernah itu bukan sekali dua,
Tapi kekerapan yang buat aku terasa culas

Tuhan,
Petanda apakah ini..

Spirit yang bersisa,
Hanya tinggal sekelumit cuma..

Siapa kata aku betah di sini..
Mngapa jiwaku seolah2 menafikannya..

Kelmarin,
Jua semalam,
Mimpi yang sama bertandang lagi..
Dan aku bagai masih kaku ntk mnafsirkannya..

Tuhan..
Jiwa ini makin luruh..
Kesejukan yang bertiup hingga menyucuk ke tulang hitam itu, benar2 menyentuh hati..

Aku kah yang lemah Tuhan..

Pintaku,
Izinkan aku mngerti hakikat mimpi2 itu...

Aku ingin pulang Tuhan...




_teruskan mencari erti_






291011

11pm, Urdun.

Sunday, October 23, 2011

Saya Masih Muda


"Umur awak berapa?"seorang adik bertanya.

"muda lagi," saya menjawab selamba.

"Muda tu berapa ya, kalau saya 18 tahun, awak 17 ka?,"

Ceh, macam perli pulak minah ni...

"21............."

"Oh,kakak la ni... akak dulu belajar mana sebelum ni?" dan macam-macam lagi soalan yang ditanyakan pada si tua yang perasan muda itu. Almaklumlah,bukan budak sekolah,jadi soalan yang ditanyakan pasti bukan tentang sekolah.

Ya, saya hadir di bumi syam ini, demi menyambung pelajaran di peringkat degree selama empat tahun atau kurang daripadanya. Atau istilah lain, saya adalah pelajar sobahi bukan tajsir ( yang boleh transfer kredit) yang hanya perlu duduk di bumi syam ini tidak lebih tiga tahun meskipun saya memiliki diploma dalam bidang yang sama.

Ada apa pada segulung diploma?
Banggakah usia lebih dari yang biasa?

Tidak ada yang perlu dibanggakan,cuma secebis segan yang sering bertamu disebabkan usia yang agak lanjut berbanding pelajar tahun satu yang lain.

Usianya sudah melepasi angka 21. Amalnya bagaimana?

Andai saat ini nafas terhenti buat selamanya, bisakah umur yang dimiliki mampu menyelamatkan diri dari siksa kubur dan api neraka?

Pada suatu hari, saya telah terlewat ke kelas English. Saya yang masih berada di library tika itu,berjalan sepantas mungkin melangkah menuruni anak tangga library. Sedar tak sedar dalam kegopohan itu, saya harus melalui kawasan utama universiti.

Oh,bukan harus,tetapi MESTI.

La budda yakni tidak boleh tidak untuk saya sampai ke kelas. Kawasan yang menjadi tempat lepak pelajar-pelajar universiti yang sangat bijak dan cerdik kerana tidak perlu bersusah payah menyusun masa demi mendapatkan masa yang terbaik untuk mengulang kaji pelajaran. Almaklumlah,belajar menggunakan bahasa ibunda. Lainlah seperti saya dan pelajar Malaysia lain yang perlu berusaha untuk rajin supaya faham apa yang dipelajari dalam kelas.

GEDEGANGGGG!!!!!!!!!

Saya tidak pasti apa yang berlaku. Apa yang pasti saat itu, hampir kesemua mata memandang ke arah saya.

Ya Allah..apakah yang telah berlaku!

Kaki saya tidak menyedari akan kewujudan besi palang di bahagian khemah yang saya lalui. Alhamdulillah, saya tidak terjatuh tersembam. Malah meneruskan perjalanan ke kelas seperti tidak ada apa yang berlaku meskipun telinga saya menangkap gelak tawa dari pelajar-pelajar arab yang melihat kejadian itu.

Sakit itu berlarutan hampir sebulan, tetapi saya seakan-akan tidak menghiraukannya.

BONGKAK! Ego! Itulah manusia yang seakan-akan tidak peduli dengan sebuah ketukan hidayah dariNya.

Terlupa untuk menilai diri.

Eh,ingat Allah saja-saja je ke bagi langgar kaki dengan besi haritu?
Awak, there's no accident in life!


Bukankah segala yang berlaku itu di bawah penguasaan Dia...?

"(Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah, Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu". (QS. Al An’aam, 6:102)


Tapi kita selalu memandang enteng setiap yang berlaku.


Sepatutnya, seusai kaki saya mencium palang besi itu, saya harus beristighfar. Siapa cakap tak sakit? Sakit wo...


Tapi tak terlintas lansung di benak saya rasa bersalah. Mungkin kerana rasa malu menebal dalam diri akibat merasakan apa yang baru berlaku itu, adalah sesuatu yang mengaibkan.
(Mengaibkan pada pandangan mata manusia)


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar," 
(QS. Albaqarah, 2:155)

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (QS. Albaqarah, 2:156)





Masuk minggu ketiga selepas kejadian itu, baru minda saya mengulang kembali detik kejadian tersebut.
Saya terlupa bertanya pada diri, dosa apakah yang telah saya lakukan sehingga ditegur Allah dengan kemalangan kecil itu?


Terlupa untuk memuhasabah diri. Aduhai diri...........



"Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)". (QS. Albaqarah, 2:215)




Ah,benarlah.


Usiamu banyak tapi pengakhirannya penuh dengan sesalan bukankah itu sesuatu yang sia-sia?



Biarlah usiamu singkat,tetapi itulah yang akan menghantarmu bertemu denganNya di syurga..


Ah,itukan lebih manis.


Untuk apa jadi si tua yang lupa.




Kadang-kadang hatimu menegur akal yang buat-buat lupa, tapi kerapnya akal sering dengan egonya.


Bukankah akal dan hati itu perlu bekerjasama dengan iman untuk memimpin diri menujuNya?






P/S: adakah ini bermakna saya harus merasa diri sentiasa muda?


Zikir Fikir...



Thursday, October 6, 2011

Debu - Nyawa dan Cinta (The Soul and Love)




Nyawa dan cinta menjelma
Yakni kedua-duanya
Di zaman dulu bersama
Diciptakan oleh Allah


Reff :
Dengan cara sangat khusus
Roh dan cinta dicampurkan
Dan cinta yang memang halus
Menghilang dalam campuran

Kekuatan campurannya
Menyatukan roh dan cinta
Entah cinta atau nyawa
Jadi zat atau sifatnya

Mungkin cinta jadi zatnya
Yaitu zat campurannya
Mungkin roh jadi sifatnya
Atau mungkin sebaliknya


Reff :
Natijah campuran itu
Cinta dan roh berbicara
Dan saling dengar begitu
Bersama dipelihara

Asal cinta api tapi
Angin itu asal nyawa
Angin menyalakan api
Maka membakar anginnya


Reff :
Entah ini, entah itu
Saya tidak tahu, kawan
Memang tidak tahu jitu
Adalah keajaiban

Riyadhussolihin.


Qiblatnya benar-benar lurus. Menghadap dinding konkrit berwarna putih. Di ruang itu kami sering bersama-sama.
Tapi pagi ini, Almathurat yang dibaca, berjaya menembusi dinding yang dikatakan konkrit itu. (konkrit kah? Belum pernah mencuba lagi…)

Almathurat di sana pun baru selesai dibaca. Jam menunjukkan angka 7pagi.Masing-masing mengambil posisi lentok berdekatan dengan sofa. 
Ni belum zikir Almathurat kubro lagi… Tak sampai beberapa minit,hampir kesemuanya syahid.
Tinggal ummi yang meneruskan kerja-kerja mengiranya selaku juruaudit merangkap bendahari abah tercinta. Ah,ummi seorang suri rumah yang sangat setia. 
Kebiasaannya sekitar jam 8 pagi,agenda seterusnya akan bermula. Bacaan surah pilihan,tazkirah dan solat dhuha. Bergantung juga pada akitiviti anak-anak yang sering menggangu agenda rumah hasil perah otak Ummi tercinta. Waktu cutilah waktu yang terbaik dan kerap diadakan aktiviti bersama keluarga seperti ini.

Tapi kini…saya tidak pasti jika ada rutin yang berubah. Anak-anak ummi tiga orang telah terbang jauh. Seorang di mesir, seorang di Jordan dan seorang kakak yang baru mendarat di kota London minggu lalu bagi menyambung pengajian di peringkat Master. Dua orang di IPTA tempatan. Tiga orang di sekolah menengah. Ada yang sedang menjalani peperiksaan dan ada yang bakal menduduki SPM beberapa bulan lagi.

Alhamdulillah,masih ada adik-adik di rumah buat menemani ummi. Tiga orang adik yang bersekolah di sekolah rendah berhadapan dengan rumah. Keluar jam tujuh pagi,pulangnya tetap selepas jam empat petang.
Ya,rutin itu pasti berubah. Moga rutin itu menjadi lebih baik meskipun bilangan anak-anak di sisi tidak mencukupi.
Mampukah saya mewujudkan suasana seperti itu di rumah sewa yang baru saya duduki sejak sebulan yang lepas. Sebulan?
Masya’ Allah,telah cukup sebulan saya di sini. Cukup sebulan detik ummi dan abah mendakap saya di lapangan terbang KLIA berlalu.
Lalu saya harus menanti suasana yang membentuk jati diri saya atau saya yang harus membentuk suasana...???
Masa terus berlalu. Zon selesa telah sebulan saya tinggalkan.
Ya, Darul Quran JAKIM yang sarat dengan biah solehah (persekitaran yang baik)..
Jua rumahku syurgaku milik abah yang menjadi tempat berteduh sejak sekian lama yang jua sarat dengan tarbiyah.
Juga program-program yang bermanfaat buat rohani dan jasmani yang bersepah-sepah di Malaysia. Cuma mahu atau tidak.
Di kampung mu’tah ini, saya yang harus membentuk diri dan jiwa. Mahu tewas dengan kepanasan musim soifi atau kesejukan musim syita’ pun saya jua yang memilih.
Mahu fokus dengan akademik dan persatuan atau akademik semata-mata pun saya yang harus membuat pilihan.
Saya mahu rumah sewa ini disirami dengan cahaya riyadhussolihin pun,saya jua yang perlu membuat pilihan!
Hasbunallahhu wanikmal wakil…~
Siiru ‘ala barakatillah.