salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, February 25, 2015

Yang terakhir kalinya.

Katanya, akan bertolak ke mator ( baca: lapangan terbang) tepat jam 11 malam.

Hujung minggu ini penuh dengan agenda-agenda berat dan mungkin kali terakhir untuk aku memberikan partisipasi.

Usai pulang dari kelas, aku bergegas pulang dengan otak yang penuh dengan peta.

Ya, peta ke mana harus ku tuju sebaik sahaja selesai kerja-kerjaku di rumah.

Aku tiba di rumah jam 2.45 petang.
Masak, solat asar dan makan tengahari adalah antara perkara penting yang perlu diselesaikan.

Hampir terbakar dapur rumahku gara-gara kabut menyusun atur perjalanan hidupku untuk hari ini.

Setengah jam sebelum maghrib, baru aku berjaya mengeluarkan diri dari rumah.

Sudah seminggu jalanku tempang, maka, langkahku agak lambat berbanding kebiasaan.

Fikirku mahu sebentar sahaja di rumah adik usrahku, namun ternyata naluri keibuanku berat mahu melepaskan dia pergi..

Aku ada janji temu selepas isyak iaitu jam 7 malam. Penting juga janji temu itu kerana masa kian suntuk buat persiapan bagi Mesyuarat Agung hujung minggu ni dan kali terakhir untukku di sini.

Perancanganku mahu wida' (baca : bersalaman buat kali terakhir di sini) seorang lagi sahabat seperjuangan sebaik sahaja selesai janji temu. Mungkin menyinggah barang 20-30 minit buat kali terakhir di sini.

Ah,banyak pula kali terakhirku.

Nyata, dengan waktu yang agak lewat,jam 9.30 malam, menyukarkan pergerakanku. Waktu begini biasanya banyak kedai sudah ditutup dan jalan agak suram.

Aku meminta keizinan murokib (baca : pelajar lelaki yang menemani pelajar perempuan yang keluar atas urusan penting pada waktu malam) untuk singgah di rumah sahabat itu.

Secepat mungkin ku ayunkan langkahku.

Kebiasaanya di sini, pelajar yang akan pulang ke malaysia (baca: khirij / grad), dilayan seperti pengantin dan rumahnya akan penuh dengan tetamu.

Aku menjenguknya di bilik.
Dia sedang berbicara di telefon. Aku tahu, tidak sepatutnya aku mengganggu perbualan dia dan orang di talian, tapi disebabkan murokib kesejukan di bawah dan aku sudah berjanji cuma sebentar, terpaksa juga aku mengganggu perbualannya.

"Maaf, ana baru balik meeting. Murokib dah tunggu kat bawah. Ingat nak tunggu sampai jam 10, tapi murokib yang sepatutnya (baca : sebenarnya deal dengan murokib lain) dah terlelap,".

Kami bersalaman. Aku tahu dia baru usai menghambur hiba dengan orang dalam talian.

Aku tahu.

"Inshaa Allah kita jumpa kat malaysia. 3-4 bulan je lagi ana pun akan khirij bi iznillah, " tidak bernada ayatku.

"Ok, 3-4 bulan lagi jumpa kat Malaysia Inshaa Allah, " dia membalas.

"Mungkin tak, paling awal pun kita jumpa bulan 12 nanti, ana tak balik Malaysia terus bulan 6 nanti," ayatku terhenti di situ.

"awak ke mana?" dia bertanya musykil.

Hanya senyuman mampu ku beri sebagai jawapan. Kelat.

Biar.. Biar aku simpan sesak yang mendesak jiwa halusku ini.

Tuhan, hanya Kau yang tahu kuat lemahnya aku ini.

Jagakan aku Tuhan. Aku cuma ada Engkau. Pun selama ini, Engkaulah yang menjaga aku.

Juga, jagakan dia dan dia..

حسبي الله ونعم الوكيل..

Safar sae'ed sahabat-sahabat sekalian..

Semoga kepulangan kalian membawa sinar baru buat masyarakat di sana yang sedang tenat.

Dan aku, seperi tidak mahu ketemu hari esok untuk perpisahan yang seterusnya...

كن قوياً يا عابدة..!!!

Saturday, February 21, 2015

Percaya dan usaha.

"Sambung mana lepas ni," adik itu bertanya buat kali yang ke berapa entah.

" kenapa tak tanya nak sambung apa?" ku soal semula dia.

" Toba'an la fiqh juga kan? Akak kan sangat cinta pada usul fiqh," dia membalas sambil mengekek kecil.

Senang aku melihat dia begitu.

Meski dia panggil aku kakak, jarak umur yang cuma 3 tahun itu bagai tiada beza. Tetap aku anggap dia sebagai seorang kawan.

" Tidak juga. Akak nak ambil diploma undang-undang sebenarnya, "

"akak jadi peguam? Wah..," cepat saja dia memotong ayatku.

" tapi tulah, rasa macam dan terlewat, so nak fokus master betul-betul. Inshaa Allah, sama ada islamic finance atau islamic law atau sejarah dan peradaban," adik itu sudah mula mengerutkan keningnya.

" so, the main course yang akak akan pilih? " dia masih tidak puas hati.

" antara tulah. Tapi doakan akak, moga Allah kurniakan akak kesempatan dan rezeki untuk sambung belajar dalam course yang akan boleh sumbangkan pada masyarakat dan untuk Islam sendiri," poyo seh ayat aku. Tapi betul, memang itu tekad aku.

" dan doakan akak betul-betul mahir dalam bahasa arab dan bahasa inggeris supaya kita boleh masuk dengan mad'u,".

"mad'u kita kan guna bahasa melayu," ok,dia buat ayat isftifham inkari.

Aku cuma mampu balas dengan senyuman.

"Apa pun yang berlaku dan akan berlaku, kita perlu selalu rasa nak jadi dai'e yang terbaik. Yang boleh serba serbi. Tapi Itulah,banyak benda yang akak kena struggle lagi, sebab apa yang kita mahukan, tak mudah nak dapat seperti yang kita impi-impikan. Kadang-kadang tak dapat pun. Tapi kita perlu percaya, Tuhan Maha Tahu,apa yang terbaik untuk kita dan orang lain. Kan?" dia senyap membatu.

" Kak, doakan kita juga tau," segera dia mencapai tanganku dan berlalu pergi.

#Tepi menara jam

Thursday, February 19, 2015

Kita dan waktu

Tentang waktu masa lalu
Tentang aku dan kamu
Kita memilih bertebaran jauh
Demi memperbaharui jiwa yang lusuh

Hingga tiba saat,
Waktu harus pulang kian dekat
Sedang hasil dari sebuah jarak yang dipilih, masih belum pasti..

Soal sama hati
Mengapa jalan ini yang dipilih
Sekadar cuma membawa diri
Tanpa tujuan yang pasti
Atau benar ingin membongkar kejahilan diri..??

Sungguh detik waktunya kian hampir
Purnama demi purnama
Bisa dibilang dek jari lima
Usah berkata kau tidak punya apa-apa
Untuk dikongsikan bersama mereka yang menantimu

Mohon persiapkan diri dan jiwa
Sementara masa masih bersisa
Abaikan keterlewatan tindakan
Buktikan tujuan sebenar kau bertebaran jauh
Bukan dibuang tersadai disangkut sauh..

Tentang aku dan kamu
Bakal jua pergi meninggalkan tanah ini
Secara rela atau tidak mahu
Terus manfaatkan detik waktu yang kian suntuk..

Terus manfaatkan detik waktu yang semakin ke penghujung..

(20 Februari 2015)
-عابد امتياز -
شتاء أخير مرة...
بيت أفلح،
مؤتة، أردن.

Sunday, February 15, 2015

Catatan buat AM.

Yang pernah kita janjikan,
Yang pernah cuba kita laksanakan,
Seakan cuma sebuah perancangan,
Yang bagai layang-layang terlepas talinya dan terbang di awanan..

Menafikan ketiadaan ruang dan waktu adalah suatu kepalsuan,
Meski aku selalu sedar,
Kewajipan melebihi masa yang ada seperti katanya Pak Hassan..
Namun saat aku menoleh ke belakang,
Dan mengimbau masa-masa yang telah berlalu,
Semalam, kelmarin dan kelmarin lagi,
Ada senggang pada waktuku untukmu
Namun nyata, waktu senggangmu berbeda dengan waktuku.

Harini cuma kenangan,
Tentang angan-angan dan perancangan,
Dan renyai-renyai yang membasahi dataran ini,
Seakan mengiakan...

Kita membeku dalam kesejukan,
Kita membatu dalam keselesaan,
Dan akhirnya,
Pada malam ini,
Mata yang berkaca-kaca seakan sesalan tiada guna.

Nyata,
Kerugian yang kita hasilkan,
Dek gagal mengurusi detik waktu saat kita bersama.

Selamat jalan teman,
Tetap aku tanamkan dalam hati,
Rencana ini akan tetap ku teruskan, meski kau sudah jauh berlalu pergi.

Semoga di sana,
Kau bisa merencana dengan lebih bagus,
Dengan orang-orang yang lebih bagus..
Kerna aku tahu, kau bisa pergi lebih jauh dari kemampuan yang kau pamerkan..

Hidup baik-baik di sana,teman!
Meski aku tiada lagi bersamamu, Tuhan selalu ada untuk kamu!

-Kamar sepi-
Bayt Aflah,
Mu'tah, Jordan.
11.45 malam, 15 Februari 2015.

Thursday, February 12, 2015

Seorang Lelaki Tua

15 Tahun dulu,
Ku temu buku-buku lama milik abah
Fikirku, usia buku-buku itu, cuma sekitar dua atau tiga tahun
Namun dek kerna haba yang membahang,
buku-buku itu disimpan tinggi berdekat atap zink rumah bawah kelihatan agak usang.

Aku tidak kekok menyelak helaian demi helaian
Masih kukuh di ingatan,
'zuhud' menjadi tajuk hadapan..

Nama penulisnya tidak ku kenali,
Tapi banyak juga ku temu namanya di muka hadapan buku-buku milik abah.

Ku selongkar juga pangkin tinggi tempah abah menyimpan barang-barangnya yang agak berharga,
Juga tempat ummi menyimpan tin kecil biskut pelbagai rasa,
Lalu saat ku panjat pangkin itu dengan misi utamanya adalah tin biskut,Tuhan temukan juga aku dengan naskhah-naskhah 'harakah',
Lalu ku bawa turun dan ku baca.

Pasti kalian tahu bagaimana kanak-kanak sepertiku di saat itu membaca.

Yang banyak menjadi perhatianku adalah gambar-gambar yang ada.

Sehingga sepasang mataku tertancap pada bahagian 'tazkirah',
Ku temui nama yang sama di buku-buku milik abah..

Perlahan-lahan ku baca tulisannya kerana di dalam harakah tulisannya lebih ringkas berbanding buku-buku milik abah yang lebih 100 helai halamannya.

Di situlah mulanya dia ku kenali..

#catatan kembali
1998.