salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Thursday, May 28, 2020

Menggapai bahagia melalui perkahwinan?




Dahulu,

Saya sangat bersetuju dengan ayat ini selepas menyaksikan krisis-krisis rumah tangga yang membawa kepada perceraian.

Namun,
Sejak menginjak awal usia 30an ini,
Dan sejak melangkah masuk secara realiti ke dunia perundangan syariah,
Sisi pandangan saya mula berubah..

Jika menunggu sehingga menemukan seseorang yang cukup sempurna di mata kita baru terasa untuk mendirikan rumah tangga, harusnya penantian itu sampai bila? .
Atau penantian yang tiada kesudahan?..

Dan sekiranya berjaya mendirikan rumah tangga, adakah dijamin kekal bertahan dan bahagia? .

Pun begitu. Perkahwinan yang dibina lebih awal, sama sekali tidak diketahui sama ada kita akan disatukan dengan pasangan yang cukup cocok atau sebaliknya.

Meskipun hampir setiap hari didendangkan dengan berita perceraian, masih banyak lagi rumah tangga yang masih kekal bertahan. Cuba membina bahagia.

Dan saya tetap berharap dan berdoa semua sahabat dan kenalan saya yang telah bertahun mendirikan rumah tangga atau baru sahaja sehari dua, dikurniakan Allah keberkatan dalam rumah tangga kalian. .
Cepat atau lambat sesebuah perkahwinan itu, itu bukanlah jaminlah mutlak untuk kita merasa bahagia.

Saling mendoakan semoga rumah tangga atau bakal rumah tangga kita dan seluruh kenalan, dikurniakan Allah mawaddah dan rahmah sehingga ke syurga. .
.

ربنا هب لنا من أزواجنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما..

 بارك الله لكم وبارك عليكم وجمع بينكم في خير... .
.
.
Maaf jika ada yang tersalah bicara,ia sekadar lontaran rasa..

#CatatanPelatihDiHujungKamar
#KeArahMelahirkanGenerasiRabbani