salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, September 25, 2011

Doa buat dia..



Pagi itu tidak berawan. Tapi kesejukan mencengkam hingga ke tulang hitam. Kewajipan tetap kewajipan. Meski jam 5 pagi sudah berkumandang azan subuh, tapi waktu kerjanya tetap bermula dai angka 8 pagi.
Jam 7 pagi,van besar yang dipanggil coaster telah berderet setia menanti penumpang utama untuk ke university mu’tah.
Hati tersenyum keseorangan. Alhamdulillah,hari ini tidak lewat meski semalam baru selesai diorentasikan. 


Saat bangunan kuliyyah syariah semakin hampir, hati sudah tidak lagi tersenyum. Ada gundah yang menyelubung. Berita yang benar-benar mengocakkan ketenangan fikiran. Kebetulan doktor yang mengajar untuk kelas pagi itu,sangat tegas orangnya,menjadikan diri berusaha memfokuskan fikiran terhadap apa yang dipelajari, meski kerap jua fikiran terhanyut jauh ke luar tingkap kelas,malah jauh dari tempat bumi yang dipijak.

Adakah dia semakin tegar untuk melangkah dengan penuh keyakinan tanpa ada yang menunjuk arah…hati bersoal dengan diri tentang dia. 
Ya Allah…aku tinggalkan dia di Malaysia demi meneruskan perjuangan di bumi mu’tah ini. Tapi aku terlupa mewakilkan Engkau sebagai peneman jua pembantu dirinya…
Maka Ya Allah, peliharalah dia dari perkara yang boleh menyebabkan kemurkaanmu dan kau pautlah hatinya pada perkara-perkara yang membuatkan dia semakin dekat dengan Engkau.
Matahari yang memancar terik ke wajah,lansung tidak memberi kesan pada hati yang sedang mendung. Musim sejuk yang hampir tiba,menghantar angin menerbangkan bahang yang dirasai.

Dan aku akan terus di sini. Melangkah dan terus melangkah. Jatuh bangunku, cukuplah Allah sebagai pembantuku di kejauhan ini.

Maka untuk dia, Engkaulah sebaik-baik penolong buat dia. 

Hadiahilah dia teman-teman seperjuangan yang mampu menjadi wasilah untuk dia sentiasa taat pada Engkau ya Allah…

Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus hidup dengan Nur-Mu ya Allah….
Ameen ya rabbal alamin..


MOga kalian kuat menghadapi mehnah hidup adik2 ku! Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik teman dan pembantu buat kalian!
Siiru ala barakatillah~

Monday, September 12, 2011

Muhasabah Dosa

BISMILLAHIRAHMANIRAHIIM

AWAS!DOSA BERGANDA

Walaupun terdapat perbezaan antara DOSA BESAR dan DOSA KECIL,seseorg itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan DOSA KECIL tersebut.AWAS,kerana apabila DOSA-DOSA KECIL dilakukan,ia akan BERGANDA seterusnya menjd DOSA BESAR!PERTUKARAN INI BERLAKU APABILA:

MELAKUKAN sesuatu DOSA secara BERULANG2 dan TERUS MENERUS walaupun ia DOSA KECIL.Sesungguhnya,hanya perkara yg baik sahaja yg boleh dilakukan secara berterusan walaupun SEDIKIT.

SESUATU dosa itu DIANGGAP SEBAGAI PERKARA REMEH.Jgn pernah sesekali mengatakan dosa itu sebagai perkara REMEH walaupun ia KECIL,kerana Allah itu MAHA BESAR LG MAHA AGUNG.

TIMBUL rasa BANGGA kerana dapat MELAKUKAN DOSA TERSEBUT.Walaupun tahu perkara tersebut DOSA,seseorg BANGGA melakukannya.Dia tidak sedar bahawa dia akan MENDAPAT BALASAN BURUK DARIPADA ALLAH.

TERTIPU dgn NIKMAT YG ALLAH KURNIAKAN.Inilah ISTIDRAJ iaitu seseorg yg diberi NIKMAT oleh Allah,namun masih KEKAL MELAKUKAN DOSA dgn perasaan AMAN dan TENTERAM.

TIDAK segan-silu(MALU)memberitahu org lain akan dosa yg dilakukan.Seseorg yg bersikap seperti ini sebenarnya telah MEMALUKAN DIRINYA SENDIRI bukan sahaja di HADAPAN MANUSIA,Bahkan DI HADAPAN ALLAH.

DOSA yg dilakukan oleh seorg ULAMA atau TOKOH dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya.Oleh sebab itu,AJARKANLAH PERKARA YG BENAR dan TEPAT BERLANDASKAN SYARIAT ALLAH.

KENALI DOSA DAN JAUHINYA.

BERDOSA KEPADA SIAPA?

1.ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

Salah satu dosa terhadap-Nya ialah SYIRIK kepada ALLAH.Namun,ada perlakuan yg secara TIDAK SEDAR yg menyebabkan berlakunya SYIRIK.Itulah PERBUATAN SIHIR atau mencari org lain seperti BOMOH dan DUKUN utk MENYELESAIKAN MASALAH.Sedangkan Allah sahaja TUHAN YG BERHAK DISEMBAH.

2.DIRI SENDIRI

Seseorg DITEGAH daripada MENZALIMI DIRINYA SENDIRI dgn melakukan DOSA2 seperti MEMBALAS DENDAM terhadap org lain,MENUKAR JANTINA atas dasar KECENDERUNGAN SEJAK KECIL,BERLEBIHAN KETIKA MAKAN dan sebagainya.DOSA yg PALING BESAR terhadap DIRI SENDIRI adalah MEMBUNUH DIRI kerana tiada lg KESEMPATAN BERTAUBAT.

3.ORANG LAIN

Antara contoh PERBUATAN DOSA kepada ORG LAIN seperti MENCURI dan yg seumpamanya,MEMBUAT BISING DI TEMPAT UMUM,MEMBAWA KHABAR BURUK tentang DIRI SESEORG dan sebagainya.PERBUATAN ini biasanya hanya utk MEMUASKAN HAWA NAFSU seseorg tanpa mengambil kira KESAN yg akan ORG LAIN PEROLEH.

KATEGORI DOSA

1.AQIDAH

-SYIRIK kepada Allah

-MENGAMALKAN SIHIR

2.AKHLAQ

-Tidak menunaikan HAK kepada kedua2 IBU BAPA dan sesama manusia

-Berlaku ZALIM terhadap makhluk Allah yg lain seperti HAIWAN dan TUMBUHAN.

-Memiliki sifat MAZMUMAH dalam diri seperti HASAD,TIPU DAYA,KIANAT dan sebagainya.

3.IBADAH

-MERINGAN-RINGANKAN SURUHAN ALLAH seperti SOLAT,PUASA dan ZAKAT.

-Apabila LALAI melaksanakan PERINTAH ALLAH,tidak BERSEGERA MENGGANTIKANNYA.Contohnya,TIDAK MENGQADA SOLAT FARDHU yg DITINGGALKAN dan TIDAK MEMBAYAR FIDYAH atas PUASA YG TIDAK SEMPAT DIQADAKAN.

4.MUAMALAT

-Membuat URUSAN BERSANGKUTAN RIBA.

-MENGURANGI TIMBANGAN DALAM JUAL BELI.

KESALAHAN DALAM BERTAUBAT

1.Mahu BERTAUBAT tetapi MENUNDA TAUBAT

Seharusnya tidak DILEWATKAN BERTAUBAT kepada Allah kerana itu merupakan KEWAJIPAN setiap MUSLIM YG BERDOSA.Ini BERTUJUAN supaya ia tidak menjadi PEMBUNGKUS HATI sehingga DOSA SUKAR DIHAPUS.

2.LALAI DAN TERLUPA UTK BERTAUBAT

Ramai antara kita tidak pernah TERLINTAS sama sekali telah BERDOSA KEPADA ALLAH,lantas LALAI utk BERTAUBAT KEPADA ALLAH.

3.ENGGAN BERTAUBAT KERANA KHUATIR AKAN MELAKUKANNYA LAGI

Seseorg telah BERBUAT DOSA kepada Allah dan kemudian INGIN BERTAUBAT,malangnya tidak MENERUSKANNYA KERANA KHUATIR akan MELAKUKAN DOSA ITU SEMULA.Persoalannya,ADAKAH KITA PASTI AKAN MATI DALAM KEADAAN KITA SEMPAT BERTAUBAT?

4.MALU HENDAK BERTAUBAT

Antara UJIAN bg org yg ingin BERTAUBAT ialah PANDANGAN dan CELAAN daripada mereka yg TIDAK MEMAHAMI ISLAM.Jika benar-benar kita JUJUR dgn TINDAKAN SERTA BERBEKALKAN SIFAT SABAR,lama-kelamaan kita akan MUDAH MENGHADAPI SEMUA UJIAN tersebut.

5.BERANI BUAT MAKSIAT LAGI KERANA RAHMAT ALLAH LUAS

RAHMAT dan KASIH SAYANG Allah bersama dgn ORG YG BAIK,bukan dgn mereka yg LALAI dan SUKA MELAKUKAN KEMAKSIATAN PADA ALLAH.

6.TERTIPU DGN AHLI MAKSIAT

Jangan berasa HAIRAN melihat mereka yg TERUS MENERUS MELAKUKAN MAKSIAT tanpa ada BALASAN daripada ALLAH,bahkan mereka DIBERIKAN NIKMAT DI DUNIA.Mereka memiliki kesemua itu sebagai PEMILIKAN SEMENTARA sebelum MEREKA AKAN DIAZAB PADA HARI AKHIRAT NANTI.

7.BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH

Ada PELAKU MAKSIAT yg BERTAUBAT dan kemudian kembali MELAKUKAN DOSA dan BERTAUBAT SEMULA BERULANG KALI.Akhirnya membawa kepada BERPUTUS ASA daripada RAHMAT ALLAH kerana MERASAKAN DIRINYA DITAKDIRKAN BEGITU.SIKAP BERPUTUS ASA daripada RAHMAT ALLAH seharusnya DIELAKKAN,MALAHAN TERUS BERUSAHA KERANA INILAH SIKAP SEORG MUSLIM.

APAKAH ALLAH TERIMA TAUBATKU?

KAMU LAKUKAN DOSA KERANA KEJAHILAN.LALU SEGERA BERTAUBAT.

FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA:"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan,kemudian mereka segera bertaubat.Maka(dengan adanya dua sebab itu)mereka diterima taubatnya.Dan (ingatlah)Allah Maha Mengetahui,lagi Maha Bijaksana,"

SURAH AN NISAA' AYAT 17

KAMU LAKUKAN DOSA TETAPI KEMUDIAN KAMU INSAF DAN BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI....

FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA:"Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu,maka hendaklah kamu menyakiti keduanya;kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka(yang buruk),maka biarkanlah mereka;kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat ,lagi Maha Luas Rahmat-Nya."

(SURAH AN-NISAA' AYAT 16)

DIA MEMAAFKAN KESALAHAN YANG KAMU LAKUKAN....

FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA:"Dan Dialah Tuhan yang menerima Taubat daripada Hamba-hamba-Nya(yang bertaubat)serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan);dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

(SURAH AL-SYURA AYAT 25)

DIA MEMAAFKAN KESALAHAN SIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI-NYA...

FIRMAN ALLAH,MAKSUDNYA:"Dan Dia juga akan memnghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu ,dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya;dan Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

(SURAH AT TAUBAH AYAT 15)

Shodaqallahul 'Aziimm

SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG

DARIPADA ABU SAID AL KHUDRI R.A.,katanya:
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W.bersabda yang bermaksud:"Iblis berkata pada Tuhannya:"Demi KEPERKASAAN-MU dan KEAGUNGAN-MU,aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka." Allah menjawab:"Demi KEPERKASAAN-KU dan KEAGUNGAN-KU,Aku akan selalu MENGAMPUNI mereka selagi mereka MEMINTA AMPUN KEPADA-KU

(HADIS QUDSI)

HIJRAH DARIPADA MAKSIAT KEPADA TAAT

PERINGKAT PERTAMA buat maksiat,HATI RESAH GELISAH,HATI TERTOLAK dan AMAT TIDAK SESUAI dengan FITRAH.Terasa WAJAH dan AIR MUKA DICONTENG ARANG.ALHAMDULILLAH

PERINGKAT KEDUA TERLIBAT,terasa HATI kian JINAK dan BERKEHENDAKKAN kepada MAKSIAT.MAKIN AKRAB walau masih ada RASA MALU dan RAGU,BANGKAI MAKSIAT masih cuba DISEMBUNYIKAN sedaya mampu.TERASA HINA andai ada yang mampu MENGHIDU DIARI HIDUPNYA yang TERCALIT DOSA dan NODA.Semoga Allah MELIMPAHKAN TAUFIK HIDAYAH-NYA

PERINGKAT KETIGA,MAKSIAT kini TERASA KIAN LAZAT.Terasa alah bisa tegal biasa.Sudah mula KETAGIH sehingga SANGGUP BERUSAHA meneruskan MAKSIAT walau ada HALANGAN.MAA SYAA ALLAH

PERINGKAT AKHIR,TERINGIN mau MENGAJAK orang lain ke arah KEMUNGKARAN,TERASA ingin MEMPROMOSIKAN dan MENGKOMERSIALKAN MAKSIAT.RASA MALU dan IMAN sudah TERCABUT dari HATI.NAUDZUBILLAHI MIN DZALIK

SEBELUM SAMPAI KEPADA PERINGKAT KEDUA dan SETERUSNYA,jadikanlah RASA RESAH sebagai BENTENG dan TEMBOK agar MAMPU BERHENTI TERUS.MOGA TAAT MENGAMBIL ALIN TEMPAT MAKSIAT.INSYA-ALLAH

MENUTUP PINTU MAKSIAT

PINTU TAUBAT SELALU TERBUKA seperti yang disebutkan dalam HADIS Rasulullah Shaalallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

"Setiap manusia sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang yang sering berbuat kesalahan adalah sering BERTAUBAT kepada-Nya."

(RIWAYAT AL-TIRMIZI)

Bagi mereka yang ingin BERTAUBAT,TIP dibawah DIHARAP dapat MEMBANTU.Insya-Allah

IKHLAS DAN MENYERAH DIRI SEPENUHNYA KEPADA ALLAH

Inilah perkara yang PALING UTAMA.Jika seorang hamba IKHLAS BERTAUBAT KERANA ALLAH,Allah pasti akan MENERIMA TAUBATNYA.Seorang hamba tidak pernah MENINGGALKAN KEKASIH yang DICINTAINYA kecuali kerana ada kekasih lain yang lebih dia sukai atau ingin lari daripada sesuatu yang tidak diinginkannya.Apabila hati seorang hamba telah BERSIH dan IKHLAS dalam BERIBADAH kepada-Nya,maka PENYAKIT CINTA akan MAKSIAT tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.

MUJAHADAH(BERSUNGGUH-SUNGGUH)

NASFU ialah makhluk Allah yang BOLEH DITUNDUKKAN.MENGAWALNYA bererti MELEPASKAN DIRI daripada DIPERHAMBAKAN oleh HAWA NAFSU.MENGAWAL NAFSU daripada MAKSIAT bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua tetapi BERTERUSAN KERANA ALLAH.Apabila seseorang BERMUJAHADAH MELAWAN NASFUNYA,KEBAIKAN dan KEBERKATAN akan datang kepadanya.

BANYAK MENGINGATI AKHIRAT

Tidak banyak berangan tentang Dunia sebaliknya banyak mengingati MATI serta ALAM PENGAKHIRAN seperti nikmat ABADI di DALAM SYURGA serta AZAB dan DERITA di NERAKA.Ini akan menyebabkan TIMBUL RASA untuk melakukan TAUBAT NASUHA dan MENGGANTI semula SEMUA AMAL SOLEH yang ditinggalkannya dahulu.

SIBUK DENGAN HAL YANG BERMANFAAT

SENGGANG MASA yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara yang MENGHERET kepada GEJALA-GEJALA yang TIDAK SIHAT.Apabila MASA TERISI dengan AKTIVITI yang BERMANFAAT,maka tidak ada RUANG MASA LAGI UNTUK BERBUAT MAKSIAT.

MENUNDUKKAN PANDANGAN

Dari Mata turun ke hati.Begitulah PENANGAN MATA.Kerana itu menundukkan pandangan sangat DITUNTUT bagi MEMBERIKAN KETENANGAN.Apabila DITUNDUKKAN PANDANGAN,hati juga mampu MENUNDUKKAN SYAHWATNYA.

BERGAUL DENGAN ORANG BAIK

Seorang TEMAN yang BAIK akan membantu membawa kita ke jalan KETAATAN KEPADA ALLAH.Dia akan MENEGUR dengan BERHIKMAH sekiranya KITA BERSALAH.Dia akan sentiasa MENGINGATKAN kita KEPADA ALLAH.BERKUMPUL MENDENGAR MAJLIS ILMU bersama orang SOLEH juga akan sentiasa di beri RAHMAT ALLAH.

BANYAK BERDOA

Sebaik-baiknya BERDOA MEMOHON kepada Allah Supaya diberikan KESEMPATAN untuk BERTAUBAT NASUHA,walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita.DISARANKAN juga MEMILIH waktu-waktu yang MUSTAJAB DOA seperti ketika SUJUD DALAM SOLAT,PADA AKHIR MALAM,MASA ANTARA ADZAN dan IQAMAT dan sebagainya.

Waallahualam
 Sharing is caring!

Sunday, September 11, 2011

hamba yang bernama musafir..

Bumi syam banyak membuat saya merasa semakin kerdil.

Ah,bukan bumi syam itu, tapi Allah mewasilahkan ia buat saya menyedari hakikat kekurangan diri.
Tempat baru ini tidak sama dan tidak akan sama dengan tempat yang dahulu.

Sepanjang perjalanan ke pekan mu'tah,
ada anak-anak kecil yang sedia untuk melempar batu,
ada anak-anak kecil yang sedia meludah ke wajah....


Jika saya tidak tegar,saya tidak akan ke pekan lagi meski di pekan itu:

Tempat saya akan mengambil coaster untuk ke jami'ah,
Tempat untuk saya membeli barang-barang seharian,
Laluan utama menuju ke rumah sahabiah yang lain.
dan lain-lain lagi.
Saya akan berhenti dari melalui jalan itu.

Tapi di sini, saya harus malah perlu untuk terus tegar.
Jika anak-anak kecil itu yang saya bimbangi,
atau batu-batu kecil yang bakal dilempari,
amat lemahlah saya.
Hina! Teramat hina.

Saya tidak layak untuk meneruskan perjuangan yang lebih besar!

Kan tetap tegarkah saya untuk merealisasikan ayat, "islah nafsak wad'u ghairak.."

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik." (Surah ali-imran:110)

" Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain" .(HR. Bukhari).

Siapakah saya?
Hamba Allah yang dicipta dari setitis air mani yang hina.

Siapakah saya?
Saya, kita, dan anda semua.

~Tarbiyah itu indah jika diniatkan kerana Allah~

Wednesday, September 7, 2011

Teruskanlah...


Katanya ingin menjadi sesufi Rabiatul Adawiyah...

Lalu hati yang hampir berkarat, disental habis-habisan.
Tapi kilatnya tetap tidak menyilau.

Purnama demi purnama dan tahun demi tahun terus berlalu.
Kilaunya tetap sama. Malah semakin bertambah gelapnya.
Mengapa?

Dirikah yang tidak ikhlas?

06 Syawal 1432H menghantar saya ke KLIA.

Sebak yang telah sekian lama berbuku sejak tarikh penerbangan dipercepatkan, terasa ingin merembes keluar.
Lemahkah?

Lalu perlukah berpura-pura tentang kekurangan diri?
Isy..ingin berubahkan? Teruskan saja perkelanaan ini.

Lihat mendung wajah abah....
Tak usah kau renung wajah ummi..kerana hatimu sedia tahu tentang itu.

Itu pelukan terakhir buat anak yang akan meneruskan pengembaraan mencari diri dan hati yang kerap hilang..

Mohon maaf ummi..
Mohon maaf abah...
Anakmu pergi dulu...

Andai esok tiada nafas lagi untuk aku bertemu kalian, halalkan segala-gala yang kalian pernah curahkan padaku. Maafkan segala dosa2 yang bertalu-talu ku laku terhadap kalian...

Kuatkah kaki untuk terus melangkah?
Benarkah ini pilihan yang terbaik?

Oh,Tuhan... Gelojak rasa mengombak tinggi.
Usah biarkan aku tewas dalam kedhaifan itu.

Setiap jam yang berlalu di langit biru itu, saya palingkan wajah ke tingkap. Mengintai tanah air yang semakin jauh dari pandangan.....

Ibu kota Bahrain, Manama menyambut kami dengan kegelapan malam yang disirami dengan cahaya neon di sepanjang jalan dan bangunan.

Puas saya mencubit lengan untuk menyedarkan diri dari mimpi-mimpi yang lalu. Saya sudah terbang jauh dari Malaysia.

Lapan jam transit di Manama, mengembalikan tenaga dan perasaan yang hampir hilang akibat kali pertama menaiki kapal terbang...

Hotel Gulf Air, Manama, Bahrain.

Bahrain membawa saya mengenali Jordan sedikit sebanyak. Meski itu bukan destinasi sebenar saya, tapi wajahnya seakan-akan sama.

Eh,tidak Tegur seorang senior dari mu'tah yang mengiringi kami. Jordan bukan seperi Bahrain. Budayanya mungkin sama, tapi persekitarannya sama sekali berbeza.

Jam 12.00 pm waktu Jordan, kami selamat mendarat di Amman,Jordan. Alhmdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...

Tiada air mata yang tumpah?
Meski hati masih dipenuhi dengan kecelaruan. Benarkah ini jalannya...

Persatuan dari setiap jami'ah telah setia menanti kami..
PMMA, PERMAI, PRISMA, dan PERMATA.

Di sinilah kami berpisah... Sahabat2 yang hadir di bawah tajaan JAIS akan mengatur langkah pergi ke medan perjuangan masing-masing yang seterusnya. 

Saya bersama dua orang akhawat dan dua orang syabab, diiringi wakil PERMATA menuju ke coaster. 

Berjuang tidak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi dengan status musafir yang dimiliki. Dugaan sepanjang perjalanan ke mu'tah membuat saya merenung jauh.

Jalan ini tampak lebih berliku. Harus untuk saya mengambil jalan mudah atau panjang dan merumitkan seperti ini?

Saya ingin benar-benar fokus dalam perkelanaan.
Pernah terlintas di hati, ingin lari seketika dari perjuangan itu. 
Berdosakah saya?

Tuhan, aku ingin thabat di jalanMu.. Kuatkanlah hati ini ya Allah...

Segala-galanya baru bermula.

Sama ada saya akan terus kuat atau rebah, bukanlah bergantung pada teman-teman seperjuangan yang saya tinggalkan di Malaysia. Tapi segala-galanya adalah bergantung pada keyakinan saya terhadap kekusaan Allah s.w.t dalam memelihara dan menjaga saya di kejauhan ini...........


Mu'tah, Karak, Jordan.

SALAM JUANG FILLAH BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN....