salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, August 19, 2014

Catatan Kembara II

Januari itu Di penghujungnya aku di situ Bumi eropah katanya
Bahan bacaan menjadi teman setia Sama ada duduk atau berdirinya mereka

Penghuni kota London itu,
Juga tidak kekok menghulur bantu saat kami buntu Tanpa perhubungan melalui telefon, ilham dan budi hati insan menjadi wasilah Tuhan untuk kami terus bergerak
Nyata dalam kesesakan hidup
kami banyak berhabis masa di taman - taman
Hyde park, Green park
bersama swan-swan yang sudi bermain riang dengan kami
di Kensington Gardens
juga hamparan hijau yang mendamaikan
di garisan masa Greenwich park

Rindu Pada tenang Pada indah lukisan alam
Gerimis seperti malu-malu menyapa, Bimbang kami kesejukan barangkali Sedang akhirnya, Stokin di kaki kuyup jua.

Britain masih sudi menyepi Malam tetap malam Jam 12, tiada tube yang berkhidmat Rehat Limit bukan cuma pada insan Bahkan enjin juga begitu Meski lewat malam kami pulang, Pun kerana bukan sengaja Biasanya jam 11 sudah menapak ke luar dari stesyen whitechapel menuju rumah tumpangan milik seorang doktor
Dingin malam seakan menggesa kami melajukan langkah pulang
Malaga menyambut kami dengan bayu laut Ada harum cabaran yang menyinggah di jiwa pengembara baru seperti kami Tanpa penguasaan spanish yang fasih Kami berkomunikasi bagai ayam dan itik Mencari sebotol air buat penghilang dahaga pun gagal
Kuasa Tuhan atas segala kuasa Dari Malaga kami bertamu di granada, Hanya warga tua yang sering kami temui Di jalanan bersama anjing jinak atau di bar-bar kecil Kewangan yang sempit hanya buat kami mampu mengintai-ngintai kesedihan sejarah andalusia Cordova menjamu kami dengan sebak yang berbuku-buku Gemilang yang telah hilang kemilaunya Dan aku bertanya pada diri, Aku bagaimana...??

Muda-mudi yang kami fikirkan telah hilang, Akhirnya kami temui di hujung spanyol, Berjiran dengan madrid, Ya,barcelona sesak dengan mereka
Sedang Bagi kami pengembara muda, Merasakan barca bukan untuk jiwa-jiwa seperti kami, Kosong, tiada makna Sekadar kemeriahan Bar-bar besar, bau tengik Najis anjing jinak dan minuman keras yang membanjiri setiap kedai yang kami lalui.
Fiumcino tidak sesukar yang disangka Kuala lumpur seakan membayangkan segalanya Penyeluk saku, Pengemis jalanan Bahkan Bangladesh yang pernah diimport negara pun penuh memenuhi kota roma
Dan gereja-gereja lama yang sudi menerima kami sebagai pelawat, Di situlah ada bicara di antara kami dan sang pendeta
Sedang, Lebih empat buah tempat ibadah Yahudi dan nasara telah kami lewati sebelum ini Yang bertamu cuma seram dan suram


Di akhir pengembaraan itu, Hipótesis ini berulang di mindaku Semakin banyak yang kita temui, semakin bercambah persoalan yang memerlukan jawapan..
Kembara ini harus diteruskan kah? Malaysian Hall di kota London menjadi singgahan akhir sebelum gatwick menghantar kami pulang ke Amman.
Terima kasih Tuhan atas catatan kembara ini
Aku ingin kembara lagi....

Catatan rindu
Mu'tah Jordan,
19 ogos 2014
aura insani.

Dengung

Dengung Senyapku meneliti Mahu tahu Dengung sekadar imaginasi Atau benar berbunyi Ya,Dengung bukan dari telinga, Tapi dari hati.



Anjasah gharbiyyah, Mu'tah,
-Aura insani- 180814 11.57 malam

Friday, August 15, 2014

jangan tunggu hanya saat dicoba!!

Memang itu yang dicita-citakannya sejak di usia 14 tahun. Sebab, dia seakan yakin bahawasanya dia tidak mampu untuk menghafaz keseluruh 30 Juz Al-quran di situ.

“Sesat di Kuala Lumpur” , seperti dialah yang dinyatakan di dalam lagu itu.
Targetnya di DQ nanti, dia mahu menghafaz Al-quran dan memahami keseluruhan tafsirannya. Dan tempoh tiga tahun itu telah tiga tahun pun berlalu.

Sewaktu teman-teman lain bergelak tawa gembira menerima tawaran dari uniersiti-universiti tempatan, dia masih setia menanti tawaran dari situ.

“Abidah, kau dapat USIM lah. Tamhidi syariah undang-undang,” dia tersenyum tawar.

Ya, dahulu, itulah yang dicita-citakannya.
Mahu jadi peguam. Lantaran melihat ketidak adilan dunia dalam menghukum. Dia dan keluarga antara mangsa kepada ketidak adilan itu. Sakit. Kau tahu sakit..??

Tapi, saat peluang sudah ada di depan mata, dia tidak menoleh walau sedikit.
Pilihan  yang bertukar itu akhirnya gagal dilaksanakan dengan sebaiknya. Tempoh tiga tahun seakan tidak cukup banginya mentadabbur keseluruhan kalamullah itu. Alasan bukan..??

Tidak, dia bukan gagal. Tetapi belum berjaya.
Semalam dia baru selesai mendudui peperiksaan tilawah 1 yang menuntut dia untuk mengingati semula juz 29 dan 30 dengan sebaik-baik hafazan.

Ya, sama sekali tidak sama keadaannya di DQ dulu dengan  saat itu.
Tempoh dua jam 20 minit dengan setiap orang dari empat pelajar yang disoal serentak, ditebuk setiap surah daripada kedua-dua juzuk itu.

Kalau dia yang graduan Darul Quran JAKIM itu pun merasa gabra dan cuak, yang selainnya itu pun ,’ah, dia tak tahu apa perasaan mereka apabila disoal bertubi-tubi sebegitu.

Surah Al-mulk. Di antara surah yang dirutini hampir setiap malam sejak usianya 15 tahun. Pasti sudah sangat melekat surah itu di ingatannya.

Tapi ia tetap suatu coba, apabila dia terlupa yang memiliki segela sesuatu yang dia ada dan punya itu,adalah Tuhan Rabbul ‘alamin.

Peristiwa malam sebelum pertandingan hafazan surah pilihan peringkat daerah sewaktu usianya 16 tahun, dengan sengaja dia tidak hadir ke musolla perempuan untuk membaca surah al-mulk bersama teman-teman asrama lain.

Dia lupa atau sebenarnya dia memang buat-buat lupa bahawasanya yang memberi dia ingatan itu adalah DIA bukan dia.

Keesokan harinya sewwaktu disoal oleh juri , semuanya dijawab dengan baik lancar, tetapi soalan terakhir, dia melencong jauh ke surah lain. Ya, surah almulk yang dirutininya setiap malam itulah yang teruji.

Tempat keempat yang diperolehinya itu, tidak membawa apa-apa erti melainkan sebuah penyesalan atas keangkuhan yang dia pamerkan pada Tuhan semalam.

Alhamdulillah, sewaktu disoal oleh pensyarah semalam akan surah al-mulk, pengalaman pahit itu tidak diulanginya. Cukuplah peristiwa lapan tahun lalu itu menjadi pedoman buatnya.

Sekarang dia sedang berfikir-fikir, apakah hafazannya itu hanya tinggal hafazan atau bagaimana mahu diaplikasikan dalam kehidupan..??

Ah, itu soalan tidak bijak sebenarnya. Sedang dia sudah mahu masuk tahun yang keempat di sini (Jordan), bukankah setiap subjek yang dipelajarinya disertakan dengan dalil-dalil..?

Atau sebenarnya, kau belajar kerana dicoba…??
Sekiranya kau tidak dicoba…??
Ah, masa terus berlalu, bakimu di sini hanya 10 bulan. Kau fikirlah sendiri..!!