salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Thursday, September 9, 2010

Pesan seorang murabbi

Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah, kerana memberikan diri ini ruang dan peluang untuk aku bertamu mengutip ilmu dari seorang ulama semalam.



rugi benar kiranya kalau penulis tidak berkongsi mutiara-mutiara indah yang dicurahkan oleh Sang Murabbi " Ustaz Yahya Othman" semalam. penulis dah cuba menulis sebanyak mungkin yang terkeluar dari mulut ustaz semalam, insyaAllah, yang mana sempat akan penulis kongsi.


(raut wajah yang sekian lama berselut dan berlumpur dalam arena siasah, tarbiah, dan dakwah tanah air)



dari kejauhan lagi melihat kelibat ustaz yang keluar dari rumahnya, subhanallah, terpancar jernihnya wajah seorang ulama yang terlalu banyak berjasa kepada perjuangan agamanya. kagumnya dengan ustaz, walaupun dalam keuzuran ustaz menggagahkan jua untuk mencurahkan ilmu yang dimilikinya kepada kami.



mulanya seorang sahabat ustaz, menyuruh kami hanya berjumpa ustaz di rumah beliau kerana ustaz tak sihat, dan anaknya juga berkata pada ustaz ' sakit-sakit pun nak pergi mengajar jugak' begitulah cintanya ustaz pada ummat. dengan mengunakan kerusi roda ustaz berjalan ke Waqaf Darul Quran yang berada di tanah yang diwaqafkan ustaz untuk perjuangan agamanya. tapi ustaz tak duduk atas kerusi tu, mungkin kerana ustaz tak mahu menyusahkan sesiapa untuk menolaknya, ustaz yang menolakknya sendiri menjadikan kerusi tu sebagai tongkat. mulianya peribadi seorang murabbi.

(masih mengagahkan diri untuk ummat walaupun di ambang usia 71tahun)



ustaz memberi salam dan menyapa orang-orang yang menunggunya di pintu pagar, dan bila ada yang menjawab salam ustaz cakap 'dari cara menjawab salam dan soalan kita dah dapat kenal orang tu macam mana' itulah mutiara pertama yang dikutip.. dalam maknanya.



ustaz terus bertanya, adakah semua orang dah sampai, dah pukul berapa ni, ustaz mulakan bicaranya, dulu masa saya jadi pensyarah, saya cukup tekankan tentang masa, kalau lima minit pelajar tak masuk lagi, saya terus kunci pintu, lepas sekali dua macam tu, diorang seriklah' kata ustaz, begitulah beliau mendidik pelajarnya dengan masa.



seorang pelajarnya berkata 'mana boleh macam tu ustaz' lihat bagaimana cara seorang murabbi menjawab ' kenapa tidak boleh pulak, kamu tak tahu ke dalam al-Quran ada surah al-'Asr?'. ringkas dan padat jawapan ustaz,



adakah kita masih lagi bermain-main dengan masa sedangkan Allah sendiri bersumpah dengan masa di dalam al-Quran mafhumnya :



" Demi masa (1) sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian (2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (3) surah Al-'Asr"


siapa kita untuk bermain-main dengan masa? kalau sekali dua kita terlewat mungkin tak mengapa, ini berkali-kali, kalau 10 ke 20minit kita lewat mungkin boleh dimaafkan, tapi ini berjam-jam, kalau ada halangan dan musyaqoh lain takpe, ini sengaja atau mungkin tabiat dan hobi kita melewat-lewatkan janji kita. tahukah orang-orang yang bermain dengan masa ini bahawa kamu telah mengambil masa teman dan sahabatmu? mahukah nanti kamu juga dilewatkan untuk masuk syurga kerana mengambil masa temanmu? Demi Allah, walaupun sesaat kita tak sanngup untuk kita menanti di pintu syurga.


Moga Allah memelihara kita dan menjadikan kita orang-orang yang sentiasa menepati waktu.. siapa kita untuk bermain dengan sesuatu yang Allah sendiri bersumpah denganya..


maaf kalau penulis sedikit kasar tapi benar, penantian itu satu penyeksaan, ana suka dengan cara ustaz, setiap orang yang masuk lewat kedalam dewan selepas tu pasti ada saja nasihat khusus buat yang lewat tu selepas ustaz bertanyakan sebab keterlewatanya.


tepat jam 9.59pg ustaz mula membuka majlis, kerana janji jam 10pg akan bermula, lihatlah bagimana seorang ulama dengan waktunya walaupun dalam keadaan uzur.


memulakan bicaranya tentang nasihat bahawa guru-guru terdahulu sentiasa mengajarkan dan bercerita tentang berkat dan adab dalam menuntut ilmu, ustaz menulis satu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang anak khalifah ketika itu kepada gurunya.


"man alim'na harfan sortu lahu abdan"

'sesiapa yang mengajarkan kepadaku satu huruf, maka akan kujadikan diriku hamba padanya'



ustaz menghuraikan 'bukan kita nak bangga dan puja maksudnya, tetapi nak mengajar kita akan erti hormat pada mereka. dan diceritakan bagaimana khalifah ketika itu berkata kepada guru anaknya ' saya hantar buah hati saya kepada kamu, dan saya sedia mengambil tulangnya'


subhanallah, begitulah hebatnya khalifah dahulu, memberikan sepenuhnya ruang kepada sang guru untuk memdidik anak mereka, tetapi kalau hari ini, masakan guru nak merotan anak murid, anak kena cubit pun dah kena masuk mahkamah, tak termasuk lagi yang anak murid pukul guru sendiri kerana naka balas dendam. bagaikan langit dengan bumi perbezaanya..




sambungan..

ustaz bertanya, adakah kita ni seorang muslim? apabila kita mengatakan ana muslimun (saya orang islam) maka makna muslim itu ialah 'serah diri' betul ke kita ni orang yang menyerah diri kalau kita masih lagi lawan tuhan dan koyak Al-Quran? dengan nada yang agak tegas.

dengan kamu ni saya terpaksa cakap kasar kata ustaz, sebab dah takda masa, umur saya dah nak sampai 71tahun tahun ni, dah lebih 50tahun saya berlembut dengan rakyat kelantan, dan hasilnya macam yang ada sekarang.

kita perlu berusaha juga macam mana pun untuk jadi mukmin katanya lagi, sebab apabila kita hanya islam tapi tidak mukmin, orang tu takkan faham lagi apa yang islam nak bawa.

ustaz menyelitkan cerita tentang hijrah bagaimana keadaan orang mekkah dan madinah ketika itu, orang islam ni kena ada ilmu pesannya. tengok orang-orang mekkah yang berilmu sahaja yang berhijrah.

ustaz membawakan satu ayat yang cukup menarik untuk kita perhatikan, tentang orang-orang arab yang islam tetapi tidak mahu berhijrah,

قَالَتِ الاٌّعْرَابُ ءَامَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُواْ وَلَـكِن قُولُواْ أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الايمَـنُ فِى قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُواْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لاَ يَلِتْكُمْ مِّنْ أَعْمَـلِكُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."



lihatlah dengan jelasnya mereka mengatakan mereka "amanna" tetapi Rasullulah kata tidak, kamu belum beriman, tapi kamu hanya "aslamnna". sebab itulah kata ustaz 'kita jangan bangga hanya dengan masuk islam' sebab ramai saja orang islam pada hari ini tidak memahami apakah sebenarnya islam mahu kita laksanakan.




ustaz membawakan satu hadis (ana tak pasti hadis atau kata-kata ulama) maksudnya, "bukanlah keimanan itu dengan angan-angan, bukan juga sekadar hiasan, tetapi iman itu ialah apa yang diikrarkan dalam hati, dan dibuktikan dengan amalan"





Falsafah Taalim (belajar)




kata ustaz, belajar ni ada falsafahnya yang tersendiri, kalau sempurna falsafah ni barulah sempurna seseorang tu belajar. (ringkasan)

1. BACA

- sebagai seorang pelajar tak dapat tidak kita perlu banyak membaca untuk menambahkan ilmu kita. tidak cukup hanya dengan membaca, kita juga perlu..


2. FAHAM

- memahami secara mendalam apa yang kita baca, banyak saja orang yang boleh membaca Al-Quran, tetapi tidak memahaminya.


3- HAFAL

-memang adat nak jadi orang yang berilmu kita kena menghafal untuk memudahkan kita mengunakkannya apabila diperlukan, kata ustaz, apa beza pelajar universiti dengan orang kampung, mereka juga membaca dan menghafal, kadang-kadang ayat-ayat lazim dan doa-doa yang diajarkan lebih mereka dari kita menghafalnya, jadi perlu ada satu lagi syarat dalam menuntut ilmu ni iaitu..


4- HAYATI

- iaitu dengan kita beramal dengan segala ilmu yang kita miliki, amal itu lahir dari penghayatan, jadi tidak ada gunanya ilmu tanpa amal.



tiba-tiba ustaz memandang tepat kepada yang tak menulis, 'ni kenapa tak menulis ni?' tak bawak kertas ustaz, jawabnya, owh, jadi datang sini tak ada niat nak belajar ke, cepat-cepat sahabat yang lain hulurkan pen dan kertas, hehe, jangan main-main dengan ustaz ni, garang sikit, bak kata kawan saya.


ustaz memang begitu, tegas orangnya, bak kata ustaz kita nak cakap biar Tegas, Nyata, dan Terang, mungkin ini yang menjadi antara falsafah hidup ustaz, yang datang lewat ke yang tak bawak kertas ke semua kena 'basuh' kat ustaz, hehe..


cantiknya peribadi seorang murabbi, ustaz cakap ' saya marah-marah ni tanda saya sayang kamu, benda yang saya nak kongsi dan bagitau banyak, tapi masa kita hanya tinggal sedikit' sebak saya mendengar ustaz cakap macam tu, seolah-olah ustaz mahu mencurahkan segala ilmu yang pernah dikutipnya kepada kami,tetapi ustaz sedar dalam kesihatan dan umurnya yang terbatas, sayang benar kalau pengalaman dan ilmu yang ada padanya tidak dikutip oleh generasi-generasi baru ni. Ya Allah, Engkau berikanlah kesihatan dan panjangkanlah umurnya..





sedikit cerita pengalaman hidupnya yang dikongsi ustaz, ustaz ada seorang kawan, satu ketika ustaz tengah marah, dan ustaz kata dia dah tak boleh sabar ni.. tiba-tiba sahabat ustaz cakap 'kamu tidak mahu ke Allah kasih kepada kamu' kenapa pulak ustaz bertanya, yelar kan Allah tu kasih kepada orang-orang yang sabar, dan Allah juga bersama dengan orang-orang yang sabar (innaLaha maa as-sobirin).. subhanalLaah.. ustaz kata, indahnya persahabatan yang sebegini, ada sahabat yang boleh mengingatkan kita tentang isi Al-Quran bila kita memerlukanya.


ustaz ceritakan juga bagaimana ada orang datang nak pukul dan lembar batu kearah ustaz bila awal-awal pulang ke tanah air dulu, dan ada seorang orang kampung, datang nak lindung ustaz, dia cakap, saya yang mati takpe ustaz, jangan ustaz yang mati, ustaz ada ilmu yang perlu dimanfaatkan untuk agama, ustaz kata dia tersentak dengan jawapan orang kampung tu, dia yang dah ada master ketika itu tak pernah terfikir sebegitu rupa, ini pula orang kampung biasa yang belajar pun tidaklah tinggi mana, tetapi mereka ada AL-FAHMU AL-AMIQ ( kefahaman yang mendalam) kata ustaz.


3kali ustaz tanding pilihanraya tapi kalah( lepas tu ustaz menang, dan pernah jadi Exco Dakwah dan pendidikan) mereka nilah yang datang nasihatkan supaya ustaz bersabar, itulah asam garam seorang tokoh, ustaz juga antara 12 orang yang mendapat tarbiah secara langsung dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir bersama-sama dengan Allahyarham Fadhil Nor satu ketika dulu.


antara kata-kata terakhir pada pagi itu sebagai bekalan buat kami..



kalau lapar orang akan cari nasi - sebagai makanan jasmani

tapi kalau Rohani ni kita kena cari Al-Quran



dua tiga kali ustaz sebut perkara ni dalam nasihatnya pagi tu, ' saya ni nak sampaikan apa yang nabi suruh, kita ni hanyalah sebagai penyambung, jadi saya nak sampaikan pula pada kamu, dengan nada yang sedih tiap kali ustaz kata tentang nasihat tu,


ustaz menutup ucapanya dengan sepotong hadis, 'balliqru anni walau ayah' sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat, sekarang ustaz dah bayar zakat ilmu ustaz pada kamu. hati ni sedih bila mendengar ustaz cakap macam tu, sungguh mulia peribadimu Sang Murabbi, kami menjadi saksi bahawa engkau telah menyampaikan ilmu kepada Ummat.



hari itu menjadi antara hari yang bersejarah buat penulis bila berpeluang buat pertama kalinya mencium tangan dan memeluk tubuh seorang ustaz, penulis berharap ini bukkanlah kali terakhir pertemuan dengannya.. banyak lagi mutiara yang penulis mahu kutip darinya.



Rasullullah tidak meninggalkan dinar dan dirham buat kita, tetapi Rasullullah mewariskan kepada kita para ulama pembela agama.. Ya Allah, Jadikanlah Daku dalam kalangan orang-orang yang mencintai para Ulama.. Ameen Ya Allah..





dipetik dari blog seorang sahabat bersama MURABBI tercinta:


http://basri-ibrahim.blogspot.com

Wednesday, September 8, 2010

Doa untuk abah..

Doa untuk abah.. Abah kurg sihat. Dah lama jugak abah bertahan dengan penyakit-pnyakit tersebut.
Saya tidak tahu apa yang saya boleh buat demi membantu abah. Sebelum-sebelum ni, jika saya atau adik beradik lain sakit, tiada klinik lain yang kami jejak. Cuma abah yang rajin membacakan doa untuk sakit2 yang kami alami.
Pernah suatu pagi, abah memandu dalam keadaan tidak sihat ke tempat kerja. Saya dan k.long ada sama dalam kereta tersebut kerana bekerja part time di tempat abah bekerja. Selepas melepasi tol, kereta yang abah pandu jadi tak stabil. Terkejut kami melihat keadaan itu. Tiba-tiba kereta yang kami naiki berhenti di tengah-tengah lebuhraya. Abah buka pintu dan terus muntah. Selepas abah selesai muntah, saya menawarkn diri untuk memandu. Tapi, disebabkn waktu tu saya baru memiliki lesen L, abah tidak mengizinkan. Abah kata abah sihat. Sepanjang perjalanan saya menangis di dalam hati sambil berdoa moga Allah mengurniakan kesihatan buat abah..

Buat semua pembaca yang budiman.. Mohon doakan ayahnda dan ibunda saya yang kurang sihat. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada mereka untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini..
Mohon doakan ya.

Moga doa yang dipanjatkan dikurniakn pahala sedekah oleh Allah s.w.t.
Ameen..

Sunday, September 5, 2010

Menanti ramadhan segera pergi..

Sejak awal ramadhan lagi saya telah terbaca di surat2 khabar tentang pelbagai promosi dan diskaun sempena hari raya yang akan datang. Bahkan sebelum ramadhan tiba pun, sudah banyak pasar raya yang mengadakan promosi besar-besaran sempena hari raya.
Maka berasak-asaklah manusia ke gedung-gedung jualan demi mendapatkan keperluan hari raya dengan harga yang lebih murah.

Jap, keperluan atau kehendak sebenarnya..?
Jarang sekali saya melihat orang ramai berasak-asak demi mendapatkn keperluan dan kehendak di bulan ramadhan. Ya, mungkin ada. Untuk membeli kurma atau tamar, mungkin..

Jika saya menjadi ramadhan, pasti saya rasa kecewa dengan sikap orang ramai. Bias. Mengapa mengutamakn syawal berbanding ramadhan?

Walhal wujudnya syawal kerana adanya ramadhan. Hari raya itu Allah kurniakan, demi meraikan kemenangan umat islam yang berjaya mengharungi ujian dalam bulan ramadhan. Jika dikaitkan dengan sirah dan kisah-kisah para sahabat yang berjuang di medan perang, sungguh perjuangan yang sangat besar jika nak dibandingkn dengan kita zaman kini. Maka wajarlah Allah mengurniakan bulan syawal demi meraikan semangat perjuangan mereka.

Tapi kita kini, seolah-olah sebenarnya, tidak menghargai ramadhan. Malah tidak berjuang pun di dalam bulan ramadhan,cuma lebih banyak membuat persiapan menanti syawal..

Mengapa? Tidak gembirakah berada di bulan ramadhan? Bulan yang penuh dengan keampunan.
Lagi insan seperti kita yang penuh dengan noda dan dosa. Sepatutnya ramadhan kita habiskn dengan menginsafi kelemahan diri dan menggunakan sepenuh peluang yang ada untuk mendidik hawa nfsu menjadi nafsu yang muthmainnah. Bukan terus tertewas dengan kehendak nafsu meskipun nafsu tidak terikat dengan belitan syaitan. Lemahnya kita, andai di bulan tarbiyah yang hanya diuji dengan nafsu pun kita kalah, apatah lagi di bulan2 lain yang mana syaitan terus menerus mempengaruhi hawa nfsu. Kan tegarkah kita tuk mnghadapi kdua-duanya jika dgn yang satu itu pun kita tidak bisa bertahan...???

Ramadhan tnggal 3-4 hari lagi. Sama ada kita berasa sdih akan pemergiannya atau berasa gmbira akan pemergiannya kerana kita tak perlu lagi menahan lapar dahaga, taraweh dan sbagainya.

Stiap kali berada di penghujung ramadhan, para sahabat Rasulullah pasti akan menangis.. Tertanya-tanya.. Adakah sempat menemui ramadhan yang akan datang.. Maka menangislah mereka kesedihan. Kita bagaimana?

Tetap menanti pemergian ramadhan demi menanti khadiran syawal yang pnuh dengan keseronokan?

Kerna apa Allah menghadiahi kita dengan syawal, kerna Allah telah menguji kita dengan ramadhan. Persoalannya, berjayakah kita mentarbiyah diri di madrasah ramadhan kali ini, atau tidak sabar2 menanti ramadhan pergi..? Tepuk dada tnya iman..

Muhasabah selagi ada waktu..

Wallahhu a'lam

Friday, August 27, 2010

Rindu pada 'Umairah..

"k.ifah, tengok nak usrah awak ni, nakal btol dia," adu k.nab kepada mak usrah(naqibah) saya.

"ha, ateh, kacau lagi si nab ni,"mak usrah saya mengusik k.nab semula.

"lah, sama je dua-dua orang ateh ni. Ateh awak ni k.ifah, perangai macam awak. Mak borek anak rintik,"tergelak saya dengan kata-kata k.nab tu. Mak usrah saya merangkap along saya, pun dipanggil ateh dalam adik beradik usrahnya... Oh,memang spesen je kot sikap insan-insan yang bergelar ateh ni...

Erm,..apa cer adik beradik usrah yang lain ya..
Alang makin sibuk... Exco, biasalah..
uda, acik, anje, adik, acu, aniq, n andak.....apa cer..??

Andak dan anje satu kelas tasme' dengan saya. Jadi terubat sedikit kerinduan saya pada adik beradik usrah. Usrah yang bagai telah lama terhenti.

Andak dan Aniq orang brunei.. Meskipun mereka selalu saya temui, tapi tak banyak perkara yang kami mampu bincangkan bersama disebabkan waqi' negara yang berbeza.
huh, ada masalah ke berbeza negara..??? Tapi kalau itu yang dijadikan alasan untuk tidak berbincang tentang isu semasa...tak taula...

Teringat kata seorang murabbi, bila lebih tiga hari diri kita tidak menerima sebarang tazkirah, hati akan jadi gelap. Bila hati jadi gelap, apa yang jadi...???

Masing-masing bawa haluan sendiri..haluan sendiri?..yup, dengan cara masing-masing.
Mana taknya, tarbiah tak berjaya disampaikan bilamana usrah tergendala.

Usrah terakhir dengan along dan angah (naqibah-naqibah saya), cuma tiga orang sahaja adik beradik yang datang. Saya pun malas nak datang sebenarnya waktu tu, tapi demi nak menjaga hati naqibah yang susah-susah buat usrah dalam keadaan depa yang teramat busy dengan kerja-kerja Islam yang lain, saya pun datang gak la. Sedih. Waktu tu saya yang malas nak datang usrah (tapi datang gak), jadi kecewa dengan sikap adik beradik. Kenapa jadi macam ni ya???

Muhasabah dah pernah buat, tapi praktikal selepas itu...kemana?

Pernah suatu hari, saya terselisih faham dengan seorang adik beradik usrah saya. Apa yang membuatkan saya masih teringatkan perselisihan yang berlaku itu ialah apabila ayat terakhir pada surat yang diberikan pada saya mengatakan,

"macam mana la kita tak jadi gini..gaduh-gaduh.. susah nak faham orang.. sebab kita semua tak komit usrah..cengginila jadinya.."

tak komit usrah? Saya komit ja, cuma takda penghayatan dalam diri. Macam ni pun masalah gak...

Sekarang sudah masuk penghujung semester lima,..maknanya apa.. maknanya usrah yang saya dapat sejak semester satu dulu, dah hampir empat sem terbengkalai.. empat sem?.. dua tahun la..

Bagai tidak ada roh-roh yang hidup..saya hanya mampu menempelak diri.
Rasa kosong tanpa usrah. Hatta adik beradik saya yang "nakal" pun merasai kekurangan hidup tanpa usrah, apatah lagi saya yang sederhana nakal ni...isk3.

Ramadhan pun nak berakhir... mujur Aniq menguatkan rasa hati saya untuk ifthor bersama usrah.. syukran Aniq, anje..

Moga Ifthor usrah yang akan kita jalankan ni, berjaya menambat kembali hati-hati kosong yang sebenarnya sangat dahagakan tarbiyah.

Buat 'Umairatul Mahabbah... puteri-puteri yang mengimarahkan kasih sayang...,
Moga Ramadhan dan imtihan yang akan berlansung kali ini, bisa memberikan impak yang lebih baik buat diri kita.

Insan tidak sempurna, tapi tetaplah belajar untuk menjadi sesempurna insan.

Mohon maaf salah silap.

Salam imtihan buat semua. Moga Allah mengurniakan kecemerlangan dunia dan akhirat buat kita semua.

Wallahhu a'lam..

Saturday, August 14, 2010

YANG TERAKHIR UNTUK KITA.. (ITQAN version)


Pejam celik pejam celik, tinggal 2minggu je lagi untuk exam semester lima. Ya, semester lima buat ahli ITQAN.

Kita semua sedarkah?
Ramadhan yang masuk hampir seminggu ini pun, merupakan ramadhan terakhir buat kita di bumi barakah DQ (kecualila bagi yang nak amk degree kat DQ).

Inilah pusat Tarbiyah terakhir yang sedang kita jalani buat kali terakhir di bumi barakah ini. Maka, wajarkah peluang yang terakhir ini, kita sia-siakan begitu sahaja?

Usah sekadar mendabik dada bangga kitalah yang tersenior di kampus ini.
"jalan ini, aku punya,"
"cafe ini, tempat lepak aku,"
"datang kelas lambat? aku punya pasalla...,"
"buku aku kena tahan HEP? Hey bro, aku tahun akhir kat sini tau. Pedulik apa aku dengan HEP tu.."

Mungkin itulah lumrah yang kan terhasil dari jiwa seorang insan yang bergelar senior. Ah, pedulikan itu semua. Yang saya mahu bicarakan di sini buat renungan semua ahli sem ITQAN, sampai bila kita kan meneruskan kebobrokan yang terhasil dari setiap sem yang bergelar senior?

Andai senior yang lepas pernah jatuh di dalam lubang yang sama berkali-kali, perlukah kita ulangi perkara yang sama lagi...??

Perlukah kita menelanjangi keaiban diri pada adik-adik yang akan meneruskan perjuangan di bumi barakah ini?

Kegusaran yang melanda minda membuatkan saya semakin takut untuk meneruskan hafazan hingga ke juzu' 30. Walhal ketika mula-mula dahulu, tekad saya ingin khatam hafazan secepat yang mungkin. Bukti hati ini milik Allah s.w.t, saya hanya mampu merancang, tapi dibolak-balikkan hati ini dengan kegusaran yang memusing-musingkan otak fikiran.

Akhir-akhir ini juga baru saya sedar, saya sebenarnya bukan mengimpikan segulung diploma Tahfiz walSyariah di hari konvokesyen nanti. Bukan jua menanti majlis khatam yang akan dijalankan secara besar-besaran. Atau malam seribu kenangan yang akan meninggalkan seribu kemusykilan pada diri saya.

Lalu apa sebenarnya yang saya mahukan di tahun akhir perjuangan saya di bumi barakah ini.... bagaimana pula dengan sahabat dan sahabiah yang lain.. kita semua mahukan apa sebenarnya???
Gelaran? Sijil Diploma? Memakai jubah besar di hari konvo sambil mendakap jambangan bunga-bunga besar? Mencari calon untuk dijadikan pasangan hidup?

Ah, kita mahu apa sebenarnya?
Mengapa baru sekarang terasa ingin mempersoalkan pada diri?
Mengapa tidak dari dulu???

Menangis saya mengenangkan kebodohan diri yang sering terlewat dalam membuat keputusan. Walhal masa yang ada, cuma tinggal beberapa bulan.
Tapi, masa yang tinggal beberapa bulan itulah yang kita laghakan...
facebook...
komik...
video2 lagha..
games..
lepak2 + borak2 dosa tanpa sedar..

Ah, aku tidak punya masalah Alquran atau akademik.. apa perlu dirisaukan.. menggelabah r minah ni nak sedar-sedarkan orang..

Huh, sudah penat saya berteka-teki di dalam hati, kerna itu saya muntahkan pada penulisan kali ini. Mahu kita sama-sama jadi pemikir dan penggerak, bukan terus hanyut dalam dunia ciptaan kita sendiri.

Ke manakah hilangnya huffaz kini? Adakah tenggelam dalam kemelut gejala sosial yang semakin memuncak dalam masyarakat hari ini?

Hey kawan, tinggal beberapa purnama sahaja lagi untuk kita di sini.
Bersediakah kita untuk melangkahkan kaki keluar dari penjara syurga ini demi membantu masyarakat menyelesaikan masalah-masalah yang semakin hilang punca? Atau mahu jadi orang hebat yang bersembunyi di balik tiang-tiang lampu di tengah jalan?

Saya semakin musykil dengan persoalan-persoalan yang samakin bercabang di minda. Bersediakah kita untuk bergelar HUFFAZ yang PROGRESIF??


Sedia atau tidak, itu bukan jawapannya. Tapi, orakkan langkah dengan tekad, akulah pencetus revolusi ummah! Akulah Alfateh buat masyarakat hari ini!!

Salam juang buat HAMALATUL QURAN!!


sekadar mampu menjentik rasa dengan izin Allah s.w.t. Andalah penentu dan jawapannya.

Saturday, August 7, 2010

Kes Zina. Salah siapa?

musykil...

Saya bagai tidak merasakan gelombang bahaya itu.
teruk betul!

tak prihatin masalah ummah... ops,..bukan tak nak prihatin, tapi kesibukan melebihi masa yang ada mengekang saya untuk melangkah ke gedung ilmu itu demi mendapatkan berita-berita terkini tentang dunia masa kini.

Alhamdulillah..
Program Anjuran Kelas Kaunseling sem3 IRSYAD, banyak menyedarkan saya.
"A baby to an Ummah".

Seusai mendengar forum pada hari itu, baru saya dapat merasakan gelombang bahaya itu semakin besar dan bertambah bahaya!

Nampaknya saya pun berada di zon bahaya yang selesa. Lantas saya tidak menyedari kemara bahayaan itu.

Bersediakah saya untuk menghadapi masayarakat luar demi bersama menyelesaikan masalah sosial yang semakin kritikal di kalangan rakyat MALAYSIA?

Sewaktu saya di tingkatan Dua, hampir setiap hari keluar di surat khabar tentang kes rogol.
"Tak yah guna da perkataan rogol ini, orang tak takut. Tukar kepada Zina terus. Seoranga gadis telah dizinai oleh teman lelakinya," seorang sahabat saya memprotes.

ya, zina.
Jenayah yang telah lama kritikal dan semakin kronik.
Mengapa tidak jua selesai walhal telah pelbagai cara dilakukan untuk membendung masalah ini.
Malas nak oyak lah depa dah buat apa.

Tapi,ni ada cadangan yang WAJIB dilaksanakan oleh pihak kerajaan jika kerajaan benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini.

1- Laksanakan Hukum-hukum ALLAH. (sebat, rejam)
2- Hapuskan pub-pub dan kelab malam.
3- Haramkan jualan arak terutama pada orang yang beragama Islam.
4- Hapuskan iklan-iklan yang mempunyai unsur-unsur wanita dan seks!
(la ni, kalau tengok tv, konpem ada selit benda yang tak baik. wanita jadi bahan komersial. Apa kes?)
5- Para pimpinan sekalian, mari turun imarahkan masjid dengan ibadah.

Setakat ni dulu cadangan saya. Banyak lagi sebenarnya. Tapi, takpolah,takut bagi banyak-banyak, satu pun tak jalan.

Ha, satu lagi yang agak relevan untuk dijalankan...

"Kempen Biah Solehah peringkat kebangsaan"..
Tapi kempen ni, kalau nak buat kena dapatkan pandangan ulama' camna nak laksanakan. Bukan boleh main terjah ja. Semua perkara dan tindakan yang ingin dilaksanakan dalam sesebuah negeri hatta negara, semuanya perlu merujuk pada ulama' sebenarnya. jika tidak, ha' sebab tulah masalah sosial ni tak dapat dibendung. Ni kes Ulama' dipandang enteng. Ha, lu pikir la sendiri.

Hai, semua cerdik-cerdik kan. Kalau tak gane enjin roket boleh hilang...

Jom sama-sama bergandingan ke syurga.
Masalah ummah, masalah kita semua.

wallahhua a'lam.

P/s:Sampaikan walau sepotong ayat.

Tuesday, August 3, 2010

Kasih tak bersyarat

Seusai habis kelas, mata yang beratnya entah berapa tan terasa ingin pejam. Di tambah pula dengan suasana suram di dalam bilik yang terbentang sebuah katil empuk bercadar rapi.

10 minit sebelum dia tiba di bilik tadi, azan zohor telah pun kedengaran. Teringat seketika hadis yang dipelajari sewaktu di tingkatan 4 yang meriwayatkan tentang jika terlalu mengantuk, tidur dulu sebentar. Dia tersengih sendirian sambil kepalanya masih musykil berfikir, nak tidur dulu kejap ke, nak solat dulu…???

Tanpa sempat menemui jawapan, dia telah pun selamat rebah di atas katil. Sebaik sahaja dia melelapkan mata, kedengaran pitu biliknya dibuka.

“oit, bangun! Tak kan tak donga azan tadi,” terdengar suara teman sebelah biliknya membebel.

“kojap ja lah eden nak tido. Ni eden buat pasal ada hadis ni,” selamba dia menjawab.

“banyakla hang kejap. Biasa den tinjau dokat asar baru hang nak bangun. Dah..dah.. bukan leh caya sangat,” demi mengurangkan keperitan telinga akibat mendengar bebelan dari temannya itu, dia bingkas bangun.

“ha, kan sogar tu. Setan tu bukannya boleh dilayan-layan,bla..bla..” aiseh,…dia membebel lagi.

Alhamdulillah, dia berjaya solat sebelum terlelap hasil dari gesaan temannya. Sempat jemaah di surau lagi. Solat zohor ni, tak boleh buat lewat-lewat. Kalau tak memang susah nak dapat pahala jemaah. Syukran ya sahabat.

Mengapa berat untuk menunaikan solat terutama di awal waktu?

Mari bersoal jawab dengan diri.

Teringat satu artikel dari seorang sahabat. “Apakah kita sudah cukup syarat?”.

Syarat-syarat untuk layak menerima kasih sayang Tuhan.

Cuba kalau Allah buat syarat, siapa yang solat khusyu’ sahaja yang akan mendapat rezeki. Siapa yang solat di awal waktu sahaja boleh bercakap. Siapa yang bersedekah ja boleh melihat.

Agak-agak, apa akan berlaku…??

Tapi, Allah lebih mengerti jiwa hamba-hambaNya. Kasih sayang yang diberikan tak bersyarat. Malah kita yang meletakkan syarat untuk perkara-perkara seperti itu.

Jangan tunggu-tunggu. Takut lewat-lewat, taubat kita jadi terlambat, termasuk dalam golongan yang berkata, “alangkah baiknya kalau dulu aku Cuma menjadi batu-batu atau tanah,”.

Cepat,cepat sebelum kasih jadi bersyarat!