salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, September 7, 2011

Teruskanlah...


Katanya ingin menjadi sesufi Rabiatul Adawiyah...

Lalu hati yang hampir berkarat, disental habis-habisan.
Tapi kilatnya tetap tidak menyilau.

Purnama demi purnama dan tahun demi tahun terus berlalu.
Kilaunya tetap sama. Malah semakin bertambah gelapnya.
Mengapa?

Dirikah yang tidak ikhlas?

06 Syawal 1432H menghantar saya ke KLIA.

Sebak yang telah sekian lama berbuku sejak tarikh penerbangan dipercepatkan, terasa ingin merembes keluar.
Lemahkah?

Lalu perlukah berpura-pura tentang kekurangan diri?
Isy..ingin berubahkan? Teruskan saja perkelanaan ini.

Lihat mendung wajah abah....
Tak usah kau renung wajah ummi..kerana hatimu sedia tahu tentang itu.

Itu pelukan terakhir buat anak yang akan meneruskan pengembaraan mencari diri dan hati yang kerap hilang..

Mohon maaf ummi..
Mohon maaf abah...
Anakmu pergi dulu...

Andai esok tiada nafas lagi untuk aku bertemu kalian, halalkan segala-gala yang kalian pernah curahkan padaku. Maafkan segala dosa2 yang bertalu-talu ku laku terhadap kalian...

Kuatkah kaki untuk terus melangkah?
Benarkah ini pilihan yang terbaik?

Oh,Tuhan... Gelojak rasa mengombak tinggi.
Usah biarkan aku tewas dalam kedhaifan itu.

Setiap jam yang berlalu di langit biru itu, saya palingkan wajah ke tingkap. Mengintai tanah air yang semakin jauh dari pandangan.....

Ibu kota Bahrain, Manama menyambut kami dengan kegelapan malam yang disirami dengan cahaya neon di sepanjang jalan dan bangunan.

Puas saya mencubit lengan untuk menyedarkan diri dari mimpi-mimpi yang lalu. Saya sudah terbang jauh dari Malaysia.

Lapan jam transit di Manama, mengembalikan tenaga dan perasaan yang hampir hilang akibat kali pertama menaiki kapal terbang...

Hotel Gulf Air, Manama, Bahrain.

Bahrain membawa saya mengenali Jordan sedikit sebanyak. Meski itu bukan destinasi sebenar saya, tapi wajahnya seakan-akan sama.

Eh,tidak Tegur seorang senior dari mu'tah yang mengiringi kami. Jordan bukan seperi Bahrain. Budayanya mungkin sama, tapi persekitarannya sama sekali berbeza.

Jam 12.00 pm waktu Jordan, kami selamat mendarat di Amman,Jordan. Alhmdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...

Tiada air mata yang tumpah?
Meski hati masih dipenuhi dengan kecelaruan. Benarkah ini jalannya...

Persatuan dari setiap jami'ah telah setia menanti kami..
PMMA, PERMAI, PRISMA, dan PERMATA.

Di sinilah kami berpisah... Sahabat2 yang hadir di bawah tajaan JAIS akan mengatur langkah pergi ke medan perjuangan masing-masing yang seterusnya. 

Saya bersama dua orang akhawat dan dua orang syabab, diiringi wakil PERMATA menuju ke coaster. 

Berjuang tidak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi dengan status musafir yang dimiliki. Dugaan sepanjang perjalanan ke mu'tah membuat saya merenung jauh.

Jalan ini tampak lebih berliku. Harus untuk saya mengambil jalan mudah atau panjang dan merumitkan seperti ini?

Saya ingin benar-benar fokus dalam perkelanaan.
Pernah terlintas di hati, ingin lari seketika dari perjuangan itu. 
Berdosakah saya?

Tuhan, aku ingin thabat di jalanMu.. Kuatkanlah hati ini ya Allah...

Segala-galanya baru bermula.

Sama ada saya akan terus kuat atau rebah, bukanlah bergantung pada teman-teman seperjuangan yang saya tinggalkan di Malaysia. Tapi segala-galanya adalah bergantung pada keyakinan saya terhadap kekusaan Allah s.w.t dalam memelihara dan menjaga saya di kejauhan ini...........


Mu'tah, Karak, Jordan.

SALAM JUANG FILLAH BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN....

Wednesday, August 24, 2011

Tentang semalam




tentang cerita semalam..
ada apa?

Tidak ada apa-apa.
Habis, mengapa dinyatakan, seperti ada sesuatu.

Semalam,
ada dendam
ada geram
ada bengang

Tiada manisnya?
Tiada indahnya?

Mengapa tidak dinyatakan?

Pasti ada.
Roda kan sifatnya berputar.

tentang gembira
tentang bahagia
tentang ceria
tentang indahnya
semalam....

berputar dan terus berputar

Tentang hari ini,
ia tetap berputar

cuma putarannya lebih laju dari semalam...

Jatuhnya terasa cepat sekali..
mungkin sering terleka saat Allah menghadiahi secebis bahagia saat ber
ada di atas

Mengapa Allah letakkan kita di atas dan adakalanya dibawah...

Kerana Dia ingin mengajar kita, erti BERSYUKUR...







“Dan (ingatlah juga) ketika Tuhanmu memaklumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Dengan bersyukur akan selalu ada tambahan nikmat. Ada peribahasa mengatakan, ‘Jika kamu tidak melihat keadaanmu bertambah, maka bersyukurlah.’




Monday, August 15, 2011

Nanti aku ajar dia cukup-cukup!


Apa, dia ingat selamanya dia akan berkuasa?

Ada geng boleh citela...
Dia tau tak aku tengah membilang hari ni.. Tunggu masa ja nak bantai dia habis-habisan!

Hari yang dinanti telah tiba!
Bukan sehari, tapi sebulan aku akan bantai dia puas-puas!

Hari pertama...

waktu sahur...

"Lepas subuh nak ngaji. Nak bawak 2juzuk terus. Ramadhan kali ni nak khatam 3 kali,"diri memasang niat dan azam.

Seusai solat subuh,..

Mak aih...ngantuk bangat ni..tahan-tahan..

"Eh,ko ni, tahan-tahan plak. Ubat mengantuk cuma satu je iaitu tidur. Ala, ko xyah tidur lama-lama... asal hilang ngantuk sudah,".... sapela yang membisikkan kata-kata tu ye.

"Erm..betul gak. Kejap je,buat hilang ngantuk,"diri bersetuju dengan kata-kata tadi.

Sebelum mata terlelap, sempat berazam dalam hati, lepas ni nak dhuha, lepas tu pulun tiga juzuk.

"ye2..ko tidur je dulu,"suara yang sama kedengaran.
..................................................................................................................................................................

"Eh,pukul berapa dah ni?" diri menyoal hati.

"Ya Allah, pukul 9 pagi? Apa kes?........ ni aku bengang ni!!" diri mendengus sendiri sambil bangkit menuju ke tandas untuk bersuci.

Seusai menunaikan solat Dhuha, segera dicapai mashaf Alquran untuk dibaca dan dihayati. Dua helai je lagi nak masuk juzuk baru, tiba-tiba...

"Ya Allah..tolong..aku sangat mengantuk..Tahan-tahan dua helai je lagi ni,".....

Tinggal sehelai nak masuk juzuk baru, Alquran selamat diletakkan di tepi.
Syahid fisabilillah...
...............................................................................................................................................................

Ok,nekad.

Buka ni, nak makan setakat cukup ja.
Tak nak lebih-lebih sebab nak tarawikh 20 rakaat. Nanti pancit cepat.

Sampai rakaat ke lapan, maka ramailah manusia yang keluar dari sof.
ISh3..leh tergugat ni.

Mata pun dah kuyu semacam, entah berat berapa tan.

"wei! ko kan dah banyak tidur siang tadi! Asal ko ngantuk lagi....!! Azam la konon..." ish, membebel plak si hati ni. Tapi betul gak apa dia cakap tu.

"Tapi tarawikh ni kan sunat. Buat lapan pun takda masalah,"diri membela diri.

"KO buat 8rakaat, tak sama banyak pahala dengan ko buat 20 rakaat...!" mak aih, dia marah betul ni...

Yela,yela..aku buat......

Balik-balik rumah tu, takdela ngantuk sangat pun. Borak-borak,main fesbuk tak sedar pukul 12.

"Eh,dah lewat ni. Esok nak bangun awal. Nak qiyam, sahur..."kata diri.

"La qo la.."bisik hati.

Sebelum tidur, sempat menghitung diri.

Harini cuma dapat 8 helai je? 1 juzuk pun tak sampai????

Ha, ko tanya la diri ko sendiri...

Nafsu dah sengih sorang diri. Padan muka ko! Aku ni dah diasuh 11 bulan!
Bukan sebarang asuhan....

Astaghfirullahhal 'azim...tertewaskah aku dalam ramadhan kali ini???

Ya Allah, semoga kami tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi..
Ameen...

P/s: ha, lanyak la nafsu kita tu puas2... jangan kita pula yang dilanyaknya..
P/s: JAdikan Ramdhan kali ini lebih bermakna buat diri dan iman kita..^_^



Friday, August 12, 2011

Kita dan Ramadhan 1432h

Salam ramadhan kareem..

8 Ramadhan 1432h, genaplah usia saya 22tahun. Ada azam baru?
Azam baru sentiasa ada. Jadi soalkan pada diri, telah terlaksanakah azam yang lepas?

Ramadhan sudah memasuki fasa ke-2 yakni fasa pengampunan.
Bagaimana 10hari pada awal ramdhan yang telah berlalu? Berjayakah saya melaluinya dengan penuh penghayatan?

Alhmdulillah, saya dapat merasai Ramadhan pertama di bumi barakah DARUL QURAN. Rindu di tempat itu, sedikit terubat meski tiada lagi teman-teman sebatch yang lain. Meriah melihat keseronokan adik2 baru menyambut Ramadhan pertama di perantauan (DQ je pun).

Hari ini dan esok telah berlalu. Ramadhan sudah menghampiri pertengahan.

Sudah berapa juz tadarus alquran?
Sudah berapa juz iadah alquran?
Cukupkah taraweh skurang2nya 8rakaat di stiap malam?
Terjagakah diri saat malaikat membangunkan diri dari tidur ntk meluahkan rasa pada diari qiamullail..????

Tahniah pada sesiapa yang mampu menjawab soalan di atas dengan cemerlang.

Fasa ke-2 ni pun hanya tinggal lima hari sahaja lagi.

Sebak tiba-tiba... mengapa?
Ramadhan ingin pergi...
Mengapa baru sekarang?

Ya, mungkin agak terlewat. Tapi masih ada masa yang tersisa untuk itu.
Pulun-pulun, jangan tak pulun!

Double, triple kan ibadah!
Sedekah, tilawah Alquran, zikrullah, dan sebagainya.

Ah, meriahnya! ^_^

Jadi tolong ya, jangan hilangkan mood anda dengan mendengar lagu-lagu raya dan sewaktu dengannya.

Tahun ini mungkin yang terakhir buat kita.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.(1)

Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (2)

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.(3)

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.(4)

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (5)

-Surah Alqadr-


Salam Juang dalam mengejar 10 malam terakhir...
Bisakah kita miliki?


Monday, July 18, 2011

buat yang terakhir


"awak balik hari sabtu lepas zohorlah,boleh, lepas habis kelas Bahasa Inggeris?" itu soalan yang ditanyakan sebaik saya menghantar surat permohonan untuk pulang kepada salah seorang urusetia kursus Bahasa anjuran LZS.

"Kak,kalau saya balik hari jumaat petang?" penuh harapan saya meminta.

"Erm, rumah awak kat shah alam je kan, awak balik lepas pukul 10.30malam, lepas prep lah.." itu kata putus yang saya terima.

Ini bermakna, saya hanya dibenarkan pulang pada hari Jumaat selepas jam 10.30 malam. Oh,Tuhan...

Mengapa saya memohon untuk pulang awal...
Hajatnya ingin ke walimah seorang sahabat baik yang berlansung di rumah pihak lelaki di Melaka pada hari sabtu itu. Tapi sempatkah jika pada hari Sabtu itu saya bergerak bersendirian menaiki bas ke Melaka, sedangkan saya mesti sudah berada di Darul Quran JAKIM sebelum jam 4.30 petang hari Sabtu itu.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.... (walau dalam hati ada unsur kecewa yang menyelinap kerana tidak dapat hadir ke walimah itu)...

Barakallahhu lakuma buat sahabat baik saya Zainab Binti Sapiudin dan pasangannya merangkap senior saya di sekolah, Ammar B Abu Bakar. Semoga kalian sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah s.w.t dan berbahagia sehingga ke syurga.

Alhamdulillah, mereka telah sampai ke peringkat Bait Muslim dalam membina masyarakat muslim.


Ekspo hari konvokesyen Darul Quran kali ke 20, tampak meriah sekali. Lebih 50 buah gerai dibuka bagi memeriahkan lagi suasana.

Tapi jiwa yang duka, tetap merasa hiba.

Mungkinkah ini kali yang terakhir saya akan bertemu dengan sahabiah seperjuangan di Bumi Barakah ini?

Saya tidak pasti. Maka doa saya sentiasa menafikannya.

Tempoh dua hari saya menginap di asrama perempuan Darul Quran tidak menyempatkan saya untuk bertemu dengan semua orang-orang yang tersayang apatah lagi untuk saling berbicara dan bertanya tentang khabar diri dan iman....

Seusai menaiki pentas menerima diploma dari Pengarah JAKIM, terbang segala perasaan debar yang menguasai sebelum itu.

Saya sudah bergelar graduan dari Darul Quran JAKIM.

Akan tetap samakah keadaan saya sewaktu masih menuntut di Darul Quran dengan keadaan selepas selesai pengajian di situ?

Adakah diri ini kan tetap tegar untuk melangkah gagah?

Adakah diri ini mampu untuk terus istiqamah dalam usaha untuk menjadi MUSLIM TERBAIK?

Akan wujudkah lagi teman-teman yang kan seiring dan sejalan dalam meneruskan perjalanan dakwah ini?

Perlukah saya meratap hiba menangisi pengakhiran kisah dan pengalaman saya di DQ?

Perjalanan hidup saya masih lagi jauh. Meski kematian seringkali mengintai di balik waktu yang ada.

Buat sahabat sahabiah seperjuangan, teruskan perjuangan menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil.

Tahniah dan takziah kerana telah memiliki Diploma Tahfiz wal Qiraat, Diploma Tahfiz wal Dakwah, dan Diploma Tahfiz wal Syariah. Tidak lupa juga buat adik-adik persijilan,dan cucu-cucu tersayang.

Segala-galanya bermula dari diri sendiri. Jika saya terus meratap kerana merasakan sebuah pengakhiran berada di depan mata, maka yang akan saya lihat di hadapan, hanyalah sebuah kegelapan.

Walhal sebenarnya, perjalanan dalam meredah realiti kehidupan baru bermula buat saya.

Ya Allah, kurniakanlah apa yang terbaik daripada yang terbaik buat diri ini jua buat sahabat sahabiah seperjuanganku yang lain.

Teguhkanlah kami dalam keimanan dan ketaatan kepadaMU..

Peliharalah diri kami dari fitnah manusia, jin dan dunia yang merosakkan.
ameen ya rabbal alamin..

~siiru 'ala barakatillah...~

Tuesday, June 28, 2011

~KuSuT~...inni 'abdullah...


"yang ni pun tak boleh pakai...,"saya mendesus dalam hati.

Kertas yang telah saya lakarkan jadual harian itu saya simpan dalam fail.

Ini kali keempat saya merancang jadual harian yang baru.

Untuk apa saya susah-susahkan diri menyusun jadual itu?

Nak menulis tak berapa susah, nak memikir tu... tapi, ha, nak laksanakan tu laaaaaaaaagi 'mudah'..kan..kan.. (hati mengangguk sinis).

Lalu helaian jadual harian itu sekadar menjadi koleksi warkah-warkah lakaran yang memenuhi fail-fail yang tersimpan di balik pintu gerobok itu?

Terasa bagai ditarah, luka hati ini dengan soalan itu..

Semalam katanya mahu jadi lebih baik dari kelmarin. Kelmarin jua bilangnya begitu. Tapi bila tiba saatnya, kecewa yang menerjah...

Tiada orang yang mengingatkan.
Salah siapa?
Salah orang yang tidak mengingatkan...

Terkedu pada suara hati yang seolah meraih simpati.

"Kalau begitu, usah pergi jauh. Duduk saja sambung degree di Darul Quran JAKIM itu," iman menegur keras.

Sebak rasa hati.

"Belajar bangunkan diri dari mimpi. SENDIRI...,"iman menambah.

"baru 4 bulan beb ko keluar dari situ, dah begini jadinya,"akal menambah perli.

Bagaimana mahu istiqamah dalam melaksanakan kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan mengelakkan kelalaian?

"dengan keseorangan begini? mampukah?" persoal hatiku.

"Usah membutakan hatimu. Kau keseorangan atau kau yang menghidupkan sentimen keseorangan itu?"iman bertanya lagi.


Ah,kusut!

"Esok nak ke mana?"ummi bertanya tiba-tiba sewaktu berbuka puasa tadi.
"Ke mana?" pura-pura tidak mengerti.

"Minggu lepas kata ada program hujung minggu ni?" ummi mengerutkan dahi,musykil.

"Oh,.." pura-pura baru ingat.

"insya' Allah, pagi esok gerak ke Hulu,"saya menjawab ringkas.


Jiwa bagai tidak betah berada di posisi yang sama setiap masa tanpa apa-apa tindakan.

Langkah ini ku atur demi mencari semula spirit yang hilang.


"Mahu ke mana langkah itu?" akal bertanya tiba-tiba.

"Mencari spirit yang hilangkan ku bilang tadi...,"hati menjawab acuh tak acuh.

"Mesti melangkah keluarkah?"akal memerli.

"Kalau itu sahaja cara yang terbaik..." sepi seketika.

Izinkan diri ini keluar menerjah dunia luar demi mencari hakikat ukhuwah yang pernah memimpinku menyoroti laluan itu.


Doakan diri ini ketemu apa yang hilang itu...~~

Tuhan, aku mahu sentiasa hidup dengan Rahim dan Rahman Mu... Allahhumma ameen..