salam tazkir
" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-
Thursday, October 6, 2011
Debu - Nyawa dan Cinta (The Soul and Love)
Nyawa dan cinta menjelma
Yakni kedua-duanya
Di zaman dulu bersama
Diciptakan oleh Allah
Reff :
Dengan cara sangat khusus
Roh dan cinta dicampurkan
Dan cinta yang memang halus
Menghilang dalam campuran
Kekuatan campurannya
Menyatukan roh dan cinta
Entah cinta atau nyawa
Jadi zat atau sifatnya
Mungkin cinta jadi zatnya
Yaitu zat campurannya
Mungkin roh jadi sifatnya
Atau mungkin sebaliknya
Reff :
Natijah campuran itu
Cinta dan roh berbicara
Dan saling dengar begitu
Bersama dipelihara
Asal cinta api tapi
Angin itu asal nyawa
Angin menyalakan api
Maka membakar anginnya
Reff :
Entah ini, entah itu
Saya tidak tahu, kawan
Memang tidak tahu jitu
Adalah keajaiban
Riyadhussolihin.
Qiblatnya benar-benar lurus. Menghadap dinding konkrit
berwarna putih. Di ruang itu kami sering bersama-sama.
Tapi pagi ini, Almathurat yang dibaca, berjaya menembusi
dinding yang dikatakan konkrit itu. (konkrit kah? Belum pernah mencuba lagi…)
Almathurat di sana pun baru selesai dibaca. Jam menunjukkan
angka 7pagi.Masing-masing mengambil posisi lentok berdekatan dengan sofa.
Ni belum zikir Almathurat kubro lagi… Tak sampai beberapa
minit,hampir kesemuanya syahid.
Tinggal ummi yang meneruskan kerja-kerja mengiranya selaku
juruaudit merangkap bendahari abah tercinta. Ah,ummi seorang suri rumah yang
sangat setia.
Kebiasaannya sekitar jam 8 pagi,agenda seterusnya akan
bermula. Bacaan surah pilihan,tazkirah dan solat dhuha. Bergantung juga pada
akitiviti anak-anak yang sering menggangu agenda rumah hasil perah otak Ummi
tercinta. Waktu cutilah waktu yang terbaik dan kerap diadakan aktiviti bersama
keluarga seperti ini.
Tapi kini…saya tidak pasti jika ada rutin yang berubah.
Anak-anak ummi tiga orang telah terbang jauh. Seorang di mesir, seorang di
Jordan dan seorang kakak yang baru mendarat di kota London minggu lalu bagi
menyambung pengajian di peringkat Master. Dua orang di IPTA tempatan. Tiga orang
di sekolah menengah. Ada yang sedang menjalani peperiksaan dan ada yang bakal
menduduki SPM beberapa bulan lagi.
Alhamdulillah,masih ada adik-adik di rumah buat menemani
ummi. Tiga orang adik yang bersekolah di sekolah rendah berhadapan dengan
rumah. Keluar jam tujuh pagi,pulangnya tetap selepas jam empat petang.
Ya,rutin itu pasti berubah. Moga rutin itu menjadi lebih
baik meskipun bilangan anak-anak di sisi tidak mencukupi.
Mampukah saya mewujudkan suasana seperti itu di rumah sewa
yang baru saya duduki sejak sebulan yang lepas. Sebulan?
Masya’ Allah,telah cukup sebulan saya di sini. Cukup sebulan
detik ummi dan abah mendakap saya di lapangan terbang KLIA berlalu.
Lalu saya harus menanti suasana yang membentuk jati diri saya atau saya yang harus membentuk suasana...???
Lalu saya harus menanti suasana yang membentuk jati diri saya atau saya yang harus membentuk suasana...???
Masa terus berlalu. Zon selesa telah sebulan saya
tinggalkan.
Ya, Darul Quran JAKIM yang sarat dengan biah solehah
(persekitaran yang baik)..
Jua rumahku syurgaku milik abah yang menjadi tempat berteduh
sejak sekian lama yang jua sarat dengan tarbiyah.
Juga program-program yang bermanfaat buat rohani dan jasmani
yang bersepah-sepah di Malaysia. Cuma mahu atau tidak.
Di kampung mu’tah ini, saya yang harus membentuk diri dan
jiwa. Mahu tewas dengan kepanasan musim soifi atau kesejukan musim syita’ pun
saya jua yang memilih.
Mahu fokus dengan akademik dan persatuan atau akademik
semata-mata pun saya yang harus membuat pilihan.
Saya mahu rumah sewa ini disirami dengan cahaya
riyadhussolihin pun,saya jua yang perlu membuat pilihan!
Hasbunallahhu wanikmal wakil…~
Siiru ‘ala barakatillah.
Sunday, September 25, 2011
Doa buat dia..
Pagi itu
tidak berawan. Tapi kesejukan mencengkam hingga ke tulang hitam. Kewajipan
tetap kewajipan. Meski jam 5 pagi sudah berkumandang azan subuh, tapi waktu
kerjanya tetap bermula dai angka 8 pagi.
Jam 7
pagi,van besar yang dipanggil coaster telah berderet setia menanti penumpang
utama untuk ke university mu’tah.
Hati
tersenyum keseorangan. Alhamdulillah,hari ini tidak lewat meski semalam baru
selesai diorentasikan.
Adakah dia
semakin tegar untuk melangkah dengan penuh keyakinan tanpa ada yang menunjuk
arah…hati bersoal dengan diri tentang dia.
Ya Allah…aku
tinggalkan dia di Malaysia demi meneruskan perjuangan di bumi mu’tah ini. Tapi
aku terlupa mewakilkan Engkau sebagai peneman jua pembantu dirinya…
Maka Ya
Allah, peliharalah dia dari perkara yang boleh menyebabkan kemurkaanmu dan kau
pautlah hatinya pada perkara-perkara yang membuatkan dia semakin dekat dengan
Engkau.
Matahari
yang memancar terik ke wajah,lansung tidak memberi kesan pada hati yang sedang
mendung. Musim sejuk yang hampir tiba,menghantar angin menerbangkan bahang yang
dirasai.Dan aku akan terus di sini. Melangkah dan terus melangkah. Jatuh bangunku, cukuplah Allah sebagai pembantuku di kejauhan ini.
Maka untuk dia, Engkaulah sebaik-baik penolong buat dia.
Hadiahilah dia teman-teman seperjuangan yang mampu menjadi wasilah untuk dia sentiasa taat pada Engkau ya Allah…
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus hidup dengan Nur-Mu ya Allah….
Ameen ya
rabbal alamin..
MOga kalian
kuat menghadapi mehnah hidup adik2 ku! Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik teman
dan pembantu buat kalian!
Siiru ala
barakatillah~
Monday, September 12, 2011
Muhasabah Dosa
BISMILLAHIRAHMANIRAHIIM
AWAS!DOSA BERGANDA
Walaupun terdapat perbezaan antara DOSA BESAR dan DOSA KECIL,seseorg
itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan DOSA KECIL
tersebut.AWAS,kerana apabila DOSA-DOSA KECIL dilakukan,ia akan BERGANDA
seterusnya menjd DOSA BESAR!PERTUKARAN INI BERLAKU APABILA:
MELAKUKAN sesuatu DOSA secara BERULANG2 dan TERUS MENERUS walaupun ia
DOSA KECIL.Sesungguhnya,hanya perkara yg baik sahaja yg boleh dilakukan
secara berterusan walaupun SEDIKIT.
SESUATU dosa itu DIANGGAP
SEBAGAI PERKARA REMEH.Jgn pernah sesekali mengatakan dosa itu sebagai
perkara REMEH walaupun ia KECIL,kerana Allah itu MAHA BESAR LG MAHA
AGUNG.
TIMBUL rasa BANGGA kerana dapat MELAKUKAN DOSA
TERSEBUT.Walaupun tahu perkara tersebut DOSA,seseorg BANGGA
melakukannya.Dia tidak sedar bahawa dia akan MENDAPAT BALASAN BURUK
DARIPADA ALLAH.
TERTIPU dgn NIKMAT YG ALLAH KURNIAKAN.Inilah
ISTIDRAJ iaitu seseorg yg diberi NIKMAT oleh Allah,namun masih KEKAL
MELAKUKAN DOSA dgn perasaan AMAN dan TENTERAM.
TIDAK
segan-silu(MALU)memberitahu org lain akan dosa yg dilakukan.Seseorg yg
bersikap seperti ini sebenarnya telah MEMALUKAN DIRINYA SENDIRI bukan
sahaja di HADAPAN MANUSIA,Bahkan DI HADAPAN ALLAH.
DOSA yg
dilakukan oleh seorg ULAMA atau TOKOH dan menyebabkan ramai pengikut
turut melakukannya.Oleh sebab itu,AJARKANLAH PERKARA YG BENAR dan TEPAT
BERLANDASKAN SYARIAT ALLAH.
KENALI DOSA DAN JAUHINYA.
BERDOSA KEPADA SIAPA?
1.ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
Salah satu dosa terhadap-Nya ialah SYIRIK kepada ALLAH.Namun,ada
perlakuan yg secara TIDAK SEDAR yg menyebabkan berlakunya SYIRIK.Itulah
PERBUATAN SIHIR atau mencari org lain seperti BOMOH dan DUKUN utk
MENYELESAIKAN MASALAH.Sedangkan Allah sahaja TUHAN YG BERHAK DISEMBAH.
2.DIRI SENDIRI
Seseorg DITEGAH daripada MENZALIMI DIRINYA SENDIRI dgn melakukan DOSA2
seperti MEMBALAS DENDAM terhadap org lain,MENUKAR JANTINA atas dasar
KECENDERUNGAN SEJAK KECIL,BERLEBIHAN KETIKA MAKAN dan sebagainya.DOSA yg
PALING BESAR terhadap DIRI SENDIRI adalah MEMBUNUH DIRI kerana tiada lg
KESEMPATAN BERTAUBAT.
3.ORANG LAIN
Antara contoh
PERBUATAN DOSA kepada ORG LAIN seperti MENCURI dan yg
seumpamanya,MEMBUAT BISING DI TEMPAT UMUM,MEMBAWA KHABAR BURUK tentang
DIRI SESEORG dan sebagainya.PERBUATAN ini biasanya hanya utk MEMUASKAN
HAWA NAFSU seseorg tanpa mengambil kira KESAN yg akan ORG LAIN PEROLEH.
KATEGORI DOSA
1.AQIDAH
-SYIRIK kepada Allah
-MENGAMALKAN SIHIR
2.AKHLAQ
-Tidak menunaikan HAK kepada kedua2 IBU BAPA dan sesama manusia
-Berlaku ZALIM terhadap makhluk Allah yg lain seperti HAIWAN dan TUMBUHAN.
-Memiliki sifat MAZMUMAH dalam diri seperti HASAD,TIPU DAYA,KIANAT dan sebagainya.
3.IBADAH
-MERINGAN-RINGANKAN SURUHAN ALLAH seperti SOLAT,PUASA dan ZAKAT.
-Apabila LALAI melaksanakan PERINTAH ALLAH,tidak BERSEGERA MENGGANTIKANNYA.Contohnya,TIDA K MENGQADA SOLAT FARDHU yg DITINGGALKAN dan TIDAK MEMBAYAR FIDYAH atas PUASA YG TIDAK SEMPAT DIQADAKAN.
4.MUAMALAT
-Membuat URUSAN BERSANGKUTAN RIBA.
-MENGURANGI TIMBANGAN DALAM JUAL BELI.
KESALAHAN DALAM BERTAUBAT
1.Mahu BERTAUBAT tetapi MENUNDA TAUBAT
Seharusnya tidak DILEWATKAN BERTAUBAT kepada Allah kerana itu merupakan
KEWAJIPAN setiap MUSLIM YG BERDOSA.Ini BERTUJUAN supaya ia tidak
menjadi PEMBUNGKUS HATI sehingga DOSA SUKAR DIHAPUS.
2.LALAI DAN TERLUPA UTK BERTAUBAT
Ramai antara kita tidak pernah TERLINTAS sama sekali telah BERDOSA KEPADA ALLAH,lantas LALAI utk BERTAUBAT KEPADA ALLAH.
3.ENGGAN BERTAUBAT KERANA KHUATIR AKAN MELAKUKANNYA LAGI
Seseorg telah BERBUAT DOSA kepada Allah dan kemudian INGIN
BERTAUBAT,malangnya tidak MENERUSKANNYA KERANA KHUATIR akan MELAKUKAN
DOSA ITU SEMULA.Persoalannya,ADAKAH KITA PASTI AKAN MATI DALAM KEADAAN
KITA SEMPAT BERTAUBAT?
4.MALU HENDAK BERTAUBAT
Antara
UJIAN bg org yg ingin BERTAUBAT ialah PANDANGAN dan CELAAN daripada
mereka yg TIDAK MEMAHAMI ISLAM.Jika benar-benar kita JUJUR dgn TINDAKAN
SERTA BERBEKALKAN SIFAT SABAR,lama-kelamaan kita akan MUDAH MENGHADAPI
SEMUA UJIAN tersebut.
5.BERANI BUAT MAKSIAT LAGI KERANA RAHMAT ALLAH LUAS
RAHMAT dan KASIH SAYANG Allah bersama dgn ORG YG BAIK,bukan dgn mereka yg LALAI dan SUKA MELAKUKAN KEMAKSIATAN PADA ALLAH.
6.TERTIPU DGN AHLI MAKSIAT
Jangan berasa HAIRAN melihat mereka yg TERUS MENERUS MELAKUKAN MAKSIAT
tanpa ada BALASAN daripada ALLAH,bahkan mereka DIBERIKAN NIKMAT DI
DUNIA.Mereka memiliki kesemua itu sebagai PEMILIKAN SEMENTARA sebelum
MEREKA AKAN DIAZAB PADA HARI AKHIRAT NANTI.
7.BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH
Ada PELAKU MAKSIAT yg BERTAUBAT dan kemudian kembali MELAKUKAN DOSA dan
BERTAUBAT SEMULA BERULANG KALI.Akhirnya membawa kepada BERPUTUS ASA
daripada RAHMAT ALLAH kerana MERASAKAN DIRINYA DITAKDIRKAN BEGITU.SIKAP
BERPUTUS ASA daripada RAHMAT ALLAH seharusnya DIELAKKAN,MALAHAN TERUS
BERUSAHA KERANA INILAH SIKAP SEORG MUSLIM.
APAKAH ALLAH TERIMA TAUBATKU?
KAMU LAKUKAN DOSA KERANA KEJAHILAN.LALU SEGERA BERTAUBAT.
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA:"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi
oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan
kejahilan,kemudian mereka segera bertaubat.Maka(dengan adanya dua sebab
itu)mereka diterima taubatnya.Dan (ingatlah)Allah Maha Mengetahui,lagi
Maha Bijaksana,"
SURAH AN NISAA' AYAT 17
KAMU LAKUKAN DOSA TETAPI KEMUDIAN KAMU INSAF DAN BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI....
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA:"Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang
melakukan perbuatan yang keji itu,maka hendaklah kamu menyakiti
keduanya;kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri
mereka(yang buruk),maka biarkanlah mereka;kerana sesungguhnya Allah
adalah sentiasa Menerima Taubat ,lagi Maha Luas Rahmat-Nya."
(SURAH AN-NISAA' AYAT 16)
DIA MEMAAFKAN KESALAHAN YANG KAMU LAKUKAN....
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA:"Dan Dialah Tuhan yang menerima Taubat daripada
Hamba-hamba-Nya(yang bertaubat)serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang
mereka lakukan);dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
(SURAH AL-SYURA AYAT 25)
DIA MEMAAFKAN KESALAHAN SIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI-NYA...
FIRMAN ALLAH,MAKSUDNYA:"Dan Dia juga akan memnghapuskan kemarahan hati
orang yang beriman itu ,dan Allah akan menerima taubat orang yang
dikehendaki-Nya;dan Ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(SURAH AT TAUBAH AYAT 15)
Shodaqallahul 'Aziimm
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG
DARIPADA ABU SAID AL KHUDRI R.A.,katanya:
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W.bersabda yang bermaksud:"Iblis berkata
pada Tuhannya:"Demi KEPERKASAAN-MU dan KEAGUNGAN-MU,aku akan selalu
menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam
jasad mereka." Allah menjawab:"Demi KEPERKASAAN-KU dan KEAGUNGAN-KU,Aku
akan selalu MENGAMPUNI mereka selagi mereka MEMINTA AMPUN KEPADA-KU
(HADIS QUDSI)
HIJRAH DARIPADA MAKSIAT KEPADA TAAT
PERINGKAT PERTAMA buat maksiat,HATI RESAH GELISAH,HATI TERTOLAK dan
AMAT TIDAK SESUAI dengan FITRAH.Terasa WAJAH dan AIR MUKA DICONTENG
ARANG.ALHAMDULILLAH
PERINGKAT KEDUA TERLIBAT,terasa HATI kian
JINAK dan BERKEHENDAKKAN kepada MAKSIAT.MAKIN AKRAB walau masih ada RASA
MALU dan RAGU,BANGKAI MAKSIAT masih cuba DISEMBUNYIKAN sedaya
mampu.TERASA HINA andai ada yang mampu MENGHIDU DIARI HIDUPNYA yang
TERCALIT DOSA dan NODA.Semoga Allah MELIMPAHKAN TAUFIK HIDAYAH-NYA
PERINGKAT KETIGA,MAKSIAT kini TERASA KIAN LAZAT.Terasa alah bisa tegal
biasa.Sudah mula KETAGIH sehingga SANGGUP BERUSAHA meneruskan MAKSIAT
walau ada HALANGAN.MAA SYAA ALLAH
PERINGKAT AKHIR,TERINGIN mau
MENGAJAK orang lain ke arah KEMUNGKARAN,TERASA ingin MEMPROMOSIKAN dan
MENGKOMERSIALKAN MAKSIAT.RASA MALU dan IMAN sudah TERCABUT dari
HATI.NAUDZUBILLAHI MIN DZALIK
SEBELUM SAMPAI KEPADA PERINGKAT
KEDUA dan SETERUSNYA,jadikanlah RASA RESAH sebagai BENTENG dan TEMBOK
agar MAMPU BERHENTI TERUS.MOGA TAAT MENGAMBIL ALIN TEMPAT
MAKSIAT.INSYA-ALLAH
MENUTUP PINTU MAKSIAT
PINTU TAUBAT SELALU TERBUKA seperti yang disebutkan dalam HADIS Rasulullah Shaalallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:
"Setiap manusia sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang
yang sering berbuat kesalahan adalah sering BERTAUBAT kepada-Nya."
(RIWAYAT AL-TIRMIZI)
Bagi mereka yang ingin BERTAUBAT,TIP dibawah DIHARAP dapat MEMBANTU.Insya-Allah
IKHLAS DAN MENYERAH DIRI SEPENUHNYA KEPADA ALLAH
Inilah perkara yang PALING UTAMA.Jika seorang hamba IKHLAS BERTAUBAT
KERANA ALLAH,Allah pasti akan MENERIMA TAUBATNYA.Seorang hamba tidak
pernah MENINGGALKAN KEKASIH yang DICINTAINYA kecuali kerana ada kekasih
lain yang lebih dia sukai atau ingin lari daripada sesuatu yang tidak
diinginkannya.Apabila hati seorang hamba telah BERSIH dan IKHLAS dalam
BERIBADAH kepada-Nya,maka PENYAKIT CINTA akan MAKSIAT tidak akan
menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka
yang kosong.
MUJAHADAH(BERSUNGGUH-SUNGGUH)
NASFU ialah
makhluk Allah yang BOLEH DITUNDUKKAN.MENGAWALNYA bererti MELEPASKAN
DIRI daripada DIPERHAMBAKAN oleh HAWA NAFSU.MENGAWAL NAFSU daripada
MAKSIAT bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua tetapi BERTERUSAN
KERANA ALLAH.Apabila seseorang BERMUJAHADAH MELAWAN NASFUNYA,KEBAIKAN
dan KEBERKATAN akan datang kepadanya.
BANYAK MENGINGATI AKHIRAT
Tidak banyak berangan tentang Dunia sebaliknya banyak mengingati MATI
serta ALAM PENGAKHIRAN seperti nikmat ABADI di DALAM SYURGA serta AZAB
dan DERITA di NERAKA.Ini akan menyebabkan TIMBUL RASA untuk melakukan
TAUBAT NASUHA dan MENGGANTI semula SEMUA AMAL SOLEH yang ditinggalkannya
dahulu.
SIBUK DENGAN HAL YANG BERMANFAAT
SENGGANG
MASA yang banyak tidak terisi menyebabkan seseorang melakukan perkara
yang MENGHERET kepada GEJALA-GEJALA yang TIDAK SIHAT.Apabila MASA TERISI
dengan AKTIVITI yang BERMANFAAT,maka tidak ada RUANG MASA LAGI UNTUK
BERBUAT MAKSIAT.
MENUNDUKKAN PANDANGAN
Dari Mata turun
ke hati.Begitulah PENANGAN MATA.Kerana itu menundukkan pandangan sangat
DITUNTUT bagi MEMBERIKAN KETENANGAN.Apabila DITUNDUKKAN PANDANGAN,hati
juga mampu MENUNDUKKAN SYAHWATNYA.
BERGAUL DENGAN ORANG BAIK
Seorang TEMAN yang BAIK akan membantu membawa kita ke jalan KETAATAN
KEPADA ALLAH.Dia akan MENEGUR dengan BERHIKMAH sekiranya KITA
BERSALAH.Dia akan sentiasa MENGINGATKAN kita KEPADA ALLAH.BERKUMPUL
MENDENGAR MAJLIS ILMU bersama orang SOLEH juga akan sentiasa di beri
RAHMAT ALLAH.
BANYAK BERDOA
Sebaik-baiknya BERDOA
MEMOHON kepada Allah Supaya diberikan KESEMPATAN untuk BERTAUBAT
NASUHA,walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita.DISARANKAN juga
MEMILIH waktu-waktu yang MUSTAJAB DOA seperti ketika SUJUD DALAM
SOLAT,PADA AKHIR MALAM,MASA ANTARA ADZAN dan IQAMAT dan sebagainya.
Waallahualam
Sharing is caring!
Sunday, September 11, 2011
hamba yang bernama musafir..
Bumi syam banyak membuat saya merasa semakin kerdil.
Ah,bukan bumi syam itu, tapi Allah mewasilahkan ia buat saya menyedari hakikat kekurangan diri.
Tempat baru ini tidak sama dan tidak akan sama dengan tempat yang dahulu.
Sepanjang perjalanan ke pekan mu'tah,
ada anak-anak kecil yang sedia untuk melempar batu,
ada anak-anak kecil yang sedia meludah ke wajah....
Jika saya tidak tegar,saya tidak akan ke pekan lagi meski di pekan itu:
Tempat saya akan mengambil coaster untuk ke jami'ah,
Tempat untuk saya membeli barang-barang seharian,
Laluan utama menuju ke rumah sahabiah yang lain.
dan lain-lain lagi.
Saya akan berhenti dari melalui jalan itu.
Tapi di sini, saya harus malah perlu untuk terus tegar.
Jika anak-anak kecil itu yang saya bimbangi,
atau batu-batu kecil yang bakal dilempari,
amat lemahlah saya.
Hina! Teramat hina.
Saya tidak layak untuk meneruskan perjuangan yang lebih besar!
Kan tetap tegarkah saya untuk merealisasikan ayat, "islah nafsak wad'u ghairak.."
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik." (Surah ali-imran:110)
" Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain" .(HR. Bukhari).
Siapakah saya?
Hamba Allah yang dicipta dari setitis air mani yang hina.
Siapakah saya?
Saya, kita, dan anda semua.
~Tarbiyah itu indah jika diniatkan kerana Allah~
Ah,bukan bumi syam itu, tapi Allah mewasilahkan ia buat saya menyedari hakikat kekurangan diri.
Tempat baru ini tidak sama dan tidak akan sama dengan tempat yang dahulu.
Sepanjang perjalanan ke pekan mu'tah,
ada anak-anak kecil yang sedia untuk melempar batu,
ada anak-anak kecil yang sedia meludah ke wajah....
Jika saya tidak tegar,saya tidak akan ke pekan lagi meski di pekan itu:
Tempat saya akan mengambil coaster untuk ke jami'ah,
Tempat untuk saya membeli barang-barang seharian,
Laluan utama menuju ke rumah sahabiah yang lain.
dan lain-lain lagi.
Saya akan berhenti dari melalui jalan itu.
Tapi di sini, saya harus malah perlu untuk terus tegar.
Jika anak-anak kecil itu yang saya bimbangi,
atau batu-batu kecil yang bakal dilempari,
amat lemahlah saya.
Hina! Teramat hina.
Saya tidak layak untuk meneruskan perjuangan yang lebih besar!
Kan tetap tegarkah saya untuk merealisasikan ayat, "islah nafsak wad'u ghairak.."
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik." (Surah ali-imran:110)
" Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain" .(HR. Bukhari).
Siapakah saya?
Hamba Allah yang dicipta dari setitis air mani yang hina.
Siapakah saya?
Saya, kita, dan anda semua.
~Tarbiyah itu indah jika diniatkan kerana Allah~
Saturday, September 10, 2011
Wednesday, September 7, 2011
Teruskanlah...
Katanya ingin menjadi sesufi Rabiatul Adawiyah...
Lalu hati yang hampir berkarat, disental habis-habisan.
Tapi kilatnya tetap tidak menyilau.
Purnama demi purnama dan tahun demi tahun terus berlalu.
Kilaunya tetap sama. Malah semakin bertambah gelapnya.
Mengapa?
Dirikah yang tidak ikhlas?
06 Syawal 1432H menghantar saya ke KLIA.
Sebak yang telah sekian lama berbuku sejak tarikh penerbangan dipercepatkan, terasa ingin merembes keluar.
Lemahkah?
Lalu perlukah berpura-pura tentang kekurangan diri?
Isy..ingin berubahkan? Teruskan saja perkelanaan ini.
Lihat mendung wajah abah....
Tak usah kau renung wajah ummi..kerana hatimu sedia tahu tentang itu.
Itu pelukan terakhir buat anak yang akan meneruskan pengembaraan mencari diri dan hati yang kerap hilang..
Mohon maaf ummi..
Mohon maaf abah...
Anakmu pergi dulu...
Andai esok tiada nafas lagi untuk aku bertemu kalian, halalkan segala-gala yang kalian pernah curahkan padaku. Maafkan segala dosa2 yang bertalu-talu ku laku terhadap kalian...
Kuatkah kaki untuk terus melangkah?
Benarkah ini pilihan yang terbaik?
Oh,Tuhan... Gelojak rasa mengombak tinggi.
Usah biarkan aku tewas dalam kedhaifan itu.
Setiap jam yang berlalu di langit biru itu, saya palingkan wajah ke tingkap. Mengintai tanah air yang semakin jauh dari pandangan.....
Ibu kota Bahrain, Manama menyambut kami dengan kegelapan malam yang disirami dengan cahaya neon di sepanjang jalan dan bangunan.
Puas saya mencubit lengan untuk menyedarkan diri dari mimpi-mimpi yang lalu. Saya sudah terbang jauh dari Malaysia.
Lapan jam transit di Manama, mengembalikan tenaga dan perasaan yang hampir hilang akibat kali pertama menaiki kapal terbang...
![]() |
| Hotel Gulf Air, Manama, Bahrain. |
Bahrain membawa saya mengenali Jordan sedikit sebanyak. Meski itu bukan destinasi sebenar saya, tapi wajahnya seakan-akan sama.
Eh,tidak Tegur seorang senior dari mu'tah yang mengiringi kami. Jordan bukan seperi Bahrain. Budayanya mungkin sama, tapi persekitarannya sama sekali berbeza.
Jam 12.00 pm waktu Jordan, kami selamat mendarat di Amman,Jordan. Alhmdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...
Tiada air mata yang tumpah?
Meski hati masih dipenuhi dengan kecelaruan. Benarkah ini jalannya...
Persatuan dari setiap jami'ah telah setia menanti kami..
PMMA, PERMAI, PRISMA, dan PERMATA.
Di sinilah kami berpisah... Sahabat2 yang hadir di bawah tajaan JAIS akan mengatur langkah pergi ke medan perjuangan masing-masing yang seterusnya.
Saya bersama dua orang akhawat dan dua orang syabab, diiringi wakil PERMATA menuju ke coaster.
Berjuang tidak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi dengan status musafir yang dimiliki. Dugaan sepanjang perjalanan ke mu'tah membuat saya merenung jauh.
Jalan ini tampak lebih berliku. Harus untuk saya mengambil jalan mudah atau panjang dan merumitkan seperti ini?
Saya ingin benar-benar fokus dalam perkelanaan.
Pernah terlintas di hati, ingin lari seketika dari perjuangan itu.
Berdosakah saya?
Tuhan, aku ingin thabat di jalanMu.. Kuatkanlah hati ini ya Allah...
Segala-galanya baru bermula.
Sama ada saya akan terus kuat atau rebah, bukanlah bergantung pada teman-teman seperjuangan yang saya tinggalkan di Malaysia. Tapi segala-galanya adalah bergantung pada keyakinan saya terhadap kekusaan Allah s.w.t dalam memelihara dan menjaga saya di kejauhan ini...........
| Mu'tah, Karak, Jordan. |
SALAM JUANG FILLAH BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN....
Subscribe to:
Posts (Atom)


