salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, March 18, 2012

usah beralasan duhai nafsu!!!

aLaSaN....

iman:Bangun sat.. qiyam.
nafsu: (melihat jam) la..baru pukul 3pagi. Pukul 4 la.. (nada bengang)

iman: bangun..bangun..dah pukul 4pagi dah ni.20 minit lagi je tinggal. nak subuh dah..
nafsu: la..kan malam tadi tido lambat. tunggu subuhla..

iman: subuh dah. Dengar tak azan tu..
nafsu: 5minint..5minit..

Lepas subuh~

iman: jom ngaji sat. dapat setengah juzuk pun dah ok sangat..
nafsu: sehelai jela ek. ngantuk ni..

On the way ke kelas~

iman: jangan lupa zikir 7 100kali hari ni.
nafsu: zikir 7..?? knp 100kali je..??
iman: buat 100 je dulu, dah istiqamah baru boleh tambah..
nafsu: macam tu erk?

Solat fardhu~

iman: lagi lima minit nak azan, jom get ready. wudhu' pun xda lagi kan..
nafsu: mana boleh amk wudhu' awal-awal,takut batal balik.

iman: cepat sket siap. nak solat sunat dulu kan..??
nafsu: eh,orang nak cepatla. kan ada janji.mana dan nak solat sunat. (dahi berkerut)

usai solat fardhu~

iman: ok,habis baca doa ni solat sunat ba'diyah n solat sunat taubat..
nafsu: ok

habis baca doa~

iman: eh,nak gi mana tu..mohle solat sunat.
nafsu: sakit perut la...

iman: ok,lpas kelua tandas, amk wudhu' ye..
nafsu: kan sejuuuk tu.... aiseh..

dah nak tido~

iman: macam mana ibadah hari ni..??
nafsu: macam biasa.. (tersentak sket)
iman: zikir fatimah dah settle..?? istighfar..?? selawat..?? berapa page baca quran hari ni..??
tadabbur sekali tak ayat yang dibaca tu..??
nafsu: mana sempat nak buat smua tu..buat mana yang sempat je.. (resah..)

iman: betul tak sempat..??
nafsu: yelah, kan sekarang ni musim exam. banyak yang nak kena study..
iman: apa khabar hati..??
nafsu: bergantung pada imanlah..klu iman sihat,sihatlah hati tu..

iman: kalau aku kata aku kurang sihat..??
nafsu: (angkat kening sebelah..) kurang sihat..??

iman: ye.. masa yang ko cakap tak cukup tu sebenarnya kau habiskan pada perkara yang tak perlu.
aku tak cukup makan..kalau ko bagi makan pun,kurang berkhasiat. zat dah xde.

nafsu: tapi,bukan hari2 ke aku bg ko makan..?? (nak menang gak)
iman: ye, tapi makanan tu ko beri dalam keadaan tergesa-gesa. lantas adakalanya tiada apa yang ku dapat lantaran makanan kau beri tu tumpah sebelum sempat aku menelannya.

nafsu: erk..??
iman: mahu terus biarkan aku sakit...??
nafsu: =,=..  jangan tanya soalan sedey tu boleh x..
iman: habis mahu bagaimna lagi..
nafsu: =,=.. ko kena terus support aku. Aku belum sampai tahap muthma'nnah. masih di tahap lawwamah..
iman: xperlu pinta pada aku. Aku berusaha sekadar termampu.
nafsu: habis macam mana..??

iman: mengapa tidak kau adukan sahaja pada DIA.
Setiap hari DIA melihat kau, saat kau gagal untuk bangun qiyam
Setiap hari DIA menanti kau,saat kau bilang mahu bicara sama DIA
Setiap hari DIA mendengar tutur kata kau, mahu membantu andai kau mohon bantuan dariNya..
DIA ada..dan sentiasa ada.
Tapi, kau terus begini..tahap yang sama dan adakalanya merudum jatuh saat aku sakit tenat.
Mahu terus di tahap lawwamah atau kau mahu menjadi seindah dan setabah muthmainnah..??

Nafsu: Ya rabbi.......pimpin aku menujuMU...

Saturday, March 17, 2012

Usah tangguh lagi...!!!


Tangguh lagi.
Semalam janji mahu bertemu.
Semalam janji mahu mengadu.

Bila tiba saatnya, terlupa ada kewajipan lain.
Lalu ditangguh lagi.
Kelmarin pun sama.

HAri ini berjanji lagi.
Tekad, benar-benar tekad.
Mahu bicara dari hati.
Mahu meluah segala yang terisi.

Bila tiba saat yang dijanji,
hati senyap menyepi,
kelu lidah tak berbunyi,
Bila ditanya mengapa,
katanya, tidak tahu apa yang perlu dikata.

Lalu ditangguh lagi.....

DIA masih menanti
DIA masih menunggu
meski janji itu telah berminggu-minggu tidak terlunas tanpa penjelasan,
meski hati semakin sarat dengan kepayahan

hari-hari jua DIA datang mengetuk,
hari-hari jua DIA datang membisik,
hari-hari jua DIA datang mengejut,

Tapi diri masih lupa
tapi diri masih leka

dan luka makin bernanah
dan parut semakin memerah

Bila..
bila mahu tunai janji hati...??
bila..
bila mahu luah isi hati...??

Iman hampir merajuk lantaran bosan dengan diri.

perlukah bertangguh lagi...??
atau mahu menanti sehingga hati terburai tak berisi...???

DIA datang lagi.
lalu ditanya pada diri,
mahu bertangguh lagi...???

BEnarkah kau berpegang pada zikir HASBIYALLAHHU WANI'MAL WAKIL...??

"Allah lah sebaik-baik teman dan pembantu.."

Lalu mengapa mahu bertangguh lagi..!!

~tak perlu menunggu sehingga hati keras tak berfungsi..!!!~

Friday, March 2, 2012

Usah leka mengait kelemahan~



Angin yang menderu kuat,seakan-akan mahu menerbangkan dirinya.

Ah,bawalah dirinya terbang. Mahu melihat dunia baru~
(Terlebih-lebih plak imaginasinya..adeh..)


Malam itu dia tidak ke mana-mana.
Angin yang menggoncangkn tingkap biliknya cukup menggerunkan.
Ditambah angin yang mengocak-ngocak isi perut.

Kisah 1 Litre of tears hanya satu episod yang ditonton.
Bimbang masa yang ada terhabis begitu sahaja. Bayangkanlah, setiap episod mengambil masa hampir 50minit dan kisah itu bukanlah di dalam bahasa ibundanya,maka perlulah diberikan perhatian sepenuhnya kepada  translation yang tertulis di kaca laptop.
Moga ada ibrah yang dapat dipraktikkan.

Status seorang teman di FB hari ini, cukup menyentuh hatinya.
Tentang keseronokan teman bersama ahli rumah menyiapkan masakan jenis bakeri bersama-sama.
Dia mafhum sangat tentang kelebihan teman itu dalam bab-bab masakan terutamanya berunsurkan kek dan biskut.

Kelmarin,semalam, status-status beberapa orang teman tentang buku yang baru sahaja dikhatamkan bacaannya.
Juga tentang diskusi-diskusi ilmiah yang baru sahaja selesai dan akan disambung dengan diskusi-diskusi yang seterusnya.

Dan dia di situ........??

Siapa tidak mahu pandai menjadi pakar dalam bidang bakeri.
(Cuma alasan yang diberikan, kerja-kerjanya menyiapkannya sangat renyah)

Siapa tidak mahu menghabiskan sekurang-kurangnya sebiji buku sehari.
(Tapi alasan yang diberikan kitab-kitab jami'ah masih banyak yang perlu dibaca..)

Siapa tidak mahu sentiasa ada masa untuk hadir ke kelas tafaqquh atau talaqqi.Jua sibuk dengan diskusi yang mampu menjana minda dan diri.
(Tapi kesibukan dan tahap kesihatan sering menjadi alasan..)

Lalu diri menjadi celaru,
Lalu diri menjadi keliru,

Penat merasa cemburu dengan teman-teman yang seakan mengerti dan tahu akan kekeuatan diri masing-masing.

Tapi dirinya...??

Angin tolong khabarkan pada dirinya apa yang dia perlu,
Hujan tolong maklumkan dia apa kurangnya dia.
Frost tolong beritahu dia, apa lebihnya dia,
Salji tolong sampaikan padanya siapa dia sebenarnya...

Tuhan, tolong hadiahkan dia kekuatan untuk dia mengenal potensi dirinya.
Agar dia bisa hidup dan berjaya bukan di bawah bayang-bayang orang lain, lantas dia merasa sangat rendah taraf dan nilai dirinya.

Tuhan,tolong hadiahkan istiqamah dalam mengislah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Izinkan dia untuk semakin dekat denganMu.

Dariku buatmu,
Kekuatan itu telah lama DIA hadirkan,cuma kita yang yang tak ketemu dek leka mengait kelemahan-kelemahan yang berbenang-benang banyaknya.


Salam revolusi untuk jiwa-jiwa yang sering merasa lemah!!

Monday, February 27, 2012

Hilang dan pergi.



kerut-kerut,dahi berkerut,
Minta henti tak pernah surut,
kata hati sukar diturut,
nafsu juga paksa menurut...

Mahu saja meleleh air matanya.
Kesal.
Sebak menerjah benak fikiran.
Mengapa tiba-tiba..??
Tidak bolehkah memberi sebarang dua isyarat.
Sekurang-kurangnya diri ini bersedia menghadapinya........

Kalut..
Siapa tak kalut,bila sebaik sahaja laptop dinyalakan, kosong.
Yang terpampang di desktop cuma folder recycle bin dan computer.
Yang lain....??

Allah...
File yang sarat dengan gerak kerja.
File yang sarat dengan ayat-ayat Alquran,lagu-lagu kegemaran,...
Ah,itu semua boleh dicari ganti.
Tapi folder yang satu ni...
Cerita ceritut hati...
Mana kan ku cari ganti..

Hanya mampu sebak
Tiada air yang bergenang di bening mata..Tapi hati gusar..
Gelisah

Mengapa ingin menangis tapi tidak bisa..??

Allah...

Laptop dimatikan
dibiar rehat seketika
Riuh iman mengucap sabar
menenangkan hati yang gusar

Belajar untuk redha bukan pasrah..
Cari hikmah
cari hikmah..

Ada keluhan yang terbit.
Kesal...

Ya,kesal dengan diri.
Berada di kondisi alpa memang menyakitkan.
Bila mehnah datang menyentak,gelabah tak tentu pasal...........

Beberapa minit kemudian, button on laptop ditekan,
ada sinar...

Alhamdulillah,
Laptop menyala seperti biasa.
Masih hidup
Masih ada yang baru ku lihat tiada

Tapi,
jika yang tersekat-sekat itu nafas..??
Siapa yang berkuasa ke atas kelancarannya..??
Atau tiba-tiba...berhenti,
Bisakah dihembuskan lagi...????????

"Saat itu,kalut dan gelabah pun tak terungkap lagi..."

Sunday, February 12, 2012

pabila tiada kompromi di antara kita~

"Bila yang mendung itu hati,
maka IMANlah yang berperanan menyingkap suram itu
namun bila yang mendung itu adalah IMAN,
Siapa yang harus gagah menambah sinarnya..??"

Kekacang itu dikunyah lumat-lumat.
Lalu disua lagi ke mulut kacang yang seterusnya.
Ada nada marah terpercik.

Eh,tidak.
Dia tidak marah.
Untuk apa marah..?

Jika benar dia marah sekalipun,yang membuat dia marah itu adalah si syi'ah yang tidak habis-habis menyeksa saudara Ahli Sunnah Waljamaah.

Gila!
Dia pernah dengar kawannya menyebut kalimah itu saat kawannya mengetahui tentang peperangan yang berlaku di antara muslim sesama muslim. Marah sekali.

Mujur dia tahu bahawa syi'ah itu adalah agenda musuh Islam. JIka benar syi'ah adalah muslim sejati, mengapa menyiksa saudara sendiri..??

Ah, cukuplah iraq, iran dan syria kini menjadi bukti untuk segala-galanya!

Dan kacang terus dikunyah.
Mengapa air mata tidak mahu tumpah...??
Sedang itu yang dipaksanya sejak kelmarin untuk keluar...

Kekacang pun seperti takut-takut dikunyah.
Lalu dikunyah perlahan semula....

Angkara tiada kompromi, tiada diskusi, tiada hati ke hati, maka itulah hasilnya.
Masing-masing mahu mempertahankan ego.
Paling malang sekali, ia berlaku di kalangan orang-orang yang faham tentang apa itu ukhuwah.

Tapi, faham bukanlah bererti benar-benar tahu bagaimana mahu diaplikasikan sesuatu perkara itu.

Saat kita memandang seseorang melangit tinggi,apabila melihat orang itu berbicara tentang isu-isu yang besar, bersedialah juga menerima kekurangannya.

Kita, dia atau mereka, bukanlah malaikat.
Cuma insan yang adakalanya tersimpang dari laluan yang sebenar.
Cuma insan yang imannya adakala berkurang dan bertambah.

Kita,dia atau mereka adalah insan.

Maka, biarkan dia pergi.
Namun kepada yang tinggal, sila muhasabah diri.

Memendam rasa,atau cuba memaafkan dengan rasa terpaksa, bukanlah cara yang terbaik menyelesaikan sesuatu masalah.
Malah, ia akan terus datang dan melingkari diri.

Pesan buat diri,
teruslah gagah untuk melangkah.
Biar dia atau kita, Tuhan yang jaga kerana kita sering terlupa tentang Tuhan yang sentiasa ada untuk kita.


Let her go..
May her always in Allah's protection~



Wednesday, February 8, 2012

dia~


dia
hilang...
Hilang entah ke mana.
Puas menanti dia pulang....

Hari ini,
esok,
lusa.. kami terus bertanya.
tentang dia pada yang seakan mengerti..

Dia telah pergi,
sakadar itu jawapan yang kami terima
Lalu ia menyimpul diri kami dengan persoalan yang seakan tidak mahu terungkai.

Semalam,
Kami tertanya lagi,
meski purnama yang berlalu,
seakan tidak mengendahkan kami..

Dan hari terus berlalu seiring dengan purnama yang berlalu...

Adakah masih ada suria untuk hari esok?
atau adakah masih ada bayu yang bisa mengirimkan khabar rindu kami pada dia..??

Hatta saat Rasulullah kehilangan Khadijah pun baginda terasa amat sedih,
apatah lagi kami yang cuma manusia yang tak lari dari dosa
yang merindui seorang teman yang telah berpurnama menghilang

Katanya,
ingin membawa diri,
katanya ingin mencari hati,
katanya mahu jadi sufi......

dan dia,
seakan terus berlari meninggalkan kami....

Ya Rahman, Ya Rahim...
Cinta ini, milikMu,
Kasih ini jua milikMu,
dipinjamkan kepada kami atas dasar ukhuwah yang pernah terjalin keranaMu
Lalu, bantulah kami dalam memelihara cinta dan kasih kami kepada saudara kami,
agar, suatu hari nanti,
dia bisa kami temui kembali
dalam suasana yang KAU redhai....

Tuhan,..kami amat merindui dia...
Semoga dia yang kami rindui, sentiasa berada di bawah naungan kasih dn sayangMu..

Tuhan, kami merindui dia.............................


Sunday, February 5, 2012

contengan hati~


Cinta pada salji kah?
atau pada rintik-rintik hujan yang hanya bisa dirasai saat berlaku peralihan musim?

kepada digeleng
hati mendesis

Lantas kerana apa mengelat untuk pergi??

Tidak,itu bukan ceritanya..
Bukankah kerja-kerja yang bertindan-tindan itu yang buat hati makin resah.
Bimbang pilihan yang dibuat tidak tepat.

Lalu setelah berfikir-fikir agak masak, berkongsi pendapat, akhirnya keputusan dibuat.
Saya pergi.

Ya,semua orang mahu berdakwah dan semua orang mahu melebarkan jalur dakwah.
Dan semua yang terlibat dengan dakwah pasti mahu mencari pelapis atau pengganti.

Tapi, andai yang datang secara tiba-tiba dan mahu berkongsi rasa keseronokan menerima tarbiyah dari payung yang lain, salahkah jika dia sekadar datang dan menghilang?

Bertanya soalan yang sudah ada jawapan adakalanya sangat memeritkan.

Tidak,tidak sama sekali!
Bukan kepura-puraan yang ingin ditayangkan.

Cuma mahu berkongsi rasa nikmatnya tarbiyah di situ.
Diri bukan orang yang asing dengan dunia tarbiyah,lalu apakah salah andai sesekali berteduh di payung yang lain?

Bukankah misinya sama?
Mahu mengembalikan khilafah Islamiyah.
Cuma cara dan wasilah kita yang berbeza.

Dan di situ,ada yang hadir untuk mencari dan menambah sesuatu yang tidak ditemui di bawah payungnya.
lantas tidak salah bukan?

Andai yang sebegitu tidak mahu dipegang erat-erat,tidak perlulah berbuat demikian padanya.
Kerana dia hadir sekadar seorang pencari pada soalan yang tidak ditemui.

Persoalan tarbiyah dan dakwah dari sudut pandang yang berbeza.

namun,andai kehadiran itu disalah ertikan dan tidak disenangi,pasti ingin sekali di memohon maaf atas atas apa yang tidak disenangi itu.

Pinta hatinya cuma satu,
mOga Jemaah-jemaah Islam yang ada di bumi Malaysia itu,saling bersatu dan lengkap melengkapi.

Biar rejim musuh GENTAR dengan kesatuan kita!!!

~kerana misi kita sama~