salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Saturday, February 21, 2015

Percaya dan usaha.

"Sambung mana lepas ni," adik itu bertanya buat kali yang ke berapa entah.

" kenapa tak tanya nak sambung apa?" ku soal semula dia.

" Toba'an la fiqh juga kan? Akak kan sangat cinta pada usul fiqh," dia membalas sambil mengekek kecil.

Senang aku melihat dia begitu.

Meski dia panggil aku kakak, jarak umur yang cuma 3 tahun itu bagai tiada beza. Tetap aku anggap dia sebagai seorang kawan.

" Tidak juga. Akak nak ambil diploma undang-undang sebenarnya, "

"akak jadi peguam? Wah..," cepat saja dia memotong ayatku.

" tapi tulah, rasa macam dan terlewat, so nak fokus master betul-betul. Inshaa Allah, sama ada islamic finance atau islamic law atau sejarah dan peradaban," adik itu sudah mula mengerutkan keningnya.

" so, the main course yang akak akan pilih? " dia masih tidak puas hati.

" antara tulah. Tapi doakan akak, moga Allah kurniakan akak kesempatan dan rezeki untuk sambung belajar dalam course yang akan boleh sumbangkan pada masyarakat dan untuk Islam sendiri," poyo seh ayat aku. Tapi betul, memang itu tekad aku.

" dan doakan akak betul-betul mahir dalam bahasa arab dan bahasa inggeris supaya kita boleh masuk dengan mad'u,".

"mad'u kita kan guna bahasa melayu," ok,dia buat ayat isftifham inkari.

Aku cuma mampu balas dengan senyuman.

"Apa pun yang berlaku dan akan berlaku, kita perlu selalu rasa nak jadi dai'e yang terbaik. Yang boleh serba serbi. Tapi Itulah,banyak benda yang akak kena struggle lagi, sebab apa yang kita mahukan, tak mudah nak dapat seperti yang kita impi-impikan. Kadang-kadang tak dapat pun. Tapi kita perlu percaya, Tuhan Maha Tahu,apa yang terbaik untuk kita dan orang lain. Kan?" dia senyap membatu.

" Kak, doakan kita juga tau," segera dia mencapai tanganku dan berlalu pergi.

#Tepi menara jam

Thursday, February 19, 2015

Kita dan waktu

Tentang waktu masa lalu
Tentang aku dan kamu
Kita memilih bertebaran jauh
Demi memperbaharui jiwa yang lusuh

Hingga tiba saat,
Waktu harus pulang kian dekat
Sedang hasil dari sebuah jarak yang dipilih, masih belum pasti..

Soal sama hati
Mengapa jalan ini yang dipilih
Sekadar cuma membawa diri
Tanpa tujuan yang pasti
Atau benar ingin membongkar kejahilan diri..??

Sungguh detik waktunya kian hampir
Purnama demi purnama
Bisa dibilang dek jari lima
Usah berkata kau tidak punya apa-apa
Untuk dikongsikan bersama mereka yang menantimu

Mohon persiapkan diri dan jiwa
Sementara masa masih bersisa
Abaikan keterlewatan tindakan
Buktikan tujuan sebenar kau bertebaran jauh
Bukan dibuang tersadai disangkut sauh..

Tentang aku dan kamu
Bakal jua pergi meninggalkan tanah ini
Secara rela atau tidak mahu
Terus manfaatkan detik waktu yang kian suntuk..

Terus manfaatkan detik waktu yang semakin ke penghujung..

(20 Februari 2015)
-عابد امتياز -
شتاء أخير مرة...
بيت أفلح،
مؤتة، أردن.

Sunday, February 15, 2015

Catatan buat AM.

Yang pernah kita janjikan,
Yang pernah cuba kita laksanakan,
Seakan cuma sebuah perancangan,
Yang bagai layang-layang terlepas talinya dan terbang di awanan..

Menafikan ketiadaan ruang dan waktu adalah suatu kepalsuan,
Meski aku selalu sedar,
Kewajipan melebihi masa yang ada seperti katanya Pak Hassan..
Namun saat aku menoleh ke belakang,
Dan mengimbau masa-masa yang telah berlalu,
Semalam, kelmarin dan kelmarin lagi,
Ada senggang pada waktuku untukmu
Namun nyata, waktu senggangmu berbeda dengan waktuku.

Harini cuma kenangan,
Tentang angan-angan dan perancangan,
Dan renyai-renyai yang membasahi dataran ini,
Seakan mengiakan...

Kita membeku dalam kesejukan,
Kita membatu dalam keselesaan,
Dan akhirnya,
Pada malam ini,
Mata yang berkaca-kaca seakan sesalan tiada guna.

Nyata,
Kerugian yang kita hasilkan,
Dek gagal mengurusi detik waktu saat kita bersama.

Selamat jalan teman,
Tetap aku tanamkan dalam hati,
Rencana ini akan tetap ku teruskan, meski kau sudah jauh berlalu pergi.

Semoga di sana,
Kau bisa merencana dengan lebih bagus,
Dengan orang-orang yang lebih bagus..
Kerna aku tahu, kau bisa pergi lebih jauh dari kemampuan yang kau pamerkan..

Hidup baik-baik di sana,teman!
Meski aku tiada lagi bersamamu, Tuhan selalu ada untuk kamu!

-Kamar sepi-
Bayt Aflah,
Mu'tah, Jordan.
11.45 malam, 15 Februari 2015.

Thursday, February 12, 2015

Seorang Lelaki Tua

15 Tahun dulu,
Ku temu buku-buku lama milik abah
Fikirku, usia buku-buku itu, cuma sekitar dua atau tiga tahun
Namun dek kerna haba yang membahang,
buku-buku itu disimpan tinggi berdekat atap zink rumah bawah kelihatan agak usang.

Aku tidak kekok menyelak helaian demi helaian
Masih kukuh di ingatan,
'zuhud' menjadi tajuk hadapan..

Nama penulisnya tidak ku kenali,
Tapi banyak juga ku temu namanya di muka hadapan buku-buku milik abah.

Ku selongkar juga pangkin tinggi tempah abah menyimpan barang-barangnya yang agak berharga,
Juga tempat ummi menyimpan tin kecil biskut pelbagai rasa,
Lalu saat ku panjat pangkin itu dengan misi utamanya adalah tin biskut,Tuhan temukan juga aku dengan naskhah-naskhah 'harakah',
Lalu ku bawa turun dan ku baca.

Pasti kalian tahu bagaimana kanak-kanak sepertiku di saat itu membaca.

Yang banyak menjadi perhatianku adalah gambar-gambar yang ada.

Sehingga sepasang mataku tertancap pada bahagian 'tazkirah',
Ku temui nama yang sama di buku-buku milik abah..

Perlahan-lahan ku baca tulisannya kerana di dalam harakah tulisannya lebih ringkas berbanding buku-buku milik abah yang lebih 100 helai halamannya.

Di situlah mulanya dia ku kenali..

#catatan kembali
1998.

Wednesday, January 7, 2015

Kembara Eropah 1

Bismillahhi wal hamdulillah.

Jordan- London- Spain- Roma



Pengembaraan ini bermula pada 23 Jan 2014.
Dan saya menyelesaikan imtihan( baca : peperiksaan) pada petang 22 Januari tanpa fokus.. Astaghfirullah… How excited (terrible actually) am i .
Pada mulanya saya mahu ke UK untuk menziarahi kakak yang bakal terbang kembali ke sana untuk menyambung pengajiannya di peringkat PhD.
Namun, sewaktu berjalan bersama seorang sahabat, entah bagaimana terkeluar perkara yang sama.
Dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke beberapa Negara berdasarkan nasihat seorang murobbi.
Kami mula merancang pada awal Oktober 2013 dan setelah membuat perbincangan siapakah yang akan bersama kami dalam pengembaraan ni, maka kami pun membeli tiket flight pada awal November.
Lima orang akhawat (Perempuan)dan seorang syabab (adik lelaki kepada salah seorang akhawat yang bersama kami) .
Harga tiket flight yang tak menentu buat kami sering tak tenang lebih-lebih lagi akaun debit kami mempunyai masalah dan kami tidak mampu membeli sendiri tiket flight tersebut.
Namun, alhamdulillah, akhirnya tiket berjaya dibeli.

Kos flight.
Easyjet Flight :
Amman-London ( JD 203 : Return)
London- Malaga ( JD 39)
Italy- London (JD44)

Ryanair flight:
Barca- Italy ( JD 31) Jumlah keseluruhan untuk tiket sahaja = JD 317
Currency semasa di waktu itu JD 1 = RM4.56

Pengembaraan kami mengambil masa 17 hari 16 malam.
Empat kali bermalam di airport.
Sepanjang di London kami menumpang bemalam selama tiga malam di bilik sewa seorang kakak yang baik hati di whitechapel(penempatan muslim)
Satu kali bermalam di tepi jalan Barcelona lantaran perjalanan dari Cordoba ke Barca mengambil masa 10 Jam, dan kami sampai di Barca jam 7 malam yang membuat kami berfikir amat tidak berbaloi bermalam di hostel waktu itu kerana jam 11 pagi kami dikehendai check out atau di charge lain sekiranya ingin terus bermalam di hostel itu.
Ah, panjang sebenarnya kisahnya.

Kos penginapan
Maka, kos penginapan yang telah digunakan adalah sebanyak
€13.5 X 8 malam= €108 , lebih kurang JD 100 waktu itu.

Kos pengangkutan.
Manakala bagi kos pengangkutan di setiap tempat,
Di London, dari London Gatwick ke London (return) adalah £20 seorang. Dan dua kali kami menaiki train dari Gatwick ke London menjadikan jumlah kos pengangkutan Gatwick ke London sahaja mencecah £40 bersamaan lebih kurang JD 45.
Dan kami hanya menggunakan Tube (kereta api bawah tanah) sepanjang di London dan tempat-tempat yang berdekatan. Jumlah kos sekitar £20 (JD 23) sepanjang empat hari di sana.  
Di Spain, bas-bas biasa yang kami naiki kebanyakan tambangnya sekitar €1,20. Lebih 5 kali kami menaiki bas tersebut. Maka jumlah kos bagi bas-bas tersebut, lebih kurang €1,20 X 6 = €7,20 .
Manakala bagi jarak yang jauh seperti dari Malaga (Bas)ke Granada = €11,40
Granada (Bas) ke Cordoba = € 13,20
Cordoba (Train) ke Barcelona = € 43,10
Di Roma, Italy, kami lebih banyak berjalan kaki dan hanya dua kali sahaja menggunakan bas. € 1,20x 2= € 2,40
Jumlah euro:  €7,20 + €11,40 + €13,20 + €43,10 + €2.40 = €77,30 ( JD 73).
Kos keseluruhan:
London JD45 + 23 = JD 68
Selain London JD 73 + JD 68 =  JD 141

Kos Tiket
Hampir ke semua tempat yang kami lawati di London, adalah Percuma (tanpa perlu bayaran masuk)
Di Spain,
Tiket masuk ke alcazaba = € 3 (dengan kad pelajar)
Tiket masuk Al-hambra= €13,00
Di Cordoba = € 11

Di roma,
Kami mengambil keputusan untuk masuk tempat-tempat yang percuma sahaja dan hanya meninjau bangunan-bangunan bersejarah berbayar hanya dari luar lantaran bayaran masuk adalah sekitar €20 dan ke atas.
Kos keseluruhan €3+ €13,00 + €11 = €26 ( JD 23.50)

Kos keseluruhan (Flight, pengangkutan awam, penginapan, dan tiket masuk)
JD 317 + JD141 + JD100 + JD 23.50 = JD 581.50
Oh, ya terlupa, kos ke airport Queen Alia ,Amman (return) JD 6 + 9 = JD15
JD581.50 + JD15 = JD596.50.
Campur makan dan lain-lain: JD 65 + JD 596.50 = JD661.50

Bajet awal kami adalah sekitar JD 600-650.
Namun akhirnya kos yang telah saya gunakan adalah lebih kurang JD720.
Cenderahati JD55. Dan bakinya adalah kos makan , hampir JD65 selama 17 hari.
Mungkin di lain post saya akan cuba berkongsi dengan lebih terperinci berkaitan dengan perjalanan dan tempat-tempat yang telah kami lawati. 

Inshaa Allah.. saya cuba.. bi iznillahhi ta’ala.

Seeru ala barakatillah.


Saturday, November 29, 2014

Serikandi Harapan


Dalam resah dia melepas desah
Kerna tak terjangka olehnya
Seutas rantai bisa menjadi fitnah
Ke atas diri dan cintanya

Hampir dia goyah
Hampir día pasrah
Dalam rajuk seorang wanita suci
Yang sedikit tercalar harga dirinya dek khabar dusta menista tak kenal siapa
Nyata munafiq itu ada di mana-mana

Sabar si merah aisyah mengharungi liku-liku hidup
Menjadi isteri nabi pun bisa teruji dan diuji
Kita ini wanita biasa-biasa apatah lagi.

Sejarah sering berbicara
Akan serikandi Islam ini
wanita mulia paling banyak menghafaz dan memahami hadis,
masanya yang sering bersamaa dengan nabi,
Tidak disiakan dengan hanya menjadi pemerhati 


Bahkan wanita ini menjadi rujukan
Oleh para sahabat dan golongan perempuan
Pengetahuannya tentang agama bukan biasa-biasa,
Pun jua beliau dicoba uji

Kita ini,
Wanita biasa-biasa,
Yang mungkin matan arbain sahaja yang berlegar-legar di ingatan,
Ilmu yang ada pun cuma diperoleh dari kelas-kelas harian
Dan kurangnya bacaan luar sebagai tambahan, bahkan lain-lain pengetahuan, 
Bisa larikah kita dari duga dan cubaan..?
Bisa bersabarkah dengan fitnah dan ujian?
Bisa tegarkah kita menjawab segala persoalan dan tohmahan?

Usianya muda
Namun itu bukan alasan untuk beliau tidak layak menimba pengetahuan
Memperbaiki setiap kekurangan
Wanita itu tahu di mana duduk letaknya..
Tahu di mana posisinya.

Kita hari ini?
Masih mengkagumi artis-artis penuh lakonan,..?
Menatap lama majalah-majalah picisan..?
Bahkan lebih selesa bergosip hal kawan-kawan

Berbanding
Duduk semeja menyelak kitab-kitab tentang wanita
Bertukar pandangan tentang masa depan kita dan generasi yang bakal dilahirkan
Menghadiri kelas-kelas luar jamiah menambah ilmu yang terkurang

Ya,seakan mustahil kita mahu menjadi seperti saidatina 'aishah ummul mukminin itu
Tetapi tidak salah
Menjadikan beliau sebagai ibrah
Menelusuri kisah dan sejarah tentangnya
Buat kita para wanita bermuhasabah

Masa tak tinggal lama,
Usah berkata nanti kerna nantinya tidak pasti sampai bila
Esok 
atau mungkin
lusa dan lusa
Yang akhirnya tangguhan itu tidak menghasilkan apa-apa,
Lantas generasi kita terus menerus mengulangi kesilapan yang sama.

Mulailah dari sekarang
Bina cita-cita dan harapan
Bersama mempersiapkan diri
Agar nanti,kita-kitalah yang menjadi perawat dan penyelamat  ummah yang semakin jauh dengan Tuhan.


Kamar seni, Bayt Aflah, Mu'tah, Jordan,
-imtiyazi 1410-

271112

Monday, November 24, 2014

Rindu dan cinta yang membeku

Menterjemah rindu dalam rimbunan embun yang membeku
Tak mudah
Meluah lafaz dalam sebaris kata biasa
Atau menulis di helaian warkah terindah sekalipun
Pun tidak mudah
Maka wasilah lain perlu dicari
Agar mereka tahu
Rindu ini ada untuk mereka
Untuk ketemu
Untuk menyatu
Dalam dakapan cinta yang terungkap

Lalu di balik-balik tindakan,
Ada makna yang cuba ku selitkan
Ada maksud yang cuba ku ungkaikan
Meski seringnya, disalah tafsirkan

Tak mudah
Ya, ia tak mudah
Dalam perhubungan
Antara aku dan mereka
Sering lafaz dan bicara yang terzahir tampak lebih mengikat
Nyata persahabatan ini
Menjadi bukti tak semua kita sama

Akulah itu
Yang tak mudah
Mengungkap cinta dan rindu dalam bicara harian
Selesaku,
Menyebut nama-nama kalian
Dalam sunyi doaku pada Tuhan

Biar,
Biar aku tak mampu merungkai segala cinta dan rindu
Pada jarak-jarak yang memisahkan kita
Sering aku mengharap Tuhan,
Menjadi asbab terbesar
Untuk kalian tahu,
Aku mencintai kalian kerana DIA

Meski sakit kerna ia tak bisa diluahkan
Tetap aku tabahkan
Kerna aku tahu dan cukup sedar
Hakikat cinta dan rindu bukan semata pada lafaz dan ucapan

Tuhan,
Tuntunilah tiap tindakku dengan cinta
Pimpinilah bicaraku dengan kasih
Agar aku bisa,
Bisa,
Menyampaikan pada mereka cinta dan rinduku bahkan kasih sayangku
Meski dalam senyap tanpa suara dan tulisan.

-aura insani-

24 November 2014