salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, July 18, 2011

buat yang terakhir


"awak balik hari sabtu lepas zohorlah,boleh, lepas habis kelas Bahasa Inggeris?" itu soalan yang ditanyakan sebaik saya menghantar surat permohonan untuk pulang kepada salah seorang urusetia kursus Bahasa anjuran LZS.

"Kak,kalau saya balik hari jumaat petang?" penuh harapan saya meminta.

"Erm, rumah awak kat shah alam je kan, awak balik lepas pukul 10.30malam, lepas prep lah.." itu kata putus yang saya terima.

Ini bermakna, saya hanya dibenarkan pulang pada hari Jumaat selepas jam 10.30 malam. Oh,Tuhan...

Mengapa saya memohon untuk pulang awal...
Hajatnya ingin ke walimah seorang sahabat baik yang berlansung di rumah pihak lelaki di Melaka pada hari sabtu itu. Tapi sempatkah jika pada hari Sabtu itu saya bergerak bersendirian menaiki bas ke Melaka, sedangkan saya mesti sudah berada di Darul Quran JAKIM sebelum jam 4.30 petang hari Sabtu itu.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.... (walau dalam hati ada unsur kecewa yang menyelinap kerana tidak dapat hadir ke walimah itu)...

Barakallahhu lakuma buat sahabat baik saya Zainab Binti Sapiudin dan pasangannya merangkap senior saya di sekolah, Ammar B Abu Bakar. Semoga kalian sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah s.w.t dan berbahagia sehingga ke syurga.

Alhamdulillah, mereka telah sampai ke peringkat Bait Muslim dalam membina masyarakat muslim.


Ekspo hari konvokesyen Darul Quran kali ke 20, tampak meriah sekali. Lebih 50 buah gerai dibuka bagi memeriahkan lagi suasana.

Tapi jiwa yang duka, tetap merasa hiba.

Mungkinkah ini kali yang terakhir saya akan bertemu dengan sahabiah seperjuangan di Bumi Barakah ini?

Saya tidak pasti. Maka doa saya sentiasa menafikannya.

Tempoh dua hari saya menginap di asrama perempuan Darul Quran tidak menyempatkan saya untuk bertemu dengan semua orang-orang yang tersayang apatah lagi untuk saling berbicara dan bertanya tentang khabar diri dan iman....

Seusai menaiki pentas menerima diploma dari Pengarah JAKIM, terbang segala perasaan debar yang menguasai sebelum itu.

Saya sudah bergelar graduan dari Darul Quran JAKIM.

Akan tetap samakah keadaan saya sewaktu masih menuntut di Darul Quran dengan keadaan selepas selesai pengajian di situ?

Adakah diri ini kan tetap tegar untuk melangkah gagah?

Adakah diri ini mampu untuk terus istiqamah dalam usaha untuk menjadi MUSLIM TERBAIK?

Akan wujudkah lagi teman-teman yang kan seiring dan sejalan dalam meneruskan perjalanan dakwah ini?

Perlukah saya meratap hiba menangisi pengakhiran kisah dan pengalaman saya di DQ?

Perjalanan hidup saya masih lagi jauh. Meski kematian seringkali mengintai di balik waktu yang ada.

Buat sahabat sahabiah seperjuangan, teruskan perjuangan menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil.

Tahniah dan takziah kerana telah memiliki Diploma Tahfiz wal Qiraat, Diploma Tahfiz wal Dakwah, dan Diploma Tahfiz wal Syariah. Tidak lupa juga buat adik-adik persijilan,dan cucu-cucu tersayang.

Segala-galanya bermula dari diri sendiri. Jika saya terus meratap kerana merasakan sebuah pengakhiran berada di depan mata, maka yang akan saya lihat di hadapan, hanyalah sebuah kegelapan.

Walhal sebenarnya, perjalanan dalam meredah realiti kehidupan baru bermula buat saya.

Ya Allah, kurniakanlah apa yang terbaik daripada yang terbaik buat diri ini jua buat sahabat sahabiah seperjuanganku yang lain.

Teguhkanlah kami dalam keimanan dan ketaatan kepadaMU..

Peliharalah diri kami dari fitnah manusia, jin dan dunia yang merosakkan.
ameen ya rabbal alamin..

~siiru 'ala barakatillah...~

Tuesday, June 28, 2011

~KuSuT~...inni 'abdullah...


"yang ni pun tak boleh pakai...,"saya mendesus dalam hati.

Kertas yang telah saya lakarkan jadual harian itu saya simpan dalam fail.

Ini kali keempat saya merancang jadual harian yang baru.

Untuk apa saya susah-susahkan diri menyusun jadual itu?

Nak menulis tak berapa susah, nak memikir tu... tapi, ha, nak laksanakan tu laaaaaaaaagi 'mudah'..kan..kan.. (hati mengangguk sinis).

Lalu helaian jadual harian itu sekadar menjadi koleksi warkah-warkah lakaran yang memenuhi fail-fail yang tersimpan di balik pintu gerobok itu?

Terasa bagai ditarah, luka hati ini dengan soalan itu..

Semalam katanya mahu jadi lebih baik dari kelmarin. Kelmarin jua bilangnya begitu. Tapi bila tiba saatnya, kecewa yang menerjah...

Tiada orang yang mengingatkan.
Salah siapa?
Salah orang yang tidak mengingatkan...

Terkedu pada suara hati yang seolah meraih simpati.

"Kalau begitu, usah pergi jauh. Duduk saja sambung degree di Darul Quran JAKIM itu," iman menegur keras.

Sebak rasa hati.

"Belajar bangunkan diri dari mimpi. SENDIRI...,"iman menambah.

"baru 4 bulan beb ko keluar dari situ, dah begini jadinya,"akal menambah perli.

Bagaimana mahu istiqamah dalam melaksanakan kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan mengelakkan kelalaian?

"dengan keseorangan begini? mampukah?" persoal hatiku.

"Usah membutakan hatimu. Kau keseorangan atau kau yang menghidupkan sentimen keseorangan itu?"iman bertanya lagi.


Ah,kusut!

"Esok nak ke mana?"ummi bertanya tiba-tiba sewaktu berbuka puasa tadi.
"Ke mana?" pura-pura tidak mengerti.

"Minggu lepas kata ada program hujung minggu ni?" ummi mengerutkan dahi,musykil.

"Oh,.." pura-pura baru ingat.

"insya' Allah, pagi esok gerak ke Hulu,"saya menjawab ringkas.


Jiwa bagai tidak betah berada di posisi yang sama setiap masa tanpa apa-apa tindakan.

Langkah ini ku atur demi mencari semula spirit yang hilang.


"Mahu ke mana langkah itu?" akal bertanya tiba-tiba.

"Mencari spirit yang hilangkan ku bilang tadi...,"hati menjawab acuh tak acuh.

"Mesti melangkah keluarkah?"akal memerli.

"Kalau itu sahaja cara yang terbaik..." sepi seketika.

Izinkan diri ini keluar menerjah dunia luar demi mencari hakikat ukhuwah yang pernah memimpinku menyoroti laluan itu.


Doakan diri ini ketemu apa yang hilang itu...~~

Tuhan, aku mahu sentiasa hidup dengan Rahim dan Rahman Mu... Allahhumma ameen..








Tuesday, June 14, 2011

Sabar itu Indah!

“Nak minta ganti cikgu nor. Dia eksiden,”..

Permintaan yang buat saya tidak teragak-agak untuk menolak dengan keadaan kewangan yang sangat meruncing. Apa-apa hal pun, ikhlaskan niat, Lillahhi ta’ala. Cumanya,saya perlu bertahan dr jam 7 pagi sehingga 7 malam!

“Insya’ Allah saya cuba,” saya menjawab dengan suara yang tenggelam timbul. Mungkin sebab terlalu terharu kot. Banyak r, den nga sakit tekak ni…

Hari pertama di sekolah,

“Ok semua murid-murid, bila cikgu sebut nama, datang depan ya,” saya memberi arahan pada murid-murid.

“ni kita punya,”…

“cikgu, dia amik pensel saya,”…

‘ckgu nak buang air,”…

La hawlawala quwwata illa billah.

Tiba-tiba datang seorang murid permpuan memegang tangan saya.

“Cikgu,cikgu cakap apa?”………..

Hari pertama yang sungguh membahagiakan dan mendebarkan… (^_^)

Alhamdulillah.

Saya pun meneruskan sesi pembelajaran.

“ Cikgu sakit tekak ye? Ayah saya pun sakit tekak. Cikgu kena makan ubat,” kedengaran suara Alya dari belakang.

“ Mak saya pun sakit tekak. Makan asam jawa, lepastu dah baik,” Alif menyambut kata-kata Alya.

Oh, anak-anak muridku…

Kemudian kedengaran lagi beberapa cadangan dari farhan, aina , ainoni dan sebagainya….

Eh, awak.. orang yang nak mentarbiyah ni, kena sedia ditarbiyah. Awak sedia ditarbiyah x?

Awak ingat mula-mula masuk mengajar, murid-murid akan terus terima ka apa yang awak nak ajar?

Awak ingat mula-mula masuk mengajar , murid-murid akan takut ka dengan sengih awak tu?

Jam 10 pagi, saya perlu mengajar subjek,

Eh, subjek PERIBADI MUSLIM?

Ada eh?

Saya menyelak sehelai demi sehelai buku tersebut.

“Cikgu, bila nak belajar ni?” laung aina dari belakang.

“Sabar,” saya menjawab dengan bahasa isyarat yang saya kurang pasti sama ada mereka faham atau tidak.

Minggu itu penuh dengan cabaran buat saya yang perlu mengajar dan mendidik tanpa menggunakan suara.

Mungkin penyampaian saya buat mereka kurang berkesan, tapi keadaan itu membuatkan saya terpaksa mendidik diri dengan sifat sabar.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya kan..

Jadi minggu pertama itu, adalah latihan buat saya. Tamrin untuk memupuk saya agar lebih bersabar ketika menghadapi apa jua situasi.

Ah, sabar itu indah sebenarnya. Siapa kata manusia yang beremosi tidak pandai bersabar?

Kalau kita mahu, ia bukan masalah mampu atau tidak. ^_~

Fasbir sobran jameela..

Innallahha ma’as sobirin. Ya, Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.

Tak percaya? Duhai diri, cuba bawa bersabar dulu, di pengakhirannya nanti, kebahagiaan yang kan kau temui.

Dah sebulan berlalu, suara masih macam Ela penyanyi rock tu…

Tidak mengapa, cool apa..hu~

Percayalah…

SABAR itu INDAH! =)

Friday, May 20, 2011

Malaysia, oh tanah airku...

Lebat hujan yang melanda payung bocorku lansung tidak mematahkan semangatku untuk pulang ke rumah. Basah kuyup? Alhamdulillah, belum lagi. Allah melindungiku. Ini masuk hari ketiga hujan membasahi perjalanan pulangku dari tempat kerja ke rumah.

Sebaik saja sampai di rumah, kedengaran azan isyak berkumandang. Ummi telah bersiap sedia untuk solat. Tak boleh lambat-lambat, nanti si amilah yang berusia 9 tahun tu, bawak pi tahajjud isyak tu. Itu pun kalau dia bangun la..

Alhamdulillah, solat isyak itu selamat disempurnakan secara berjemaah.

Saya mendekati amru ( 7 tahun) yang sedang leka bermain games di komputer rumah.

Melihat Amru kelihatan sangat mengantuk, saya menyuruhnya tidur sambil menghulur sebiji bantal kepadanya. Amilah tak yah citela.. Sudah elok terlelap di sebelah saya.

Jam baru menunjukkan angka 9 malam.

Saya kembali menghadap komputer yang sedia terpasang.

Saya menutup games di komputer setelah ia berjaya membuang masa saya selama setengah jam. Saya perlu tidur awal pada malam ini memandangkan kondisi kesihatan yang kurang baik.

Tetapi tetikus yang saya pegang telah terklik pada satu folder yang telah sedia terbuka.
Oh, novel. "Aku tinggalkan cinta kerana Allah".

Saya membaca sepintas lalu. Ada yang terkesan di hati.
Ada satu lagi word document dari folder yang sama yang tajuknya menarik perhatian saya.
Saya klik untuk membukanya.

"Rahsia cinta rahsia hati"...?
Novel apakah? Mungkin jalan ceritanya islamik seperti novel tadi.

Sekilas saya melalui bab 1, 2 dan seterusnya, terus hati saya meminta dihentikan pembacaan itu.

Saya pernah jadi kaki novel 4 tahun dulu. Sewaktu masih di sekolah menengah. Sebuah novel saya mampu habiskan dalam masa satu hari. Paling lama pun tiga hari ja. Maka berpuluh2 novel lah yang berjaya saya khatam sebelum saya mengenal dunia tarbiyah.

Semuanya berkisar tentang cinta. Eh. tak jugak. Campur2 la.. ada pasal kekeluargaan, persahabatan, penyiasatan. Tapi adalah kan yang berkisar tentang cinta... Cinta di antara lelaki ajnabi dan wanita ajnabi.

Jujur saya cakap, kebanyakan novel yang saya temui di asrama ketika itu, melaghakan!
Astaghfirullahhal 'azim.

Padahal kalau tengok balik, takdelah best sangat pun, buang air mata ja...hu~

" 'Abidah, turun masak.."panggil ummi dari bawah.

"Kejap ummi..." dari tadi katanya kejap, sampai sekarang tak turun2...isk3..sapela tu..

Teringat saya pada isu yang sedang hangat dihebohkan di Malaysia tanah airku yang tercinta ini.

Isu DSAI (Dato' Seri Anwar Ibrahim)..

Eh, apa kena mengena plak dengan DSAI ni....baca dulu..

Isu LIWAT, HOMOSEKSUAL..

Ditambah lagi dengan Malaysia mempunyai kadar prestasi jenayah yang membanggakan.

ROGOL, HARUAN MAKAN ANAK, ZINA, BUANG BAYI dan pelbagai lagi.....

Tahukah anda kebanyakan novel yang berkisar tentang cinta, ada menyelitkan kisah2 sewaktu di atas ranjang, ah, tak perlu saya pergi terlalu jauh, cukup dengan ayat-ayat yang membuat saya menyampah apabila membacanya.

Contoh:

Lelaki itu mengucup kedua tanganku.
Lelaki itu mencium dahiku.
Arul mencium leher Ina.

Ah, apa kes? Ya, mungkin penulis2 novel boleh memberi alasan tujuan ayat2 seperti itu adalah untuk menunjukkan keseronokan dalam berumah tangga.

Tapi perlukah?

Bahan bacaan banyak mempengaruhi kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat dewasa. Remaja adalah di antara golongan yang paling suka membaca novel. Ya, novel2 yang berunsurkan cinta.

Seronok? Mungkin. Ada unsur2 seks yang diselitkan di situ. Patut pun Ummi dan abah cukup marah kami membaca novel.

Cover nampak islamik, tapi bila dibaca, layak dilabelkan sebagai novel lucah.

Maka wahai kakak2, abang2, ibu2, ayah2....
Jagalah adik2 @ anak2 anda daripada terlibat dengan gejala membaca bahan bacaan yang berunsurkan lucah atau apa-apa sahaja yang berbentuk negatif.

Tapi sekarang ni, bukan novel je yang ada unsur2 macam tu, surat khabar yang kita dok baca hari2 tu pun ada.

Muak.

Ya, saya muak membaca surat khabar yang dah tiada kualitinya tu.
Hari2 baca benda yang sama.

JENAYAH dan JENAYAH + politik kotor yang menjijikkan.

Lalu, bahan bacaan yang bagaimanakah yang sesuai diberikan pada anak2?
Bahan bacaan yang mampu memberi manfaat dengan cara yang tidak membosankan.

Adakah bahan bahan bacaan seperti itu?

Kalau tak da, hang la yang kena buat. Hang? Sapa hang tu?

Yang baca post kali ni lah... ^_^

Ayuh selamatkan minda ummah!

Thursday, May 5, 2011

Ce baca tu. Koc Untuk Wanita Sahaja.



"Masuklah dalam lagi, orang lain pun nak masuk jugak!"...

"Wei, sabar boleh tak?"...

"Dah tak muatla..Tak yah nak tolak-tolak.."...

Fuuh....bingit... Ni baru org shah alam datang KL,belum lagi yang datang dari ceruk hulu nun. Bersesak dalam tren bagai nak mati. What? Nak mati? Ko jangan main-main....

Seriously...Habis kawan aku yang kecik tu tersepit.

Mujur ada ruang sket untuk bernafas. Tu tak kira lagi tulang-tulang yang dah terkepit senget. Isk3.

"Kak, saya tersepit kak. Nafas saya sesak,.."kedengaran satu suara kecil merayu.

Lahawlawalaquwwata illa billahhil 'aliyyil 'azim...

Kesian budak permpuan tu. Mentang-mentang dia rendah ja. Yang tinggi-tinggi ni buat dek je dengan dia. Siap terpijak lagi kaki si kecil ni.

"Kak, adik ni tersekat nafas dia. Boleh akak ke tepi sket," saya cuba menyampaikan suara hati adik tu kat kakak-kakak yang dok kepung keliling dia.

Lah..tak berganjak sket pun. Siap buat muka...Pergh..


Koc wanita oh koc wanita. Dulu waktu koc untuk wanita ni baru ada, banyak ngomelan yang saya dengar.

"Apala, habis kalau yang laki bini tu macam mana..tak kan nak kena pisah jugak kot.." Oh,yang ni saya boleh tahan lagi.

"Semalam i naik ngan BF i, ada ke patut pak cik polis tu suruh My BF keluar pi koc lain...".. nasib ekaula.


La ni, ladies coach la yang selalu penuh bersesak-sesak. Mungkin majoriti wanita rasa 'sangat selamat' kot kalau masuk ladies coaches. Nak katanya, sampai rasa kekok sangat kalau termasuk koc yang bukan ladies coaches tu.

Dunia akhir zaman kini, menunjukkan kuantiti wanita yang lebih ramai daripada lelaki. 1 nisbah 4. Atau saya pernah dengar gak, 1 lelaki bersamaan 50 orang wanita. Jadi bagaimana dengan koc tu? Mungkin boleh tambah lagi kot koc untuk wanita.

"eh,mamat ni apsal plak dok dalam koc ni," saya memandang ke arah lelaki yang dimaksudkan.

"Erm..dia berdiri dekat sebelah pintu yang ada label ladies coaches..boleh jadi dia buta huruf,".

"Bukanlah, dia tersalah tren la. Pi la bagitau dia,".

"Hang la pi..,".

" Cek rasa la, mungkin dia rasa lebih selamat berada dalam koc wanita,".

"Tapi dia laki,".

"Permpuan kot, nampak ja macam laki,".

"Ha3...maknyah pun masuk ladies coach tau... Makin sesakla ladies coaches tu.......".

Tak boleh nak kata apa dah kalau tak berani nak Amar Makruf Nahi Mungkar.

Jalan-jalan cari sabar............~_^

Wednesday, April 13, 2011

Tahniah teman..!




Hebat..hebat..!!

TEpukan gemuruh dihadiahkan buat barisan panel yang baru selesai mengadakan sebuah forum. Ahli panelnya terdiri daripada kalangan pimpinan kampus dan pimpinan anak negeri.

Takbir! Allahhu akbar!

Hebat! Mahasiswa seperti itulah yang sedang dinantikan oleh masyarakat.

"Sedap ahli-ahli panel tadi lontarkan pendapat,menarik!" kedengaran suara-suara yang memuji forum yang baru selesai itu.

"Minggu depan ada lagi kan forum macam ni? Ana nak ajak kawan-kawan lain datang. Memang seronok. Lagi-lagi mahasiswa yang macam kita yang duduk kat depan tu bagi talk,"teruja adik-adik junior memberi pandangan.

Saya? Ya,ya hebat. Memang hebat! Mungkin mereka itulah nanti yang akan memegang tampuk pemerintahan dalam kerajaan negeri atau lebih advance lagi, yang akan menerajui negara Malaysia.

Dulu sewaktu saya baru mengenal erti perjuangan, saya diajar untuk mengenali diri melalui SWOT.

Berkali-kali saya diajar menulis SWOT. Kenapa sampai berkali-kali?

Senaraikan Strength, weakness, opportunity,threaten yang ada pada diri saya. Macam biasalah, weakness mesti sampai tak muat satu muka surat. But why? Because what?

Penjual Top-up seperti saya pun boleh menang jawatan. Walhal fikrah masih tak clear. Ah,mungkin sahabat yang lain main undi ja. Saya kan penjual top-up,senanglah nanti nak berurusan (itu sahaja yang mampu saya bisikkan dalam hati). Waktu ini saya masih belajar untuk menulis SWOT. Yalah, sebagai pemimpin, kita kenal diri sendiri dulu, baru boleh menjiwai hati-hati rakyat...tapi untuk mengenali diri sendiri, bukan proses yang mudah untuk dilalui.

"Assalamualaikum 'Abid. Macam mana sekarang? Borang naqibah dah isi?" mesej dari seorang senior telah saya terima pada suatu malam.

"Saya tak layak kak. Usrah pun dah lima tahun saya tinggalkan,"selamba saya menjawab. Ya, itu adalah realitinya! Untuk apa saya perlu menipu dan berpura-pura?

" 'Abid,please...akak nak tengok SWOT awak esok,boleh?" kakak itu masih setia memujuk.

Ya, mungkin inilah SWOT terakhir yang akan saya buat dengan paksaan!

"Aik, kenapa weakness nye macam terlebih-lebih ja," saya tidak menjawab persoalan itu.

"Kalau kita nak tau kekuatan dan kelemahan diri kita secara fully, kena tanya orang sekeliling," setia dia menghadiahkan senyuman meski wajah saya lebih kelat dari biji langsat.

"Meh akak tolong 'abid list," dengan selambanya dia mengisi kekosongan ruang strength yang sedia lompong.

"Insya' Allah, 'abid boleh. Akak yakin!" nak nangis ja saya rasa waktu tu sebab suka-suka hati dia ja cakap saya boleh........!

Masa untuk istikharah cuma ada dua hari sahaja. Malam terakhir itu saya melarikan diri ke bilik adik-beradik usrah yang lain demi mencari ketenangan.

Fuh, hindustan pulak...! Oh Tuhan, aku tidak gagah berada dalam kondisi ini...! Siapa yang mengerti jiwaku saat ini... Segera saya beristighfar dan melelapkan mata. Biar Tuhan yang uruskan segala-galanya, saya pasrah!

Dan bermula dari situlah saya melihat dunia perjuangan yang sebenar.

Ya, saya dikelilingi oleh insan-insan yang hebat! Lalu kerana itu saya menjadi takut untuk hadir ke dalam meting.

" 'Abid, kenapa enti tak datang meting tadi? Mesej ana pun enti tak respon," saya angkat bahu jungkit kening.

"Enti jangan macam ni. Kita semua sama ja. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang," sabar sahabat seperjuangan saya itu mengingatkan saya.

" Ya, takda yang lebih, takda yang kurang. Tapi adakalanya perasaan merasakan diri LEBIH daripada orang lain itu yang menyebabkan kesamaan itu hilang. Lalu yang timbul hanyalah, merasakan diri lebih atau kurang. Dan ana merasai kekurangan diri ana tu," tersekat suara hati saya bersuara.

" Enti tak macam tu. Ana yakin, enti seorang yang tabah!" kata-kata tasyjik seperti itu sudah biasa saya dengar. Seakan-akan LALI. Saya ego mempertahankan kekurangan diri kerana tidak pernah melihat kekuatan yang ada.

"Tapi itu dua tahun yang lalu 'abid. Kisah lama. Ana yakin enti dah jumpa kekuatan diri enti," ya, dia tidak jemu-jemu memberi peransang meski dia tidak lagi berada di tempat yang sama dengan saya. Mungkin kerana dia pernah berada di situasi yang sama dengan saya lalu menjadikan dia tersangat matang!

" Kalau thaqafah kurang, kita tambah... kalau jiwa lemah, kita muhasabah... kalau rasa gundah, zikrullah..," mesej dari seorang sahabiah membawa saya merenung diri.

Allah itu maha adil. Dia tidak pernah mengira selama mana kita berkecimpung dalam medan dakwah ini. Tetapi yang dihitung hanyalah keikhlasan kita sepanjang kita berada medan ini.

Setiap manusia yang diciptakan itu, Allah hiaskan ia dengan kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. Sama banyak kekurangan dan kelebihan itu.

Tapi kita yang sering tidak adil dalam menilai diri sendiri. Melihat diri sebagai manusia yang lemah menyebabkan diri jatuh tersungkur sukar untuk bangun kembali. Lalu persekitaran yang hadir dirasakan kelabu!



Namun bila kita merasakan diri bagus sentiasa, hidup diwarnai dengan puji-pujian, tepukan gemuruh atau sorak sorai, kita sering terlupa dengan orang sekeliling. Malah rasa kepuasan telah membibitkan sifat riya' di dalam hati. Akulah yang terhebat! Orang lama dalam perjuangan ini! Dipanggil orang sana dan sini... Ya, Allah Maha Hebat dan yang kedua hebat di abad ini, adalah aku!

Usah terlampau mereaksikan rasa lemah itu, bimbang yang merasakan diri terlebih hebat, semakin gah beraksi di pentas lakonan. Usah jua merasa terlalu hebat, lantas membuat diri yang sering merasa kurang lari dari medan perjuangan ini.

Bukankah sudahku bilang tadi bahawa Allah itu Maha Adil?

Mengapa terlalu angkuh untuk saling melengkapi?
Lemah temannya kuat!
Kecil temannya besar!
Hitam temannya putih!
Jahil temannya bijaksana!

Mengapa perlu berlawan dan bersaing? Usah menafikan keadilan SANG PENCIPTA dengan sikap angkuh kita..!!!!

Manusia itu tidak sempurna tetapi perlu belajar menjadi sesempurna insan. Salam Juang Fillah buat sahabiah seperjuangan.

Monday, April 4, 2011

Kita dan sikap

"anak-anakku,"...

"aik, anak-anak? Means? " saya memuntahkan kemusykilan sebaik sahaja mendengar kalimah yang dituturkan oleh seorang sahabiah.

"Ya, anak-anak bangsaku. Bukan-bukan... Ana terbayangkan jika ana menghadapi situasi itu sekarang.."dia masih lagi bermadah.

''still not clear...,"dia tersenyum melihat reaksi saya yang memang tengah musykil.

_________________________________________________________

"Aman darjah berapa?".

"Enam,"...senyuman dari seorang guru tetap terungkai walau di hatinya hanya Tuhan yang tahu.

"Ridhuan form 1 kan?".

"Ya ustazah,".

"Haikal, esok, kita baca Alquran + iqra' boleh?".

"kenapa ustazah? Saya dah tingkatan satu, dah besar, kenapa kena baca iqra' balik?"

Anak-anakku, anak-anakku....

_____________________________________________________________

"oh, tu yang buat enti tak khusyu' waktu solat isyak tadi?"saya bertanya lagi.

"yup. Tapi sebenarnya tak boleh macam tu kan.. Sepatutnya rasa kesedihan ana ni, ana luahkan sungguh-sungguh pada Allah dalam solat tadi...,"terpukul saya dengan kata-kata itu.

"Sebab tu Allah hantar kita ke sini. Sebab Allah tau kita mampu. So, sekarang, segalanya terletak di atas bahu kita untuk membantu mereka...,"saya cuba memujuk hatinya.. (walhal nak pujuk hati sendiri sebenarnya..hu~)

"Rasa nak give up pun ada. Tapi ana takda hujah yang benar-benar kukuh untuk terus give up... yes, you are right! Allah sengaja hantar kita ke sini kan, waima ana rasa tak mampu dan tak kuat..," Ah, ukhtiku menangis lagi... hatiku? Hanya Tuhan saja yang tahu.

Dalam keberadaan diri di atas jalan dakwah ini, penyakit futur sering bermain-main di tepian jalan. Adakalanya ia benar-benar mengganggu fokus untuk terus thabat dan yakin. Tapi mengapa? Bukankah itu suatu tarbiyah?

"Dik, kita nak stay lagi atau this is the final week?"saya bertanya pada sahabat itu.

"Of course not, this is not our place,"saya sudah menjangkakan jawapan itu.

"Kita cuba lagi dik. Ini baru muqaddimah. Perjalanan kita masih panjang...," betul ka ayat tu keluar dari mulut saya? Musykil.

"Ini perjuangan. Perjuangan yang akak cuba nak realisasikan. Akak nak buktikan bahawa tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia,"teliti saya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut seorang insan yang bergelar majikan. Saya masih ingat dan akan terus saya pegang.

Cuma, benarkah ia mampu direalitikan? Maka jemaah itu tidak perlu? Melakukan segala gerak kerja yang dikatakan "perjuangan" itu secara berseorangan, benarkah dituntut dalam Islam?

Jangan komen lebih. Itu prinsip dia. Dia yakin dengan perjuangan dia. So, biarkan dia go on. (Teguran dari sekeping hatiku).

How i can agree with her princip? Sangat bertentangan dengan keadaan sekeliling. Itu belum ambil kira soal hati, perasaan dan kebajikan staf. Huhu.. staf bukan golongan orang-orang yang perlu dicaknakan.

Cuba tengok adik-adik ni mengaji. Main langgar je. Yang penting, the focus aim is Khatam bacaan Alquran............ So konpius...

Jadi apa sebenarnya tujuan kelas ini ditubuhkan. How about quality of bacaan Alquran?

" 'Abidah, dah kemas barang? Kita dah nak gerak petang ni,".

"Really?" saya perlu pergi sesegera mungkin. Corak perjuangan kita berbeza. Kami orang muda mahukan perubahan yang lebih baik. Bukan taqlid membabi buta mengikut cara dahulu kala.

Mohon maaf banyak-banyak. Moga adik-adik yang kami ajar itu, akan ditemukan dengan guru-guru yang lebih baik dan yang paling penting,memahami sistem pembelajaran di situ.

Manusia itu tidak sempurna, tapi tetap perlu belajar menjadi sesempurna insan. Salam juang fillah, meski perjuangan kita nampak sama tapi hakikatnya jauh berbeza. Afwan ala kullihal.