salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, May 26, 2009

SEJAUH MANA KEIMANAN KITA…???

let's check out!!... jom hayati kisah di bawah...

“Tadi ummi ana kol ana. Ana cite kat ummi pasal lidah ana yang bengkak ni, enti nak tau tak mak ana cakap ape?” saya menceritakan perbualan yang berlaku di antara mak saya dan saya pada seorang kawan kerana saya lansung tidak menjangkakan yang mak saya akan berkata sedemikian.

“mak kau cakap ape?” soal kawan tersebut.

“ andak kena muhasabah diri. Mungkin andak ada terlepas cakap atau cakap benda-benda yang buruk dan lagha,” saya agak terkejut dengan kata-kata yang diucapkan.

Saya ingat mak saya akan cakap macam ni, “pegila jumpa doctor cepat-cepat.nanti makin susah nak mengaji n menghafal”…….

Lalu, kawan yang mendengar terus member komen…

“ ha3.. alim gile mak kau. Ke,dia malas nak dengar luahan hati kau. Ala,sakit sket je. Kau kumur air garam cukup dah,” pun respon yang mengejutkan dari seorang kawan.

Terlintas sesuatu di fikiran saya… lalu, saya menceritakan semula perbualan yang berlaku di antara saya dan ummi pada sahabat yang lain.

“erm… betul jugak apa yang ummi enti tu cakap. Kadang-kadang kita tak perasan kita ada buat dosa. Sampaila Allah uji kita dengan kesakitan,baru kita tersedar,” seorang sahabat memberi respon dan disambung oleh sahabat yang lain.

“ tapi kadang-kadang tu, ada jugak yang Allah dah uji dengan kesakitan pun tak sedar lagi. Asyik mengeluh je. Naudzubillahhi min zalik. Bersyukurlah enti diuji dan ummi enti menjadi wasilah untuk mengingatkan enti kembali,” respon yang sangat berbeza berbanding sewaktu saya bercerita pada sahabat yang pertama.


Kisah yang lain,

“ ‘Abid, hp ana keypad dia rosak. Camne ye? Ana takut sebab hp ana ni, banyak kerja-kerja Islam yang tergendala,” seorang sahabat yang saya panggil dia Ilmi, menceritakan masalahnya pada saya. Agak suram wajahnya. Saya bersimpati melihatnya. Sedikit sebanyak saya juga gusar andai apa yang diperkatakn benar-benar menyebabkan gerak kerja Islam terganggu.

“macam mana ye. Ana pun jadi buntu. Tak pun macam ni la, apa kata, enti pinjam dulu dari kawan-kawan yang ada 2-3 hp tu. Ha, kalau tak salah ana, hp lama enti elok lagikan?” saya cuba memujuk dirinya.

“ha’ah la ‘Abid. Alhamdulillah enti ingatkan. Guna hp tu dulu la. Yang rosak ni nanti ana hantar kedai. Hp lama pun, lama la. Asal gerak kerja tak terhenti,” Ilmi tersenyum puas. Dia yang meluahkan masalah, dan dia juga dengan tenang menyelesaikannya dengan izin Allah.

Saya tidak dapat melupakan kisah ini kerana hampir saban bulan pasti ada sahabat yang mengalami masalah yang sama.

Kisah yang satu ini pun saya tidak dapat lupakan, kerana berbeza dengan situasi di atas.

“ ‘Abidah, kau tahu tak, hp aku rosak. Keypad tak bole tekan. Wey,..cane ni…???,” seorang teman yang saya beri dia nama S , datang menghampiri saya sewaktu saya sedang menjamu selera di dewan makan asrama.

“hp canggih atau hp sederhana canggih yang rosak tu?” saya bertanya inginkan kepastian.

“ hp slide yang canggih tu la,” dia menjawab gurauan saya. Saya diam seketika. Berfikir.

“wey…cane ni??? Ni aku malas ni. Ada je masalah,” wajahnya benar-benar kelihatan runsing.

“ takpela, guna hp sederhana canggih tu dulu. Yang canggih ni, hantaq kedai dulu,” saya cuba meneutralkan perasaannya. Tapi segala-galanya di bawah kekuasaan Allah s.w.t.

“kau tau tak, hp satu lagi tu susah kalau nak hantar kat ramai. Camne kalau aku nk fowed mesej kat korang. Banyak lagi benda aku nak buat ni,”nada suaranya berada di zon yang tidak stabil. Saya jadi kalut.

“takpela enti. Yang ni hantaq kedai dulu. Biasala tu, kalau da jadi pemimpin, macam- macam ujian yang datang. Kalau insan biasa pun diuji, apatah lagi enti yang da jadi pemimpin ni. Sabar ye enti,” mungkin setakat itu saja yang mampu saya perkatakan bila dia mula menjeling marah pada saya. Walau apapun saya tetap kuatkan diri untuk menbalas jelingannya dengan senyuman.

Keesokan harinya di kelas, S datang ke meja saya. Dia meluahkan lagi masalah semalam dengan nada yang masih lebih kurang macam semalam.

“ enti, jadi pemimpin kena belajar bersabar. Esok-esok mana tau, Allah uji lagi kita dengan perkara yang lebih besar dan sukar. Guna je dulu hp satu lagi. Nanti kami cuba bantu setakat yang termampu. Jangan risau, bilik kita dekat je, tak lost contact punye. Insya’ Allah,” saya masih mencuba.

“cuba enti tanya Ilmi. Haritu hp dia pun rosak. Rasanya takde lama mana dia hantar kat kedai. Dalam dua minggu je. Tak de pula sampai 2-3 bulan macam yang enti cakap semalam,” saya memberi idea.

“oo..yeke. ok la, nanti aku try tanya,” dia semakin reda. Alhamdulillah. Cuma wajahnya, masih lagi berkerut. Mungkin sebab lain kot. Saya tidak berani menjangka.

Mungkin sahabat dan sahabiah dapat membuat kesimpulan sendiri dari cerita yang telah saya rangkumkan di atas. Sama-sama kita merenung firman Allah s.w.t di bawah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Maksudnya: adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti menegtahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-ankabut: 2-3)


Sebagai hamba Allah, kita sudah pasti tidak dapat lari dari ujian-ujian yang mendatang. Bagaimana kita boleh mengakui bahawa kita telah beriman sedang kita belum diuji.

Lalu sejauh manakah penerimaan kita terhadap ujian yang datang, semakin dekat kita dengan Allah atau semakin jauh dariNya?? Tepuk dada, Tanya Iman…

Bersyukurlah tika kita diuji. Tuhan masih menyayangi kita. Dia ingin kita pulang ke pangkal jalan.

Sama-samalah kita mengoreksi diri dalam mentarbiyah dan mendidik jiwa sebagai khalifah Allah.

SALAM INTIFADHAH.. SIIRU ‘ALA BARAKATILLAH.
_ANA IMTIYAZ_

No comments: