salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, January 26, 2010

apa yang tinggal untuk mereka..??

salam merentasi waktu...

Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah yang masih memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan meski terlalu banyak ombak yang melanda pantai hati..

jika dibilang ombak yang mendatang, pasti spirit untuk meneruskan perjuangan makin terhakis.

"Pinta pada Allah agar dikuatkan hati dan iman apabila menghadapi sebarang mehnah yang mendatang, bukan dipinta dijauhkan dari sebarang ujian. jadilah insan yang teguh dan kuat bukan lemah dan pengecut.." itu kata seorang murabbi kepada saya.

Meski tirai 2009 baru berlabuh, telah pelbagai peristiwa yang berlaku di tanah air yang tercinta ini yang menyentuh sentiviti banyak pihak. saya mungkin tidak mampu untuk mengulas dengan lebih terperinci tentang apa yang berlaku kerana ada yang lebih tahu kebenarannya.

pejam celik pejam celik, mesyuarat penyusunan planner sem ITQAN untuk tahun 2010 telah pun selesai. Mungkin ada yang perlu ditambah dan diperbaiki. Cuma yang agak mengurangkan mood saya untuk berbincang mengenai planner ini adalah disebabkan faktor masa yang terlampau singkat yang tinggal untuk saya berada di bumi barakah ini. Sempatkah saya menyelesaikan perjuangan saya di sini...???

Tak sampai setahun pun lagi... rasa kelu tiba-tiba..

apa yang saya dah sumbangkan untuk masyarakat di dalam dan luar DQ ni??

adakah saya perlu meninggalkan adik-adik hanya dengan tangan kosong yang tiada erti..??

Exam oriented banyak mencorakkan bumi barakah ini dengan warna-warna kusam dan pudar..

lalu, lihatlah apa yang terhasil.

malah, ramai yang tidak menyedari bahawa masing-masing sedang dikawal. Exam oriented menyebabkan majoriti pelajar belajar demi mengejar pointer yang empat itu.

maka, ramailah yang berjaya memperolehinya dengan kadar kemanusiaan dalam diri berada di tahap paling rendah.

ah, gasaklah dengan orang lain!
aku ada matlamat dan cita-cita.. peduli apa dengan yang lain!!

suara hati binatang pun tidak sebegitu...

berapa ramai yang sedar tentang hakikat yang berlaku.

apa yang disedari, kita makin maju... (konon-kononya)..

sijil..diploma..degree...dan sebagainya..

saya akui tentang kemajuan itu. Tahu mengapa??

"Tanda kemajuan bagi sesebuah tempat atau negara itu, apabila kadar keruntuhan akhlak berada di tahap yang maksimum"...kata seorang cendikiawan.

Maju bukan tempat kita?
negara kita...

ah, bangganya saya..

Ya Allah...masa semakin suntuk. sempatkah untuk saya meninggalkan sesuatu demi menyedarkan generasi yang seterusnya bahawa kemajuan yang kita hadapi sekarang banyak membawa kepada kerosakan sahsiah peribadi muslim demi manggapai daulah Islamiyah di negara nan damai ini...???

moga Allah beri yang terbaik sebelum saya melangkahkan kaki pergi dari sini...

walllahu a'lam


teruskan mencari diri...

No comments: