salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, March 21, 2012

alahai si cantik sakura..~

Jami'ah mu'tah, karak, jordan.

alahai si cantik sakura~
letaknya di tengah laluan manusia
pergi balik, itulah jua jalannya
pasti kan ketemu si cantik sakura meriah berbunga

pertama kali ku pandang pohonnya,
terus jatuh cinta
alahai si cantik sakura sedang lebat berbunga

putih, merah jambu,
apa pun warnanya,
sakura sangat menenangkan..

hari ini,
si cantik sakura ku temui lagi
saat pergi datang
saat pulang dan kembali
usai kelas, jalan menuju ke sakuralah akan ku tempuhi
waima aku,dia atau mereka,
kan melalui jalan yang sama

jalan itu bukan milik si cantik sakura
cuma kerana ia gagah berdiri dan terus berbunga
di tengah keriuhan laluan orang ramai
membuat si cantik sakura menjadi perhatian

untuk esok,
aku tidak pasti
adakah sakura akan dipandang lagi
hari ini pun aku telah berteka teki,
tentang si cantik sakura yang terus jadi perhiasan dan tontonan
tidak jemukah mata yang hari-hari memandang..??

jika yang menggantikan si cantik sakura di tengah jalan,
 wanita yang cantik rupawan,
pasti semua mata menoleh kekaguman..!!
subhanallah,indahnya ciptaan TUHAN,..!!

berhari-hari si cantik rupawan menjadi hiasan di tengah laluan,
lalu aku bertanya lagi pada diri,
tidak jemukah akan mata yang memandangnya  hari-hari..??

si cantik sakura kini,
tidak lagi jadi perhatian
sekadar ditoleh tanpa perasaan
sekadar ditoleh sebagai hiasan

sakura terus menjadi sakura
si cantik hanya tinggal gelaran

wahai wanita,
mahukah jadi seperti si cantik sakura di tengah jalan..??
atau mahu menjadi semalu bunga semalu yang bersembunyi di balik rumput-rumut tidak kelihatan..??


si cantik sakura di tengah jalan~



p/s:credit to ilani mat ui untuk gambar-gambar di atas.mekasih..^_^

No comments: