"Sedari, ada satu paper lagi berbaki, mengapa masih mempunyai ruang di sini..?"
Ha,kan dah tegur.
Eh,biasa jela. Saya suka ditegur oleh jiwa saya sebegitu.
Sesekali saya menghadap blog yang kelihatan sedikit bersawang tidak mengapa kan..? ^_^
Sengaja saya cuba memaksa diri untuk menulis meskipun masa sangat mencemburui saya..!
Sejak lebih kurang dua minggu lalu, isu irsyad manji menjadi post-post utama di wall rakan-rakan saya di FB. Sebagai seorang pelajar yang sedang berada dalam fatrah* peperiksaan, saya hanya mampu mengintai irsyad manji di celahan masa yang ada.
Dengan maklumat yang sedikit saya perolehi,saya melihat kehadiran irsyad manji ke tanah air terchenta sebagai suatu perkara yang merunsingkan. Dengan keadaan Malaysia yang semakin hari, semakin haru, buat saya bertambah bimbang.
Namun,setelah hari-hari yang berlalu Allah mengizinkan saya untuk melihat irsyad manji dari sudut yang lebih luas.
Islam itu tidak sempit bukan? ^^,
Bagaimana kita ingin mengenali dan bagaimana kita dapat menghayati kehidupan yang mematangkan seseorang individu tersebut?
Pasti dengan salah satu caranya,kita membaca sejarah hidup seseorang dan cuba berjalan masuk ke dalam sejarah itu.
Saya belum mula membaca koleksi penulisan irsyad manji yang baru saya perolehi. Sebaik usai peperiksaan untuk subjek terakhir saya bagi sem ini, saya akan memulakan pembacaan dan pengkajian berkaitan dengan pemikiran beliau, bi iznillah.
Mungkin irsyad manji mengenali ISLAM dari sudut yang muslim kebiasaan tidak nampak. Mengapa? Sebab cara kita membesar dan dididik dengan ISLAM kebiasaannya berbeza.
Ok,tidak mengapa. Saya perlu meneruskan perjuangan saya untuk satu lagi subjek yang berbaki pada esok hari.
Cuma persoalan yang sedang berlegar-legar di minda asing saya selaku seorang muslim yang lahir di MALAYSIA ialah,
"Maka, apakah pula motif himpunan sejuta belia 2012 yang diadakan di Putrajaya sejak 25MEI lalu.?"
Maaf tuan puan, saya tidak nampak kepentingan Himpunan Belia ini kepada golongan belia jika yang memenuhi ruang tentatif Himpunan Belia itu 80 peratus daripadanya adalah hiburan semata-mata.
Ah, hatta, meski cuma 30 atau 20 peratus hiburan sahaja yang memenufi tentatif himpunan ini sekalipun, tetap saya kisah jika hiburan yang dimasukkan adalah hiburan yang lansung tidak sesuai dengan imej "negara islam" dan program yang dihadiri oleh majoriti belia yang bergama ISLAM.
Tolonglah. Bersihkan minda rakyat dari penjajahan kuffar.
Mereka menguasai minda kita dan kita terus dikuasai.
Mengapa tidak diBERSIHkan program-program seperti ini?
Dan mengapa pula ingin terhegah-hegeh memBERSIHkan program yang telah sedia BERSIH?
Mohon sangat-sangat pada pihak yang berkenaan terutamanya Pihak Kerajaan Malaysia yang katanya memiliki kuasa MUTLAK untuk membersihkan program-program seperti Himpunan Belia 2012 ini dari anasir-anasir negatif yang merosakkan akhlak rakyat malaysia sendiri.
Tolonglah. Saya sayangkan tanah air saya. Cukuplah sejarah bercerita tentang tanah melayu yang hampir dijual pada Barat suatu ketika dahulu.
Mengapa harus diulangi sejarah lama yang memeritkan dengan menjual minda rakyat dengan anasir-anasir negatif yang akhirnya kan meruntuhkan agama dan akhlak rakyat itu sendiri..??
* Meskipun subjek Sejarah banyak menipu pelajar-pelajarnya kerana fakta yang direka-reka, tetapi sejarah yang sebenar itu harus diambil sebagai iktibar dan pedoman buat Kerajaan dan masyarakat Malaysia pada hari ini.
p/s: Ayuh BERSIHkan Malaysia dari penjajahan minda yang merosakkan akhlak dan agama..!!
No comments:
Post a Comment