Berbelas-belas warkah dikirim tak berbalas
Cinta mulai lesu
Rindu pun hampir usai pergi
Yang terus bertamu
Cuma sekeping resah
bersoal dalam hati
Kasih yang terhulur belum cukup telus untuk berbungakah..??
Kitab yang baru
bertukar pemilik itu dijamah sehelai demi sehelai.
Mengapa tajuk itu yang
mendahului?
Soalan itu hanya
terbuku di sudut hati kecil.
Telah bersabda
Rasulullah s.a.w: Ketakutan yang paling aku takuti ke atas kamu, adalah syirik
kecil.
Maka para sahabat
bertanya kembali: Apakah syirik kecil itu wahai Rasulullah?
Jawab baginda s.a.w:
Ia adalah Riya’. (sahih-ahmad)
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu- daya
(terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura- pura beriman sedang
mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya
mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula
apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka
(hanya bertujuan) riak (memper- lihatkan sembahyangnya) kepada manusia
(supaya di- sangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula
tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit
sekali (jarang-jarang)."
-QS 4:142-
Yang ditemui masih
perkara di sekitarnya.
Lalu kitab jiran bilik
sebelah yang baru dipinjam diselak pula.
Bab yang pertama dan
tajuk yang sama.
Dari Abu Hurairah
Abdurrahman bin sakhr r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Sesungguhnya Allah tidak melihat pada tubuh badan kamu,tidak juga melihat pada
gambaran kamu, tetapi DIA melihat pada hati kamu. (sahih muslim)
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid;
dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang
demikian itulah agama yang benar."
QS 98:5
Haisy..
Seperti ada sesuatu
yang DIA ingin sampaikan pada diri yang semakin melesu ini.
Bukankah ini yang saya
pinta sejak kali ketiga buku ‘Penawar Bagi Hati’ saya intai dari kulit ke
kulit?
Ya,kata bijak pandai,
putus asa di tengah jalan, adalah disebabkan kesilapan di titik permulaan.
Maka titik permulaan
anda di mana..? =.=’
Kan kelakar bila
bertanya tentang sesuatu yang dah diketahu jawapannya.
Eh,saya Tanya ni untuk
menghitung diri tau.Bukan saje-saje.
Nak hitung apa
kejadahnya…Awak tu memang ada satu je dalam dunia ni. Rasanya sejak lahir tak
pernah ada kembar..
~_~…. Ek?
Kalu gitu,berapa biji
dah dosa yang awak buat kalau benar ia boleh dihitung?
Eh,sebab tak mampu
dihitungla perlu selalu dihitung. Agar dosa-dosa tu tak bertambah dan tak
berulang-ulang. Got it?
Mengapa Tuhan
campakkan resah ini?
Mengapa Tuhan baluti
hari dengan gelisah dan gundah? Hingga mahu berpaling darinya pun tak terdaya…
حاسبو قبل ان تحاسبو
Hitunglah diri kamu
sebelum diri kamu dihitung (di akhirat).
Apakah yang dilakukan
selama ini benar-benar ikhlas lillahhi ta’ala.
Suci dari kerana
selain DIA. Benarkah?
Jika mahu berbicara
tentang gerak kerja Islam, belajar, berpersatuan dan sebagainya, benarkah semua
itu kita laku benar-benar suci semata-mata kerana DIA?
Jika benar perjuangan
itu rela dan redha keranaNya, mengapa cepat benar terasa penatnya?
Mengapa cepat benar
terleka?
Jika benar belajar itu
suci kerana DIA, mengapa apa yang dipelajari tak mampu tersemat di dada?
Mengapa apa yang dipelajari tak mampu dipraktikkan hari-hari?
Mengapa yang difahami
sekadar terkepung dalam hati?
Jika benar gerak kerja
selama ini, amal harian selama ini tulus dan telus kerana DIA, mengapa mudah
berputus asa?
Mengapa mudah
menghitung resah?Mengapa mudah disapa gelisah?
Mahu kata diri benar
ikhlas lillahhi ta’ala?
^_^
Mungkin muqaddimah tu
ikhlas masih tulus, tapi bila hampir berada di pertengahan diuji dengan
perasaan.
Malas, takut, bimbang
dan pelbagai dugaan yang mendatang dan membuat kita seolah mencipta 1001 alasan
untuk tidak istiqamah. Kan?
Maka mengapa
bertangguh lagi, tajdid dan taslih kembali niat kita. Rawat hati yang
terlompong-lompong dengan dosa dan noda.
Muhasabah diri:
1.
Adakah ikhlas ni bermula sejak langkah pertama diatur tetapi diuji
sewaktu di pertengahan jalan.??
2.
Atau,ikhlas ini memang tidak pernah tulus dan telus semata-mata kerana
DIA sejak dari langkah yang pertama. Cuma dilaku kerana semangat @ pujian dari
orang lain…
Yang manakah benar..??
TUHAN, munafiq itu
bukan pilihanku,
Munafiq itu bukan
kepinginku,
Namun acapkali aku
bimbang,
Acapkali aku gusar,
Saat diuji dengan
kepayahan,
Ikhlas itu menghilang…
TUHAN,
Hati ini milikMu,
Langkah ini jua milikMu.
ENGKAU lebih berkuasa
ke atas kedua-duanya,malah segala-galanya…
maka pandulah ia sehingga saat ke akhirnya,
maka pandulah ia sehingga saat ke akhirnya,
Dan moga ada ruang
untuk aku berteduh di bawah kasih sayangMu hingga ke syurga sana.
No comments:
Post a Comment