Cuaca yang menunjukkan angka sekitar 6-12 darjah celcius, lansung tidak
menunjukkan tanda-tanda salji akan turun lagi buat kali yang seterusnya pada
musim sejuk kali ini seperti tahun lepas.
Namun Jam 10 malam tadi, dengan kuasa Allah s.w.t, awan memuntahkan juga
isinya yang sarat dengan frost (seperti salji tetapi ketulan yang lebih besar).
Jam 7 pagi ini, saya menguak pintu beranda bagi memberi laluan kepada udara
pagi yang lebih segar bertukar tugas dengan karbon dioksida yang bertugas sejak
pagi semalam.
Musim-musim cuti ini, jalan-jalan lebih lengang daripada biasa.
Hakikatnya kawasan rumah sekitar masjid ‘umar,mu’tah ini, memang tidak sehiruk pekan
Mu’tah yang penuh dengan bunyi-bunyian manusia dan kenderaan.
Jalan-jalan tar kelihatan basah. Walhal ia baru sahaja kering tidak
sampai seminggu lantaran salji yang turun selama 3 hari berturut-turut 18hari
yang lalu dan meninggalkan lopak-lopak, tanah lembab dan lembik.
Jalan tar yang basah itu, tidak sebasah hati insan yang dilanda resah
semenjak 2-3 hari itu.
Segala-galanya tercorak lantaran sangkaan dan usaha kita untuk itu. Maka
positifkanlah diri dan perasaan untuk
mampir kepada kebaikan.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis
qudsi:
“Sesungguhnya apa-apa yang akan
Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan
Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya
maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam
perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah
para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia
sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan
apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan
berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad,
Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Cuti ini Tuhan beri kita ruang untuk
memperkasakan jiwa dan minda.
Cuti ini Tuhan beri kita peluang untuk kita menambah pahala.
Cuti ini Tuhan beri kita peluang untuk kita menambah pahala.
Cuti ini Tuhan beri kita masa
untuk kerap berkomunikasi dengannya.
Cuti ini Tuhan bagi 1001 satu rasa, agar kita sentiasa sedar saat kita terleka dan semakin menjauh denganNya.
Cuti ini Tuhan bagi 1001 satu rasa, agar kita sentiasa sedar saat kita terleka dan semakin menjauh denganNya.
Maka buatlah pilihan yang
terbaik.
Sama ada mahu menangis sepanjang tiga minggu ini, atau mahu ketawa sepanjang cuti ini, kita berhak memilih.
Andai tangisan yang menjadi
pilihan, maka biarlah tangisan itu, adalah tangisan yang buat kita sedar akan
kekurangan diri, dan segera bertindak menambah baik kekurangan itu.
Malah,biarlah tangisan itu,
menambah gagah hati nan lemah!
Namun, andai ketawa yang dipilih,
biarlah ia seadanya. Senyuman mungkin lebih baik menggantikan gelak tawa yang
kononnya tampak bahagia, walhal hakkikatnya ada duka terselindung di balik
tawa. Maka tawa itu,sekadar kepura-puraan untuk menutup resah yang tak kesudah.
Firman Allah s.w.t:
“maka biarkanlah mereka tertawa
sedikit dan menangis yang banyak..,”
(Surah Al-baqarah: ayat 82)
Abu Dzar r.a. berkata Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda:
"Andaikan kamu mengetahui sebagaimana
yang aku ketahui, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit tertawa, dan
andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan keluar ke dataran
tinggi menjerit-jerit kepada Tuhan menangis dan andai kamu mengetahui apa yang
aku ketahui nescaya tidak dapat bersuka-suka pada isterimu dan tidak tenang di
tempat tidurmu……."
Jalan tar yang basah itu, pasti
jua kan kering. Bumi syam ini bukan tempat tadahan hujan,namun ia tetap subur
kesan dengan darah para syuhada’ ratusan tahun dahulu. Tangislah, tapi ia tetap
pada kadarannya. Namun usah kerana tangisan itu,menghalang untuk kita terus
tersenyum dalam menempuh hari-hari yang mendatang.
Kerana bukan hanya kita yang
hidup di bumi Tuhan ini. Tapi kita ada orang di sekeliling yang memerhati malah
butuh akan bantuan kita. Maka, apakah pekerjaan yang telah kita lakukan selain
ketawa dan menangis?
Sampai tiba di akhirat sana, soalan yang akan ditanya, tidak semata, mengapa
kamu menangis dan ketawa, tetapi banyaknya soalan tidak terkira.
*Apakah yang telah kau lakukan sepanjang hidupmu?
*Apakah yang telah kau lakukan sepanjang hidupmu?
*Apakah manfaatmu kepada ummat?
*Apakah telah kau dakwahi
saudara-saudaramu?
*Apakah Islam yang kau anuti dan
amali, sampai kepada orang lain jua?
Dan lain-lain yang bisa buat kita
teruuuuus dirundung hiba.
Sedarlah dan bertindak..! Usah
hanya menatap wajah di balik cermin besar di kamar sepi itu, tetapi gerakkan
perubahan.
Jadilah kader-kader yang hebat
dan penuh dengan manfaat.
Moga Tuhan hadiahi kita untuk istiqamah
dengan amal-amal kebaikan. Allahhumma amen….
No comments:
Post a Comment