Tengegelam dan hanyut dibuai kekeliruan dalam meneruskan langkah dek testing-testing dari TUHAN yang tak pernah menyepi dari mencuba diri.
Jawatan adalah sebuah amanah bukan sebuah kemuliaan.
Kerana itulah dalam terang saya teraba-raba mencari cahaya untuk keluar dari lingkungan ketakutan itu.
Masalah saya adalah saya kurang percaya diri.
Adakalanya, kita gagal melihat potensi diri.
Hingga suatu saat, ada orang lain yang terpaksa membongkar satu persatu berkaitan dengan diri kita.
Sebab itu pentingnya sahabat yang baik bukan?
Dialah yang akan membantu kita saat kita teraba-raba dalam kegelapan.
Dialah yang akan menuntun langkah kita saat kita teragak-agak meneruskan perjalanan.
Dialah yang menjadi wasilah TUHAN menghantar kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Meski saya tidak suka mencipta musuh, namun dalam hari-hari sepanjang hidup kita, kita takkan bisa menjadi sempurna walau pelbagai cara yang kita lakukan.
Maka saya hargai apa yang mereka tidak berpuas hati dengan saya dan luahkan, sebagai muhasabah dan bekalan sepanjang mengislah diri.
Terima kasih kepada mereka yang pernah "memberi" sepanjang hidup saya selama 23 tahun ini.
"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah Al Baqarah:216.)
Ada yang kata, saya telah kalah dalam pilihanraya Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan untuk tahun ini.
Tapi, percayalah..
Dalam kemelut yang melanda diri, saya lansung tidak merasa kalah sewaktu keputusan diumumkan.
Kerana saat sebelum itu lagi, Tuhan sentiasa membisikkan pada saya untuk sentiasa bersedia.
Ya, bersedia untuk ditarbiyah..!!
Jalan ini masih panjang..
Meski hakikatnya saya tak pernah tahu bila nafas ini akan terhenti.
Namun setiap hari,proses pengislahan diri tetapi perlu dijalani.
Saya belum cukup ditarbiyah.
Belum gagah untuk menongkah.
Dengan diri yang serba kurang dengan thaqafah.
Iman dan hati pun sering goyah.,
bagaimana mahu istiqamah...???
Maka kerana itu, Allah menghantar saya untuk melalui sebentar jalan ini.
Siapa yang suka dirinya dikempen untuk pengetahuan umum?
Tapi, mungkin inilah wasilah yang terbesar untuk TUHAN sedarkan saya..!!!
Terima kasih TUHAN untuk Kasih Sayang ini...
p/s: please, I am not a loser.
1 comment:
pemerhati jauh, dalam diam menguntum doa. meski tidak diketahui tuannya. biarlah dalam jauh aku perhati, aku berdoa aku berharap, agar yang terbaik itu sudah tentu milik mu. kerna Tuhan maha tahu yang termampu engkau pikul sebagai bebanan.
dan aku masih di sini, memeriksa diri, adakah aku pun begitu jadinya. T_T
Post a Comment