salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Thursday, July 2, 2015

Kiblat.

Malam pertama Ramadhan, masih aku ingat sesi 'pillow talk' dengan dua orang adik. Oh, bukan adik kandung, tapi saudara seagama.


Perbualan kami bercampur baur dan akhirnya berkisar tentang situasi kiblat sewaktu dalam permusafiran. Dan hujung kepada tajuk itu adalah, aku menyatakan harapan supaya aku terbang pulang nanti dalam keadaan ma'zurah ( baca : datang haid) supaya aku tidak kelam kabut mencari tempat solat, berwudhu' atau mencari kiblat.

Oh, jangan salah faham. Bukan maksudku sukarnya untuk menunaikan solat, tetapi keadaan seorang perempuan yang bermusafir secara berseorangan, agak sukar baginya menyempurnakan solat dengan sebaiknya. Jelas?

Rata-rata orang perempuan yang aku temui majoriti berpandangan sebegitu. Tetapi sekiranya Tuhan mentakdirkan kami bermusafir dalam keadaan suci(baca;tiada halangan untuk menunaikan solat), maka wajiblah ke atas kami mendirikan solat dengan sebaiknya.

Tuhan memakbulkan permintaanku beberapa jam sebelum waktu berbuka puasa Ramadhan yang pertama. Tapi begitulah , manusiakan. Setelah dimintanya, rasa kesal pula. Akhirnya aku tidak dapat merasa ramadhan terakhir di Jordan .

*Orang perempuan sekiranya tidak berpuasa di bulan Ramadhan, rasa macam agak 'lost' (kalau nak tahulah. ) Sebab dia terpaksa simpan cemburu kat kawan-kawan yang boleh bertaraweh setiap malam, bertadarus, doanya dimakbulkan kerana berpuasa, rasa nikmat sahur dan iftar (bagi yang belum berkahwin, dah kahwin aku tak pasti apa perasaannya ).

Pagi ketujuh Ramadhan, akhirnya aku terbang meninggalkan Jordan dengan hati sebal ( sebak dan bebal? ). Mungkin sebak dan pilu lebih sesuai. Setelah empat tahun bermukim di situ, bagaimana harus aku menerima kenyataan bahawa kita harus berpisah..? (ah, hanya Tuhan sahaja tahu rasanya.)

Ditakdirkan di dalam flight aku mendapat seat di sebelah tingkap yang menambah rasa sebakku melihat tanah itu sehingga hilang dari pandangan. Dan nasiblah paderi yang duduk bersebelahan denganku apabila aku terpaksa mengganggu tidurnya akibat rasa loya yang tidak tertahan.

Aku tiba di Athens jam 6 pagi (waktu Athens). Bukan, ini bukan perhentian sebenarku. Cuma transit seketika (12 jam) di sini. Disebabkan berkali-kali pengalaman tidur di airport, maka akhirnya aku terlelap di kerusi menunggu akibat loya dan pitam yang masih tidak reda.

Kemudian... (Macam tak rajin nak cerita apa yang aku buat kat Athens lepas bangun dari tidur-tidur ayam tu, ..macamlah orang nak baca sangatkan.. ha3)

Hampir terlepas flight ke London akibat sibuk menguruskan kuih raya yang hampir hancur di dalam hand carry di bilik 'prayer room' (oh, jangan ingat itu musolla plak. Itu bilik sembahyang untuk banyak agama). Kau boleh bayang mana kalau aku nak cari kiblat kat situ? (melainkan kalau arah kiblat memang dah disediakan di situ).

Terbang dari Athens jam 7.15 malam dan sampai di London jam 9 lebih (waktu UK). Selepas beratur hampir dua jam di kaunter imigresen, kau harus tunggu hampir dua jam lagi untuk bas ke Birmingham tiba di stesyen. (Kau tu akulah..)

Alhamdulillah,akhirnya jam 3 pagi, aku tiba di Birmigham. Dan tanpa malu segan, minta tumpang hotspot internet seorang chinese untuk call Angah (kakak aku nombor dua).

*Kalau tengok tajuk post ni, mesti ingat aku nak cerita pasal kiblat kan? Ha, betullah.. Ok, to be continue.. Ada kewajipan lain yang perlu diselesaikan.

- Ana Imtiyaz-
030715/ 16 Ramadhan 1436h,
Holte Road, Aston,
Birmingham, U.K.


No comments: