salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, March 15, 2020

2020

Bismillahhirrahmanirrahim.

Kali terakhir update di sini rupanya hampir setahun 3 bulan yang lalu.

Sekejap masa berlalu kan. Siapa sangka dalam tempoh setahun lebih tu macam-macam yang berlaku.

28 Februari 2019: Hari Terakhir sebagai guru tasme' sementara di Politeknik Shah Alam.
Berpeluang mengajar di sana selama 3 bulan iaitu dari 1 Disember 2018.

29 April 2019: Hari Terakhir mengajar Alquran dan tajwid di masjid U9.
Mula mengajar di situ sejak 1 April 2017. Bermakna dua tahun lebih di sana.

Mac, April, Mei, Jun adalah freelancer sepenuhnya. Kelas di U9 cuma 2 jam setiap hari Isnin sahaja.
Hampir kesemua pekerjaan saya cuba buat demi menampung kelangsungan hidup dan membayar komitmen.

*Kerja halal

1 Julai 2019: Bermula Chambering (Latihan Dalam Kamar) di Tetuan Boestamam.

1 Ogos 2019 sehingga saat ini: Meneruskan Chambering di Tetuan MKMA. (Dah masuk 8 bulan)
Bos mula sakit sejak 16 Oktober 2019. Bermakna, chambering tanpa pantauan Master sepenuhnya dah hampir 5 bulan. Mengharapkan bantuan peguam-peguam dari firma lain untuk bantu dan tunjuk ajar.

Oh lupa nak masukkan, semester ketiga Master di UIA, yang sepatutnya bermula Februari 2019 saya tangguhkan. Proses tangguhan berlangsung dengan pelbagai drama air mata dan kesakitan.

Alhamdulillah sem berjaya di tangguhkan dengan baik tanpa apa-apa kos.
Sem keempat juga begitu, tak boleh nak mula sebab sibuk dengan Chambering + bos sakit. Semua kerja bos kami dua orang pelatih inilah yang kena take over semua kerja bos.

Tiada gaji. Cuma elaun kerana kami berstatus Pelatih (Tempoh 9 bulan).

Siapa sangka akhirnya 2019 telah berlalu.

Ingin memulakan tahun 2020 dengan senyuman. Tetapi Allah uji dengan suatu kesedihan.

9 Januari 2020, jam 7.45 pagi: Ada polis ronda datang rumah mengkhabarkan tentang abang tunggal yang kami panggil Uda, terlibat dalam kemalangan di Seremban jam 4.30 pagi.

Dan ditermui telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Kepada Allah kita datang, dan kepadanyaNya jualah kita akan kembali.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Uda dan memasukkan Uda bersama golongan orang yang beriman.

Allahhumma ameen.

Ada banyak kisah antara saya dan Uda. Kami beza 2 tahun sahaja. Satu-satunya abang yang saya miliki.

Sebenarnya tengah siapkan hujah untuk disubmit esok hari.. Macam mana entah boleh terbuka blog ni. In shaa Allah ada rezeki saya sambung lagi... Kisah tentang saya dan Uda.

-Shah Alam-
15 Mac 2020
3.48 Petang.

No comments: