Dengan nama Allah y Maha Pengasih lg Maha Penyayang
Alhamdulillah 'ala kullihal.. Exam da hbis 3mac y lalu. Rasa kurg sedikit tekanan y melanda kotak fikiran. Smua sahabiah diploma (ITQAN), telah pulang. Terasa kesunyian yang amat di bumi barakah ini. Hanya tinggal pelajar persijilan yang masih terus berjuang menghargai waktu yang terlalu singkat.
Percaya atau tidak,.. Diri ini terlalu merindui fatrah exam. Masakan tidak, Masjid dipenuhi dgn jemaah.muslimin dn muslimat. Surau di asrama sentiasa kedengaran alunan ayat2 suci yang seakan-akan bergelombang kerana paduan suara-suara yang tidak jemu-jemu mengaji saat itu. Asrama bagai hidup 24 Jam!! Masya' Allah.. Tiap kali terkenangkn saat2 itu,hati sntiasa bergetar. Sayu..syahdu.. ya Allah,aku merindui saat2 itu. Tapi kini.. Surau seakan-akan lesu. Tiada lg gelombang2 suara yang menyentap sukma. Segalanya berlalu pergi sepantas berlalunya exam Alquran syafawi dan tahriri..
Bagai sudah menjadi satu lumrah,situasi itu akan berulang saat2 fatrah exam menghampiri. Tika lainnya, mmg sukar dirasai. Hidup seperti insan lain. Meneruskn hari-hari seperti biasa.bagai terlalu banyak masa yang kosong. Walhal pada hakikatnya, KEWAJIPAN ADALAH LEBIH BANYAK DARI WAKTU..
Sengaja penulisan ini ku titip. Buat peringatan untuk diri yang sering lupa.
Moga Allah memelihara hati ini,agar thabat pada jalanNya.. ameen.
No comments:
Post a Comment