salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, May 16, 2012

Guru atau pendidik..??



 
"Ata' Ullah puasa hari ni..?" Ata' Ullah sekadar menjawab dengan anggukan apabila ditanya ummi dengan soalan sedemikian.
----------------------

"Andak tak puasa..? Kan hari isnin dan khamis sunat puasa..??" pernah ditegur oleh adik yang masih berusia bawah 12 tahun.
---------------------
"Andak ni sabarlah sket. Tak nampak ke amilah tengah buat apa ni..?"
----------------------
Andak ni bisinglah,orang nak mengaji..,"selamba Amru yang baru berusia 7 tahun itu menegur.
---------------------
"Bukan ke lagi banyak pahala kalau kita solat berjemaah kat surau..?" santai seorang teman mengajak saya ke surau apabila melihat saya rajin solat berseorangan di bili. Almaklumlah,saya bukan budak usrah.
---------------------
" 'Abid, bangun, nak puasa tak..? Kalau nak niat puasa ganti,kena bangun sekarang,".
--------------------
" Dah lama tak qiyam sama2 kan. Jom esok kita buat ihya' ullail.." seorang teman mengajak saya yang sedang leka menghadap buku-buku tebal saat itu.
--------------------
" Dah lama kita tak buat muhasabahkan. Sepatutnya ukhuwah yang dah lama terjalin ni,kena selalu dimuhasabah.." satu mesej telah dihantar kepada saya dan teman-teman yang lain.
---------------------
" Andak,minum duduk la.." aiseymen budak kecik ni,orang nak cepatla.
--------------------
" andak ni,asyik nangis je. Andak kan dah besar. Amilah pun dah tak nangis macam andak," rilek je saya ditegur oleh adik kecil yang tak berapa faham tentang kehidupan.
-----------------------------------
Apa pun yang ditegur,siapa pun yang menegur, itu adalah wasilah dari Allah untuk kita memperbaiki diri.


Percayalah, yang menegur, yang memberi nasihat itu sebenarnya sedang memimpin kita untuk menjadi lebih baik.

Guru saya bukan cuma di sekolah rendah atau menengah. Bukan jua hanya di Kampus lama, atau di kampus baru. Tapi guru-guru saya, adalah orang-orang yang pernah memberi tunjuk ajar pada saya sepanjang kehidupan ini. Yang selalu mengingatkan saya saat saya tersilap dan tersalah.



Selamat Hari Guru buat semua yang sudi mendidik dan memberi tunjuk ajar pada saya sepanjang usia yang semakin dimamah tua ini.



Guru bukanlah semata-mata yang mengajar kita di dalam kelas, bukan juga yang semata-mata mengharap wang sebagai balas.


Tapi hakikatnya seorang guru itu, perlu mendidik luar dan dalam pelajar-pelajarnya.
Bukan semata menyuap a,b,c atau alif, ba, dan ta'.

Ajar dan didiklah insan mengenal agama dan TUhan, semoga ada hati-hati yang terdidik dan terajar.


عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « المؤمن يألف ويؤلف ، ولا خير فيمن لا يألف ، ولا يؤلف، وخير الناس أنفعهم للناس »
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni) 


p/s:bukan subjek pendidikan Islam sahaja yang mengajar erti ketuhanan, malah sains, matematik, geografi pun mampu untuk memberi kefahaman tentang itu.

Yang penting,ikhlas dalam menyampaikan supaya tidak ada ilmu yang palsu yang disampaikan. Supaya tidak ada pelajar yang merasa tertipu dengan sekolah kehidupan.

Selamat Hari Guru buat semua pendidik rohani dan mental..!!

JAzakumullahhu khairal jaza'.

2 comments:

ilmi_alfauzani said...

Salam alaiki ya ukhti habibati..
Subhanallah, teruja ana dgn entry terbaru enti.. Selamat Hari Pendidik buat enti.. =) Semoga sifu akan terus tabah dalam perjuangan.. Fi amanillah..

AnA ImTiYaZ.. said...

salam alaik ya ukhti mahbubah..
malu ana kat enti..^^_
enti la sifu ana.
selamat hari guru ukhti!!