salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Friday, February 12, 2010

Bismillahhirrahmannirrahim..

Terasa kaku saat jari jemari menaip kata. Sudah lama alat ini tdak ku sentuh,lantaran smua asement telah lama disiapkan. Tahniah, tahniah..! Perubahan yang positif.

Sminggu je lagi nk exam. Huh, exam lagi.. Rasa letih..mngapa? Kerana tak dibiasakan..


Satu perkara tentang manusia yang perlu kita tahu. Manusia akan membenci untuk melakukan sesuatu yang tak difahami. Contohnya peraturan jalan raya. Bagi pemandu dan pengguna jalan raya yang tidak faham mengapa perlu adanya peraturan ketika di jalan raya, selalunya akan melanggar peraturan di jalan raya.

Mari saya bawa ke dalam skop huffaz. Huffaz yang menghafal Alquran tanpa faham akan isi kandungannya, suka ka nak amalkn isi kandungannya.. Bahkan dia sendiri tidak faham mngapa adanya hukum-hukum sedemikian. Kerana itu kita dapat melihat berapa ramai huffaz yang memberontak apabila hukum yang termaktub di dalam Alquran dan hadis diguna pakai dalam peraturan seharian. Malah merasakan,peraturan tersebut terlalu jumud.


Berbalik dalam skop negara.. Seperti juga undang-undang negara. Mengapa ada yang tidak setuju? Kerana ada yang tidak mereka fahami mngapa perlu wujudnya undang-undang tersebut.

Dalam banyak perkara,andai tiba-tiba kita diheret ke dalam suatu alam yang asing dan kita tdak faham mngapa kita diheret sama, pasti kita akan memberontak. Melainkan ada dalam jiwa seseorang itu,suka belajar perkara-perkara yang baru.

Tahun dua ni, pensyarah usul fiqh saya,gemar melakukan ujian. Saya jadi tension sebab banyak lagi benda lain yang saya kena fokus. Tapi,sampai bila saya perlu berada dalam tekanan. Take it positive.. Oleh sebab selalu sangat buat ujian, saya nampak dan tahu apa yang saya tidak faham dalam subjek usul fiqh. Dan dari situlah saya perbaiki diri. Sekarang saya sudah faham mengapa kita perlu diuji. Bila kita tidak diuji,kita tidak akan nampak apa kelemahan kita. Malah merasakan diri hebat tanpa kkurangan. Bila sekali sekala diuji,terus merasa tekanan. Tidak faham mengapa Allah uji kita. Lalu smpi bila kita harus tidak faham? Mahu jadi huffaz atau ilmuan yang dungukah? Tampak hebat, tapi hakikatnya terlalu banyak kekurangan dalam mentafsir sesuatu. Malah,sukar untuk memahami perkara yang hakikatnya mudah sahaja.


Dan seperkara lagi,usah campur tangan dalam isu yang tidak kita fahami. Bimbang-bimbang kita sekadar taklid dan membuat kesimpulan sendiri waima ia salah.

Ilmu itu bukan semata-mata di dalam buku yang kita lihat pada stiap hari.. Tetapi,ilmu itu bisa kita perolehi dari pendengaran dan pmerhatian. Malah,pengalaman! Pastikn stiap ilmu yang Allah beri,kaji, faham,amal dan sampaikan.


Wallahu a'lam..