salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Friday, August 27, 2010

Rindu pada 'Umairah..

"k.ifah, tengok nak usrah awak ni, nakal btol dia," adu k.nab kepada mak usrah(naqibah) saya.

"ha, ateh, kacau lagi si nab ni,"mak usrah saya mengusik k.nab semula.

"lah, sama je dua-dua orang ateh ni. Ateh awak ni k.ifah, perangai macam awak. Mak borek anak rintik,"tergelak saya dengan kata-kata k.nab tu. Mak usrah saya merangkap along saya, pun dipanggil ateh dalam adik beradik usrahnya... Oh,memang spesen je kot sikap insan-insan yang bergelar ateh ni...

Erm,..apa cer adik beradik usrah yang lain ya..
Alang makin sibuk... Exco, biasalah..
uda, acik, anje, adik, acu, aniq, n andak.....apa cer..??

Andak dan anje satu kelas tasme' dengan saya. Jadi terubat sedikit kerinduan saya pada adik beradik usrah. Usrah yang bagai telah lama terhenti.

Andak dan Aniq orang brunei.. Meskipun mereka selalu saya temui, tapi tak banyak perkara yang kami mampu bincangkan bersama disebabkan waqi' negara yang berbeza.
huh, ada masalah ke berbeza negara..??? Tapi kalau itu yang dijadikan alasan untuk tidak berbincang tentang isu semasa...tak taula...

Teringat kata seorang murabbi, bila lebih tiga hari diri kita tidak menerima sebarang tazkirah, hati akan jadi gelap. Bila hati jadi gelap, apa yang jadi...???

Masing-masing bawa haluan sendiri..haluan sendiri?..yup, dengan cara masing-masing.
Mana taknya, tarbiah tak berjaya disampaikan bilamana usrah tergendala.

Usrah terakhir dengan along dan angah (naqibah-naqibah saya), cuma tiga orang sahaja adik beradik yang datang. Saya pun malas nak datang sebenarnya waktu tu, tapi demi nak menjaga hati naqibah yang susah-susah buat usrah dalam keadaan depa yang teramat busy dengan kerja-kerja Islam yang lain, saya pun datang gak la. Sedih. Waktu tu saya yang malas nak datang usrah (tapi datang gak), jadi kecewa dengan sikap adik beradik. Kenapa jadi macam ni ya???

Muhasabah dah pernah buat, tapi praktikal selepas itu...kemana?

Pernah suatu hari, saya terselisih faham dengan seorang adik beradik usrah saya. Apa yang membuatkan saya masih teringatkan perselisihan yang berlaku itu ialah apabila ayat terakhir pada surat yang diberikan pada saya mengatakan,

"macam mana la kita tak jadi gini..gaduh-gaduh.. susah nak faham orang.. sebab kita semua tak komit usrah..cengginila jadinya.."

tak komit usrah? Saya komit ja, cuma takda penghayatan dalam diri. Macam ni pun masalah gak...

Sekarang sudah masuk penghujung semester lima,..maknanya apa.. maknanya usrah yang saya dapat sejak semester satu dulu, dah hampir empat sem terbengkalai.. empat sem?.. dua tahun la..

Bagai tidak ada roh-roh yang hidup..saya hanya mampu menempelak diri.
Rasa kosong tanpa usrah. Hatta adik beradik saya yang "nakal" pun merasai kekurangan hidup tanpa usrah, apatah lagi saya yang sederhana nakal ni...isk3.

Ramadhan pun nak berakhir... mujur Aniq menguatkan rasa hati saya untuk ifthor bersama usrah.. syukran Aniq, anje..

Moga Ifthor usrah yang akan kita jalankan ni, berjaya menambat kembali hati-hati kosong yang sebenarnya sangat dahagakan tarbiyah.

Buat 'Umairatul Mahabbah... puteri-puteri yang mengimarahkan kasih sayang...,
Moga Ramadhan dan imtihan yang akan berlansung kali ini, bisa memberikan impak yang lebih baik buat diri kita.

Insan tidak sempurna, tapi tetaplah belajar untuk menjadi sesempurna insan.

Mohon maaf salah silap.

Salam imtihan buat semua. Moga Allah mengurniakan kecemerlangan dunia dan akhirat buat kita semua.

Wallahhu a'lam..

Saturday, August 14, 2010

YANG TERAKHIR UNTUK KITA.. (ITQAN version)


Pejam celik pejam celik, tinggal 2minggu je lagi untuk exam semester lima. Ya, semester lima buat ahli ITQAN.

Kita semua sedarkah?
Ramadhan yang masuk hampir seminggu ini pun, merupakan ramadhan terakhir buat kita di bumi barakah DQ (kecualila bagi yang nak amk degree kat DQ).

Inilah pusat Tarbiyah terakhir yang sedang kita jalani buat kali terakhir di bumi barakah ini. Maka, wajarkah peluang yang terakhir ini, kita sia-siakan begitu sahaja?

Usah sekadar mendabik dada bangga kitalah yang tersenior di kampus ini.
"jalan ini, aku punya,"
"cafe ini, tempat lepak aku,"
"datang kelas lambat? aku punya pasalla...,"
"buku aku kena tahan HEP? Hey bro, aku tahun akhir kat sini tau. Pedulik apa aku dengan HEP tu.."

Mungkin itulah lumrah yang kan terhasil dari jiwa seorang insan yang bergelar senior. Ah, pedulikan itu semua. Yang saya mahu bicarakan di sini buat renungan semua ahli sem ITQAN, sampai bila kita kan meneruskan kebobrokan yang terhasil dari setiap sem yang bergelar senior?

Andai senior yang lepas pernah jatuh di dalam lubang yang sama berkali-kali, perlukah kita ulangi perkara yang sama lagi...??

Perlukah kita menelanjangi keaiban diri pada adik-adik yang akan meneruskan perjuangan di bumi barakah ini?

Kegusaran yang melanda minda membuatkan saya semakin takut untuk meneruskan hafazan hingga ke juzu' 30. Walhal ketika mula-mula dahulu, tekad saya ingin khatam hafazan secepat yang mungkin. Bukti hati ini milik Allah s.w.t, saya hanya mampu merancang, tapi dibolak-balikkan hati ini dengan kegusaran yang memusing-musingkan otak fikiran.

Akhir-akhir ini juga baru saya sedar, saya sebenarnya bukan mengimpikan segulung diploma Tahfiz walSyariah di hari konvokesyen nanti. Bukan jua menanti majlis khatam yang akan dijalankan secara besar-besaran. Atau malam seribu kenangan yang akan meninggalkan seribu kemusykilan pada diri saya.

Lalu apa sebenarnya yang saya mahukan di tahun akhir perjuangan saya di bumi barakah ini.... bagaimana pula dengan sahabat dan sahabiah yang lain.. kita semua mahukan apa sebenarnya???
Gelaran? Sijil Diploma? Memakai jubah besar di hari konvo sambil mendakap jambangan bunga-bunga besar? Mencari calon untuk dijadikan pasangan hidup?

Ah, kita mahu apa sebenarnya?
Mengapa baru sekarang terasa ingin mempersoalkan pada diri?
Mengapa tidak dari dulu???

Menangis saya mengenangkan kebodohan diri yang sering terlewat dalam membuat keputusan. Walhal masa yang ada, cuma tinggal beberapa bulan.
Tapi, masa yang tinggal beberapa bulan itulah yang kita laghakan...
facebook...
komik...
video2 lagha..
games..
lepak2 + borak2 dosa tanpa sedar..

Ah, aku tidak punya masalah Alquran atau akademik.. apa perlu dirisaukan.. menggelabah r minah ni nak sedar-sedarkan orang..

Huh, sudah penat saya berteka-teki di dalam hati, kerna itu saya muntahkan pada penulisan kali ini. Mahu kita sama-sama jadi pemikir dan penggerak, bukan terus hanyut dalam dunia ciptaan kita sendiri.

Ke manakah hilangnya huffaz kini? Adakah tenggelam dalam kemelut gejala sosial yang semakin memuncak dalam masyarakat hari ini?

Hey kawan, tinggal beberapa purnama sahaja lagi untuk kita di sini.
Bersediakah kita untuk melangkahkan kaki keluar dari penjara syurga ini demi membantu masyarakat menyelesaikan masalah-masalah yang semakin hilang punca? Atau mahu jadi orang hebat yang bersembunyi di balik tiang-tiang lampu di tengah jalan?

Saya semakin musykil dengan persoalan-persoalan yang samakin bercabang di minda. Bersediakah kita untuk bergelar HUFFAZ yang PROGRESIF??


Sedia atau tidak, itu bukan jawapannya. Tapi, orakkan langkah dengan tekad, akulah pencetus revolusi ummah! Akulah Alfateh buat masyarakat hari ini!!

Salam juang buat HAMALATUL QURAN!!


sekadar mampu menjentik rasa dengan izin Allah s.w.t. Andalah penentu dan jawapannya.

Saturday, August 7, 2010

Kes Zina. Salah siapa?

musykil...

Saya bagai tidak merasakan gelombang bahaya itu.
teruk betul!

tak prihatin masalah ummah... ops,..bukan tak nak prihatin, tapi kesibukan melebihi masa yang ada mengekang saya untuk melangkah ke gedung ilmu itu demi mendapatkan berita-berita terkini tentang dunia masa kini.

Alhamdulillah..
Program Anjuran Kelas Kaunseling sem3 IRSYAD, banyak menyedarkan saya.
"A baby to an Ummah".

Seusai mendengar forum pada hari itu, baru saya dapat merasakan gelombang bahaya itu semakin besar dan bertambah bahaya!

Nampaknya saya pun berada di zon bahaya yang selesa. Lantas saya tidak menyedari kemara bahayaan itu.

Bersediakah saya untuk menghadapi masayarakat luar demi bersama menyelesaikan masalah sosial yang semakin kritikal di kalangan rakyat MALAYSIA?

Sewaktu saya di tingkatan Dua, hampir setiap hari keluar di surat khabar tentang kes rogol.
"Tak yah guna da perkataan rogol ini, orang tak takut. Tukar kepada Zina terus. Seoranga gadis telah dizinai oleh teman lelakinya," seorang sahabat saya memprotes.

ya, zina.
Jenayah yang telah lama kritikal dan semakin kronik.
Mengapa tidak jua selesai walhal telah pelbagai cara dilakukan untuk membendung masalah ini.
Malas nak oyak lah depa dah buat apa.

Tapi,ni ada cadangan yang WAJIB dilaksanakan oleh pihak kerajaan jika kerajaan benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini.

1- Laksanakan Hukum-hukum ALLAH. (sebat, rejam)
2- Hapuskan pub-pub dan kelab malam.
3- Haramkan jualan arak terutama pada orang yang beragama Islam.
4- Hapuskan iklan-iklan yang mempunyai unsur-unsur wanita dan seks!
(la ni, kalau tengok tv, konpem ada selit benda yang tak baik. wanita jadi bahan komersial. Apa kes?)
5- Para pimpinan sekalian, mari turun imarahkan masjid dengan ibadah.

Setakat ni dulu cadangan saya. Banyak lagi sebenarnya. Tapi, takpolah,takut bagi banyak-banyak, satu pun tak jalan.

Ha, satu lagi yang agak relevan untuk dijalankan...

"Kempen Biah Solehah peringkat kebangsaan"..
Tapi kempen ni, kalau nak buat kena dapatkan pandangan ulama' camna nak laksanakan. Bukan boleh main terjah ja. Semua perkara dan tindakan yang ingin dilaksanakan dalam sesebuah negeri hatta negara, semuanya perlu merujuk pada ulama' sebenarnya. jika tidak, ha' sebab tulah masalah sosial ni tak dapat dibendung. Ni kes Ulama' dipandang enteng. Ha, lu pikir la sendiri.

Hai, semua cerdik-cerdik kan. Kalau tak gane enjin roket boleh hilang...

Jom sama-sama bergandingan ke syurga.
Masalah ummah, masalah kita semua.

wallahhua a'lam.

P/s:Sampaikan walau sepotong ayat.

Tuesday, August 3, 2010

Kasih tak bersyarat

Seusai habis kelas, mata yang beratnya entah berapa tan terasa ingin pejam. Di tambah pula dengan suasana suram di dalam bilik yang terbentang sebuah katil empuk bercadar rapi.

10 minit sebelum dia tiba di bilik tadi, azan zohor telah pun kedengaran. Teringat seketika hadis yang dipelajari sewaktu di tingkatan 4 yang meriwayatkan tentang jika terlalu mengantuk, tidur dulu sebentar. Dia tersengih sendirian sambil kepalanya masih musykil berfikir, nak tidur dulu kejap ke, nak solat dulu…???

Tanpa sempat menemui jawapan, dia telah pun selamat rebah di atas katil. Sebaik sahaja dia melelapkan mata, kedengaran pitu biliknya dibuka.

“oit, bangun! Tak kan tak donga azan tadi,” terdengar suara teman sebelah biliknya membebel.

“kojap ja lah eden nak tido. Ni eden buat pasal ada hadis ni,” selamba dia menjawab.

“banyakla hang kejap. Biasa den tinjau dokat asar baru hang nak bangun. Dah..dah.. bukan leh caya sangat,” demi mengurangkan keperitan telinga akibat mendengar bebelan dari temannya itu, dia bingkas bangun.

“ha, kan sogar tu. Setan tu bukannya boleh dilayan-layan,bla..bla..” aiseh,…dia membebel lagi.

Alhamdulillah, dia berjaya solat sebelum terlelap hasil dari gesaan temannya. Sempat jemaah di surau lagi. Solat zohor ni, tak boleh buat lewat-lewat. Kalau tak memang susah nak dapat pahala jemaah. Syukran ya sahabat.

Mengapa berat untuk menunaikan solat terutama di awal waktu?

Mari bersoal jawab dengan diri.

Teringat satu artikel dari seorang sahabat. “Apakah kita sudah cukup syarat?”.

Syarat-syarat untuk layak menerima kasih sayang Tuhan.

Cuba kalau Allah buat syarat, siapa yang solat khusyu’ sahaja yang akan mendapat rezeki. Siapa yang solat di awal waktu sahaja boleh bercakap. Siapa yang bersedekah ja boleh melihat.

Agak-agak, apa akan berlaku…??

Tapi, Allah lebih mengerti jiwa hamba-hambaNya. Kasih sayang yang diberikan tak bersyarat. Malah kita yang meletakkan syarat untuk perkara-perkara seperti itu.

Jangan tunggu-tunggu. Takut lewat-lewat, taubat kita jadi terlambat, termasuk dalam golongan yang berkata, “alangkah baiknya kalau dulu aku Cuma menjadi batu-batu atau tanah,”.

Cepat,cepat sebelum kasih jadi bersyarat!