salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, July 18, 2011

buat yang terakhir


"awak balik hari sabtu lepas zohorlah,boleh, lepas habis kelas Bahasa Inggeris?" itu soalan yang ditanyakan sebaik saya menghantar surat permohonan untuk pulang kepada salah seorang urusetia kursus Bahasa anjuran LZS.

"Kak,kalau saya balik hari jumaat petang?" penuh harapan saya meminta.

"Erm, rumah awak kat shah alam je kan, awak balik lepas pukul 10.30malam, lepas prep lah.." itu kata putus yang saya terima.

Ini bermakna, saya hanya dibenarkan pulang pada hari Jumaat selepas jam 10.30 malam. Oh,Tuhan...

Mengapa saya memohon untuk pulang awal...
Hajatnya ingin ke walimah seorang sahabat baik yang berlansung di rumah pihak lelaki di Melaka pada hari sabtu itu. Tapi sempatkah jika pada hari Sabtu itu saya bergerak bersendirian menaiki bas ke Melaka, sedangkan saya mesti sudah berada di Darul Quran JAKIM sebelum jam 4.30 petang hari Sabtu itu.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.... (walau dalam hati ada unsur kecewa yang menyelinap kerana tidak dapat hadir ke walimah itu)...

Barakallahhu lakuma buat sahabat baik saya Zainab Binti Sapiudin dan pasangannya merangkap senior saya di sekolah, Ammar B Abu Bakar. Semoga kalian sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah s.w.t dan berbahagia sehingga ke syurga.

Alhamdulillah, mereka telah sampai ke peringkat Bait Muslim dalam membina masyarakat muslim.


Ekspo hari konvokesyen Darul Quran kali ke 20, tampak meriah sekali. Lebih 50 buah gerai dibuka bagi memeriahkan lagi suasana.

Tapi jiwa yang duka, tetap merasa hiba.

Mungkinkah ini kali yang terakhir saya akan bertemu dengan sahabiah seperjuangan di Bumi Barakah ini?

Saya tidak pasti. Maka doa saya sentiasa menafikannya.

Tempoh dua hari saya menginap di asrama perempuan Darul Quran tidak menyempatkan saya untuk bertemu dengan semua orang-orang yang tersayang apatah lagi untuk saling berbicara dan bertanya tentang khabar diri dan iman....

Seusai menaiki pentas menerima diploma dari Pengarah JAKIM, terbang segala perasaan debar yang menguasai sebelum itu.

Saya sudah bergelar graduan dari Darul Quran JAKIM.

Akan tetap samakah keadaan saya sewaktu masih menuntut di Darul Quran dengan keadaan selepas selesai pengajian di situ?

Adakah diri ini kan tetap tegar untuk melangkah gagah?

Adakah diri ini mampu untuk terus istiqamah dalam usaha untuk menjadi MUSLIM TERBAIK?

Akan wujudkah lagi teman-teman yang kan seiring dan sejalan dalam meneruskan perjalanan dakwah ini?

Perlukah saya meratap hiba menangisi pengakhiran kisah dan pengalaman saya di DQ?

Perjalanan hidup saya masih lagi jauh. Meski kematian seringkali mengintai di balik waktu yang ada.

Buat sahabat sahabiah seperjuangan, teruskan perjuangan menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil.

Tahniah dan takziah kerana telah memiliki Diploma Tahfiz wal Qiraat, Diploma Tahfiz wal Dakwah, dan Diploma Tahfiz wal Syariah. Tidak lupa juga buat adik-adik persijilan,dan cucu-cucu tersayang.

Segala-galanya bermula dari diri sendiri. Jika saya terus meratap kerana merasakan sebuah pengakhiran berada di depan mata, maka yang akan saya lihat di hadapan, hanyalah sebuah kegelapan.

Walhal sebenarnya, perjalanan dalam meredah realiti kehidupan baru bermula buat saya.

Ya Allah, kurniakanlah apa yang terbaik daripada yang terbaik buat diri ini jua buat sahabat sahabiah seperjuanganku yang lain.

Teguhkanlah kami dalam keimanan dan ketaatan kepadaMU..

Peliharalah diri kami dari fitnah manusia, jin dan dunia yang merosakkan.
ameen ya rabbal alamin..

~siiru 'ala barakatillah...~