salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Thursday, April 29, 2010

Jom kaji keputusan prk di hulu selangor dan result exam yang baru keluar..

Hulu Selangor kembali reda dari kepanasan pilihan raya yang kebersihannya penuh dengan tanda tanya.

yang agak memusykilkan saya pabila saya kurang berminat untuk mengetahui keputusan pilihan raya tersebut. Walhal, selaku rakyat selangor, saya perlulah cakna terhadap apa yang berlaku di negeri sendiri. Mungkin atas faktor saya berada di zon yang tidak selamat membuatkan saya jadi kaku dengan pilihan raya kali ini. Tapi, bila seorang kawan menghantar mesej tentang keputusan pilihan raya pada malam selepas pengiraan undi, pelbagai persoalan yang menerjah masuk ke minda saya.

"erm..rasa macm tak sohih. kena kaji balik ni. ni mesti kes RASUAH yang ditabur guna duit rakyat. mengapa ramai lagi yang masih buta mata hati...???" seorang sahabat bertanya penuh kemuskilan.

Dengan kesibukan menguruskan pelajar-pelajar yang baru masuk pada hari yang sama, membuatkan saya semakin sesak. Apa cer kat luar DQ sana ya??...

Result exam semester 4 pun baru keluar pada minggu lepas. Tahniah kepada yang berjaya mendapatkan pointer yang cemerlang-cemerlang. Kepada yang resultnya kurang memberansangkan, buatlah sesuatu agar di sem baru ni, resultnya bertambah baik dan cemerlang.

Apa2 pun, carilah hikmah di antara dua itu.

Cemerlang dan kurang cemerlang...

subhanallah,... Ada misi yang belum diselesaikan.. terlupa sebentar....



teruskan mencari diri...

Tuesday, April 20, 2010

Siapa Syeikh Abdullah Al-Harari?


SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI


Nama dan Tempat Lahirnya: Beliau adalah seorang yang alim, al-‘Allamah al-Muhaddis, pakar dalam ilmu fekah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar , berketurunan asy-Syaibi dan al-Abdary beliau juga merupakan Mufti Harar (dilantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun).


Dilahirkan di bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah (beliau lahir lebih awal dari pada tahun yang tercatat, yang tercatat hanyalah yang tertera pada pendaftaran lama).


Pembesaran dan perjalanan hidup beliau: Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al-Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al-Hadhramiah dan kitab al-Mukhtasar as-Saghir dalam ilmu fekah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.


Kemudian beliau mula menghafaz dari pelbagai matan-matan ilmu agama yang lain, kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadis telah membuatkan beliau menghafal kitab-kitab hadis yang enam [سنن ستة] dan selainnya berserta dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadis-hadis nabi ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.


Tidak cukup dengan ulama di negaranya bahkan dia telah merantau keseluruh pelusuk Habsyah dan Somalia untuk menuntut ilmu dan mendengarnya daripada ulama setempat, oleh itu Syeikh Abdullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan sekiranya dia mendengar ada orang alim disesuatu tempat maka dia akan bersegera pergi kepadanya seperti mana yang dilakukan ulama salafussolih yang terdahulu.


Kehebatan, ketajaman fikiran dan kekuatan hafazannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fekah Syafii dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam mazhab beliau juga sangat arif pendapat yang terdapat dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali hinggakan beliau akan menjadi tempat rujukan ke mana sahaja beliau pergi, beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di bandarnya Harar dan sekitarnya.


Beliau telah mempelajari ilmu fekah Syafii dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain antaranya seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik, al-Luma’ as-Syirazi dan banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary, Syeikh Muhammad Omar Jamei’ al-Harary, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi, Syeikh Ibrahim Abil Gaish al-Harary, Syeikh Yunus al-Habasyi dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabruty.


Manakala dalam ilmu bahasa arab beliau telah mengambilnya daripada Syeikh as-Soleh Ahmad al-Basir, Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Habasyi dan ulama-ulama lain.


Lagi tiga mazhab fekah yang lain dan usulnya beliau telah ambil daripada Syeikh Muhammad al-Araby al-Fasy dan Syeikh Abdur Rahman al-Habasyi. Dalam ilmu tafsir beliau telah mengambil dari Syeikh Syarif al-Habasyi di bandarnya iaitu Jimmah. Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari as-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabruty Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al-Habasyi.


Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim iaitu Syeikh al-Muhaddis Ahmad Abdul al-Muttalib al-Jabaruty al-Habasyi , beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, Syeikh al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair Atony ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Mekah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulama-ulama Mekah diantaranya ialah Syeikh al-Alim as-Said Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kitbi, Syeikh al-Muhaddis Muhammad Yasin al-Padani [berasal dari Padang, Indonesia], Syeikh Muhammad al-Araby at-Tabban, beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat an Naqsyabadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al-Afghani An-Naqsyabandi.


Kemudian beliau telah pergi ke Madinah al-Munawwarah di sana beliau sempat belajar ilmu-ilmu hadis dan membaca hadis-hadis nabi dari Syeikh al-Muhaddis Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakry al-Hindi al-Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana, dan di katakan beliau telah menghafaz hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut.


Di Madinah juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulama hadis iaitu Syeikh al-Muhaddis Ibrahim al-Khattani anak murid kepada seorang ulama yang masyhur iaitu Syeikh al-Muhaddis Abdul Qadir Syalbi. Adapun ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini. Selepas itu beliau menuju ke Baitul Muqaddis dan seterusnya ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulama yang sangat alim iaitu al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary ke sana.


Di sana Syeikh Abdullah al-Harary menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di antara Dimashq, Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan bandar-bandar yang lain di seluruh pelusuk bumi Syam, kemudian dia menetap di Jamik al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimashq dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, para masyaikh, alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelar sebagai "Al-Muhaddis Ad-Diyar Asy-Syamiyyah".


Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al-Rifaeyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau sempat menerima ijazah tariqat al-Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh at-Toyyib ad-Dimasyqi. Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.


Sifatnya: Syeikh Abdullah adalah seorang yang warak, tawadhuk, kuat mengerjakan ibadat, banyak berzikir, sentiasa menggunakan masanya untuk menyampaikan ilmu agama dengan mengajar dan berzikir, seorang yang zuhud sehingga susah untuk melihat beliau dalam satu masa dia tidak menggunakan masanya melainkan menyempurnakan masa tersebut untuk mengajar atau zikir atau membaca atau menyampaikan nasihat. Kuat berpegang dengan Kitab al-Quran dan Sunnah, mempunyai ingatan dan kecerdasan akal yang kuat dengan hujah dan dalil yang teguh, sangat adil dalam munghukumkan sesuatu, sentiasa memerangi terhadap siapa sahaja yang melanggar syarak, mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi dalam amal makruf dan nahi munkar hinggakan golongan bidah berhasad dan menfitnahnya, tetapi Allah memberkati amalannya dan memelihara manhaj Ahlus Sunnah hinggakan telah lahir beribu-ribu anak muridnya bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropah, Afrika, Australia dan juga Asia.


Kewafatannya: Beliau kembali ke Rahmatullah pada fajar hari selasa 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008 Masihi di rumahnya di Beirut pada usia 105 tahun, disembahyangkan oleh jutaan umat Islam di Masjid Burj Abi Haidar Beirut dan di makamkan berdekatannya. Beliau adalah ulama yang hebat dan dikenali dengan gelaran Al-Muhaddith (ulama pakar Hadith, Syeikhul Islam dan sebagainya dari gelaran yang mulia. Rahimakallahu Ya Syeikh Abdullah Al-Harari.


teruskan mencari diri...

Monday, April 19, 2010

Jangan fikir anda selamat

salam satu akidah, satu ummah...


Malaysia hari ini terus membuktikan kebobrokan2 yang dilakukan oleh parti2 politik dan orang2 kuat di dalamnya.


Kita semakin sedar atau semakin benci kepada orang yang mengorek gali kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh orang-orang besar dan berkuasa...???

Jika sedar, perlu ada tindakan..





Jika anda benci pada orang yang menyatakan kebenaran, andalah antara pendokong kepada segala penipuan..

Usah berfikir tentang upahan, duit poket, duit kopi dan pelbagai jenis rasuah yang telah dipelbagai carakan, tetapi fikirkan masa depan yang kan terhasil gara-gara minda milik manusia khususnya di Malaysia yang telah penuh dengan simbol2 $$$$$$$$$$$...

Tittle HARAM bukan menjadi masalah, asal periuk nasi di rumah sentiasa terisi dan berlebihan... bukan begitu...????

Malaysia hari ini juga sering memaparkan kes-kes jenayah yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri yang kurang hati perutnya....

Pernah tengok tong kitar semula kan??... tin , kaca , kertas....dan kini, dengan ehsan pelbagai pihak, ditambah satu lagi tong. Khusus untuk BAYI.

Usah memandang musykil dengan kadar jenayah yang semakin meningkat di negara aman nan maju membangun ini.

(Walhal usus perut milik saya, semakin kecut memikirkan kemusykilan2 ini...)

Gambar ibnu Tun Razak sedang bersalaman dengan Barrack Obama menjadi kebanggaan utama media hari ini.

Ah, apalah yang dikisahkan dengan kisah2 jenayah yang berlambak itu. Disiarkan sekadar menjadi umpan agar media laku seperti pisang goreng panas...!!! Panas...panas...!!

Tak perlu risau.... dengan simbol erat tangan berjabat, itu alamat Malaysia kan sentiasa aman di bawah jajahan ISRAEL laknatullah...
Terkesima saya sebentar dengan penulisan kali ini.

Ini bukan tafsiran sebuah emosi yang tidak terkawal. Kerana pemikiran yang rasionallah saya menulis tentang isu yang dipertontonkan kepada umum dan ramai yang melihat tetapi buta dari penglihatan mata hati.



Muslim kah itu namanya??? Ambil remeh tentang isu si zionis hampir menawan negara kita...?? Mereka sudah menganiaya saudara seakidah kita. Mengapa membiar diri sendiri menjadi mangsa yang ke seterusnya???

Saat-saat terakhir Rasullullah menghela nafas, sempat bibirnya menyebut, ummati...ummati..ummati...

Kekasih Allah itu, sayang akan ummatnya, tetapi malang sekali pabila ummatnya tidak menyayangi saudara seakidahnya, apatah lagi diri sendiri....




Terus bergelar MUSLIM ILUSI................... di bawah belaian KUFFAR REALITI...!!!

Sedarkah kita...??? atau terus tenggelam dalam pautan dunia yang berpenghujung........???

Salam Muhasabah Menghitung Diri..................







teruskan mencari diri...

Saturday, April 10, 2010

kita terus dibuai hanyut....

Lewat hari itu, saya segera ke kedai membaiki barang IT. Mp4 milik abang saya itu, seperti tidak mahu memberi khidmat kepada saya. Mentang-mentangla abang saya telah terbang ke mesir, terus merajuk kepada yang selain tuannya.

Aiyya, dengan mp4 pun mahu bersangka-sangka lagi..?? mp4 ni memang tengah sakitla, tu yang asyik disk error ja memanjang...

setibanya di kedai tersebut, kelihatan tiga orang staf yang sedang menghadap laptop masing-masing. Musykil saya.... apala yang dihadapkan oleh mereka sampai khusyu' begitu sekali dan lansung tidak menyedari kehadiran saya di kedai tersebut.



Saya cuba meninjau sambil berdehem perlahan. Oh. facebook rupanya..... layan.....



takpa la... yang kes kat atas tu, saya cuba maafkan. Mereka mungkin bukan orang yang faham..



tapi, bagaimana dengan mereka yang FAHAM..???



kebanyakan orang-orang yang faham ni, menggunakan facebook sebagai medan dakwah... katanya....


tapi,... dalam ramai-ramai yang kata macam tu, hanya beberapa sahaja yang bena-benar berpegang pada tujuan asal menggunakan facebook.


Dan yang lain-lain seolah-olah hampir hanyut dengan aplikasi dan kemudahan-kemudahan yang disediakan dalam facebook.......... hanyut... dan terus leka dan lagha...


masalah ikhtilat bercambah biaknya di kalangan orang-orang yang FAHAM..

telah tersimpang dari matlamat asal......

di mana pendirian kita??


mungkin, masing-masing ada uslub yang tersendiri dalam menyampaikan dakwah...


tapi ingat, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..


Jadi, kepada pengguna-pengguna facebook terutamanya kepada mereka yang FAHAM tentang hukum hakam dalam agama, gunakan facebook dengan cara yang bijaksana yakni berhikmah..


Hikmah adalah barang orang mukmin yang tercicir, jika kamu terjumpa maka kutiplah....


salam muhasabah bersama...

Tuesday, April 6, 2010

ukhuwah itu suatu modul??




Apa itu ukhuwah?



suatu ikatan persaudaraan yang terjalin kerana mengharapkan redha Allah s.w.t.

"sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.."

"muslim itu umpama suatu bangunan..."

dan pelbagai lagi dalil yang memperkuatkan tentang kepentingan ukhuwah di kalangan insani.


Apa yang akan berlaku jika rasa ukhuwah itu semakin hilang?
masyarakat akan berpecah belah dan pelbagai masalah yang timbul.

Contohnya, di sebuah kampung yang ramai penduduk. Andai tidak wujud rasa ukhuwah di kalangan penduduk kampung tersebut, kampung tersebut akan berada dalam keadaan huru-hara..
Kecurian, kematian,...dan pelbagai masalah yang berkaitan jenayah akan timbul. Maka sia-sialah jumlah penduduk yang ramai itu akibat tidak ada rasa ukhuwah.



Namun, lewat hari ini, kalimah ukhuwah bagai sering meniti dari bibir ke bibir.

"Aku menyayangi ukhuwah ini kerana ALLAH," luah seorang muslimin kepada seorang muslimat.
wah3...itu sudah menjadi penyalahgunaan frasa ukhuwah.

Mungkin di sini saya akan lebih fokus kepada ukhuwah yang menjadi sebutan aktivis dakwah hari ini.. mungkin, dalam skop jemaah.

Dalam jemaah juga perlu ada ukhuwah. Muslim itu kan saling menampung kekurangan muslim yang lain. Saling lengkap melengkapi...

Namun, masalah yang sering timbul adalah kerana wujudnya sikap, 'akulah yang terhebat'...
membantu bukan niat untuk membantu. Tapi mahu menunjukkan kebolehan dan kepakaran masing-masing.

"ha, yang ni memang terletak di bawah kepakaran aku"

"aku pun boleh, bukan dia je"



maka, berlakulah persaingan yang kurang sihat dalam keadaan tidak sedar itu.
Dan yang serba kurang, terus merasa rendah diri...
dan hilanglah nikmat ukhuwah yang sebenarnya...
Salah siapa??

"enti ni, cubala berlapang dada..ni kan memang bidang ana. ana da biasa buat yang ni,"

"kuatnya dzhon enti,"

Ermm....macam-macam kan yang Allah uji dalam ukhuwah ni.Memang rasa sakit. lagi kalau tak dapat handle dengan baik.Ingat dan praktikkan rukun ukhuwah ini... (pesanan ini ditujukan umum untuk semua dan khusus untuk saya)

1. salamatussodri (berlapang dada)

2. musawah (kesamaan)

3. ithar (mendahulukan orang lain)

Saya selalu dengar tentang ukhuwah ni biasa dalam program je. RETORIK..!!
betul ka retorik? sapa yang habaq retorik tu, sebenarnya, dia mungkin belum pernah merasai kemanisan hidup berukhuwah.

Ukhuwah ni bukan modul semata-mata. Tapi praktikalnya.
Apa-apa pun, semuanya berbalik pada diri kita. JIka anda yang MEREALISASiKAN bahawa ukhuwah itu cuma modul dalam program dan RETORIK semata-mata, itu kata-kata anda.

Anda yang praktikkan dan andalah yang akan merasainya.....!!!






teruskan mencari diri...

Sunday, April 4, 2010

sanah helwah..




semalam,masuk hampir seminggu saya menghilangkan diri dari rumah..
pagi tu, saya bersiap-siap untuk bertolak ke tempat terakhir musafir saya..
kedengaran bunyi mesej masuk memenuhi inbok. tapi saya tidak terus membuka mesej kerana tangan penuh dengan barang-barang..

5 minit kemudian, saya duduk di dalam kereta yang akan membawa saya ke destinasi yang seterusnya...

mesej pertama,

"sanah helwah... moga panjang umo dan dimurahkan rezeki..."

mesej kedua..

"assalamualaikum..
selamat hari lahir..
bila nak balik rumah??
xnk blanja ktorang ka?...

sebak tiba-tiba.. mesej kedua datang dari ummi tersayang.
beberapa minit kmudian, masuk mesej dari kakak sulung saya.

"bila hang nak balik?
ummi dok sebut nama hang ja..
bukan hang kata nak balik kelmarin ka??..
balikla.. sian kat ummi ni..

Ya Allah...

segera saya menghantar mesej pada ummi..
menyatakan penghargaan kerana telah melahirkan dan membesarkan saya sehingga ke hari ini..

tiada balasan mesej dari ummi..

dengan keadaan sekeliling yang sangat bising dan riuh, saya rasa, itu bukanlah masa yang sesuai untuk saya call ummi...

seusai asar dalam perjalanan pulang, saya menelefon ummi...

"baguslah balik. tapi, bukan esok ada kelas ka??.. ummi bertanya. dan saya menyambut dengan senyap seketika.

"ummi masak mee kari ni. sempena hari jadi 'Abidah. tapi, kalau x boleh balik, ummi soh jela budak-budak ni habiskan. budak-budak kat umah ni pun ramai...."

oh, tidak... saya mesti pulang ke rumah meski sahabat sekampus sedang berpusu-pusu pulang ke kampus hari itu..



Mengapa saya mengambil tindakan untuk pulang...???

kerana saya tidak pasti lagi untuk hari esok, adakah saya kan punya peluang untuk kembali ke rumah menatap wajah ummi, abah dan adik beradik yang tersayang.

perjuangan tetap perlu diteruskan,
tapi Redha ummi dan abah bukan diketepikan....

SaNah Helwah juga buat zianah dan Asnida dari semester Irsyad..
mga kalian trus thabat membela yang hak dan meruntuhkan yang batil...!!!

teruskan mencari diri...