salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Friday, November 19, 2010

Saya tak suka politik!

Seusai kelas usul fiqh pada hari itu, saya bergegas mengejar pensyarah yang baru saja melangkah keluar dari kelas saya.

"Maaf ustaz, saya nak tanya tentang apa yang ustaz selalu cakap dalam kelas tu,"
Pensyarah tersebut mengangkat keningnya.

"Politik,"saya menjawab pendek.

"kenapa dengan politik,"ustaz bertanya saya kembali.

"Jika saya mengatakan saya menolak politik..,"

"Enti jumud,"selamba ustaz tersebut menjawab. Rasa macam tersenget sedikit leher saya.

hu~

"Enti paham ka politik tu apa mende sbnrnya...???"

"Faham sket2 ja ustz,"

"dah tu, memang la enti nak tolak. Enti tak faham...,"adus, kena lagi..

"Politik tu berkaitan dengan pemerintahan kan ustz?"

"Ya, dalam solat jemaah pun ada politik,"saya angkat kening satu.

"maksudnya ustaz?"

"kan dalam solat jemaah ada imam dan makmum, macam tu jugaklah konsep dalam pemerintahan.Contoh kalau imam terbatal dan melangkah keluar saf, bilal naik gantikan imam," saya menggaru kepala yang tidak gatal. Rasa jahil menyerbu jiwa kocak.

"Hatta dalam perkahwinan pun ada politik. Enti percaya?"ustaz terus bertanya.

"Percaya. Suami sebagai ketua keluarga, isteri sebagai pembantu, dan anak-anak sebagai rakyat,"tetap cuba menjawab walau kurang yakin.

"Lebih kurangla..takpalah, sekurang-kurangnya enti dah nampak. Bukan sembrono ja tak suka, tak minat, nak tolak, nak tendang,"

Ades..rasa senget lagi sebelah.Hu~... padan muka diri. Mujur bertanya, kalau tak....

"Balik nanti, enti rajin-rajin baca kitab dan rujuk orang yang lebih alim. Kembangkan ilmu tentang siasah ni. Budak syariah kena faham siasah dan segala macam cabang syariah ni...ok, ana pergi dulu,"

"Syukran ustaz"

"Afwan"..... saya dan sahabat yang menemani terus melangkah pergi.

"Segaaaaan.. tapi takpa, kita dapat ilmu baru,"sahabat saya menepuk bahu saya perlahan sambil tersengih puas.


* Pengertian SIASAH SYAR’IYYAH.

Siasah Syar’iyyah merupakan perkataan Arab yang terdiri daripada dua perkataan iaitu Siasah dan Syar’iyyah yang mana perkataan kedua merupakan sifat kepada yang pertama. Dari segi bahasa, Siasah merupakan kata asal (masdar) bagi perbuatan "saasa" yang membawa maksud : mengepalai atau mengetuai sesebuah masyarakat. Manakala Syar’iyyah merupakan perkataan yang dikembalikan (dinisbahkan) kepada Syara’ yang bermakna jalan dari segi bahasa. Akan tetapi perkataan ini lebih tertumpu kepada segala apa yang disyariatkan oleh Allah Ta’ala melalui Rasul-rasulnya seperti aqidah, akhlak dan hukum-hakam dalam kehidupan.

Seperti yang dikatakan di permulaan tadi , istilah Siyasah Syar’iyyah merupakan antara istilah yang baru di kalangan ‘ulama. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai takrif tentang perkataan ini namun semuanya itu menuju kearah maksud yang sama iaitu suatu perbincangan ilmu atau sistem yang menekankan soal pentadbiran serta pengurusan sesebuah negara berlandaskan atau mengikut segala apa yang telah disyariatkan oleh Allah Ta'ala dan rasulNya.

Antara kata-kata ulama’ dalam menjelaskan maksud Siyasah Syar’iyyah sepertimana yang ditulis oleh Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang berjudul "At-Turuk Al-Hukmiyyah fi As-Siasah Asy-Syar’iyyah" termasuklah kata-kata Imam Asy-Syafie’ yang menyebut bahawa : "Tiada politik (siasah) melainkan yang berlandaskan Syara’". Selain itu,berkata juga Ibn-Uqoil (salah seorang ulama’ dalam mazhab Hanbali) : "Politik dalam Islam tertumpu kepada semua perbuatan yang mana ianya menyebabkan manusia lebih dekat kepada kebaikan atau maslahah dan menjauhkan mereka daripada kebinasaan, walaupun ianya tidak diletakkan oleh Nabi atau tidak diturunkan padanya wahyu (tidak termaktub di dalam nas)".

Melalui cebisan kata-kata ulama’ tadi, dapat disimpulkan bahawa kewujudan Sistem Politik Islam bermatlamatkan kepada menegakkan keadilan di muka bumi dengan asas "kemaslahatan" atau "menjauhkan keburukan dan mendatangkan kebaikan". Perbincangan ini jugalah yang disebut oleh Imam Ibn-Qayyim Al-Jauziyyah tentang pembahagian secara umum dalam Siasah iaitu dengan mengatakan bahawa Siasah (politik) terbahagi kepada dua; pertama: Siasah yang berasaskan keadilan yang merupakan sebahagian daripada Syariat Islam dan yang kedua merupakan Siasah yang berasaskan kezaliman yang perlu dijauhkan serta diharamkan oleh syara’ keatasnya.

Demikian tadi beberapa isi penting dalam pengertian Siasah Syar’iyyah. Walaupun ianya merupakan suatu istilah yang baru, namun kewujudan isi kandungannya telah lama bertapak di muka bumi semenjak lahirnya Islam. Hal ini dapat dilihat melalui pengutusan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang terakhir di kalangan utusan-utusan Allah yang mana diperintahkan sebagai nabi, ketua negara dan pemimpin umat dengan tertegaknya negara Islam yang pertama di Madinah. Kemunculan negara Islam pertama ini menunjukkan secara logiknya perlu kepada satu sistem yang unik berlandaskan Syariat dalam pentadbiran negara Islam. Maka dengan bukti sejarah tamadun Islam ini menunjukkan Islam tidak pernah melupakan sebarang aspek kehidupan bahkan ianya menyeluruh (syumul) dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain (mutakamil).

Siasah atau dalam bahasa melayunya, politik adalah salah satu daripada cabang syariah. Maka, jika saya menolak salah satu daripada cabang syariah, maka saya......???

Menolak kewujudan pimpinan, pentadbiran dan sebagainya... dan lain-lain lagiyang lebih kritikal.

Banyak lagi kena belajar ni. Bukan yang ambil aliran syariah ja, semua orang Islam perlu tahu.

Kalau tak tahu, tu yang rasa nak menolak ...rasa tak setuju ja...

Wallahu a'lam...

Nak pilih pimpinan baru? hati-hati, jangan tersilap memilih..



Menjadi Pemimpin yang Diredhai
Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.

Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?

Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.

Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:

  1. Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
  2. Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
  3. Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
  4. The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddaththir.

  1. Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
  2. Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
  3. Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
  4. Tinggalkan dosa.
  5. Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

Pemimpin Mengikut Islam

1. Niat Yang Ikhlas
Apabila menerima suatu tanggung jawab, hendaklah didahului dengan niat sesuai dengan apa yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dengan mengharapkan keredhaan-Nya sahaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan.

2. Lelaki
Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda, “Tidak akan beruntung kaum yang dipimpin oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).

3. Tidak Meminta Jabatan

Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, ”Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Berpegang Dan Konsisten Pada Hukum Allah
Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin. Allah berfirman, ”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49). Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka seharusnya dilucutkan daripada jabatannya.

5. Memutuskan Perkara Dengan Adil

Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerumuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).

6. Senantisa Ada Ketika Diperlukan
Hendaklah selalu membuka pintu untuk setiap pengaduan dan permasalahan rakyat. Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin atau pemerintah yang menutup pintunya terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).

7. Menasihati Rakyat
Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mereka (rakyatnya).”

8. Tidak Menerima Hadiah
Seorang rakyat yang memberikan hadiah kepada seorg pemimpin pasti mempunyai maksud tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati. Oleh karena itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,” Pemberian hadiah kepada pemimpin adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).

9. Mencari Pemimpin Yang Baik
Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau menjadikan seorg khalifah kecuali ada bersama mereka itu golongan pembantu, iaitu pembantu yang menyuruh kepada kebaikan dan mendorongnya kesana, dan pembantu yang menyuruh kepada kemungkaran dan mendorongnya ke sana. Maka orang yang terjaga adalah orang yang dijaga oleh Allah,” (Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).

10. Lemah Lembut
Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yang mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kepada mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya.

11. Tidak Meragukan

Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan merusak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).

12. Terbuka Untuk Menerima Idea & Kritikan
Salah satu prinsip Islam adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara ini adalah platform bagi rakyat untuk memberi idea atau kritikan kepada kerajaan & pemimpin agar sama mengembling tenaga & ijtihad ke arah pembentukan negara yang maju. Saidina Abu Bakar berucap ketika dilantik mnjdi khalifah, beliau menegaskan “..saya berlaku baik, tolonglah saya, dan pabila saya berlaku buruk, betulkan saya..”, manakala Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorg wanita ketika memberi arahan di masjid, dan beliau menerima teguran tersebut.

Sebagai penamat posting ini, saya membocorkan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik oleh Tun Dr. Mahathir:

  • Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
  • Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
  • Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
  • Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
  • Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
  • Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
  • Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

Wassalam..


sumber,

http://blog.mixterr.com/ciri-ciri-seorang-pemimpin/

Tuesday, November 16, 2010

Layakkah kita bergelar huffaz?

Meninjau kembali saat sebelum saya mengisi borang kemasukan ke Darul Quran JAKIM.
Nekad saya ingin menyambung pengajian dalam bidang diploma tahfiz walsyariah.
Meskipun ada sahabat yang mempertikaikannya kerana diploma mengambil masa tiga tahun yakni lebih lama berbanding di matrikulasi yang paling lama pun dua tahun.

Membazir umur kata mereka.

Mengapa saya nekad?

Kerana sewaktu itu, saya bercita-cita untuk menjadi seorang penghafaz Alquran yang masyi serta mampu memahami setiap ayat Alquran yang dihafaz dan mampu untuk menjadikan ayat Alquran sebagai hujjah.
Dan itulah yang saya doakan pada setiap kali seusai solat.

Tetapi kini baru saya sedari, ada satu perkara yang saya terlupa untuk diniatkan.

Lalu, saban hari saya menghafaz ayat demi ayat. Dan setiap ayat itu saya pasti merujuk maknanya dahulu sebelum menghafaz.

Hari demi hari terus berlalu. Bulan demi bulan dan tahun demi tahun bertukar ganti.

Rupanya,menghafaz Alquran bukan semudah yang dikatakan. Mahu memahami makna ayat sebijik-sebijik?
Pun tidak semudah dijangkakan.
Apatah lagi memahami tafsiran setiap ayat Alquran yang dihafaz dan ingat dengan sebaiknya.


Mengapa sukar?

Kerana saya terlupa sesuatu di permulaan dahulu....

Pengaplikasian ayat.
Saya terlupa menanam azam untuk menjadi huffaZ yang mengamalkan Alquran dalam kehidupannya.


Kerana itu saya merasa sukar......

Alquran bukan untuk dihafaz semata-mata. Dan bukan jua dihafaz untuk kepentingan diri sendiri. Apatah lagi dihafaz untuk mendapat kebaikan di dunia semata-mata.

Tapi Alquran adalah kalamullah yang mulia yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril alaihi salam.

Lalu,adakah dengan sewenang-wenangnya Allah mengurniakan Alquran itu kepada sesiapa?

Sengaja saya mencetuskan persoalan ini agar kita bersama merenungi diri, adakah kita sebenarnya termasuk dalam golongan insan yang layak untuk memelihara Alquran....??

Kita menghafaz Alquran tetapi masih melakukan perkara-perkara yang lagha lagi melalaikan..,
Kita hafaz ayat-ayat Alquran tapi masih meremeh-remehkan solat fardu,
Kita hafaz ayat-ayat Alquran tapi masih melakukan dosa,
Kita hafaz kalamullah tapi sering mempertikaikan hukum-hukumNya,
Kita hafaz kalamullah tapi masih ragu tentangnya,
Kita hafaz ayat-ayat Alquran tapi malas untuk menghayatinya,
Kita hafaz kalamullah tapi masih ragu untuk mengamalkannya...

Maka cepat-cepatlah tanya diri, kenapa nak jadi hafiz quran...???
Kenapa kita hafaz quran sebenarnya...

Kalau tak mampu nak jadi Alquran yang bergerak, maka usah jadi penghalang kepada penyebaran isi-isi Alquran dan hukum-hukumnya,

Kalau tak mampu untuk mengamalkan Alquran sepenuhnya, jangan kita yang menjadi ftnah kepadanya,

Tapi bila dah hafaz quran, tidak boleh tidak, kena gak amalkan kandungannya.

Menulis buat peringatan khusus buat diri yang dhaif ini...

Kita baca, kita hafaz, takkan orang lain plak yang kena praktikkan??


“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir (19). Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah (20), dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir (21), kecuali orang-orang yang menegakkan shalat (22), yang mereka itu tetap menegakkan shalatnya (23) , dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu (24), bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak rnau meminta) (25), dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan (26), dan orang-orang yang takut terhadap azab Rabb-nya (27). Karena sesungguhnya azab Rabb mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya) (28) ."
(Surat Al-Ma’arij Ayat : 19-35)

wallahu a'lam...

Moga2 Allah memasukkan kita dalam golongan orang2 yang bertakwa dan ikhlas...ameen

salam 'eidul adha 1431h..

Saturday, November 13, 2010

Indahnya hidup bersyariat!

Melakukan perkara yang baik, adakalanya menjemukan..
jemu atau kata lainnya bosan dan malas
Nak tahu kita ikhlas atau tidak, nilai semula hati kita
Mengapa mesti jemu?

Sebab bila dakwah takda mad'u yang melekat?
Atau kebenaran yang dinyatakan sering disekat?
Atau kerana tidak mampu lagi dihimpit kesusahan yang melarat-larat?

Sebenarnya,
Hidayah itu bukan kita yang menentukan

Hakikatnya kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit untuk dinyatakan

Kesusahan itu seringnya membuat kita rasa terpaksa untuk berasa sakit

Lalu kerana itu kita merasa jemu??


Firman Allah s.w.t,

"Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Segala Ibadat kepadanya;
(Az-zumar:ayat 11)

Maka benarkah kita sebenarnya ikhlas dalam melakukan amal kebaikan?

Seusai menggunakan pagi hari dengan membasuh baju dan sebagainya, tiba-tiba saya merasa malas untuk ke walimah perkahwinan seorang sahabat graduan KUIS.

Hampir sejam saya memujuk diri untuk pergi...walhal seminggu sebelumnya, beria-ia benar saya mahu pergi.

Akhirnya saya melangkah jua untuk pergi. Dua jam kemudian, saya tiba di stesyen lrt Jelatek. Jalan Enggang 7.

Saya kurang gemar sebenarnya menghadiri jemputan walimah..trok betul...
Bukan...Sebab sakit kepala saya mudah datang di tempat yang sesak.

Tapi..di kenduri yang saya hadiri ii, saya berasa tenang.
Tiada bunyi yang menyakitkan telinga.
Tiada pertembungan atau perselisihan di antara muslimin dan muslimat.
Kami dipisahkan oleh khemah yang berbeza dan khemah bahagian muslimat, dipasangkan tirai di skelilingnya...

Kami menjamu selera bersama dengan pengantin perempuan.
Alhamdulillah..saya dan sahabat-sahabat yang hadir, berasa sangat selesa dan selamat.
migr
Walaupun pulang dengan keadaan migrain yang menyakitkan disebabkan termakan daging kambing dan keadaan komuter yang tersangat sesak dan terpaksa duduk di sebelah seorang mak nyah, saya masih mampu tersenyum sepanjang perjalanan pulang.

Ya, indahnya hidup bersyariat
Alhamdulillah....

Buat kak hayati dan suami, SELAMAT PENGANTIN BARU...
BARKALLAHHU LAKUMA WA BARAKA 'ALAIKUMA, WA JAMA'A AINAKUMA FI KHAIR..
Ameen...

Saturday, November 6, 2010

Lipatan sejarah..

“Wei kau, tolong jaga sini jap. Aku nak jaga belah sana. Umar nak kasi surat cinta kat diba,”bahu saya ditepuk tiba-tiba dan dijerkah sebegitu kuat.
Ah,aini…
Bengang pun ada. No manner.

Tapi sebab dia pun pengawas macam saya, maka saya pun stay up je la kat dalam kelas untuk memastikan umar tidak dapat memberikan surat cinta pada diba.

“Fuuh…x pasal-pasal jer….,”saya terus mendengus geram. Tak ikhlas untuk membantu kerana dijerkah kasar sebegitu.

“Abid, jom gi kantin.Tadi muallimah Azizah kasi laksa free,dia soh amik kantin,”diyana menerpa ke arah saya tiba-tiba….

Semua orang nak buat saspen haritu.

“Muallimah kasi laksa tu kat sapa?”pura-pura tidak tahu.

“bagi awakla.. pagi tadi kan awak tolong muallimah angkat tong kuah laksa yang gedabak tu,”

“awak pun dapat sekali ke?”sengaja bertanya.

“Lah…awak la yang dapat.. kita cuma nak temankan awak ja. Rugi tau kalau awak tak amik,”diyana buat muka lima sen plak.

“Cakap jela nak, kias-kias plak, kang aku buat-buat tak faham kang,”hati saya makin membengkak. Bukannya marah ngan diyana pun,Cuma terkesan ngan pengawas yang terlampau kasar tu. Taula dah berabad jadi pengawas, tapi tak yah r kerek macam tu….

Syaitan yang menghembuskan api kemarahan, tersengih bangga. Seorang cucu adam tertewas dalam kemarahan..

Saya dan diyana berjalan ke kantin.

Sampai je dekat ngan meja kat kantin tu, terdengar orang melaung nama saya.

“Abid, ko buat pa tu, aku soh jaga kelas tadi,”
Aini lagi. Pergh….

“Weh abid,cepat r, meor da tunggu kat tangga. Dia da kepong Umar…ko gi jaga tangga belah sana,”aini melaung sambil berlari ke arah bangunan pentadbiran.

Saya menoleh pada diyana.

“Awak amikla laksa tu. Kita takda mood nak makan laksa. Rasa cam nak makan orang plak,” Diyana mengerut-ngerutkan keningnya.Musykil barangkali. Dia bukan musykil dengan kata-kata saya, tapi musykil dengan perangai pengawas-pengawas kat sekolah.

Boleh kira kot pengawas yang mempunyai akhlak yang baik dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Saya pengawas baru, jadi saya belum boleh dikategorikan dalam mana-mana golongan. Saya suka memilih menjadi badan berkecuali walaupun ada yang cakap saya ni bajet baik. Tu yang tetiba leh jadi pengawas (macam la saya nak sangat, sebab tu saya masih tidak menyarung pakaian pengawas)

Ikutlah…..

Sampai di tangga, Meor tengah bincang ape tah ngan aini. Umar yang ada kat situ buat muka tak bersalah. Walhal umar tu pengawas. Tetiba dia melompat keluar dari kawasan tangga dan berlari menuju ke bilik air. Meor yang terkejut dengan tindakan itu terus berlari mengejar. Umar berlari masuk ke dalam tandas lelaki.

Saya amik jalan untuk bertemu diba. Saya cuba mencari kelibat diba.

“Wei abid, ko pi la tolong meor kejar umar dalam tandas tu,”mendengar kata-kata aini, saya terus menghentikan langkah dan berpaling ke arahnya.

Saya cukup marah ketika itu. Saya cuba merenung matanya tajam.

“Apa masalah awak ni sebenarnya? Awak cuba untuk aibkan kita lagi? Sengaja awak jerit nama kita kuat-kuat supaya satu sekolah tau yang awak tu lagi besar dari kita,kan?”

“Eh, awak ingat kita takut sangat ngan awak? Harap jela awak tu berabad jadi pengawas. Pergi kursus sana, kursus sini, buang karan ja. Macam mana tah awak boleh jadi pengawas…”

“Eh, awak ingat kita tak tau skandal awak ngan meor? Awak sibuk soh kita kejar umar ngan diba macam apa tah, tapi awak sendiri buat dosa yang sama. Apa kes?”

Bertubi-tubi saya luahkan kegeraman terhadap aini. Dia terpana seketika.

“Rupanya ko marah lagi kat aku walaupun cite gaduh kita tu berlaku darjah 1? Pendendam rupanya ko ni,”aini cuba membalas.

“Pendendam ke tak itu bukan masalah awak. Awak selesaikan masalah awak dulu sebelum awak sibuk suruh orang lain jadi baik macam malaikat. Nasib baik darjah 6 ni ja kita dok satu kelas, tu pun kita dah tak cukup tahan dah dengan perangai awak yang boleh dikategorikan sebagai kurang belajar..!”saya terus melangkah ke tandas meninggalkan aini yang terduduk malu menangis di tempat kejadian.

“tak payah menagih simpati kat depan orang ramai,”getus saya dalam hati. mana taknya, waktu saya mengamuk dengan aini tu, dah ada orang kerumun buat bulatan di sekeliling kami.

“Ah pedulik..”

Dalam tandas, saya masuk ke bilik persalinan dan…

Menangis…………………

Saya dah malukan aini depan orang. Kesian kat dia. Kenapa saya marah sampai macam tu sekali…

Sebab hampir 6 tahun saya memendam rasa. Jika kesilapan itu tidak diulang, tidak mengapa. Tapi sepanjang 6 tahun itu, saya berada dalam tempoh penindasan. Saya tak dapat jadi wakil sekolah dalam apa-apa acara, gara-gara aini dan macam-macam lagi……….
Kerana itu saya cukup marah pada waktu itu.

Sejak daripada kejadian itu, aini mula menjadi memencilkan diri.

Baguslah, tak da dia nak buat masalah lagi dengan saya……….

Kisah yang mungkin tak dapat saya lupakan setiap kali menatap gambar sewaktu sekolah rendah dahulu…Masa banyak merubah diri dan keadaan…

Aini apa citer ya? (Watak yang ada bukan watak sebenar ye..hu~)

Banyak pengajaran yang saya boleh dapat bila ingat kisah tu.Yang baik amikla baut pengajaran, yang tak baik jangan ikut plak. ^_^
wallahu a’alam.

Thursday, November 4, 2010

PAS ucap terima kasih pada petugas Pakatan

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada para petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang membantu di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menerima kekalahan calon PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi.

“Kita akui ada kelemahan dan kita sedia baiki kelemahan dan kesilapan,” ujarnya di laman twitter.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada BN yang memenangi kedua-dua PRK itu.

“Bolehlah buat pilihan raya awal untuk dapat mandat baru,” ujarnya.

Mahfuz seterusnya menggesa para petugas Pakatan Rakyat supaya meneruskan perjuangan.

"Jadikan kekalahan Batu Sapi dan Galas seperti di Ijok dan bangkit semula pada pilihan raya 2008 dengan syarat perbaiki kelemahan dan perbetul kesilapan kita," ujarnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PKR di dalam kedua-dua PRK tersebut.

“Tahniah rakyat,” ujarnya.

Beliau turut menukilkan serangkap pantun berhubung keputusan kedua-dua PRK itu.

Udang galah dibuat kari,

Dicicah ketupat daun palas,

BN tak kalah di Batu Sapi,

PAS tak menang di Galas.

Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan, kekalahan di dalam PRK jangan dibaca sebagai kalah berjuang.

“Selama kita bersama kebenaran, ia adalah kemenangan. Sabar harungi medan dengan kekalkan prinsip dan akhlak,” ujarnya.

Pada PRK Galas, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi sementara calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi di mana 132 undi rosak.

Jumlah pengundi yang membuang undi adalah 9,555 atau 83 peratus.

Keputusan itu diumumkan pegawai pengurus PRK itu, Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.

Bagi PKR Parlimen Batu Sapi, BN mengekalkan kerusi itu apabila calonnya dari PBS, Datin Linda Tsen yang mendapat 9,773 undi menang dengan majoriti 6,359 undi.

Calon PKR, Ansari Abdullah memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengutip 2,013 undi.

Hanya 15,774 pengundi atau 61.47 peratus keluar mengundi di Batu Sapi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.


harakahdaily.net

HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID~!

Monday, November 1, 2010