salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, September 22, 2009

beruntunglah bagi mereka yang asing...!!!

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT:

“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]

Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,

“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Tooba lil Ghurabaa’!

Firman Allah SWT:

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]

Allah SWT juga menyebut:

”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)”
[Yusuf 12: 103]

Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”
[al-Maa’idah 5: 49]

Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran:

“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur”
[Yusuf 12: 38]

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.

Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
www.iluvislam.com

Tuhan, pimpin dia pulang...

entah kali ke berapa..
dia trus mengkritik diri..

"apa nak jadi ngan hang ni?
awat hang jadi lagu ni..." sebak tiba-tiba..

"Tuhan, benarkah ini diriku..."
"Ya Allah.. longlainya diri ini..."
dia menangis lagi.

ah, dia benci dengan tangisan itu.
HIPOKRIT!!! kau HIPOKRIT!!!

Dia trus hiba. Menangis dalam rentak lagu yang tidak pasti. kasar.
terasa benci sungguh pada dirinya. tapi, salah siapa...???

sudah berminggu-minggu dia menghidap penyakit itu. Ah, dia tidak tahan..!!!
stiap kali dalam solatnya, saat dia membaca Alfatihah, dan sampai pada ayat "Ihdinassirotol mustaqim..." pasti dia perlu mengulanginya. berkali-kali.
ayat itu gagal dihayati dan diselaminya. mahu saja dia berteriak menangis dalam solatnya itu. Tapi...hanya Allah yang Maha Tahu..

terasa bagai terlalu keras hatinya.

Duhai Insan, Ramadhan baru saja berlalu. Inikah impak terbesar yang kau berjaya perolehi darinya??... hatinya bagai memperli.

Ah.. dia tersedu keras. "Tuhan, nikmat itu tidak bisa ku nikmati..." air matanya menderu laju mengalir lalu di bibir keringnya.

"ya Allah...."
"ya Fattah...bukakanlah pintu hati ini.."
"ya Wadud.. kasihanilah diri ini.."
"ya Jabbar..ya Qahhar..temaniku unuk pulang ke jalanMu..."

perlahan suaranya merayu. Dia sudah terlalu lelah dalam episod kehidupan yang penuh tipu daya yang menyesatkan... Dia mahu tenang. Tenang bersamanya. Dia mahu manis, dalam meneguk cintaNya...
tapi..
Jalan derita ini yang terbentang untuknya. sedang dia berasa tidak cukup kuat..!!!

dan itulah yang diulanginya setiap kali dia ingat.

"pagi ku ingat..petang ku alpa...begitula silih berganti...
oh tuhanku, kau pimpinlah diri ini, yang mendamba cintaMu,
aku lemah, aku jahil... tanpa pimpinan dariMu.."

buat diri yang masih terleka, ingat lima perkara sebelum datang lima perkara..
paling penting dan sering dilaghokan,
sihat sebelum sakit!
lapang sebelum sempit!

Ya Allah Ya tuhanku.. andainya derita yang dilalui itu adalah salah satu wasilah untuk mndekatiMu,..maka bantulah aku Ya Allah. bantu aku untuk terus kuat hadapi segala kemungkinan.. masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang bersabar..
ameen..






teruskan mencari diri...

Saturday, September 19, 2009

Tahun ini...

jam sudah menunjukkan angka 3.30 petang..
tren lewat 1 jam dari waktu yang dijanjikan. entah bila kualiti perkhidmatan ktm ini akan diperbaiki...aku mengomel sendirian
syukurlah...sekurang-kurangnya ada juga pengangkutan untuk ku pulang ke rumah.

jam 4.10 aku tiba di rumah. angah yang mengambilku. sebelum ini, jika berkesempatan, uda yang sering mengambil ku dari ktm shah alam itu. sengaja petang itu aku memilih untuk tidak berjalan kaki sampai ke rumah. mungkin keadaan kesihatan yang kurang memberansangkan membuat aku tidak bersemangat.

seusai asar, juadah untuk berbuka dimasak bersama sementara menanti adik-beradik lain pulang dari asrama dan kampus.

" Alqamah tak sampai lagi?"umi bertanya tiba-tiba.

" erm... tak nampak batang hidung pun. bukan dia balik ngan budak-budak ni ke? siap 2 trip lg tu. budak-budak yang baliknya dua ketul je," aku tergelak kecil mendengar jawapan dari adikku yang berada di tahun lima itu.

yup, alqamah masih belum pulang.mungkin dia solat dan beriktikaf di masjid negeri. Afifah pun masih belum tiba. katanya ingin pulang hari ini. tapi baru sebentar tadi k.long memberitahu yang afifah ada group discussion petang itu.

erm,...siapa lagi yang belum pulang ya.

"siapa lagi yang belum sampai?" suara umi menerjah pedengaranku.
semua saling berpandangan.

Tahun ini adik beradikku tidak cukup seorang. Uda,abangku yang satu itu baru berlepas ke mesir pada 2 september yang lepas. beraya di sanala gamaknya.
memang terasa berlainan dengan ketiadaannya meskipun dia tidaklah serapat mana denganku.

tahun ini,...

"anjang tolong pi beli santan,"

"angah tolong carikan lapik meja kat kedai depan tu,"

"ambil bubur lambuk belakang masjid,"

semuanya diuruskan oleh kakak2 dan adik2 perempuan ku. adik lelakiku alqamah lebih gemar menghabiskan masanya di masjid atau di kebun roselle nya.

agak kekok. biasanya uda yang akan menguruskan barang2 yang perlu dibeli atau kerja-kerja di luar rumah.

tahun ni juga,... tak dapat rasa duit raya dari uda. biasanya dia akan menghulurkan sekurang2nya rm10 pada adik-beradikknya. hasil gaji imam tarawih.

tapi...tahun ni, dia tidak ada di sisi untuk meraikan 'eidul fitri ini bersama-sama..

tak mengapa..dia ke sana meneruskan perjuangan yang tak pernah sudah sebagai seorang insan.

jika uda terbaca catatan ini, Selamat Menyambut hari Raya Aidilfitri ku ucapkan. Maaf zahir dan batin. moga Allah memelihara uda di sana.


SALAM 'EID MUBARAK...

teruskan mencari diri...

Wednesday, September 16, 2009

yang terakhir untuk kali ini..

Assalamualaikum. Ya, masih ada lagi ramadhan yang berbaki. Maka yang tinggal sdikit itulah yang mesti kita gunakan dengan sbaiknya. Tetapi biasanya di saat2 begini, ramai yang lebih sibuk mencari kprluan ntk b'hari raya. Kueh raya,baju raya dn sbginya. Tdak kurang juga ada yang m'hayati lagu2 raya smbil mnangis.

Walauapapn tndakn kita, Ramadhan ttap akan pergi. Meninggalkn kita smua. Tetapi, adakah dgn pmrgian Ramadhan kali ini akan mninggalkn natijah yang baik atau tdak pada diri kita.

Madrasah Ramadhan. Smoga tarbiyah yg dperolehi dlm ramadhan kali ini m'beri kesan pd dri ini sampai ke hujung nyawa.


teruskan mencari diri...

Saturday, September 5, 2009

syukur Tuhan!!!

Dia menyandar pada dinding batu penuh kelelahan. Dia rimas. Serabut. Keadaan seperti itu sering menimbulkan sangkaan yang buruk pada Tuhan. Lebih teruk pabila dia merasakan tidak lagi punya tempat meluah apa yang terbuku.

Ah, dia rimas.. dia ingin jadi dirinya yang dulu. Saat itu sukar sekali kekurangannya dilihat oleh mata kasar manusia biasa. Lalu membuat dia diterima oleh insan di sekelilingnya. Tapi itu dulu.

Dia sekarang bukan lagi seperti dulu. Ada yang menerima kekurangannya dirinya, tidak kurang juga yang rajin memberi kritikan-kritikan yang sering membuat dia ingin jatuh.

Ah, dia benci. Mengapa dia dikenali? Dia hanya mahu jadi orang hebat di sebalik kain langsir. Dia tidak mahu dikenali. Cukup dia saja yang mengenali dirinya. Tapi sebaliknya yang berlaku.

Sejak itu, dia memencilkan diri. Menjauh. Dia tidak mahu lagi wujud di hadapan khalayak dan dikenali. Dia benci. Dia bukan insan yang baik dan maksum seperti nabi. Dan di kamarnyalah dia lebih banyak sendiri. Di situlah, tidurnya, ibadahnya dan segala apa yang bisa dilakukan di dalam kamar yang tidak sebesar mana itu.

Dia jatuh sakit tiba-tiba. Masanya banyak terhabis di atas tilam nan sederhana empuknya. Sering air matanya tumpah. “temanku di mana… aku ingin berbicara dengan mereka..” dia menangis lagi.

Mujur dia hidup di dalam suasana yang masih punya insan-insan yang peka terhadap keadaan sekeliling.

“dia di mana? Sudah jarang ku lihat dirinya…”

“dia sakitkah?”

“mengapa tidak lagi ku dengar suaranya berbicara…”

Dia menangis pabila melihat kamarnya yang sering sepi itu, dipenuhi teman-teman yang ditinggalkannya. Dia benar-benar tidak berdaya. Air sembahyangnya pun turut dibantu oleh teman-teman. Dia menangis lagi.

Mereka tidak kekok menyuapkannya makanan. Membersihkan tubuhnya dan berbagai lagi yang tidak mampu diungkapkan.

“tuhan, masih ada lagi insan seperti mereka… tapi mengapa bukan aku yang berada di kalangan mereka…???

“bangun ya. Ateh kena kuat lawan keasakitan. Tuhan mahu melihat sejauh mana kekuatan ateh mengharungi sakit ini,…

Air matanya tumpah lagi…

Tuhan….!!! Aku mahu berubah… betapa besarnya kesilapan langkah yang ku atur ini..

Sejak itu, dia semakin jarang temui…. Di kamarnya…

Tidurnya sudah tidak tentu lagi. Begitu juga makan minumnya. Tapi, dia tidak lagi sakit seperti yang lepas itu.

Dia bahagia dalam kesibukan dan perjuangan.

Satu perkara yang benar-benar merubah dirinya,

Utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia yang tidak pernah memberi kesan apa-apa pada kita sebenarnya…

Dia sujud keharuan. Syukur Tuhan, kau bawa ku pulang….

-aura_insani- 040909
teruskan mencari diri...