salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, May 23, 2010

kalau benar mahu berguru..




"Buat sahabat yang diingati selalu..."
" Selamat Hari Guru,.. doakan semoga apa yang pernah enti kongsikan dengan ana, mampu untuk ana realisasikan.."

Mesej dari seorang teman...
Tersalah send barangkali... saya membuat andaian sendiri..
kemudian tiba mesej yang kedua dari teman yang sama.

"Salam sahabat... Bila cuti? sibuk ja manjang.."

" ^_^... cuti?... hu2... hari Ahad je la stakat ni.. tapi dok kampus jela.."

"hang selalu gitu.. aritu cek kol, dapat cakap sekejap je ngan hang..''sahabat itu meluahkan perasaan.

"la..dah hang kol time cek kelas.. meme la bole oyak kojap jah..."saya membalas kembali.

''oh, ok lah. Nanti kalau hang dah tak busy, oyak kat kami deh.. sebelum tu, selamat hari guru sekali lagi. kami rindu tol kt hang.. ada masa mesej kami deh... jangan lupa.. lagi2 kalau dah jadi guru besau tu.."dia mengakhiri mesejnya.

Saya tersengih sendirian. Buntu jawapan apa yang sesuai saya reply untuk mesej akhirnya itu.

Sebetulnya, saya bukanlah orang yang selayaknya menerima ucapan selamat hari guru itu kerana saya bukanlah seorang cikgu apatah lagi seorang guru besar... oh, sahabat saya tu memang gemar mengusik saya...

Sekadar muqaddimah dalam berkongsi kisah tentang adab dengan guru...

Jam telah menunjukkan angka 2.30 petang. Tapi disebabkan terlalu ralit menghadap sebiji buku yang perlu saya hadamkan isinya, saya tidak perasan akan angka itu. Walhal saya mempunyai kelas waktu itu!

"Semua aras dua blok C, keluar sekarang!!!"... terdengar suara tempikan secara tiba-tiba..

saya tersentak dari leka...!!

Ya Allah, gempa bumi ka... Saya beristighfar berulang kali sambil mengurut dada.

Ya Allah, kelas.. tapi,.. siapa plak yang mengamuk tengah2 hari buta ni..

Saya segera bersiap ke kelas. Malas untuk saya peduli dengan suara yang sangat dikenali oleh semua pelajar perempuan itu.. saya ada misi lebih penting!

Segera saya bergegas ke kelas.

Kelas telah pun bermula sejam yang lalu.

Saya menebalkan muka masuk ke dalam kelas. Selepas memohon maaf dari pensyarah yang sedang menyampaikan kuliah, saya segera mendapatkan tempat kosong di belakang...

Erk..saya terpana tiba-tiba..namun segera saya mendapatkan tempat untuk duduk meskipun terkejut dengan suasana yang saya lihat itu.

Teringat kata-kata seorang teman, "adik yang jumpa saya tu, no manner.."

No manner??? yeah, NO MANNER..

rasanya, masuk kelas lewat tu pun da cukup no manner sangatla...
tapi rupanya banyak lagi manners yang tak patut wujud sewaktu seorang guru sedang mengajar di depan.

zzZZZZZzzz... ni macam benda wajib plak yang terjadi..
...gAmeSzzsss...
InTerneeet..
bluet00Th..
StuDy Grup Tambahan..

huh, macam2...hp pun da makin canggih2 sekarang.. koman2 pun cari yang 3G..

Erm... tak taula nak oyak gapo..
Mustahil depa ni tak tau camna nak belajar dengan seorang guru.

Saya hanya mampu geleng kepala dalam senyap.

oit, FOKUS. seorang sahabat menegur. Saya tersengih lagi...

Mungkin pasni kena bentang balik kot tentang adab2 menuntut Ilmu..

Insya' Allah... ada masa saya kongsikan di penulisan lain..

Maaf atas kekurangan.....




teruskan mencari diri...

Sunday, May 16, 2010

Alahai...

Sewaktu sedang mengemas-ngemas ruang masak di bilik serbaguna milik sementara saya,
tiba-tiba, muncul seekor makhluk kecil ciptaan Allah yang cukup meggelikan urat nadi saya apabila melihatnya. Saya berhenti dari mengemas kerana merasakan geli yang teramat sangat. Walhal makhluk tersebut telah pun mencicip lari kerana gerun melihat saya yang berganda lebih besar dari seekor cicak yang kecil.


Sem yang lepas juga saya mengalami masalah yang sama.


Masalah CICAK!!


Lalu, pada suatu hari, sewaktu saya menemani ummi dan abah ke pasar tani, saya terjumpa satu produk yang sangat menarik perhatian saya.


Racun CICAK!!


Hati saya merasa sangat berbunga.


Cumanya,…. Ada sesuatu yang berlegar di fikiran saya. Segera saya menyuarakannya kepada penjual yang menjual ubat-ubatan yang pelik-pelik itu.


“Pakcik, ubat halau cicak xda ke?”


“tak da dik. Guna la racun cicak ni. Kalau guna untuk halau pun, nanti dia datang balik. Baik bunuh terus,”pakcik itu menjawab sambil menunjukkan jarinya kea rah sebuah balang kaca besar yang dipenuhi dengan CICAK-CICAK!!!. Bertambah kegelian yang dirasai bila melihat balang tersebut.


“Tapi,pakcik….” Saya teragak-agak untuk membalas.


“kalau cicak tu mati, siapa nak buang?????............” saya menghabiskan ayat terakhir dengan rasa malu yang teramat. Malunya saya sebab takut cicak. Oh, bukan takut, geli jeee…


Maka saya pun membeli sebotol kecil racun cicak yang berwarna hijau itu.
Sudah seminggu racun cicak itu saya beli. Tapi, macam sekadar menjadi perhiasan di rak buku saya. Bila ada kawan yang melihat dan bertanya, saya cuma menjawab, “ubat cicak”….


Hinggalah pada suatu hari, saya sudah tidak tertahan lagi menghadapi cicak-cicak yang semakin berani menonjolkan diri di hadapan saya. Bukan seekor, tapi 2-3 ekor!!!


Saya pun memulakan operasi menyapu cecair racun cicak itu ke tempat yang sering menjadi highway cicak-cicak tersebut. Seusai menggunakannya, saya meletakkan kembali botol kecil tersebut di rak seperti biasa.


Sebaik sahaja memusingkan badan, kelihatan seekor cicak telah melekat di cairan tersebut, betul-betul depan mata saya!!!


Cicak tersebut berusaha melarikan diri,….namun tidak Berjaya. Akhirnya pergerakan cicak tersebut, berhenti perlahan-lahan dan mati.
Pergh…saya menjadi semakin mual dan geli, lalu saya segera mengeluarkan diri dari bilik dan menumpang kasih di bilik orang lain.


Saya bertanya pada kawan-kawan, kalau2 ada yang tidak geli pada cicak. Seorang sahabat yang bergelar adik berjanji akan membantu saya.


Namun malangnya, dia tertidur sewaktu sedang mengaji membuatkan dia tidak berdaya untuk membantu saya pada malam itu….


Mana saya nak tidur malam ni,kalau rumate ada, brani sket. Ni rumate pun dah lama x nampak batang hidung… saya berbisik dalam hati.


Perlahan-lahan, saya melangkah pulang ke bilik. Kalau bukan saya sendiri yang akan membuang bangkai cicak tersebut, siapa lagi yang akan melakukannya!


Setelah bermacam-macam usaha dan cara telah dilakukan, Alhamdulillah, bilik saya kembali tenteram…


Cuma cicak-cicak yang terselamat dari racun tersebut masih tidak jemu menziarahi saya saban waktu. Itulah perkara yang sama yang dialami oleh semua pelajar yang duduk di bilik di tingkat paling atas.


Apa ibrah yang dapat saya kutip sepanjang tempoh penyeksaan jiwa selama berhadapan dengan cicak-cicak tu…??
Jangan lari dari masalah.
Jangan buat masalah.
Jangan terlalu begantung harap pada orang lain. Belajar untuk berdikari.


Boleh settle ke kalau lari dari masalah???...


Ya, mungkin. Tapi, cicak-cicak akan bercambah dengan biaknya apabila melihat tiada halangan yang membataskan kehidupan mereka dan berkemungkinan, saya tidak akan kembali lagi ke bilik!!!
Apa-apa pun masalah, cuba fikirkan resolusinya. Bukan terus berfikir tentang masalah tanpa memikirkan bagaimana mahu menyelesaikannya.


Jadi, siapakah penyelesai kepada masalah-masalah anda…??
Tepuk dada Tanya Iman…
p/s: kalau perempuan yang geli, xpe kot...
p/s: kalau kes lelaki takut kucing, gane plak ye...

Saturday, May 8, 2010

kau kan hamba biasa



menggapai cinta setulus cinta Rabiah,

bukan semudah mencoret luka di hati nan lemah


Rabiatul Adawiyah itu bukan aku,

dan aku bukan Rabiatul Adawiyah

yang menangis saat diri terasa bagai tidak diuji....


Insan memang tercipta lemah

kekurangan yang lebih banyak mencorakkan diri

lalu, perlu dibiarkan atau cuba membatasi kekurangan itu?


sering bibir menutur,

aku hamba,

aku khalifah,....

tapi turut hanyut di saat insan lain terlena

turut tenggelam di saat insan lain lemas dalam dunia


bilangnya tarbiyah itu perlu, bukan mahu,

tapi mengapa bagai menidakkan kehadirannya

jujur ku akui, manusia itu sifatnya lupa

dan bukankah tarbiyah itu hadir untuk mendidik hati

seorang hamba,...

seorang khalifah...???


tak perlu mengait mimpi menjadi setinggi makam rabiah

andai bertatih menjadi seorang hamba biasa pun masih lemah..


saat kau merasa tersungkur,

bukan kau harus terus akur...

saat kau merasa jatuh,

bukan menghentam diri dengan cara yang bodoh...!!!


belajarlah dari kesilapan...

berulang pernah ku bilang,

insan itu tidak sempurna

lalu tidak salahkan untuk dicuba berdiri kembali?


andai sekali lagi dirimu jatuh,
terus berusaha untuk cermat, usah gopoh...


kau tahu berapa lama si Rabiah sang cinta mengabdikan diri...

tapi masih tak puas-puas lagi

usianya merangkak tua pun

masih mencari diri...


kau apa lagi..

usah mengenal erti jemu dalam memperbaiki diri...

Tuhan tidak pernah lupakan hambanya, itu perlu kau pegang erat-erat...!!!




teruskan mencari diri...

solat jumaat vs solat subuh

Yahudi tak alah selagi subuh tidak seperti solat jumaat

MELIHAT kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak nampak umatIslam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu.

Dan bersatulah Islam seluruh belaka, berdemonstrasilah hingga beratus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan dan Baitul Maqdis dapat dibebaskan.

Yahudi tahu semua ini. Justeru, apabila menyerang Lubnan yang Islamnya separuh-separuh saja, ia tidak peduluilangsung segala sanggahan dunia Islam dan PBB kerana masing-masing tidak sanggup berbuat apa-apa.

Ia sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana ia takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi ia berhenti sekejap kerana ia penat. Apabila penatnya reda, maka ia akan berbuat apa-apa saja. Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya.


~ Iman dan jihad ~

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.

Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila terdapat di seluruh dunia umat Islam turun solat Subuh seperti mereka turun solat Jumaat yang seminggu sekali itu. Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Ia dirasakan tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat.

Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjamaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat.

Apa yang orang Islam buat sekarang ialah semuanya turun ke masjid dan surau bersolat Subuh berjamaah setiap pagi. Jangan ada lagi yang solat di rumah.

Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya.

~Ibadat sunat~

Dari keberkatan solat Subuh seperti solat Jumaat itu, solat-solat fardu yang lain boleh ditingkatkan dan segala ibadat sunat akan diberikan perhatian dan diambil berat. Yang menuntut ilmu teruskan; merekacipta serba aneka teknologi, ayuh jalankan; dan mempelbagaikan senjata selain senjata iman, teruskan. Yang hendak berpolitik, teruskan berpolitik, yang suka demonstrasi boleh lipat gandakan. Maknanya, segala cabang jihad diteruskan. Tetapi pastikan jangan memadai sekadar menunaikan solat Subuh. Solat Subuh itu mesti berjamaah seperti solat Jumaat.

Semua amal ibadat yang lain, dengan sendirinya akan meningkat, berkat dari tekad turun beramai-ramai solat Subuh berjamaah, sama seperti turun menunaikan solat Jumaat.

Sekarang ini OIC dan bangsa-bangsa yang sudah penat dan bosan dengan ketakburan Amerika, Nato dan Israel, begitu marah kepada Israel dan Amerika tentang kekejaman mereka di Palestin dan Lubnan. Sama marahnya kepada Israel dalam perang enam hari dengan Mesir tahun 1967 dulu.

Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasser mengumpulkan segala kekuatan dan bersatu seluruh bangsa Arab atas nama sosialis Arab, tetapi tidak memberatkan solat Subuh berjamaah, tidak datang pertolongan Allah.

Mesir hanya bertahan enam hari, satu tempoh yang amat singkat dibandingkan dengan ketahanan Hizbullah di Lubnan yang mampu menghadapi serangan Israel lebih dari sebulan. Senjata yang dikumpulkan umat Islam Arab untuk menghadapi Israel tidak terkira banyak. Jika besi-besi itu digugurkan saja ke bumi Israel tanpa perlu meletupkannya, nescaya bumi Israel itu tertimbus menjadi bukit dihempap senjata-senjata itu.

Tetapi semua senjata itu meletup di bumi dan perairan sendiri. Hanya Scud yang dilepaskan Saddam Husein dan roket yang dilepaskan oleh Hizbullah yang dapat diletupkan di wilayah Israel. Yang dapat diletupkan di Israel itu hanya amat sedikit dibandingkan dengan jumlah senjata yang dimiliki negara Arab sepanjang 50 tahun lalu.

~Senjata canggih~

Bantuan Allah tidak datang kepada umat Islam kerana masing-masing tidak membina senjata iman. Yang dibina hanya senjata canggih.

Pengalaman saya dalam perjalanan pulang dari Madinah di pinggir Jeddah selepas mengerjakan haji. Rombongan kami singgah solat Subuh di sebuah masjid di pinggir Jeddah. Yang azan itu yang menjadi imam. Dia bilal, dia imam dan dia saja makmum. Untung bas kami singgah di situ. Kami sekalian menjadi makmum.

Bagaimana bantuan Allah hendak turun dalam keadaan demikian. Maka tidak hairanlah ulama Arab membuat fatwa tidak wajar Lubnan dibantu dalam serangan Israel itu. Sudah 50 tahun lebih umat Islam menunggu untuk menundukkan Yahudi Israel. Tidak nampak Israel dapat ditundukkan. Yang tunduk satu demi satu regim umat Islam. Dalam bentuk yang ada, tunggu 100 tahun lagi pun, tidak mungkin negara Yahudi itu boleh ditundukkan.

Saranan Ahmedineejad dengan puluhan ribu demonstrator untuk memadamkan peta Israel dari buku atlas, akan tinggal sebutan tak bermakna. Langsung ia tidak digeruni Yahudi di mana-mana saja.

Tetapi jika Presiden Ahmedineejad boleh memulakan tindakan menggesa setiap laki-laki mukallaf Iran turun setiap solat Subuh seperti solat Jumaat, dan ia diikuti oleh umat Islam yang lain, maka akan datang bantuan Allah dan bungkuslah Israel dan penyokong-penyokongnya dalam sedekad dua akan datang.

Tiada nas yang jelas tentang alahnya Israel apabila solat Subuh sudah seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh seperti solat Jumaat.

Inilah yang guru-guru kuliah Maghrib beritahu dalam setiap kuliahnya dan inilah khatib patut utarakan dalam setiap khutbahnya. Dan inilah yang Pengerusi OIC kena beritahu negara-negara anggotanya supaya menyeru setiap laki-laki Muslim yang mukallaf jangan mis menjadikan Subuh seperti solat Jumaat.

Apabila semuanya sudah turun ke masjid dan surau di waktu Subuh, maka Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Tanpa menunggu kedatangan Imam Mahadi, Yahudi Israel akan dapat dikecut-perutkan. Kalau Subuh tidak dapat dijadikan seperti Jumaat, satu demi satu bumi Islam menjadi bumi Yahudi atau menjadi orang yang diredai oleh Yahudi. /tajdid

Sumber Asal : Harakahdaily.net

Saturday, May 1, 2010

Luruskan hatiku Ya Allah..


hampir seminggu fikiran jadi tak tentu hala

atas sebab apa entah..

"apsal ya bilik ana ni... kadang2 rasa sejuk sangat sampai volume kipas dikecikkan ke nombor 3, kadang2 rasa panas sangat, sampai terpaksa bukak luas-luas tingkap bilik yang berada di zon bahaya...." satu kemusykilan dilontarkan kepada seorang sahabat yang dipanggil adik apabila merasa sejuk tiba-tiba pada jam 11 malam itu.

"bergantung pada amalan pada waktu tu kot," rilek ja adik jawab macam tu. Saya yang mendengar macam tersentak.

"tapi sekarang rasa sejuk. Maksudnya apa dik?" saya menyoal kembali.

Adik yang sedang membaca buku, segera menoleh pada saya dan tersenyum pada saya. Bertambah musykil saya bila adik tidak memberi jawapan.

Sejak dari saat itu, minda saya sering memutarkan persoalan yang sama.
Amalan apa yang membuatkan bilik saya jadi panas dan sejuk...?? Terutama sewaktu malam.

Dengan keadaan diri yang sejak akhir-akhir ni sering rasa tergugah untuk meneruskan perjuangan menjadi sufi yang haraki, membuat saya tidak betah untuk terus duduk di dalam bilik sendiri.

Bilik saya itu, umpama pejabat yang dibuka 24 jam sehari. Mungkin atas faktor masalah hati dan jiwa buat saya cuba melarikan diri dari masalah.
But that's not the right way.....

Perlahan-lahan saya melangkah pulang ke bilik sambil mencari hikmah terhadap apa yang berlaku.

cari hikmah,...cari hikmah... dan JANGAN LEMAH.. saya tekan dalam hati.

Segera saya menyentakkan diri agar segera sedar dari segala kelelahan.


"Ya Allah, betulkanlah hatiku agarku ikhlas selalu..
tetapkanlah hatiku agarku tidak ku tergugat dengan hujan yang menimpaku
Ya Allah, Tuhan yang mencipta hati, bersihkanlah hatiku,
agar mazmumahku tidak merosakkan agamaku dan kehidupan orang lain...

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati..
kuatkanlah hatiku, agar keyakinan ku tak berubah,
supaya aku sentiasa tabah..."

(mawaddah:luruskanlah hatiku)




teruskan mencari diri...