salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Friday, August 21, 2009

pada konvokesyen Darul Quran yang lalu...

Harapan ummi abah...
buat yang terbaik kt mesir nanti
Insya' Allah
konvokesyen Akhi yang lalu....





2 september beliau akan berangkat ke mesir... insya' Allah


belajar sungguh2 duhai adik-adikku,
kelak langkah abangmu pasti kau jejaki...
insya' Allah... biiznillah












teruskan mencari diri...

Ramadhan kali ini...




sudah masuk hari yang pertama Ramadhan kareem
moga Ramadhan kali ini bisa menjadi madrasah yang terbaik untuk mengislahkan diri ini
teringat pada sebuah puisi hasil tulisan imam-imam sufi
seperti menjentik batang hidung sendiri...

ambil, amal dan sampaikan....


aku hairan kepada orang yang berkata
"aku ingat tuhanku"
apakah aku lupa
lalu aku mengingati apa yang ku lupakan
aku mati apabila mengingatiMu
kemudian aku hidup
kalaulah bukan kerana baik sangkaanku
pastilah aku tidak hidup
maka aku hidup dengan harapan
dan aku mati membawa kerinduan
maka berapa kali aku hidup kerana Engkau
dan berapa kali aku mati
aku meneguk cinta
segelas demi segelas
minuman tidak habisnya
dan aku tidak puas
mudah-mudahan khayalan itu
berada di kelopak mataku
kalaulah pandangan mataku pendek
pastilah mataku buta

_ulama' Sufi_


teruskan mencari diri...

Monday, August 17, 2009

Tuhan lebih mengerti...!!!

hari-hari sakit
kalau pagi sihat, malam sakit
kalau pagi sakit, malam sihat

then bila ada mood untuk melakukan sesuatu, tak sampai beberapa jam boleh hilang
kadang-kadang tak sampai berapa minit pun..

saya melihat kalendar yang tercatat program-program yang akan dan perlu saya lakukan sepanjang bulan ini..
beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma
sudah terlaksanakah apa yang dierencanakan sepanjang bulan syaaban ini?

di dalam bulan ini sahaja, entah berapa kali tuhan mengurniakan kejatuhan pada saya...
kejatuhan yang hampir membuat saya rasa futur terhadap tanggungjawab dan tugas yang perlu saya pikul
berkali-kali menangis..
sakit jiwa
tertanya-tanya pada takdir, "memang beginikah catatan takdir untuk hidupku??"
namun, bukankah Tuhan itu maha Pengasih??...
di saat saya merasa terjatuh itulah Dia mewasilahkan pada saya sahabat-sahabat yang mengerti tentang erti perjuangan meskipun tidak ramai

Hidup ini umpama roda.. percayalah...
tak percaya gak?...kena percaya jugak..

hari itu saya merasa bersemangat untuk terus berjuang, tetapi saya perlu bersedia untuk merasa lemah
hari itu saya merasa bahagia untuk meneruskan hidup, tetapi saya perlu bersedia untuk kecewa dan hampa untuk terus hidup..
andainya saya tidak bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan, saya akan mudah berasa lemah dan jatuh!!!

tetapi... cuba renung-renung kembali..
mengapa Allah menjatuhkan dirimu saat engkau merasa ingin naik??

adakah naiknya dirimu itu beserta dengan kedekatan pada Allah?
adakah kau meyakini bahawa naikmu itu adalah satu nikmat dari Allah?

mungkin...kita sudah terlalu jauh menyimpang meskipun kita merasakan kita masih berada di atas landasan perjuangan..
mungkin..perjuangan itu kerana nama, pangkat atau segalanya..
dan mungkin keikhlasan yang kerana Allah yang pernah diniatkan dulu, telah pudar tenggelam bersama keangkuhan dan kebiadaban kita sebagai seorang hamba!!!

jangan hipokrit dalam berjuang!!!
Tuhan lebih mengetahui akan siapa dirimu..

ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di waktu malam yang kelam...







teruskan mencari diri...

wanita as a covergirl

saya tertarik dengan artikel..
saya copy dari iluvislam untuk renungan bersama khususnya para muslimat..


Perlukah Begitu?
www.iluvislam.com
Oleh: UmmuHusna
Editor: NuurZaffan


Saya suka membaca. Salah satu bahan bacaan yang menjadi pilihan saya ialah majalah-majalah yang banyak terdapat di pasaran baik bertema kewanitaan, kekeluargaan, keibubapaan, majalah kanak-kanak, hiasan dalaman hinggalah resepi-resepi masakan.

Banyak yang telah saya beli dan baca kerana tidak dinafikan kandungan di dalamnya sangat infomatif, mendidik dan menambah ilmu di dada.

Pembahagian topik-topik diselarikan dengan sesuatu isu setiap bulan keluaran. Sebagai contoh, majalah bercorak kewanitaan, kebanyakannya menumpu kepada gaya hidup, hobi, fesyen, kecantikan, rawatan, motivasi, resepi dapur dan banyak lagi. Manakala majalah bertema kekeluargaan dan keibubapaan pula turut memapar pelbagai maklumat menarik mengenai tip-tip ibu bapa cemerlang, penjagaan bayi, mendidik anak-anak, masalah kesihatan dan sebagainya.

Ditambah, corak persembahan yang menggunakan kertas berkualiti dengan hebahan tajuk-tajuk terkini di sekitar kehidupan bermasyarakat, sangat berguna dan bermanfaat untuk diaplikasikan pula dalam kehidupan saya dan keluarga.


KULIT DEPAN

" As, cuba tengok ni, " pinta suami ketika saya sedang melipat baju dan kain. Saya bangun lalu menuju ke arahnya.

" Cuba As nilai melalui kacamata seorang perempuan. Cantik tak ‘cover' buku abang ni?' suami bertanya meminta pandangan saya terhadap kulit buku baru bertajuk ‘untukmu wanita' yang sedang dalam pembikinan.

" Cantik..kena betul dengan wajah penulisnya yang berbaju coklat kemerahan," jawab saya sambil tersenyum mengusik.

Hati terpikat melihat warna kulit buku yang terpapar di skrin komputer. Merah hati yang berhias kembangan bunga mawar merah darah, dan diserikan pula dengan bait-bait puitis khusus buat wanita solehah.

Saya maklum mengapa suami sangat mengambil berat penampilan kulit luaran bukunya itu. Saya percaya bukan suami seorang sahaja. Rata-rata, kebanyakan penulis juga begitu.

Kerana itu, seseorang penulis yang menyerahkan hasil tulisannya, sangat berharap agar bukunya yang bakal terbit tidak hanya elok dan betul susunan bahasanya, teliti dalam pengeditan salah eja dan garapan isi kandungannya, tetapi turut juga dipersembahkan dengan kulit luar atau cover yang akan mampu menarik seramai mungkin bakal pembeli yang membaca buku tersebut berikutnya.


PERLUKAH BEGINI ?

Sebagaimana penulis dan pengeluar buku yang mengambil berat tentang cover buku, demikian juga halnya bagi pengusaha majalah-majalah tempatan yang wujud di Malaysia. Termasuklah majalah-majalah bertema agama.

Namun, dalam asyik membelek dan membaca input-input yang banyak di dalam majalah yang ada, hati saya tidak boleh tidak pasti tertanya-tanya tentang hal yang satu ini. Tentang keperluan sesuatu majalah terutama yang dikatakan bercorak keislaman menampilkan seorang wanita sebagai penghias kulit depan. Bak kata orang sekarang, sebagai covergirl pelaris jualan. Perlukah ?

Adakah kerana ingin memberi penampilan berbeza dan lebih bersifat alternatif terhadap lambakan majalah-majalah yang menjadikan wanita tanpa menutup aurat sebagai penghiasnya, maka ditampilkan pula wajah-wajah indah wanita menutup aurat dan berbusana Muslimah ? Dengan kata lain, pihak penerbit mahu mengatakan, beginilah majalah yang islamik sepatutnya diketengahkan.

Atau, kerana tujuan untuk berdakwah ? Terutama saya maklum ada beberapa majalah yang menjadikan selebriti dan artis yang tidak menutup aurat sebagai cover depan majalah mereka. Artis dan selebriti ini dipakaikan pakaian yang sopan menutup aurat sebagai satu ajakan halus dan lembut, agar mudah-mudahan suatu hari kelak mereka akan terbuka hati dan tampil di khalayak umum dengan penampilan seorang Muslimah sebenar.


MUDARAT DAN MANFAAT

"Isu ini ada mudarat dan manfaat sekaligus. Jadi, untuk menentukan sikap yang tepat, pertimbangan teliti lagi adil terhadap kedua-dua aspek ini mesti dilaksanakan. Penilaian pula mesti dilakukan oleh para ilmuan Islam yang berwibawa, " tegas suami bila saya mengajukan persoalan ini.

"Namun, kebimbangan hari ini adalah pihak penerbit dan pasukan jualannya sendiri yang menilai, dan bukan dari ilmuan Islam yang kefahamannya berpaksikan hukum yang telah ditetapkan. Tatkala itu sudah tentu keputusan yang berdasarkan memberi ‘manfaat lebih besar' lalu menyebelahi pihak penerbit, tetapi sebenarnya tidak menyebelahi hukum Islam, " tambah suami lagi.

Dalam hal ini saya terfikir, adakah proses ini sudah dijalankan oleh pihak penerbit majalah dan buku?


DAKWAH ITU PERLU

Saya tidak menafikan kepentingan berdakwah kepada golongan artis seperti mereka. Juga jauh sekali dari berprasangaka, bahawa penampilan mereka ini tidak lain sebagai rencah pelaris untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya. Semoga Allah memelihara hati saya dari bisikan jahat sebegitu.

Peringatan Allah mengenai larangan mencela sesuatu golongan, kemas tersemat sebagai panduan. Saya sedar dan yakin, setiap orang memiliki sisi kebaikan yang boleh dicontohi oleh orang lain. Golongan selebriti dan artis seperti mereka tidak terkecuali. Justeru, mengenengahkan kisah-kisah kebaikan seseorang artis yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca sangat dialu-alukan. Saya menyokong usaha-usaha ke arah itu. Sementelah pula, pakaian menutup aurat dan sopan bukanlah hak milik eksklusif golongan tertentu semata-mata. Ia adalah pakaian semua Muslimah yang beriman kepada Allah sebagai Tuhan yang sewajarnya disembah dan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah kepada sekelian umat.

Akan tetapi, menurut penilaian saya (walau berbeza dengan orang lain), tidak perlu artis dan selebriti ini tampil sebagai muka depan, cukup sekadar memaparkan sekeping dua gambar yang sopan dan menutup aurat di bahagian dalam majalah dengan diiringi cerita-cerita tentang kebaikan dalam diri mereka yang boleh dicontohi semua. Ubah penampilan mereka yang selama ini mengundang nafsu dan dosa kepada sesuatu yang boleh melahirkan taqwa dan iman kepadaNya.


MENGAPA SIBUK ?

Saya tidak berniat mahu menyibuk-nyibuk dan menganggu keputusan mana-mana majalah yang ada di pasaran. Bukan juga mahu mendabik dada, pandangan saya adalah yang terbaik. Bukan. Semuanya bertitiktolak atas kesedaran dan keinsafan, bahawa ramainya wanita menghuni neraka sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Baginda junjungan.

Jiwa ini sering bimbang. Jiwa ini selalu menangis, andai diri ini salah seorang yang disebut-sebut nabi sebagai bahan bakar api yang marak menyala, kerana culas menjalankan perintahNya.

Nauzubillahiminzaalik!

Dan salah satu penyebabnya ialah kerana aurat yang tidak ditutup sempurna. Penampilan diri yang mempesona. Mengundang panahan syaitan kepada lelaki-lelaki di luar sana. Penyebab keruntuhan sesebuah rumahtangga dan banyak lagi kerosakan yang lahir dari wanita di akhir usia dunia.


JIWA MEMBERONTAK

Jiwa saya menjadi semakin memberontak, apabila melihat wajah-wajah wanita bertudung litup yang menghiasai majalah, turut disaluti solekan tebal untuk tayangan umum, persis seorang artis bukan Islam.

Lebih bimbang apabila hanya wajah-wajah yang dikira menarik sahaja akan dipilih. Mengapa ?

Kita bimbang, para lelaki termasuk yang sudah bergelar suami akan rambang mata membandingkan isterinya dengan wajah-wajah yang dipaparkan. Ya, wajah-wajah terpilih dari jutaan wanita, tentunya akan menyebabkan isteri-isteri yang ‘kurang' rupa paras jadi rendah diri serendah-rendahnya.

Suami saya pernah menerima emel-emel yang meminta panduan, pandangan dan nasihat, daripada wanita yang merasa dirinya sangat hina, apabila suaminya ketagih menonton filem lucah yang menawarkan gambar-gambar wanita bertubuh ‘solid'. Si isteri yang menghantar emel itu berkata :

" Saya bimbang suami akan membandingkan tubuh saya dengan wanita di dalam filem tersebut, maka amat jauh tewasnya saya,".

Tatkala suami menceritakan hal tersebut, fikiran saya terus memikirkan wajah-wajah menarik penyeri majalah yang memaparkan wanita berpenampilan indah ini. Adakah hal yang sama akan mengganggu pemikiran para isteri ?


PERLUKAH BEGITU ?

Allah SWT memerintahkan hambaNya untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Dan matlamat saya tidak lari dari tujuan ini. Sebagai tazkirah untuk diri sendiri dan golongan wanita hari ini.

Dalam menghitung Ramadhan yang bakal menjelma, beberapa hari sahaja lagi. Mari kita memuhasabah diri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)


Katakan tidak! Kita bukan golongan yang mengundang fitnah ini.
Katakan tidak! Kita bukan kumpulan yang membawa mudharat kepada kaum lelaki.

Sebaliknya, mari kita sama-sama berdoa, berharap dan berusaha akan termasuk di kalangan wanita yang dimaksudkan oleh Nabi SAW: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".


Akhir bicara, sebenarnya, adakah benar-benar manfaat lebih besar dari mudarat dalam hal ini ? Perlukah begitu ? Sama-sama kita fikirkan dan bertindak jika ia di dalam ruang kuasa anda dan kita semua.

Tuesday, August 11, 2009

Isu genderisme. Salah siapa?

“Itu pendapat enti. Pendapat ana lain,”
“Cuba dengar dulu pendapat kami...,”
“Relevan ke idea tu?...”

Akhirnya... timbullah perbalahan yang kerapkalinya tiada kesudahan. Menulis mengenai isu ini adalah untuk renungan bersama dalam menjernihkan kekeruhan situasi yang sering berlaku di dalam sesuatu perbincangan yang dikendalikan oleh dua jantina.

Bagaimana isu ini timbul tanpa disedari?
1. Rasa taksub dengan pendapat masing-masing.
2. Tidak membiasakan diri dengan salamatussodri (berlapang dada)
3. Tidak kenal identiti diri
4. Kurang pengetahuan tentang sikap jantina yang berlawanan

Dan banyak lagi kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku. Hakikatnya ramai yang tidak sedar tentang isu genderisme yang sering timbul apabila ada perbincangan di antara lelaki dan perempuan ini. Akibatnya perbincangan yang dibuat sering tidak punya kata putus dan hasil yang terbaik gagal diperolehi. Maka kan terdengarlah pelbagai luahan rasa seusai sahaja keluar dari bilik perbincangan.

“ macam bagus sangat banin tu. Ego tinggi melangit”
“tensen je aku ngan banat tu. Tak sedar diri tu perempuan,”

Bila diimbas-imbaskan kembali setiap perbalahan yang pernah dilalui terasa seperti ingin mentertawakan diri. Lucu. Tapi itulah yang sering berulang-ulang setiap kali ada perbincangan.

Teringat sewaktu membentangkan tajuk “men are from mars and women are from venus” yang dipetik dari judul sebuah buku untuk “assignment” bahasa inggeris. Tajuk yang nampak menarik tetapi agak berat isinya. Bagaimana mahu memahami jantina yang berlawanan. Rasa malas mengambil tahu tentang manusia yang berlainan jantina. Tetapi itu mesti sebenarnya. Apatah lagi apabila bekerja sekali di bawah satu unit. Tidak faham itu yang menjadi salah satu punca besar berlakunya perbalahan, perencatan otak dan perbincangan yang tidak meluas. Maka tidak terhasillah impak yang sepatutnya terhasil apabila dua jantina berkolaborasi idea. Fitrahnya, di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita yang menjadi pendorongnya.

Jadi mengapa perlu berbalah dan saling tidak memahami?

Terlalu banyak hikmah tuhan di sebalik kejadian penciptaan lelaki dan wanita. Sama-samalah kita menambah thaqafah, merenangi lautan ilmu dan meneroka rimba hikmah untuk mengenal siapa diri kita sebagai seorang lelaki atau wanita. Salam tazkiyatunnafs.

Aura_insani
120809