salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Friday, October 29, 2010

wanita oh wanita..


"Dik,nak tanya sket boleh," suara seorang insan menyapa saya tiba-tiba.

"Nape kak?"

"Ramai ke yang dah tau akak dah kahwin?" terkelu saya mendengar persoalan itu.

"Maksudnya pa kak? Ahli sem saya atau adik-adik?"

"Yelah, diorang la,"

"Tak pasti la kak. Tapi kalau sem ana, ramai kot yang tau. Kenapa kak?" bertanya kerana musykil.

"Akak risaula dik, sejak dua menjak ni, ramai banin pandang akak lain macam,"


"Pandang lain macam?"musykil lagi.


"ye la, akak takut diorang tak tau yang akak ni dah kawen,"


"Maksud akak depa minat kat akak ka apa?"sebijik cam soalan budak-budak. Ya, saya memang kurang faham soalan tu. Soalan dewasa sangat kot.


"Lebih kurang la... takut akak,"


"Habis akak nak ana buat apa, tolong buat announce yang akak da kawen ka?" Macam takda idea lain la plak..


"Hu3..takdalah.. cuma kalau boleh sampaikan, tolong sampaikan. Eh, ok la dik, prebet da sampai tu, akak pergi dulu ea,"beliau terus melangkah meninggalkan saya dengan sisa-sisa soalan.


Hajat besar tu. Nak sampaikan kat sape tentang apa yang diminta tadi?


Biasa la tu kalau ahli sem saya mula-mula tercari-cari calon isteri dan suami. Sem akhir dah ni.
Biasa kalau hari konvo, ada ja yang bawak suami atau bakal isteri.


Fitrah. Susah nak lawan tapi perlu berusaha untuk mengawal.


Cumanya persoalan saya di sini, apa cara yang terbaik untuk saya menyampaikan pada orang lain terutamanya yang berlainan jantina tentang perkahwinan akak tersebut supaya tidak ada lagi mata yang memandang lain atau berharap padanya?


Saya temui jawapannya dalam tazkirah asar di surau banat pada suatu hari.



"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.." (al-Nur, ayat 31)

Perhiasan yang bagaimana?

Terjemahan ayat : kecuali yang biasa kelihatan padanya.. dapat juga diterjemahkan: kecuali apa yang zahir (illa ma zahara). Pada ayat ini Allah Taala melarang wanita mempamirkan perhiasan, kecuali apa yang zahir. Persoalannya di sini ialah, apa maksud perhiasan zahir yang boleh dipamerkan? Jadi, dapat difahami bahawa perhiasan ada dua:
1. Yang zahir/nyata
2. Yang tidak zahir/nyata (batin/dalaman/tersembunyi)


Apakah perhiasan zahir? Apakah pula perhiasan yang tidak nyata? Para ulamak yang mengatakan muka itu adalah aurat, mereka menafsirkan bahawa perhiasan yang zahir itu ialah pakaian itu sendiri. Bila wanita berpakaian, bertudung dan menutup muka, maka itulah dia maksud perhiasan yang zahir. Perhiasan yang tidak nyata pula ialah, rantai leher, gelang, anting-anting dsbnya..

Manakala menurut ulamak yang berpendapat muka itu bukan aurat menafsirkan bahawa maksud perhiasan yang zahir yang boleh diperlihatkan di hadapan lelaki ialah celak dan cincin. Ada yang menambah telapak tangan. Ada yang tambah warna telapak tangan, iaitu pewarna yang dibubuh di telapak tangan (termasuk kuku). Dan, macam-macam lagilah.. tetapi di sekitar itulah. Perhiasan yang tersembunyi pula ialah rantai leher, anting-anting dsbnya.


Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat, terdapat tujuh pendapat, iaitu:
1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Masud.
2. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
3. Bererti celak dan cincin Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
4. Bererti gelang, cincin dan celak Al-Misywar bin Mukhrimah.
5. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan Pendapat dari Mujahid.
6. Bererti cincin dan gelang Dari al-Hasan.
7. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan dari al-Dhahhak.

Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku-sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas-batas yang perlu dipelihara. Iaitu:
1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.
2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugah perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku. Atau sebagainya.
3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.


Sedikit perkongsian yang dapat saya simpulkan.

Bukan tidak boleh berhias, tapi berpada-padalah. Wanita itu adalah fitnah. Jika dibiarkan terdedah, fitnahnya bisa tersebar luas dan merosakkan dunia.

‘Takutlah (berhati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah dalam urusan wanita.’ [Hadis Riwayat Muslim]


Mohon maaf atas segala kekurangan.

Salam muhasabah menghitung diri.

menghilang..

mengapa hilang...??

ku cari semakin sukar

payah menuntun langkah panjang

sesak nafas menghela

menghadiahi koma-koma

yang menghampiri

noktah kekuatan.


-alfaqir ilallah-

Monday, October 25, 2010

Sambal belacan vs tarbiyah.

Makanan yang ditempah telah sampai.

“Masya’ Allah, pekatnya sambal dia,enti tak gerun ka,”saya bertanya pada seorang ukhti yang turut bersama saya ketika itu.

“nak gerun apa?”dia bertanya kembali.

“aiseyh…buat-buat tak ingat plak..”saya cuba mengusik. Teringat keadaan yang pernah berlaku pada ukhti beberapa minggu yang lalu.

Saya cuba mengimbau kembali kisah itu.

Ukhti bukan minat sangat makan sambal belacan. Cuma benda dah ada depan mata. Budu, tempoyak, semua dia telan. Cencaluk ja belum lagi sebab belum jumpa depan mata.

Suatu hari,ukhti terambil sambal dalam kuantiti yang agak banyak dan terkena hampir keseluruhan lauk yang berada dalam pinggannya.

Seusai berdoa, dia pun mula makan. Sampai pada suapan yang ketiga, dia berhenti. Saya memandang ke arahnya. Musykil.

Matanya merah menyala!

Saya yang tidak mengambil sambal belacan waktu itu, tidak tahu apa yang dirasai. Namun melihat matanya yang merah dan hidungnya seakan-akan ingin berair, segera buat saya mengerti.

Ukhti segera berlari ke singki. Mencuci tangan dan membasuh mukanya. Tidak tahan barangkali, saya cuba mengagak.

Seminit kemudian dia datang kembali ke meja makan dan menyambung makan. Saya agak terkejut melihat tindakannya. Sambal itu benar-benar pedas. Saya cuba merasai sedikit sambal yang ada di dalam pinggan ukhti. Itu pun sudah berasap telinga.

Saya menasihati ukhti untuk menukar nasi lain jika dia tidak tahan. Tapi dia cuba untuk tersenyum, mengangguk dan meneruskan suapan hingga ke sisa yang terakhir. Boleh siap jilat jari lagi tu.

Sunnah, katanya perlahan.

Akibat daripada kejadian tersebut, seminggu ukhti menjadi seorang yang sangat pendiam kerana mulutnya sakit, langit-langitnya pecah-pecah dan telinga bagai kurang berfungsi. Seminggu juga dia berhenti makan sambal belacan.

Kasihan ukhti…..

Tapi lepas tu, dia makan balik….

“ha, tak ingat lagi ka,”saya mengusiknya lagi. Saya pun turut mengambil sambal, cuma diasingkan dalam bekas lain. Saya yang meminta waiter untuk mengasingkannya.

“Sambal belacan ni, tarbiyah,”ringkas ukhti menjawab. Tak serik barangkali.

“boleh plak macam tu?”saya cuba menimbulkan persoalan.

“iya…enti suka tak diri enti ditarbiyah?”ukhti bertanya pada saya kembali.

“suka,”saya menjawab.

“enti suka tarbiyah yang macam mana?”dia terus menyoal.

“tak syadid sangat dan tak lembut sangat. Lembut-lembut sangat pun ana tak boleh,”saya cuba
mecetuskan provokasi.

“Tarbiyah tu benda yang kita boleh pilih ka? Erm, kalau macam tu, ana tak suka yang kasar-kasar. Sikit pun tak boleh. Ana suka yang lembut-lembut ja,”

“Tapi, enti kan bukan jenis ala-ala gadis ayu,kenapa tetiba dalam soal tarbiyah enti suka yang lembut plak?”

“Lah, apa salahnya. Ana ni Nampak ja kasar,tapi jiwa lembut baa..,”

“oh, macam tu ka?”

“tadi enti yang kata boleh pilih. Kalau boleh ana naklah pilih yang lembut, sesuai dengan jiwa ana,”ukhti seakan-akan cuba menyampaikan sesuatu.

Saya tergelak perlahan.

“Jadi, apa kaitan dengan sambal belacan tu?”saya cuba menimbulkan persoalan yang saya telah ada jawapannya. Mengapa saya bertanya? Kerana mungkin jawapan saya dan ukhti berbeza.

“Sambal yang ana nak makan ni, ana tak tau lagi sejauh mana kelazatannya. Adakah ia akan menyebabkan ana akan sering ke warung ini lagi, atau membuat ana tidak mahu lagi menyentuh sambal buat selama-lamanya,”jawapan ukhti masih lagi samar-samar.

“Jadi?”

“Kenapa enti tanya benda yang enti dah tau. Enti banyak lagi makan asam garam dari ana,”ukhti tersenyum sambil memandang saya.

Kami tertawa bersama-sama. Bahagia.

Ya, sambal belacan yang telah kita letakkan dalam pinggan untuk dimakan, belum pasti lagi bagaimana rasanya. Rasanya tidak semestinya dengan hari-hari yang lepas, melainkan kalau buat sendiri sambal tu.

Ukhti cuma makan benda yang dah disediakan. Sebab sambal belacan tu lah yang disediakan hari-hari di dewan makan kami.

Meskipun ukhti pernah merasai kesakitan akibat samba yang terlampau pedas, dia masih tidak serik untuk menyentuhnya. Dia bukan minat pun sebenarnya, tapi itulah yang dihidang hari-hari buat kami setiap kali makan tengahari atau petang disediakan.
Dia boleh ja tak nak ambil sambal tu, Cuma katanya, nanti membazir, kita bayar yuran makan.

Sambal belacan vs tarbiyah.

Adakalanya, terasa sambal yang dimakan amat sedap yakni mengikut cita rasa kita. Adakalanya tidak. Terlebih masin, masam dan kemungkinan besar ia teramat pedas sehingga mampu membuatkan kita demam selesema.

Tarbiyah itu perkara yang perlu untuk kita selaku seorang muslim. Tujuannya adalah untuk menguji sejauh mana kekentalan iman kita.
Terutamanya bila kita berada di jalan dakwah. Adakah dengan kesakitan dan kesusahan yang kita lalui membuatkan kita semakin kuat atau semakin lemah…

Hakikatnya kita tidak sukakan kesusahan, kepayahan dan segala macam mehnah tribulasi. Tapi, itulah tarbiyah. Adakalanya kita diuji dengan kemewahan, kesenangan dan kebaikan. Namun seringnya kita terlalu jarang mendapat apa yang kita ingini.

Ukhti bukannya tahan pedas sangat, tapi dia berupaya menghabiskan nasi yang telah bercampur dengan sambal yang telah membuatkan air matanya mengalir. Hebat!

Ya, tarbiyah itu pelbagai rupanya. Semakin hebat individu tersebut, semakin hebat tarbiyah buatnya.

Jalan dakwah ini, tidak pernah sunyi dengan dugaan. Mahu berpaling atau tetap tegar
meneruskan perjalanan?.....

Ukhti telah pun selesai makan. Tiada sisa sambal belacan yang tinggal.
Alhamdulillah…moga ana istiqamah dan thabat dalam perjuangan dakwah ini, ukhti berbisik perlahan..

Friday, October 22, 2010

Festival busana muslim hina islam

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.


"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan ketika dihubungi Malaysiakini, petang ini.


Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.


"Bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kami jangkakan tidak kurang seribu orang akan sertainya," katanya.


Sebelum ini, bercakap kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata pemuda PAS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," katanya.


Menurut beliau, bantahan berkenaan akan juga diadakan di beberapa masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, esok.



Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”.



"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," kata Nasrudin.



Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.



Semalam, ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam suapaya mengkaji tindakan Rosmah berhubung perkara yang sama.



Katanya, festival busana itu jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu."Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo'.



P/s: Mudah-mudah ja bawak unsur-unsur negatif ke dalam negara...
kalau lagu ni la fesyen2 muslimah yang dipakai, kes pembuangan bayi konfem tak settle..

fikir2kan lah duhai wanita pertama...


sumber:http://www.malaysiakini.com/news/145956


Monday, October 18, 2010

Iman dan hati..


Kalam yang kaku

Tetap cuba di tarikan

Meski pergerakannya tetap kelihatan lesu

Mahu di lakarkan pada sekeping kanvas kekecewaan

segala cerita hati yang terbuku

Bibir yang tidak bisa menutur seolah membisu

Enggan menyuarakan

Mengapa begitu….


Hati yang kian kerap hilang, membuatkan minda seolah berhenti merenung

Tidak bisa menafsir tentang erti sebuah kekecewaan yang terhasil

Mahu yang bagaimana lagi sampai hati ini puas?

Keegoan bagai merajai

Iman yang semakin menipis semakin tidak dipedulikan

Bagai tidak pernah ada ruang untuknya


Hei, siapa yang bilang begitu?

Hampir tiap masa ku berinya ruang untuk berbicara

Tetapi dia masih kaku dengan tindakan

Salah siapa?

Tetap mahu disalahkan hatimu

Hati mejerit sarkasme

Bengang…


Tubuh tidak mengekpresikan diri

Kurang faham barangkali

Mengapa bagai tiada kesatuan di antara iman dan hati

Iman masih berbicara sepi

Terkumat kamit memohon sesuatu


“Ya Rabbana…. Kurniakanlah hidayah dan inayahMu kepada kami,

Izinkan hati ini bertaut kerana Mu ya Allah,…,”

“Tuhan, jangan kau palingkan hati ini…setelah, kau beri hidayah….

Sesungguhnya Kau Maha Pengampun…”



tetap kan diteruskan pencarian diri dan hati yang sering hilang..

Moga bisa ku dakap cinta agung milik yang Maha Agung

Sunday, October 10, 2010

Salam juang ya akhi!

kring..kring..kring...

Deringan telefon rumah mengejutkan diri yang sedang leka merenung buku catatan kerja yang berada di tangan.

Sudah lama tidak memegang telefon rumah. Tapi disebabkan pada hari itu, hanya dia dan adiknya yang keenam tinggal di rumah, dia segera melangkah turun ke tingkat bawah. Akibat terlalu kalut, dia tersungkur di bahagian tengah tangga. Masakan tidak, tangga yang dilalui itu suram, maka dia tidak melihat tangga yang seterusnya untuk dipijak, lalu...

Telefon terus berdering. Dia menyeringai menahan sakit sambil beristighfar panjang...
Tetap cuba mengagahkan diri untuk mengangkat gagang telefon. Hampir seminit dia mencuba, akhirnya dengan kepayahan menahan sakit, dia bisa jua mencapai gagang telefon.

Oh,adik perempuannya yang keempat yang menelefon. Mahu bercakap dengan ummi tetapi ummi tidak ada di rumah. Sebelum mengakhiri bicara, adik perempuannya itu mengingatkan diri untuk mengucapkan selamat hari lahir buat abangnya yang berada di Shoubra,mesir.

Seusai telefon diletakkan, dia bertatih menuju ke dapur. Meninjau-ninjau apa yang perlu dimasak pada hari itu.

Kring...kring...kring..

Dia baru sahaja melabuhkan diri di atas kerusi, telefon berdering kembali.

Siapa lagi yang membuat panggilan...ah,dia malas untuk berteka-teki..

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam, sape ni?"dia bertanya
"Ni siapa?"suara seorang lelaki menyoal kembali.

Bergetar mindanya mendengar suara itu.
Oh,abang nya yang jauh nun di mesir sana yang membuat panggilan. Tapi sayang, tiada orang di rumah untuk berbual dengannya.

Dia? Jika dia, cukuplah sekadar mendengar suara demi melepaskan rindu pada abang tunggalnya itu. Dia tidak pandai berbasa-basi dengan abangnya. Hampir 6 tahun begitu.

Tiada kata-kata atau gurauan mesra yang terbit seperti dulu.

Masing-masing menjadi lain sejak melangkahkan kaki ke alam remaja.
Masing-masing mencari diri yang sebenar sepanjang kekakuan itu wujud.

Enam tahun terus berlalu...
Masing-masing terus cuba mencari jalan mengembalikan keserasian yang pernah wujud suatu ketika dahulu.
Masih bungkam. Suram.
Sesuram lampu tangga di rumah itu.

Usia yang semakin hari semakin meningkat buat dia kembali berfikir untuk menjadi abang dan adik seperti dulu. Bahagia. Mungkin..


"Sanah helwah ya akhi...moga usia yang semakin meningkat ini, menambahkan kematangan dirimu dalam meneruskan hidup. Semoga Allah memberkati dirimu dan diriku.Ameen..."


SALAM JUANG YA AKHI!

Derita cinta

Riuk..

Tulang belulang seakan mereput

Seiring wajah yang semakin berkedut

Di manakah cinta yang pernah subur suatu ketika dahulu?

Pergi tanpa jejak

Cuma kesan derita hasil cinta songsang yang tertinggal

Mengapa dahulu tidak berkira-kira???

Hingga sampai suatu masa dahi ditepuk-tepuk

Sesal..

Sia-siakah sesalan di akhir waktu

Yang tinggal sedetik dua cuma…??

Tulang digerak berkeriuk bunyinya

Sakit…

Tapi jiwanya lebih derita dari tulang-belulang yang berkeriuk itu

Saban waktu dirintih cinta yang pernah membahagiakan suatu ketika dahulu,

Agar segera datang

Tapi bisakah?

Bisakah cinta itu merawat sakitnya

Cinta itu pun telah tua

Buta dan tuli

Cuma kadangkala merintih kata yang sama

Di mana hasil dari cinta songsang yang membahagiakan dulu?

Ada atau tiada

Sama.

Anak halal hasil jalan haram telah membesar dewasa

Benci pada cinta

Lalu dibawa diri entah ke mana

Tetap ada doa yang menyinggah untuk anak halal itu

Meski tidak pasti masih bernyawa atau telah dijemput

“Tuhan, moga dia tidak menjadi hina seperti aku,”

“Raihlah dia dengan cinta suci milikMu…”

Getar suara tua terlafaz

Keliru dengan doa yang dipohon

Masih adakah ruang untuknya di sisi Tuhan…..

Dia rebah tidak bernafas,

Keseorangan.

-081010-