salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, June 28, 2010

kenapa tak suka masuk meting?

Meting bermula...


"Ok jadi kita akan lantik Majlis Tertinggi untuk susun organisasi yang bawah-bawah,"
suara seorang ahli mesyuarat.

"jap2, sebelum tu, kita kena tau dulu objektif program ni. Misi dan Visi. Ni tak bagitau pape lagi da terus nak lantik,"balas seorang ahli mesyuarat yang sering bersikap dengan sifat TOPI MERAH.

"Eh, tak boleh gitu. Nanti jadi rumit. Lantik dulu MT," yang lain bersuara.

"Lah,.. mana boleh, bagitau objektif dulu, baru program jadi lancar," TOPI MERAH membalas kembali.

" Sape yang nak bentang objektif? Enta ka? Kalau enta yang nak bentang, silakan.." seorang ahli cuba mewjudkan provokasi.

"kenapa ana pula.. oh,ok2.. kita lantik MT dulu,"TOPI MERAH mengalah.

"Jadi kita teruskan mesyuarat kita dengan melantik barisan MT yang terdiri dari Pengarah, Bendahari, dan setiausaha,"mesyuarat diteruskan.

"Timbalan xpayah ka?"seseorang mencelah.
"Mestilah ada. Kalau x, naya buat kerja sensorang. Sian kat muslimin," berberapa orang muslimat menjungkitkan sebelah kening.

"Musykil," seorang lagi ahli bersuara perlahan. Mungkin pening dengan keadaan meting yang agak bercelaru.
















Pernah rasa tak meting yang macam tu..??
Lagi kritkal pun pernah kot. Tau-tau ja ada berapa orang ahli mesyuarat lari keluar meting.

kena fikir jugak sebab apa, mungkin sebab sikap kita gak yang kurang pandai menghayati suasana meting yang sebenar.

Meting cool sangat pun x best gak
Meting Over PANASSS pun, tak bagus jugak. Lain jadinya nanti.

Mungkin sedikit panduan yang diberikan, sedikit sebanyak boleh memperbaiki keadaan meting yang kita sertai.

1. Sentiasa bersikap positif dan konstruktif.
2. Fikir perlahan-lahan dan secara mudah; jangan memudahkan sesuatu perkara.
3. Lupakan ego; jangan biarkannya masuk campur bila berfikir.

4. Tentukan tujuan berfikir.

5. “Tukar gear otak”; tentukan bila untuk pemikiran logik dan bila untuk pemikiran kreatif.

6. Tentukan hasil yang hendak dicapai.

7. Sentiasa fikirkan alternatif yang lain.

8. Beri tempat kepada perasaan.

9. Tukar ganti pemikirann secara luas dan secara terperinci.

10. Bezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkin.

11. Ambil kira semua pendapat.

12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai.



Selamat bermeting..

teruskan mencari diri...

Mata siapa tidak pernah menangis...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Demi masa.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Dan berpesan dengan kebenaran.
Dan berpesan dengan kesabaran.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

KISAHNYA..

Ya ALLAH kurniakan kpd kami tangisan kerana takutkan ALLAH.


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam





teruskan mencari diri...

Saturday, June 19, 2010

Padah dunia tanpa sempadan!

"Era globalisasi turut dihayati,
pemimpin Ummah Hadhari sejati....."

Nyaring ditarik suara untuk bahagian penutup lagu tersebut.

"Era Globalisasi? Turut dihayati? Mestikah?"
Seorang sahabat mengerutkan kening tidak mengerti.

Dunia tanpa sempadan.
Dihayati dalam erti kata, mengenal pasti di antara yang hak dan batil nutuk dijadikan sempadan?

Kata dunia tanpa sempadan?
Mengapa perlu ada garis pemisah untuk hak dan batil..??





Mesti..Pasti..

Setiap perkara, hatta sekecil-kecil perkara pun perlu ada sempadannya.

Nak bergurau ngan mak ayah? kawan, dan sebagainya, pun perlu ada sempadan. Boleh ja nak gurau-gurau, tapi jangan melebihi had.

Kalau melebihi had, tu yang ada kes2 sakit hati, kecik hati, bengang, redha x meredhai dan sebagainya.

Dalam zaman sekarang ini, kita tidak bisa menidakkan keupayaan teknologi dan daya pemikiran manusia yang semakin interaktif dan serba canggih kerana kita akan dilihat sebagai insan yang terkebelakang atau istilah lainnya, ketinggalan zaman.

Era globalisasi banyak mencorakkan remaja hari ini.
Dan kita sebagai remaja perlu membina tembok atau pagar di sekeliling diri agar setiap perkara yang ingin masuk atau menghampiri boleh ditapis dan bukan sewenang-wenangnya masuk mencerobohi diri kita sama ada secara rela atau paksaan.

Iman adalah pagar terbaik buat diri kita, namun jika ditambah dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat,security diri akan semakin bertambah kuat.

Berapa ramai manusia hari ini rosak dan hancur gara-gara tidak bersedia menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan pada hari ini.



Sebuah kisah untuk direnung-renungkan bersama..

Hari ni, aku malas nak pi kelas.
"warghh..ngantuknya"..

Rumate aku budak baik. Dia solat subuh kat masjid pastu terus gerak pi kelas.

Aku?....

Aku budak baik gak. Tapi kureng sketla bermanding rumate aku tu.

Ah, buang masa je aku cakap pasal neh. Baik aku layan Tv kat handphone aku yang serba canggih ni. Ni bukan Hp made in China punyer tau. Terbaik dari NOKIA.
Semua ada dalam Hp aku neh.

Facebook? Twitter? Ah, semuala.
Kalau aku rasa bosan nengok Tv neh, bukak jerla youtube.
ha, macam-macam ada.. nak tengok gapo?
blue, yellow..black, white n so on..
kan aku cakap tadi, macam-macam ada.

Cam bosan plak men Hp ni, baik aku layan laptop yang aku bawak secara haram tuh.
kalau tak, sia-sia ja aku susah-susah bawak.

Jap2..aku cam dengar ada orang ketuk pintu r.

Dengan pantas aku pun menyembunyikan barang-barang haram milik kekal aku tuh..

Segara gak aku pasang ngaji dari hp aku tu. Bukak perlahan ja. Kang nampak sangat baru bukak.

Bunyi kunci pintu dipulas, terus aku pejam mata buat-buat tidur dengan Quran dalam pelukan...

"Man.. kau tak pi kelas ka? Ustz soh tengok2kan kau,"

Oh, rumate aku rupenye. Dia dok sebelah aku yang sedang berbaring. Dia sentuh dahi aku.

"Ko demam ka?" dia bertanya bila melihat mataku terbuka perlahan-lahan, lagak seperti bangun tidur.

" tak ah, aku pening sket,loya..."jawab ku berdalih.

Aku memang expert bab kelentong2 orang neh. Pasal tuh mak ayah aku leh percaya giler kat anak mereka yang soleh neh.

Selalu gak aku buat keje neh. Dosa x rasa-rasanya. Dosa kot, tapi dosa kecik la...

Selalu gak ada kengkawan aku yang tegur aku. Tapi aku buat x endah ja. Aku budak pandai ba.. x da masalah akademik pun. tengok rumate aku tu, dak baik giler. Tapi, pernah duur exam. Hampir tiap hari kena berdiri dalam kelas.

Dunia tanpa sempadan, banyak mengajar aku erti kebebasan.

Cuba cakap pe bende orang yang macam aku neh tak pernah buat.

Fly?
Panjat pagar?
Seludup barang-barang haram?
Video2 yang orang baik x tengok??
Couple? banyak kali gak aku tukar aweks..

Dak2 baik mana pernah rasa hidup advance cam aku neh...
bangga aku..

Allah...hu Akbar, Allahu akbar...

Eh, azan? rasa cam kejap aku main game neh..
Biasa x dengo azan neh coz speaker dia rosak. tenang sket jiwa aku ni bila x dengo azan..
yola, yang azan tu, kengkawan aku gak..


Asyhadu anla ila haillallah...


Asyhadu anla ila haillallah...

Eh, eh...knp rasa gelisah ni..
jap2..

Asyhadu anna muhhammadarrasulullah...

Tetiba dapat mesej,

"Man, Allah da panggil kita tu... Jom gi Masjid. Kalau bukan kita siapa lagi..."

weh,..x pernah aku gelisah cmni..
Couple aku minta putus pun aku leh gelak lagi...
tapi kenapa neh......
???
?????????????????????

Aku terduduk kaku...

Masih ada ruangkah untuk aku kembali...??






teruskan mencari diri...

Saturday, June 12, 2010

Jom demonstrasi hari-hari!!!

menyorot sebuah kisah untuk direnung-renungkan bersama,...


Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”Kali ini saya senyum.
Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”
“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

“Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk,
“mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.Saya urut belakangnya.

“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.

“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik.

Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen.

Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing.

Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

http://genta- rasa.com/____________ _____

teruskan mencari diri...

Friday, June 11, 2010

Usah jadi orang kaya yang kedekut!

Kelas Syariah pada hari itu, lebih banyak berkisar tentang kehidupan pelajar yang mengambil subjek agama.

Tak kisahlah di peringkat diploma, degree atau PhD...
Semuanya menjadi topik hangat pada hari itu.

Kami sebagai pelajar lebih banyak mendengar apa yang diperkatakan oleh pensyarah tersebut.
Cuma sesekali memberi respon melalui mimik muka atau cakap-cakap belakang..

Keadaan bertambah panas bila pensyarah tersebut mengeluarkan statement bahawa "Bila orang agama masuk UMNO, rosak aqidah!

Ramai sahabat yang memberi respon dengan statement tersebut. Majoritinya bersetuju.

Tapi saya yang duduk di bahagian hujung kelas, masih belum mampu untuk memberi sebarang respon.Masih berfikir.

"Ustaz ni, berani betul kluarkan statement tu. Nampak sangat nanti fikrahnya,"seorang sahabat berbisik pada saya tiba-tiba.

"Telah jelaskah fikrah pensyarah tersebut hanya dengan statement yang dikeluarkan itu...,"saya berbisik dalam hati.

Banyak perkara lagi yang perlu saya kaji dan selidik. Saya tidak boleh terus bersetuju 100% dengan apa yang diperkatakan itu.

Bagaimana pensyarah saya tu boleh keluarkan statement begitu?

Melihat pada senario hari ini,..
agak-agak saat ini, berapa ramai peguam-peguam syariah yang berjaya dilahirkan??
pakar-pakar dalam bidang agama??
Tapi ke mana menghilang?
Hukum-hukum Allah yang dipelajari, di mana pengaplikasian?
cuma sekadar belajar untuk pengetahuan dan bukan untuk diamalkankah??

Belajar agama smpai ke peringkat PhD sekalipun, tapi malu dalam mempertahankan hukum Allah, itu orang kaya BAKHIL namanya.
Allah sudah beri Ilmu, kemahiran, tapi mengapa tidak disumbangkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam di Malaysia nan "damai" ini?

Ah, namanya pun manusia...sama saja..
Yang membezakan cuma kesedaran dan tindakan kita.

Teringat saya pada persoalan dari seorang teman sekelas sewaktu di tingkatan lima yang sering mempertikaikan setiap apa yang saya lakukan..

"kau nak sambung syariah? takkan ramai-ramai family kau tu, semua nak sambung bahagian agama..?? Tak maju la kau ni.."...

Duusshh....

Sebijik dia bagi kat aku ayat yang macam tu... Pergh.. trok tol mamat neh..

Agama tu perkara yang fundamental.
Mana boleh diasingkan dari kehidupan. Tu yang wujud SEKULARISME ...!!

Bukan tak boleh gabung subjek ukhrawi ngan subjek duniawi.
siapa cakap tak boleh??
Kalau tak boleh, tak kan wujudla persijilan di Darul Quran.
Banyak lagi yang boleh dijadikan bukti kepada keseimbangan ukhrawi dan duniawi.

Belajar subjek agama ja pun susah, belajar yang bukan subjek agama ja pun susah..
Susah ka..?
tok ser blajo la gitu..
dak..tak susah pun... kita yang merumitkan keadaan..
Sering melebihkan duniawi berbanding ukhrawi.
Belajar agama dah bagus dah,cuma nak praktikkan tu, macam payah sket...

Ingat, kena seimbang duniawi dan ukhrawi.
Tapi dunia jangan letak dalam hati, cuma letak kat tangan untuk kita genggam. Biar dunia ni kita pegang. Kalau letak dalam hati, dunia akan menguasai diri, lalu akan binasalah diri dan segala yang ada berhampiran dengannya...

Insan itu tidak sempurna, tapi belajarlah menjadi sesempurna insan dan sebaik-baik hamba di sisi Tuhan,
Salam Muhasabah Bersama.






teruskan mencari diri...

Wednesday, June 2, 2010

Perokok muslim mampu selamatkan Al-aqsa!!

Perokok muslim mampu selamatkan Al-aqsa

Jumlah penduduk dunia- 6.5 billion.

Jumlah orang-orang Islam- 1.3 billion.

Jumlah perokok di dunia- 1.15 billion.

Jumlah Muslim yang merokok- lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)
Pengeluar rokok terbesar di dunia- Phillip Morris.

Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain)

Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.

Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari.

Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta)

Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris - 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja.

12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain).

Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta SEHARI. Padahal perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 juta SETAHUN. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin.

Tidakkah kita berasa apa-apa?



teruskan mencari diri...