salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, June 12, 2012

Menjarah ta'dil ikhlas~


Berbelas-belas warkah dikirim tak berbalas
Cinta mulai lesu
Rindu pun hampir usai pergi
Yang terus bertamu
Cuma sekeping resah
bersoal dalam hati
Kasih yang terhulur belum cukup telus untuk berbungakah..??

Kitab yang baru bertukar pemilik itu dijamah sehelai demi sehelai.
Mengapa tajuk itu yang mendahului?
Soalan itu hanya terbuku di sudut hati kecil.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Ketakutan yang paling aku takuti ke atas kamu, adalah syirik kecil.
Maka para sahabat bertanya kembali: Apakah syirik kecil itu wahai Rasulullah?
Jawab baginda s.a.w: Ia adalah Riya’. (sahih-ahmad)

 "Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu- daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura- pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memper- lihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya di- sangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)."
 -QS 4:142-

Yang ditemui masih perkara di sekitarnya.
Lalu kitab jiran bilik sebelah yang baru dipinjam diselak pula.
Bab yang pertama dan tajuk yang sama.
Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin sakhr r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat pada tubuh badan kamu,tidak juga melihat pada gambaran kamu, tetapi DIA melihat pada hati kamu. (sahih muslim)

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar."
QS 98:5

Haisy..
Seperti ada sesuatu yang DIA ingin sampaikan pada diri yang semakin melesu ini.
Bukankah ini yang saya pinta sejak kali ketiga buku ‘Penawar Bagi Hati’ saya intai dari kulit ke kulit?
Ya,kata bijak pandai, putus asa di tengah jalan, adalah disebabkan kesilapan di titik permulaan.
Maka titik permulaan anda di mana..? =.=’
Kan kelakar bila bertanya tentang sesuatu yang dah diketahu jawapannya.
Eh,saya Tanya ni untuk menghitung diri tau.Bukan saje-saje.
Nak hitung apa kejadahnya…Awak tu memang ada satu je dalam dunia ni. Rasanya sejak lahir tak pernah ada kembar..
~_~…. Ek?
Kalu gitu,berapa biji dah dosa yang awak buat kalau benar ia boleh dihitung?
Eh,sebab tak mampu dihitungla perlu selalu dihitung. Agar dosa-dosa tu tak bertambah dan tak berulang-ulang. Got it?
Mengapa Tuhan campakkan resah ini?
Mengapa Tuhan baluti hari dengan gelisah dan gundah? Hingga mahu berpaling darinya pun tak terdaya…
Ya,buat muhasabah diri. Buat menghitung diri dan hari-hari yang dah dilalui.

حاسبو قبل ان تحاسبو
Hitunglah diri kamu sebelum diri kamu dihitung (di akhirat).
Apakah yang dilakukan selama ini benar-benar ikhlas lillahhi ta’ala.
Suci dari kerana selain DIA. Benarkah?
Jika mahu berbicara tentang gerak kerja Islam, belajar, berpersatuan dan sebagainya, benarkah semua itu kita laku benar-benar suci semata-mata kerana DIA?
Jika benar perjuangan itu rela dan redha keranaNya, mengapa cepat benar terasa penatnya?
Mengapa cepat benar terleka?
Jika benar belajar itu suci kerana DIA, mengapa apa yang dipelajari tak mampu tersemat di dada? Mengapa apa yang dipelajari tak mampu dipraktikkan hari-hari?
Mengapa yang difahami sekadar terkepung dalam hati?
Jika benar gerak kerja selama ini, amal harian selama ini tulus dan telus kerana DIA, mengapa mudah berputus asa?
Mengapa mudah menghitung resah?Mengapa mudah disapa gelisah?
Mahu kata diri benar ikhlas lillahhi ta’ala?
^_^
Mungkin muqaddimah tu ikhlas masih tulus, tapi bila hampir berada di pertengahan diuji dengan perasaan.
Malas, takut, bimbang dan pelbagai dugaan yang mendatang dan membuat kita seolah mencipta 1001 alasan untuk tidak istiqamah. Kan?
Maka mengapa bertangguh lagi, tajdid dan taslih kembali niat kita. Rawat hati yang terlompong-lompong dengan dosa dan noda.
Muhasabah diri:
1.       Adakah ikhlas ni bermula sejak langkah pertama diatur tetapi diuji sewaktu di pertengahan jalan.??
2.       Atau,ikhlas ini memang tidak pernah tulus dan telus semata-mata kerana DIA sejak dari langkah yang pertama. Cuma dilaku kerana semangat @ pujian dari orang lain…
Yang manakah benar..??

TUHAN, munafiq itu bukan pilihanku,
Munafiq itu bukan kepinginku,
Namun acapkali aku bimbang,
Acapkali aku gusar,
Saat diuji dengan kepayahan,
Ikhlas itu menghilang…
TUHAN,
Hati ini milikMu, Langkah ini jua milikMu.
ENGKAU lebih berkuasa ke atas kedua-duanya,malah segala-galanya…
maka pandulah ia sehingga saat ke akhirnya,
Dan moga ada ruang untuk aku berteduh di bawah kasih sayangMu hingga ke syurga sana.

Monday, June 4, 2012

Musafir ke Mansourah~


 "And when the prayer has been concluded, disperse within the land and seek from the bounty of Allah , and remember Allah often that you may succeed. (QS 62:10)"

Jam 5pagi, kami selamat berlabuh di pelabuhan Nuweiba', Mesir setelah hampir empat jam perjalanan di dalam kapal.
Tiada apa yang menarik untuk dikongsi.Cukup kesabaran menjadi saksi.

Setelah melalui pelbagai karenah dan birokrasi, akhirnya bas yang akan menghantar kami ke Abbasiyyah bergerak jua pada jam 10pagi. Makcik arab yang duduk di sebelah saya sewaktu menunggu di perhentian bas tadi,turut menaiki bas bersama saya. Mahu ke Al-mazoh katanya. Stesyen terakhir yang akan dilalui.

"Bas ni tak lalu abbasiyyah nak,"itu je yang saya dapat tangkap kerana butir bicaranya kurang jelas.

"Bas ni tak lalu abbasiyah," bisik saya pada aisyah teman musafir saya sambil melihat pada tiket bas di tangan.

"tapi us cakap lalu. Kan pakcik jual tiket tu cakap lalu abbasiyyah tadi,"aisyah membuat kesimpulan.
Atas dasar thiqah dan yakin pada murakkib @ musyrif , saya hanya mampu mengangguk kepala.

Merentasi dataran padang pasir hampir enam jam buat kami tidak senang duduk. Cukup tujuh jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Almazoh pada jam 6 petang.

Almazoh? Bukan ke katanya ke abbasiyyah? Saya yang sedang pening-pening lalat menoleh ke arah mursyid sambil menjungkitkan sebelah kening.

Erm,biasalah tu.Bukan tak pernah kena macam ni. Saja dia nak suruh kita naik bas dia dan kata bas ni akan lalu tempat yang kita nak berhenti. Padah kalau percaya tanpa betul-betul akid,cenggitu le jadinya.

Setelah mendapat panggilan dari abang yang menuntut di shoubra, kami menaiki teksi menuju ke Ramsis. LE25 diterima oleh pemandu teksi dengan senang hati.

Hampir 40minit menanti abang tunggal tiba di kawasan Ramsis untuk membawa kami ke destinasi yang seterusnya. Mansourah.

Berpisah dengan musyrif setelah meneguk segelas 'asir qosob (air tebu) buat penyejuk badan. Kami berjalan ke perhentian bas untuk ke mansourah. Murokib yang akan bermalam di shoubra hilang dalam keramaian.

Moga Allah merahmati anda wahai murokkib yang berbaik hati menemani perjalanan kami dari mu'tah jordan sehingga tiba di Kaherah, Mesir ini. Jazakallahhu khairal jaza'.

Bas bergerak setelah 15minit kami mengambil tempat duduk di dalam bas. Hanya sejam yang pertama saya dan abang bertukar-tukar dan berkongsi pendapat dan pengalaman setelah hampir dua tahun tidak bertemu mata. Kepala yang semakin memberat buat mood untuk berbicara hilang. Akhirnya terlelap hampir dua jam sebelum tiba di mansourah pada jam 11 malam.

Tepat jam 12malam, saya dan aisyah selamat tiba di rumah seorang sahabat (ex-rumet kt DQ) di salam, Syari' Isa, Mansourah, Mesir.

Mengapa kami bersusah payah memilih jalan laut untuk sampai ke sini?

-)kos kapal laut lebih murah berbanding flight

Mengapa kami tidak mengambil fasal soifi pada semester ini?

1) nak cari kursus bahasa Arab kat sini. Dah lama kot tak muraja'ah bab nahu sorof.
2)nak cari masyaikh untuk talaqqi kitab-kitab.
3) actually nak talaqqi quran secara bersanad. tapi masa yang ada cuma dua bulan.Doakan yang terbaik buat kami.
4) menjejaki sungai nil dan lain-lain tempat yang bersejarah. Moga ada manfaat untuk kami di situ.

Itu tujuan utama kami sampai di sini. Yang lain tu cuma sampingan je.

'Ala kullihal,moga musafir ini dinaungi redhaNya. Moga Allah permudahkan urusan kami dalam memburu cinta dan ilmu miliknya!

"Katakanlah: ""Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan
sebanyak itu (pula)
""."

(Surah Al-Kahfi: ayat 109)