salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, August 24, 2011

Tentang semalam




tentang cerita semalam..
ada apa?

Tidak ada apa-apa.
Habis, mengapa dinyatakan, seperti ada sesuatu.

Semalam,
ada dendam
ada geram
ada bengang

Tiada manisnya?
Tiada indahnya?

Mengapa tidak dinyatakan?

Pasti ada.
Roda kan sifatnya berputar.

tentang gembira
tentang bahagia
tentang ceria
tentang indahnya
semalam....

berputar dan terus berputar

Tentang hari ini,
ia tetap berputar

cuma putarannya lebih laju dari semalam...

Jatuhnya terasa cepat sekali..
mungkin sering terleka saat Allah menghadiahi secebis bahagia saat ber
ada di atas

Mengapa Allah letakkan kita di atas dan adakalanya dibawah...

Kerana Dia ingin mengajar kita, erti BERSYUKUR...







“Dan (ingatlah juga) ketika Tuhanmu memaklumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Dengan bersyukur akan selalu ada tambahan nikmat. Ada peribahasa mengatakan, ‘Jika kamu tidak melihat keadaanmu bertambah, maka bersyukurlah.’




Monday, August 15, 2011

Nanti aku ajar dia cukup-cukup!


Apa, dia ingat selamanya dia akan berkuasa?

Ada geng boleh citela...
Dia tau tak aku tengah membilang hari ni.. Tunggu masa ja nak bantai dia habis-habisan!

Hari yang dinanti telah tiba!
Bukan sehari, tapi sebulan aku akan bantai dia puas-puas!

Hari pertama...

waktu sahur...

"Lepas subuh nak ngaji. Nak bawak 2juzuk terus. Ramadhan kali ni nak khatam 3 kali,"diri memasang niat dan azam.

Seusai solat subuh,..

Mak aih...ngantuk bangat ni..tahan-tahan..

"Eh,ko ni, tahan-tahan plak. Ubat mengantuk cuma satu je iaitu tidur. Ala, ko xyah tidur lama-lama... asal hilang ngantuk sudah,".... sapela yang membisikkan kata-kata tu ye.

"Erm..betul gak. Kejap je,buat hilang ngantuk,"diri bersetuju dengan kata-kata tadi.

Sebelum mata terlelap, sempat berazam dalam hati, lepas ni nak dhuha, lepas tu pulun tiga juzuk.

"ye2..ko tidur je dulu,"suara yang sama kedengaran.
..................................................................................................................................................................

"Eh,pukul berapa dah ni?" diri menyoal hati.

"Ya Allah, pukul 9 pagi? Apa kes?........ ni aku bengang ni!!" diri mendengus sendiri sambil bangkit menuju ke tandas untuk bersuci.

Seusai menunaikan solat Dhuha, segera dicapai mashaf Alquran untuk dibaca dan dihayati. Dua helai je lagi nak masuk juzuk baru, tiba-tiba...

"Ya Allah..tolong..aku sangat mengantuk..Tahan-tahan dua helai je lagi ni,".....

Tinggal sehelai nak masuk juzuk baru, Alquran selamat diletakkan di tepi.
Syahid fisabilillah...
...............................................................................................................................................................

Ok,nekad.

Buka ni, nak makan setakat cukup ja.
Tak nak lebih-lebih sebab nak tarawikh 20 rakaat. Nanti pancit cepat.

Sampai rakaat ke lapan, maka ramailah manusia yang keluar dari sof.
ISh3..leh tergugat ni.

Mata pun dah kuyu semacam, entah berat berapa tan.

"wei! ko kan dah banyak tidur siang tadi! Asal ko ngantuk lagi....!! Azam la konon..." ish, membebel plak si hati ni. Tapi betul gak apa dia cakap tu.

"Tapi tarawikh ni kan sunat. Buat lapan pun takda masalah,"diri membela diri.

"KO buat 8rakaat, tak sama banyak pahala dengan ko buat 20 rakaat...!" mak aih, dia marah betul ni...

Yela,yela..aku buat......

Balik-balik rumah tu, takdela ngantuk sangat pun. Borak-borak,main fesbuk tak sedar pukul 12.

"Eh,dah lewat ni. Esok nak bangun awal. Nak qiyam, sahur..."kata diri.

"La qo la.."bisik hati.

Sebelum tidur, sempat menghitung diri.

Harini cuma dapat 8 helai je? 1 juzuk pun tak sampai????

Ha, ko tanya la diri ko sendiri...

Nafsu dah sengih sorang diri. Padan muka ko! Aku ni dah diasuh 11 bulan!
Bukan sebarang asuhan....

Astaghfirullahhal 'azim...tertewaskah aku dalam ramadhan kali ini???

Ya Allah, semoga kami tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi..
Ameen...

P/s: ha, lanyak la nafsu kita tu puas2... jangan kita pula yang dilanyaknya..
P/s: JAdikan Ramdhan kali ini lebih bermakna buat diri dan iman kita..^_^



Friday, August 12, 2011

Kita dan Ramadhan 1432h

Salam ramadhan kareem..

8 Ramadhan 1432h, genaplah usia saya 22tahun. Ada azam baru?
Azam baru sentiasa ada. Jadi soalkan pada diri, telah terlaksanakah azam yang lepas?

Ramadhan sudah memasuki fasa ke-2 yakni fasa pengampunan.
Bagaimana 10hari pada awal ramdhan yang telah berlalu? Berjayakah saya melaluinya dengan penuh penghayatan?

Alhmdulillah, saya dapat merasai Ramadhan pertama di bumi barakah DARUL QURAN. Rindu di tempat itu, sedikit terubat meski tiada lagi teman-teman sebatch yang lain. Meriah melihat keseronokan adik2 baru menyambut Ramadhan pertama di perantauan (DQ je pun).

Hari ini dan esok telah berlalu. Ramadhan sudah menghampiri pertengahan.

Sudah berapa juz tadarus alquran?
Sudah berapa juz iadah alquran?
Cukupkah taraweh skurang2nya 8rakaat di stiap malam?
Terjagakah diri saat malaikat membangunkan diri dari tidur ntk meluahkan rasa pada diari qiamullail..????

Tahniah pada sesiapa yang mampu menjawab soalan di atas dengan cemerlang.

Fasa ke-2 ni pun hanya tinggal lima hari sahaja lagi.

Sebak tiba-tiba... mengapa?
Ramadhan ingin pergi...
Mengapa baru sekarang?

Ya, mungkin agak terlewat. Tapi masih ada masa yang tersisa untuk itu.
Pulun-pulun, jangan tak pulun!

Double, triple kan ibadah!
Sedekah, tilawah Alquran, zikrullah, dan sebagainya.

Ah, meriahnya! ^_^

Jadi tolong ya, jangan hilangkan mood anda dengan mendengar lagu-lagu raya dan sewaktu dengannya.

Tahun ini mungkin yang terakhir buat kita.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.(1)

Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (2)

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.(3)

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.(4)

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (5)

-Surah Alqadr-


Salam Juang dalam mengejar 10 malam terakhir...
Bisakah kita miliki?