salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Sunday, April 19, 2009

kepahitan itu cuma sementara

bismillahhi Allahuakbar

Sebak dia meluahkan rasa meskipun tiada air mata yang mengalir.
" enti dengar x ana cakap ni?" tersentak diri disoal begitu meskipun nadanya tidak sekeras mana. Silap ku juga kerana terlalu menghayati perasaannya, lansung tidak ku sedari ke mana melayangnya fikiran ini.

aiwa, bukan mudah untuk menerima sesuatu takdir yang tidak tejangka oleh otak fikiran.
Tapi, kita boleh belajar untuk menerimanya.
meskipun kita telah ada perancangan yang besar dalam meneruskan hidup.
oh,tidak mengapa... tuhan lebih mengetahui hakikat sesuatu perkara.
Bukankah Dia Maha Bijaksana dan Maha Teliti perancangannya.
Apa yang penting, teruskan usaha.

Sebenarnya, tiap apa yang tertulis dalam penulisan ini, adalah untuk memberi nasihat pada semua yang membaca dan buat Si Penulis sendiri.
Siapa x pernah rasa kecewa???
mungkin ada...tp jumlah x seberapa

terusan mencari kekuatan
anda rasa kecewa krn gagal untuk menyambung pelajaran?
atau mendapat pointer yang tidak sebaik sem yang lepas?
atau ditimbuni dengan assigemnt yg memeningkan kepala?
atau rasa dibebani dengan kerja-kerja dakwah?

dan sebagainya yang tidak mampu untuk disenaraikan..

la takhof..wa la tahzan
INNALLAHHA MA'ANA..
jangan takut,jangan bimbang
Allah tu sentiasa ada bersama kita,cuma persoalkan diri... adakah kita selalu merasa bersama Allah??

ana tinggalkan penulisan ini dengan persoalan itu...


salam musafir di bumi milikNya

Thursday, April 9, 2009

bagaimana keadaan mereka?

bismillahhirrahmanirrahim


"andak, tengok arifah tu. Asyik baca novel je. dah la bru sekola rendah,"adu adik perempuan ku yang berusia 15thn..
"ala, macam dia x baca," adikku yang berusia 9 tahun tika itu, membalas.
Lalu, berbalahlah mereka mengenai novel.
Yup, adik2ku kebanyakan suka membaca. Dari yang seremeh-remeh benda sehinggalah buku2 kepunyaan ku, abang dan kakak2nya yang lain.
Sirah nabawiyah yang hampir setengah jengkal tebalnya dan mempunyai dua jilid, telah dikhatamkan dalam usia yang masih kecil!!!


berbalik pada kisah novel tadi. Secara jujurnya ana tidak gemar bila melihat adik remaja ana membawa pulang novel2 dan teruatamanya kisah cinta yg sudah dapat dijangka pengakhir kisahnya! ana akui,ana pun pernah berminat dengan buku2 yang seperti tu. tapi, bila memeikirkan sebenarnya,banyak lagi buku2 yang lebih berfaedah dari itu, segera ana meletakknnya jauh2.

percaya atau tidak, keadaan ini menyebabkan adik2 ana yang berusia 11 tahun ke bawah turut membaca dan ana cukup merasa takut mereka terpengaruh dengan jalan cerita dan perkataan-perkataan pelik yang wujud dalam bahan bacaan tersebut.


Dengan ketiadaan ana kt rumah kerana menetap di asrama, membuat ana semakin kurang membuat pantauan terhadap bahan bacaan mereka.
sikap mereka yang terlalu gemar membaca membuatkan mereka membaca apa saja termasuk majalah MIDI kepunyaan parents ana.
^____^...

bahaya juga klu terlalu gemar membaca. nk x nk, kne slalu buat pantauan. atau terpaksa sorokkan majalah2 org dewasa dari mereka.

Macam2 karenah. lagi2 bila adik2 ramai sebegitu.
namun, Alhamdulillhhi 'ala kullihal.
skurg2 nya ana punya pengetahuan dn pengalaman tentang kanak-kanak seusia bayi sehingga remaja seusia kakak2 dan abang ana. ^___^



salam tarbiyah menuju Allah...

Saturday, April 4, 2009

04 April n 08 Ramadhan

04 April n 08 Ramadhan...


Salam ukhuwah fiddakwah lillahi ta'la

''sanah helwah ya ukhti''
''hepi bufday ateh''.. Dn pelbagai...
Maka,dr mlm semalam hp ku menerima mesej yg sebegitu.
Mgkn disebabkn ini tahun pertama diri ini m'gunakan telefon bimbit.
Dn mungkin malam ini akan berakhir sgala ucapan hari lahir itu. Cukuplah sekadar meraikan kelahiranku dengan doa. Esok, mgkn tdak lagi menerima ucapan hari lahir itu..dan.. Masa terus berlalu.
Diri ini terus meningkat dewasa.
Namun,doa2 dari yang tersayang, cukup2 ku yakin sentiasa mengiringiku.

Dan..jangka kematian itu, semakin menghampiri.
Mujur juga ia tdak dapat ku lihat,jika tdak,psti aku makin kalut meneruskan hidup yang serba pendek ini.



''apa perasaan along hari ini?'' ahli usrahku,anjang b'tanya. Kelu lidah.
''rendah diri'' sgra anjang menjungkitkn keningnya.
Hairan.
Ya,rasa rendah pd yang Maha Esa krn t'lalu kurg amalan. Sedang kematian itu,bila2 shj datang menjemput.



Sanah helwah ya nafsi.

Tidak perlu menanti tarikh kelahiran yang seterusnya untuk merubah diri. 08 Ramadhan nanti,belum pasti menjanjikan angka 20 buatmu.

Salam tazkiyatunnafs

Thursday, April 2, 2009

menyusuri taman ukhuwah


masya' Allah...
indahnya... (ape yg indah??)
menyelusuri lorong-lorong hidup di taman ukhuwah...

setelah diberi mandat untuk pulang ke rumah masing2(lps exam ari2), kini kembali pulang ke bumi barakah ini semula..
tempat pengajian yang tercinta.

tugas pertama slps cuti apabila sampai ke bumi ini,
pindah bilik...angkut barang yang berkatun-katun banyaknya tu..
lepas ni,bengkak2 le tangan nk mengangkutnya..
dlm perjalanan pulang, (masih dlm ktm), sahabat seperjuangn menghantar mesej, "bila enti nk sampai??..kami angkut naik brg2 enti dulu ye,"..
tersentak ana membaca mesej tu..
sungguh ana benar2 terlupa pada ukhuwah yang wujud di situ
rasa tidak sabar untuk sampai... (berdebar-debar)
tau x knape??.. sbb RINDU pada UKHUWAH itu!!!!!

seusai zohor, baru kaki ini bisa menjejak kembali tempat yg dirindui ini
sunyi..
seperti kosong...
mungkin ramai yang masih belum pulang... agak sebak tiba-tiba..
namun ku tahan rasa... singgah di bilik sahabat yang pulang bersama untuk mengisi perut yang sedia minta diisi..
Alhamdulillah...sudah punya tenaga untuk menjengah bilik lama.. (xmsuk bilik lg)
dalam fikiran, ku bilang2 beg2 dan kotak2 yang perlu diangkut..
berbelas-belas...mungkin..
bilik lamaku sudah bertuan kerana ada selipar di dpn pintu
salam ku beri..dia sedang berehat..rasa gusar jika kehadiranku m'ganggu rehatnya
ya..barang2 ku telah diangkut semua oleh akhawatku..ke tingkat paling atas bilik baruku...masya' Allah..

dan...
hari itu..
ku habiskan dengan m'hubungkan kembali ukhuwah yang masih segar mewangi..
tiga minggu kami terpisah bukan bermakna ukhuwah ini turut lemah
bilik2 baru kami yang diletakkan berjauhan menambahkan lagi keeratan kasih sayang itu...
Alhamdulillah...syukur tuhan..
moga ukhuwah yang wujud ini, menjadi penguat semangat untuk ku meneruskn juang di jalan dakwahMu...



buat semua sahabat seperjuangan,
sri Hira', IQKL, dan SAMTTAJ,
kelas RIFAI'E,
kelas tasme' Darul Salam,
ahli usrah 'Umairatul Mahabbah,
ahli usrah Huurun 'Ein,
dan semua sahabiah ITQAN...

teruskan perjuangn dalam memartabatkan Alquran dan As-sunnah
aplikasikan fardhu muslim dalam diri
mari kita bina kembali daulah islamiyyah yang pernah gemilang satu tika dahulu..
takbir!!! Allahu Akbar!!

salam ukhuwah di jalan dakwah