salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, November 30, 2009

korban terakhir

salam mujahadah fillah...

agak pelik dengan tajuk di atas.

mungkin dalam 1 jam setengah lagi akan berakhirnya hari Raya Haji pada tahun 1430h ini..

maka, suasana di dalam rumah nan riuh ini bertambah gempak dengan laungan takbir dari adik-adik yang comel-comel tu..

memang itu yang diterapkan ummi setiap tahun setiap kali tiba 4 hari raya dalam bulan Zulhijjah..takbir dan takbir dan takbir.. maka bertakbirlah kami adik beradik dengan penuh penghayatan... mungkin agak lucu jika didengari..

tapi itulah yang ummi terapkan di samping menghadirkan rasa kekaguman terhadap pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail....


Pengorbanan???.... apa itu pengorbanan...??

kalau tanya adik lelaki saya yang berumur 5 tahun tu, dia jawab simple je...

"apala andak ni, itu pun tak tau. ala pengorbanan lembu la.. sembelih lembu..."

saya hanya mampu menyeringai melihat reaksinya..

adik laki yang darjah tiga plak, jawab macam ni,..

"macam kisah nabi Ibrahim ngan Ismail. Dia sanggup sembelih anak dia, pastu Allah gantikan dengan biri-biri.."

saya bertanya lagi, " kalaulah ata' ullah kena sembelih anak ata' Ullah, ata' sanggup tak??

dia jawab, "mestilah sanggup kalau Allah yang suruh,"

"ha, sekarang pegi siap solat..." maka dia pun bingkas bangun menuju ke bilik air...

itu jawapan dari adik-adik yang bawah umur kematangan.

tapi realistik gak jawapan-jawapan tu..

Kalau saya yang ditanya tentang makna pengorbanan tu, saya nak jawab apa agaknya ye...



Mari kita berbicara dalam skop sebagai seorang MUSLIM.

Seringnya dalam menjadi pembela agama, kita sering terasa sakit untuk melaksanakan tuntutan syariat yang kita tak biasa atau tak pernah lakukan.

Bercakap memang senang. Berdegang-dengang (kata seorang senior)..

tapi berapa ramai yang berjaya melaksanakan apa yang diperkatakannya...???
bahkan dalam soal ibadah sekalipun...

rasa-rasanya apa yang saya tulis ni, terkeluar dari skop pengorbanan tak...??
terpulang untuk menilai.

mungkin kita merasa sakit untuk berjaga malam
rasa berat untuk meninggalkan kamar peraduan...
walhal malam sebelumnya, kita bergerak kerja untuk Islam..
dan seringnya kita lewat di tikar sejadah setiap kali tibanya waktu solat...
sibuk dengan gerak kerja Islam...

rasanya tidak perlu saya berbicara panjang berkenaan dengan perkara ini...

jadi, buat diri saya khususnya, jua buat tatapan sahabat seperjuangan,
pengorbanan itu sebenarnya, mengajar kita tentang banyak perkara...
kekurangan dan kelemahan diri yang perlu diperbaiki selaku seorang MUSLIM,

renung seketika...

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dulu
katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilatmu masih tidak djaga
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan TV, movie, game dengan alasan nak release tension
katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan Rasulnya
katanya kau seorang pejuang
kau sibuk update isu semasa berbanding Alquran 1 juz sehari
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha
katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding Islam
katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah di hatimu tanpa ada usaha membuangnya
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan
katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu
bukan untuk kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal Qiyamullail
katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sendiri akibat lalai kerana tidak berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding dakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah.
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bahagi antara dakwah dan dunia
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih seperti dulu
dari segala serba serbi.....
jika kau masih mengatakan kau seorang pejuang,
renung-renungkanlah ini untuk dihayati...

salam penyucian jiwa buat diri yang sering alpa....


teruskan mencari diri...

Friday, November 27, 2009

kembali asal



spiritnya jiwa...???
1001 soal mengundang rasa
musykil, pelik dan hairan..
tapi...
hakikatnya inilah
aku meminjam kata dari saudara
berharap moga aura yang kian pudar
dek mehnah tribulasi yang s
makin mancabar
dan menyentak deria ke enamku untuk berfungsi secara tiba-tiba
kembali normal..stabil

harap spiritnya jiwa

membuah smangat baru nan kental
untuk hidup semula..!!!!

jika ku tanya mengapa perjuangan ini pahit,
katakan padaku,
syurga itu ma
nis......




p/s: buat adik bradik seperjuangan yang mengerti, syukran atas segalanya...
doakan diri ini trus tabah hadapi segalanya..

teruskan mencari diri...

Rahsia 13 rukun solat...

Assalamua'laikum wr wb......... ...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai
peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang
baru tahu......





1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita
dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat
meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang
menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di
dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga
al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi
titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita
didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang
Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam
kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.
T..

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu
sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat.. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu
" FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang
perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka
yang memberi manafa'at kepada manusia
lain...


teruskan mencari diri...

Thursday, November 26, 2009

salam 'eidul Adha




macam biasa..
semua telah pun ada di rumah pada saat-saat seperti ini meskipun tidak cukup sorang...

tapi.. la ba's..
perjuangan menuntut 1001 pengorbanan..
bahkan lebih dari itu..

buat adik-adik yang masih belum selesai dalam mmenempuhi perjuangan dalam perang SPM, truskan usaha adik-adik..
buat yang terbaik
apa yang penting, smua yang dilakukn, pastikan benar-benar kerana Allah


sedikit perkongsian pengalaman raya haji pada tahun lepas...

subhanallah..!!
abah ditaklifkan untuk menyembelih beberapa ekor lembu daripada berbelas-belas ekor lembu yang sedia untuk dikorbankan..

saya merasa bahagia melihat abah menyembelih lembu dengan penuh yakin..
dan lembu-lembu tersebut, pergi dengan keadaan yang aman..

yang saya nampak tentang abah sewaktu proses penyembelihan sedang berjalan, baik-baik belaka..
saya je kot yang tak baik sebab saya berada di celah kaum muslimiin ditemani dengan adik-adik lelaki saya..
kaum perempuan yang lain, sedang sibuk menyiapkn makanan untuk menjamu para hadirin

untuk lembu yang terakhir yang ditaklifkan pada abah untuk disembelih,
saya tidak melihat abah.
walhal jarak lembu yang sebelum itu, tidak jauh dengan lembu yang akhir ini.
saat-saat lembu itu disembelih, ia meronta tiba-tiba.
isy..dia berjaya bangun...hampir semua orang yang berda di situ lari...
termasuk saya

abah di mana???..
saya meronta di dalam hati
lalu saya berjalan masuk ke dalam masjid..
di luar masjid kelihatan abah sedang mambasuh pisau sembelihannya...
kemudian abah berjalan tenang menuju ke tempat sembelihan..

apa yang berlaku..
saya geleng kepala dan angguk sendiri..

rupanya, ada yang yang tak puas hati ngan abah sebab banyak sangat lembu yang ditaklifkan pada abah.
walhal ramai lagi yang baru dapat sijil kursus sembelih
saya geleng kepala lagi........

saya dikhabarkn oleh adik lelaki saya bahawa lembu yang terakhir itu disembelih sebanyak dua kali...
katanya, kali pertama sembelih, urat tak putus..

sejauh mana kesahihannya... wallahu a'lam..

moga, kisah ini tidak berulang lagi...
sian dengan abah.. ksian gak ngan lembu-lembu yang akan menjadi mangsa keadaan..
bersyukur sangatlah lembu-lembu tu sedia dikorbankan,
kalau mereka tahu ada konflik yang berlaku disebabkan pengorbanan mreka,
pasti mereka akan tarik diri...
ermm...pikir-pikirla sendiri






teruskan mencari diri...

Tuesday, November 17, 2009

ujian?? nikmat?? istidraj?? ask ourself..

jalan-jalan...da masuk bulan 12 rupanya..
saya garu kepala..
sem ini sudah menginjak ke bulan yang kedua

apa khabar dengan result sem 3 yang baru klua semalam??
apa-apa pun, tahniah dan takziah.
kalau yang dapat result yang agak merudum, mari kita sama-sama muhasabah diri...
Tuhan beri ujian beserta dengan beribu-ribu hikmahNya.
carilah hikmah tu..




kepada yang dapat result cemerlang gemilang dan terbilang,
berbanggalah dengan keputusan anda....!!!
itulah usaha yang selama ini telah anda lakukan demi meraih keputusan yang sebegitu rupa...
tahniah..
tahniah..


jap..jap..
cuba tengok balik result yang dirasakan cemerlang tu..
mai muhasabah sat..

(renungan bersama)
ermm...pelik..
aku ni banyak buat masalah..
masalah hati
masalah ibadah
masalah akhlaq....dan sebagainya..

masalah hati tu plak, boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian..
masalah hati ngan orang??
ada..ada..
ngan lelaki??
atau perempuan???...
pun ada...
dengan Tuhan??...
isk3... tu yang aku pelik tu..
gane lah Allah boleh bagi aku result yang gempak2 gini.....
(mujur jika anda mempunyai detik hati sedemikian...jika tidak???....)

walau apa juapun keputusan yang diterima, renung-renung dan muhasabahlah diri..
tak perlu dok menunding jari pada yang lain..

mungkin...gagal itu satu nikmat
mungkin jua... satu ujian atau balasan
mungkin...kecemerlangan itu satu hadiah...
tapi, perlu ingat...
ia adalah nikmat atau istidraj dari Tuhan untuk buat kita semakin lupa dan hanyut...???

tepuk dada tanya iman...saya tak berhak menilai orang lain..
nilailah diri anda sendiri..
sama-sama kita perbaiki diri..
wallahu a'alam..

p/s:ada sesuatu yang nak dikongsikan, tetapi pendrive hilang. Insya' Allah di masa lain jika umur panjang..


teruskan mencari diri...

Wednesday, November 4, 2009

ini kisah kami... (bukan versi upin ipin)

ini mia, dia ni pandai speaking. tapi dia tak suka menunjuk-nunjuk. jadi tak de sape la yang tahu kelebihannya tu.
ia cuma disedari apabila setiap kali exam, pointer B.I nyer, 4.0 memanjang..
smua orang jadi musykil.
walhal apa yang orang nampak, dia ni tak habis-habis dok praktis cakap guna bahasa melayu yang pelik-pelik.. (eh, silap..bahasa yang tinggi-tinggi)
"cepatla ajar ana buat ayat yang bombastik sket. jangan enti memperhibolakan ana sudah,"... tergelak beso dengar...

ini pula kami panggil dia ama. musykil sungguh ngan dia ni. apa entah yang dimusykilkan.. isk3.. kabur nak tulis apa..

eh, apa beza ye mufassol ngan mujmal tuu..??
tu termasuk dalam nas ke zahir.. geleng kepala (eh, mana boleh gerak la)

"tak print lagi kerja yang exco mintak aritu..isk3 aku ni sibuk je memanjang...

tak pela, lepas ni, kena arrange jadual betul-betul. ni belum masuk sem 6 lagi..
nanti, kluaq pekan pi beli magic whitebord. ha, besa sket tulisan dia.
bangun-bangun tidur terus nampak.

kalau nak senang bangun qiam pun, mungkin bole guna cara tu.
bukan tidur betul-betul pun, tidur-tidur ayam je.

----------------------------------------------------------

"assalamualaikum warahmatullah...
eh, dah habis??
uik, apsal orang sebelah ni tambah rakaat..??
alamak, aku pun masbuk tadi...
isk3.. tapi da bagi salam.

smaye mulo deh..

senang-senang je syaitan bawa kita round-round dalam solat..

asstaghfirullah hal 'azim..

solat itu tiang agama.
solat itu juga mencegah si pelaku dari melakukan perkara mungkar.
tapi, kenapa walaupun orang tu solat, tapi masih buat maksiat???...

mungkin, beginilah gamaknya solat yang terhasil..
hati tak hadir sebab syaitan bawak pi jalan-jalan..



ya Allah yang membolak-balikkan hati
tetapkanlah kami dalam agamaMu,
dan ketaatan pada pada Mu,
jua thabat pada jalan MU...
ameen ya rabbal alameen...

teruskan mencari diri...

Saturday, October 31, 2009

mengintai huffaz masa kini

semakin hari, semakin ramai hafiz yang dilahirkan,
tapi sejauh mana para huffaz ini berperanan dalam mendidik masyarakat agar menjadikan Islam itu sebagai suatu cara hidup...??

Ingat senang ke jadi hafiz/hafizah ni??
so, pada sesiapa yang terasa ingin menjadi huffazul quran, fikir-fikirkanlah baik-baik..

AWAS!!! ini bukan artikel untuk menghasut..!!!
tapi nak ajak kita semua berfikir.
semakin banyak maahad tahfiz yang diwujudkan bagi menambah lagi kuantiti para huffaz di malaysia.
malah ada di antara maahad tahfiz yang bernaung di bawah kerajaan bagi menunjukkan betapa kerajaan pun turut berbangga untuk melahirkan para huffaz...

maka, kuantitinya pun bertambah dan terus bertambah.

lalu saya pun berjalan-jalan meneroka dunia masa kini demi mencari huffaz yang telah dilahirkan untuk sama-sama berperanan dalam memartabatkan kembali agama Islam yang semakin dipandang lekeh.

jalan-jalan..
masih tidak ketemu.
mungkin ada di kalangan yang saya temui itu adalah para huffaz, tapi saya tidak berjaya menemui mereka mungkin kerana penampilan yang mengaburi mata.
ingin menjadi orang biasa. berfikrah biasa.


kuantiti para huffaz semakin bertambah,
tetapi mengapa sedikit sekali kualiti yang terhasil hasil dari kuantiti yang sangat banyak itu??

duhai para huffaz masa kini..!!!
ke mana kalian menghilang diri
sudah selesaikah semua tanggungjawab yang sedia tergalas??

saya menafsir diri
mengapa mereka memilih untuk menjadi pembawa Alquran??
telah benar-benar bersediakah diri?

sekali lagi..
INI BUKAN CATATAN UNTUK MENGHASUT>>>...
tapi mahu mengajak semua untuk berfikir di luar kotak.

andai benar-benar konfiden dengan tujuan menghafal Alquran adalah kerana ingin memelihara kalam Allah lantas lansung memartabatkannya,.. silakanlah..
moga niat baik itu menjadi platform mudah untuk kita benar-benar berperanan sebagai huffazul quran masa kini.

salam tazkiyatunnafs


teruskan mencari diri...

Wednesday, October 28, 2009

Buat diri yang lemah ini, jua teman seperjuangku

Di saat-saat sem baru bermula, dan sepatutnya langkah yang penuh dengan keyakinan diaturkan demi memacu diri untuk menjadi lebih baik dari yang lepas, tiba-tiba Tuhan menghadiahkan kita dengan ujian...

Masalah Alquran..serasa payah beno nk dpt 2mqra' tu..
Dan dihadiahkan lagi dengan taklifat-taklifat sebagai koordinator program, perwakilan semester dan sbagainya.

Tiba-tiba pandangan mata saya, tertancap pada tulisan di whiteboard kecil di tepi meja belajar..

''putus asa di tengah jalan adalah kerana kesilapan pada titik permulaan..''
Apakah itu titik permulaan? ..pernah seorang teman bertanyakan tentang itu.

Ya,.. Itulah nawaitu. Niat yang dipasak sebelum melakukan sesuatu. Sucikah niat itu dari sebarang unsur-unsur ghurur. Terkesima seketika. Saya suka membicarakan soal hati kerana hatilah punca segalanya..

Buat teman-teman yang masih gagah melangkah meneruskn perjuangan, istiqamahlah dan thabatkan diri di jalan nan suci itu. Andai kalian merasa ingin jatuh atau teruji, renung-renungkanlah kata-kata ini..

'bayangkan seseorang yang hampir futhur dari melaksanakn kerja-kerja islam,lantas cuba melawan keletihan dan kebosanan itu, dengan bermonolog pada dirinya, aku telah menyerahkan dri sepenuhnya kepad Allah.. Sluruh tulang belulangku adalah hak mutlak Allah..
_Siiru 'ala barakatillah_

teruskan mencari diri...

Wednesday, October 21, 2009

ujian yang paling getir...

Baru masuk awal sem 4, dah nak cakap pasal ujian. Ujian apa lagi ni? Bukan baru habis final exam untuk sem 3 ke? Saya geleng kepala… isk3.. pening.. orang baru nak relaks sket. Yela, baru awal sem, apa yang nak kalut-kalut. Saya pandang tingkap lut gelap, tengok diri. Bengang. “Tak sedar diri lagi aku ni rupanya,” rungutku dalam hati. Awal sem 2 dulu, bolehla kalau nak fikir macam tu. Ni dah sem 4 cik kak oi.. da kena pandai urus diri dengan jadual. Bukan setakat jadual harian bangun, mandi, gi kelas dan sebagainya. Tapi perencanaan hidup. Pelaksanaan untuk hari ini dan hari-hari yang seterusnya.

Yap, itulah ujian yang paling sakit dan seringnya kita tidak sedar bahawa kita sedang diuji. Nikmat senang dan masa lapang. Lalu kita menunggu saat-saat sempit untuk menghadirkan hati dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sebab tulah, awal sem ramai pelajar banyak buang masa! Kelas pun belum konsisten lagi jadualnya. Kononla nampak macam rilek je. Datang program tu program ni, terus gapah mengatur diri. Stress, tekanan jiwa dan pelbagai lagi. Silap siapa? Saya la yang silap. Lupa 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Ah, bukan tak ingat, malas nak praktik ja. Saya gelakkan diri sendiri. Perli.

So, by the now, learn from ur experience. Don’t repeat ur failure again. Remember this, dakwah dan pelajaran, bukan seperti jongkang-jongket. Memang bukan pun, tapi kita yang dop sedar diri tu dah besar, tu yang asyik nak main jongkang-jongket. So, start from now, do ur own plan!!

1. Muhasabah diri
2. Tajdid wa islahkan nawaitu
3. Study smart (alquran dan akademik seiring sejalan)
4. Banyakkan membaca (pelbagaikan jenis bahan bacaan)
5. Komit program
6. Sedia untuk ditarbiyah!!
7. Jangan lupa tanggungjawab sebagai:
- Hamba Allah s.w.t
- Anak yang soleh buat umi n abah
- Pelajar (sampai bila-bila pn kena belajar)
- Jawatan2 yang telah diamanahkn (klu ada)
- Dai’e
- Naqib (gerakkan usrah)
- Qudwah hasanah buat masyarakat sekeliling


Wallahhu a’lam. Let’s check out ourself…!!!

izinkan aku sekadar menjadi pemerhati

Izinkan aku sekadar menjadi pemerhati
Pada setiap kekalutan yang teserlah
Maka biarkan aku sekadar bersembunyi
Di balik kesunyian yang samar-samar warnanya itu
Untuk terus memerhati

Pada bicara penuh makna
Aku lebih selesa berdiam diri
Menjadi pendengar setia
Jua pada tingkah semangat bersatu
Aku lebih selesa menjadi pengikut
Berkongsi kesatuan itu

Mungkin pada tinta yang tertulis ini
Adalah hasil dari setiap pemerhatian yang ku lakukan
Kerana aku lebih selesa menjadi pemerhati
Dari bicara padu penuh dusta
Atau gerak langkah padu penuh sumbang
Dan biarlah aku di sini
Terus memerhati dan mencari
Erti sebenar tujuan aku sekadar menjadi pemerhati..!!!


Aura_insani
130809


teruskan mencari diri...

Tuesday, September 22, 2009

beruntunglah bagi mereka yang asing...!!!

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT:

“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]

Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,

“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Tooba lil Ghurabaa’!

Firman Allah SWT:

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]

Allah SWT juga menyebut:

”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)”
[Yusuf 12: 103]

Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”
[al-Maa’idah 5: 49]

Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran:

“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur”
[Yusuf 12: 38]

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.

Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
www.iluvislam.com

Tuhan, pimpin dia pulang...

entah kali ke berapa..
dia trus mengkritik diri..

"apa nak jadi ngan hang ni?
awat hang jadi lagu ni..." sebak tiba-tiba..

"Tuhan, benarkah ini diriku..."
"Ya Allah.. longlainya diri ini..."
dia menangis lagi.

ah, dia benci dengan tangisan itu.
HIPOKRIT!!! kau HIPOKRIT!!!

Dia trus hiba. Menangis dalam rentak lagu yang tidak pasti. kasar.
terasa benci sungguh pada dirinya. tapi, salah siapa...???

sudah berminggu-minggu dia menghidap penyakit itu. Ah, dia tidak tahan..!!!
stiap kali dalam solatnya, saat dia membaca Alfatihah, dan sampai pada ayat "Ihdinassirotol mustaqim..." pasti dia perlu mengulanginya. berkali-kali.
ayat itu gagal dihayati dan diselaminya. mahu saja dia berteriak menangis dalam solatnya itu. Tapi...hanya Allah yang Maha Tahu..

terasa bagai terlalu keras hatinya.

Duhai Insan, Ramadhan baru saja berlalu. Inikah impak terbesar yang kau berjaya perolehi darinya??... hatinya bagai memperli.

Ah.. dia tersedu keras. "Tuhan, nikmat itu tidak bisa ku nikmati..." air matanya menderu laju mengalir lalu di bibir keringnya.

"ya Allah...."
"ya Fattah...bukakanlah pintu hati ini.."
"ya Wadud.. kasihanilah diri ini.."
"ya Jabbar..ya Qahhar..temaniku unuk pulang ke jalanMu..."

perlahan suaranya merayu. Dia sudah terlalu lelah dalam episod kehidupan yang penuh tipu daya yang menyesatkan... Dia mahu tenang. Tenang bersamanya. Dia mahu manis, dalam meneguk cintaNya...
tapi..
Jalan derita ini yang terbentang untuknya. sedang dia berasa tidak cukup kuat..!!!

dan itulah yang diulanginya setiap kali dia ingat.

"pagi ku ingat..petang ku alpa...begitula silih berganti...
oh tuhanku, kau pimpinlah diri ini, yang mendamba cintaMu,
aku lemah, aku jahil... tanpa pimpinan dariMu.."

buat diri yang masih terleka, ingat lima perkara sebelum datang lima perkara..
paling penting dan sering dilaghokan,
sihat sebelum sakit!
lapang sebelum sempit!

Ya Allah Ya tuhanku.. andainya derita yang dilalui itu adalah salah satu wasilah untuk mndekatiMu,..maka bantulah aku Ya Allah. bantu aku untuk terus kuat hadapi segala kemungkinan.. masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang bersabar..
ameen..






teruskan mencari diri...

Saturday, September 19, 2009

Tahun ini...

jam sudah menunjukkan angka 3.30 petang..
tren lewat 1 jam dari waktu yang dijanjikan. entah bila kualiti perkhidmatan ktm ini akan diperbaiki...aku mengomel sendirian
syukurlah...sekurang-kurangnya ada juga pengangkutan untuk ku pulang ke rumah.

jam 4.10 aku tiba di rumah. angah yang mengambilku. sebelum ini, jika berkesempatan, uda yang sering mengambil ku dari ktm shah alam itu. sengaja petang itu aku memilih untuk tidak berjalan kaki sampai ke rumah. mungkin keadaan kesihatan yang kurang memberansangkan membuat aku tidak bersemangat.

seusai asar, juadah untuk berbuka dimasak bersama sementara menanti adik-beradik lain pulang dari asrama dan kampus.

" Alqamah tak sampai lagi?"umi bertanya tiba-tiba.

" erm... tak nampak batang hidung pun. bukan dia balik ngan budak-budak ni ke? siap 2 trip lg tu. budak-budak yang baliknya dua ketul je," aku tergelak kecil mendengar jawapan dari adikku yang berada di tahun lima itu.

yup, alqamah masih belum pulang.mungkin dia solat dan beriktikaf di masjid negeri. Afifah pun masih belum tiba. katanya ingin pulang hari ini. tapi baru sebentar tadi k.long memberitahu yang afifah ada group discussion petang itu.

erm,...siapa lagi yang belum pulang ya.

"siapa lagi yang belum sampai?" suara umi menerjah pedengaranku.
semua saling berpandangan.

Tahun ini adik beradikku tidak cukup seorang. Uda,abangku yang satu itu baru berlepas ke mesir pada 2 september yang lepas. beraya di sanala gamaknya.
memang terasa berlainan dengan ketiadaannya meskipun dia tidaklah serapat mana denganku.

tahun ini,...

"anjang tolong pi beli santan,"

"angah tolong carikan lapik meja kat kedai depan tu,"

"ambil bubur lambuk belakang masjid,"

semuanya diuruskan oleh kakak2 dan adik2 perempuan ku. adik lelakiku alqamah lebih gemar menghabiskan masanya di masjid atau di kebun roselle nya.

agak kekok. biasanya uda yang akan menguruskan barang2 yang perlu dibeli atau kerja-kerja di luar rumah.

tahun ni juga,... tak dapat rasa duit raya dari uda. biasanya dia akan menghulurkan sekurang2nya rm10 pada adik-beradikknya. hasil gaji imam tarawih.

tapi...tahun ni, dia tidak ada di sisi untuk meraikan 'eidul fitri ini bersama-sama..

tak mengapa..dia ke sana meneruskan perjuangan yang tak pernah sudah sebagai seorang insan.

jika uda terbaca catatan ini, Selamat Menyambut hari Raya Aidilfitri ku ucapkan. Maaf zahir dan batin. moga Allah memelihara uda di sana.


SALAM 'EID MUBARAK...

teruskan mencari diri...

Wednesday, September 16, 2009

yang terakhir untuk kali ini..

Assalamualaikum. Ya, masih ada lagi ramadhan yang berbaki. Maka yang tinggal sdikit itulah yang mesti kita gunakan dengan sbaiknya. Tetapi biasanya di saat2 begini, ramai yang lebih sibuk mencari kprluan ntk b'hari raya. Kueh raya,baju raya dn sbginya. Tdak kurang juga ada yang m'hayati lagu2 raya smbil mnangis.

Walauapapn tndakn kita, Ramadhan ttap akan pergi. Meninggalkn kita smua. Tetapi, adakah dgn pmrgian Ramadhan kali ini akan mninggalkn natijah yang baik atau tdak pada diri kita.

Madrasah Ramadhan. Smoga tarbiyah yg dperolehi dlm ramadhan kali ini m'beri kesan pd dri ini sampai ke hujung nyawa.


teruskan mencari diri...

Saturday, September 5, 2009

syukur Tuhan!!!

Dia menyandar pada dinding batu penuh kelelahan. Dia rimas. Serabut. Keadaan seperti itu sering menimbulkan sangkaan yang buruk pada Tuhan. Lebih teruk pabila dia merasakan tidak lagi punya tempat meluah apa yang terbuku.

Ah, dia rimas.. dia ingin jadi dirinya yang dulu. Saat itu sukar sekali kekurangannya dilihat oleh mata kasar manusia biasa. Lalu membuat dia diterima oleh insan di sekelilingnya. Tapi itu dulu.

Dia sekarang bukan lagi seperti dulu. Ada yang menerima kekurangannya dirinya, tidak kurang juga yang rajin memberi kritikan-kritikan yang sering membuat dia ingin jatuh.

Ah, dia benci. Mengapa dia dikenali? Dia hanya mahu jadi orang hebat di sebalik kain langsir. Dia tidak mahu dikenali. Cukup dia saja yang mengenali dirinya. Tapi sebaliknya yang berlaku.

Sejak itu, dia memencilkan diri. Menjauh. Dia tidak mahu lagi wujud di hadapan khalayak dan dikenali. Dia benci. Dia bukan insan yang baik dan maksum seperti nabi. Dan di kamarnyalah dia lebih banyak sendiri. Di situlah, tidurnya, ibadahnya dan segala apa yang bisa dilakukan di dalam kamar yang tidak sebesar mana itu.

Dia jatuh sakit tiba-tiba. Masanya banyak terhabis di atas tilam nan sederhana empuknya. Sering air matanya tumpah. “temanku di mana… aku ingin berbicara dengan mereka..” dia menangis lagi.

Mujur dia hidup di dalam suasana yang masih punya insan-insan yang peka terhadap keadaan sekeliling.

“dia di mana? Sudah jarang ku lihat dirinya…”

“dia sakitkah?”

“mengapa tidak lagi ku dengar suaranya berbicara…”

Dia menangis pabila melihat kamarnya yang sering sepi itu, dipenuhi teman-teman yang ditinggalkannya. Dia benar-benar tidak berdaya. Air sembahyangnya pun turut dibantu oleh teman-teman. Dia menangis lagi.

Mereka tidak kekok menyuapkannya makanan. Membersihkan tubuhnya dan berbagai lagi yang tidak mampu diungkapkan.

“tuhan, masih ada lagi insan seperti mereka… tapi mengapa bukan aku yang berada di kalangan mereka…???

“bangun ya. Ateh kena kuat lawan keasakitan. Tuhan mahu melihat sejauh mana kekuatan ateh mengharungi sakit ini,…

Air matanya tumpah lagi…

Tuhan….!!! Aku mahu berubah… betapa besarnya kesilapan langkah yang ku atur ini..

Sejak itu, dia semakin jarang temui…. Di kamarnya…

Tidurnya sudah tidak tentu lagi. Begitu juga makan minumnya. Tapi, dia tidak lagi sakit seperti yang lepas itu.

Dia bahagia dalam kesibukan dan perjuangan.

Satu perkara yang benar-benar merubah dirinya,

Utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia yang tidak pernah memberi kesan apa-apa pada kita sebenarnya…

Dia sujud keharuan. Syukur Tuhan, kau bawa ku pulang….

-aura_insani- 040909
teruskan mencari diri...

Friday, August 21, 2009

pada konvokesyen Darul Quran yang lalu...

Harapan ummi abah...
buat yang terbaik kt mesir nanti
Insya' Allah
konvokesyen Akhi yang lalu....





2 september beliau akan berangkat ke mesir... insya' Allah


belajar sungguh2 duhai adik-adikku,
kelak langkah abangmu pasti kau jejaki...
insya' Allah... biiznillah












teruskan mencari diri...

Ramadhan kali ini...




sudah masuk hari yang pertama Ramadhan kareem
moga Ramadhan kali ini bisa menjadi madrasah yang terbaik untuk mengislahkan diri ini
teringat pada sebuah puisi hasil tulisan imam-imam sufi
seperti menjentik batang hidung sendiri...

ambil, amal dan sampaikan....


aku hairan kepada orang yang berkata
"aku ingat tuhanku"
apakah aku lupa
lalu aku mengingati apa yang ku lupakan
aku mati apabila mengingatiMu
kemudian aku hidup
kalaulah bukan kerana baik sangkaanku
pastilah aku tidak hidup
maka aku hidup dengan harapan
dan aku mati membawa kerinduan
maka berapa kali aku hidup kerana Engkau
dan berapa kali aku mati
aku meneguk cinta
segelas demi segelas
minuman tidak habisnya
dan aku tidak puas
mudah-mudahan khayalan itu
berada di kelopak mataku
kalaulah pandangan mataku pendek
pastilah mataku buta

_ulama' Sufi_


teruskan mencari diri...

Monday, August 17, 2009

Tuhan lebih mengerti...!!!

hari-hari sakit
kalau pagi sihat, malam sakit
kalau pagi sakit, malam sihat

then bila ada mood untuk melakukan sesuatu, tak sampai beberapa jam boleh hilang
kadang-kadang tak sampai berapa minit pun..

saya melihat kalendar yang tercatat program-program yang akan dan perlu saya lakukan sepanjang bulan ini..
beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma
sudah terlaksanakah apa yang dierencanakan sepanjang bulan syaaban ini?

di dalam bulan ini sahaja, entah berapa kali tuhan mengurniakan kejatuhan pada saya...
kejatuhan yang hampir membuat saya rasa futur terhadap tanggungjawab dan tugas yang perlu saya pikul
berkali-kali menangis..
sakit jiwa
tertanya-tanya pada takdir, "memang beginikah catatan takdir untuk hidupku??"
namun, bukankah Tuhan itu maha Pengasih??...
di saat saya merasa terjatuh itulah Dia mewasilahkan pada saya sahabat-sahabat yang mengerti tentang erti perjuangan meskipun tidak ramai

Hidup ini umpama roda.. percayalah...
tak percaya gak?...kena percaya jugak..

hari itu saya merasa bersemangat untuk terus berjuang, tetapi saya perlu bersedia untuk merasa lemah
hari itu saya merasa bahagia untuk meneruskan hidup, tetapi saya perlu bersedia untuk kecewa dan hampa untuk terus hidup..
andainya saya tidak bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan, saya akan mudah berasa lemah dan jatuh!!!

tetapi... cuba renung-renung kembali..
mengapa Allah menjatuhkan dirimu saat engkau merasa ingin naik??

adakah naiknya dirimu itu beserta dengan kedekatan pada Allah?
adakah kau meyakini bahawa naikmu itu adalah satu nikmat dari Allah?

mungkin...kita sudah terlalu jauh menyimpang meskipun kita merasakan kita masih berada di atas landasan perjuangan..
mungkin..perjuangan itu kerana nama, pangkat atau segalanya..
dan mungkin keikhlasan yang kerana Allah yang pernah diniatkan dulu, telah pudar tenggelam bersama keangkuhan dan kebiadaban kita sebagai seorang hamba!!!

jangan hipokrit dalam berjuang!!!
Tuhan lebih mengetahui akan siapa dirimu..

ikhlas itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di waktu malam yang kelam...







teruskan mencari diri...

wanita as a covergirl

saya tertarik dengan artikel..
saya copy dari iluvislam untuk renungan bersama khususnya para muslimat..


Perlukah Begitu?
www.iluvislam.com
Oleh: UmmuHusna
Editor: NuurZaffan


Saya suka membaca. Salah satu bahan bacaan yang menjadi pilihan saya ialah majalah-majalah yang banyak terdapat di pasaran baik bertema kewanitaan, kekeluargaan, keibubapaan, majalah kanak-kanak, hiasan dalaman hinggalah resepi-resepi masakan.

Banyak yang telah saya beli dan baca kerana tidak dinafikan kandungan di dalamnya sangat infomatif, mendidik dan menambah ilmu di dada.

Pembahagian topik-topik diselarikan dengan sesuatu isu setiap bulan keluaran. Sebagai contoh, majalah bercorak kewanitaan, kebanyakannya menumpu kepada gaya hidup, hobi, fesyen, kecantikan, rawatan, motivasi, resepi dapur dan banyak lagi. Manakala majalah bertema kekeluargaan dan keibubapaan pula turut memapar pelbagai maklumat menarik mengenai tip-tip ibu bapa cemerlang, penjagaan bayi, mendidik anak-anak, masalah kesihatan dan sebagainya.

Ditambah, corak persembahan yang menggunakan kertas berkualiti dengan hebahan tajuk-tajuk terkini di sekitar kehidupan bermasyarakat, sangat berguna dan bermanfaat untuk diaplikasikan pula dalam kehidupan saya dan keluarga.


KULIT DEPAN

" As, cuba tengok ni, " pinta suami ketika saya sedang melipat baju dan kain. Saya bangun lalu menuju ke arahnya.

" Cuba As nilai melalui kacamata seorang perempuan. Cantik tak ‘cover' buku abang ni?' suami bertanya meminta pandangan saya terhadap kulit buku baru bertajuk ‘untukmu wanita' yang sedang dalam pembikinan.

" Cantik..kena betul dengan wajah penulisnya yang berbaju coklat kemerahan," jawab saya sambil tersenyum mengusik.

Hati terpikat melihat warna kulit buku yang terpapar di skrin komputer. Merah hati yang berhias kembangan bunga mawar merah darah, dan diserikan pula dengan bait-bait puitis khusus buat wanita solehah.

Saya maklum mengapa suami sangat mengambil berat penampilan kulit luaran bukunya itu. Saya percaya bukan suami seorang sahaja. Rata-rata, kebanyakan penulis juga begitu.

Kerana itu, seseorang penulis yang menyerahkan hasil tulisannya, sangat berharap agar bukunya yang bakal terbit tidak hanya elok dan betul susunan bahasanya, teliti dalam pengeditan salah eja dan garapan isi kandungannya, tetapi turut juga dipersembahkan dengan kulit luar atau cover yang akan mampu menarik seramai mungkin bakal pembeli yang membaca buku tersebut berikutnya.


PERLUKAH BEGINI ?

Sebagaimana penulis dan pengeluar buku yang mengambil berat tentang cover buku, demikian juga halnya bagi pengusaha majalah-majalah tempatan yang wujud di Malaysia. Termasuklah majalah-majalah bertema agama.

Namun, dalam asyik membelek dan membaca input-input yang banyak di dalam majalah yang ada, hati saya tidak boleh tidak pasti tertanya-tanya tentang hal yang satu ini. Tentang keperluan sesuatu majalah terutama yang dikatakan bercorak keislaman menampilkan seorang wanita sebagai penghias kulit depan. Bak kata orang sekarang, sebagai covergirl pelaris jualan. Perlukah ?

Adakah kerana ingin memberi penampilan berbeza dan lebih bersifat alternatif terhadap lambakan majalah-majalah yang menjadikan wanita tanpa menutup aurat sebagai penghiasnya, maka ditampilkan pula wajah-wajah indah wanita menutup aurat dan berbusana Muslimah ? Dengan kata lain, pihak penerbit mahu mengatakan, beginilah majalah yang islamik sepatutnya diketengahkan.

Atau, kerana tujuan untuk berdakwah ? Terutama saya maklum ada beberapa majalah yang menjadikan selebriti dan artis yang tidak menutup aurat sebagai cover depan majalah mereka. Artis dan selebriti ini dipakaikan pakaian yang sopan menutup aurat sebagai satu ajakan halus dan lembut, agar mudah-mudahan suatu hari kelak mereka akan terbuka hati dan tampil di khalayak umum dengan penampilan seorang Muslimah sebenar.


MUDARAT DAN MANFAAT

"Isu ini ada mudarat dan manfaat sekaligus. Jadi, untuk menentukan sikap yang tepat, pertimbangan teliti lagi adil terhadap kedua-dua aspek ini mesti dilaksanakan. Penilaian pula mesti dilakukan oleh para ilmuan Islam yang berwibawa, " tegas suami bila saya mengajukan persoalan ini.

"Namun, kebimbangan hari ini adalah pihak penerbit dan pasukan jualannya sendiri yang menilai, dan bukan dari ilmuan Islam yang kefahamannya berpaksikan hukum yang telah ditetapkan. Tatkala itu sudah tentu keputusan yang berdasarkan memberi ‘manfaat lebih besar' lalu menyebelahi pihak penerbit, tetapi sebenarnya tidak menyebelahi hukum Islam, " tambah suami lagi.

Dalam hal ini saya terfikir, adakah proses ini sudah dijalankan oleh pihak penerbit majalah dan buku?


DAKWAH ITU PERLU

Saya tidak menafikan kepentingan berdakwah kepada golongan artis seperti mereka. Juga jauh sekali dari berprasangaka, bahawa penampilan mereka ini tidak lain sebagai rencah pelaris untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya. Semoga Allah memelihara hati saya dari bisikan jahat sebegitu.

Peringatan Allah mengenai larangan mencela sesuatu golongan, kemas tersemat sebagai panduan. Saya sedar dan yakin, setiap orang memiliki sisi kebaikan yang boleh dicontohi oleh orang lain. Golongan selebriti dan artis seperti mereka tidak terkecuali. Justeru, mengenengahkan kisah-kisah kebaikan seseorang artis yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca sangat dialu-alukan. Saya menyokong usaha-usaha ke arah itu. Sementelah pula, pakaian menutup aurat dan sopan bukanlah hak milik eksklusif golongan tertentu semata-mata. Ia adalah pakaian semua Muslimah yang beriman kepada Allah sebagai Tuhan yang sewajarnya disembah dan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah kepada sekelian umat.

Akan tetapi, menurut penilaian saya (walau berbeza dengan orang lain), tidak perlu artis dan selebriti ini tampil sebagai muka depan, cukup sekadar memaparkan sekeping dua gambar yang sopan dan menutup aurat di bahagian dalam majalah dengan diiringi cerita-cerita tentang kebaikan dalam diri mereka yang boleh dicontohi semua. Ubah penampilan mereka yang selama ini mengundang nafsu dan dosa kepada sesuatu yang boleh melahirkan taqwa dan iman kepadaNya.


MENGAPA SIBUK ?

Saya tidak berniat mahu menyibuk-nyibuk dan menganggu keputusan mana-mana majalah yang ada di pasaran. Bukan juga mahu mendabik dada, pandangan saya adalah yang terbaik. Bukan. Semuanya bertitiktolak atas kesedaran dan keinsafan, bahawa ramainya wanita menghuni neraka sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Baginda junjungan.

Jiwa ini sering bimbang. Jiwa ini selalu menangis, andai diri ini salah seorang yang disebut-sebut nabi sebagai bahan bakar api yang marak menyala, kerana culas menjalankan perintahNya.

Nauzubillahiminzaalik!

Dan salah satu penyebabnya ialah kerana aurat yang tidak ditutup sempurna. Penampilan diri yang mempesona. Mengundang panahan syaitan kepada lelaki-lelaki di luar sana. Penyebab keruntuhan sesebuah rumahtangga dan banyak lagi kerosakan yang lahir dari wanita di akhir usia dunia.


JIWA MEMBERONTAK

Jiwa saya menjadi semakin memberontak, apabila melihat wajah-wajah wanita bertudung litup yang menghiasai majalah, turut disaluti solekan tebal untuk tayangan umum, persis seorang artis bukan Islam.

Lebih bimbang apabila hanya wajah-wajah yang dikira menarik sahaja akan dipilih. Mengapa ?

Kita bimbang, para lelaki termasuk yang sudah bergelar suami akan rambang mata membandingkan isterinya dengan wajah-wajah yang dipaparkan. Ya, wajah-wajah terpilih dari jutaan wanita, tentunya akan menyebabkan isteri-isteri yang ‘kurang' rupa paras jadi rendah diri serendah-rendahnya.

Suami saya pernah menerima emel-emel yang meminta panduan, pandangan dan nasihat, daripada wanita yang merasa dirinya sangat hina, apabila suaminya ketagih menonton filem lucah yang menawarkan gambar-gambar wanita bertubuh ‘solid'. Si isteri yang menghantar emel itu berkata :

" Saya bimbang suami akan membandingkan tubuh saya dengan wanita di dalam filem tersebut, maka amat jauh tewasnya saya,".

Tatkala suami menceritakan hal tersebut, fikiran saya terus memikirkan wajah-wajah menarik penyeri majalah yang memaparkan wanita berpenampilan indah ini. Adakah hal yang sama akan mengganggu pemikiran para isteri ?


PERLUKAH BEGITU ?

Allah SWT memerintahkan hambaNya untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Dan matlamat saya tidak lari dari tujuan ini. Sebagai tazkirah untuk diri sendiri dan golongan wanita hari ini.

Dalam menghitung Ramadhan yang bakal menjelma, beberapa hari sahaja lagi. Mari kita memuhasabah diri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)


Katakan tidak! Kita bukan golongan yang mengundang fitnah ini.
Katakan tidak! Kita bukan kumpulan yang membawa mudharat kepada kaum lelaki.

Sebaliknya, mari kita sama-sama berdoa, berharap dan berusaha akan termasuk di kalangan wanita yang dimaksudkan oleh Nabi SAW: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".


Akhir bicara, sebenarnya, adakah benar-benar manfaat lebih besar dari mudarat dalam hal ini ? Perlukah begitu ? Sama-sama kita fikirkan dan bertindak jika ia di dalam ruang kuasa anda dan kita semua.

Tuesday, August 11, 2009

Isu genderisme. Salah siapa?

“Itu pendapat enti. Pendapat ana lain,”
“Cuba dengar dulu pendapat kami...,”
“Relevan ke idea tu?...”

Akhirnya... timbullah perbalahan yang kerapkalinya tiada kesudahan. Menulis mengenai isu ini adalah untuk renungan bersama dalam menjernihkan kekeruhan situasi yang sering berlaku di dalam sesuatu perbincangan yang dikendalikan oleh dua jantina.

Bagaimana isu ini timbul tanpa disedari?
1. Rasa taksub dengan pendapat masing-masing.
2. Tidak membiasakan diri dengan salamatussodri (berlapang dada)
3. Tidak kenal identiti diri
4. Kurang pengetahuan tentang sikap jantina yang berlawanan

Dan banyak lagi kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku. Hakikatnya ramai yang tidak sedar tentang isu genderisme yang sering timbul apabila ada perbincangan di antara lelaki dan perempuan ini. Akibatnya perbincangan yang dibuat sering tidak punya kata putus dan hasil yang terbaik gagal diperolehi. Maka kan terdengarlah pelbagai luahan rasa seusai sahaja keluar dari bilik perbincangan.

“ macam bagus sangat banin tu. Ego tinggi melangit”
“tensen je aku ngan banat tu. Tak sedar diri tu perempuan,”

Bila diimbas-imbaskan kembali setiap perbalahan yang pernah dilalui terasa seperti ingin mentertawakan diri. Lucu. Tapi itulah yang sering berulang-ulang setiap kali ada perbincangan.

Teringat sewaktu membentangkan tajuk “men are from mars and women are from venus” yang dipetik dari judul sebuah buku untuk “assignment” bahasa inggeris. Tajuk yang nampak menarik tetapi agak berat isinya. Bagaimana mahu memahami jantina yang berlawanan. Rasa malas mengambil tahu tentang manusia yang berlainan jantina. Tetapi itu mesti sebenarnya. Apatah lagi apabila bekerja sekali di bawah satu unit. Tidak faham itu yang menjadi salah satu punca besar berlakunya perbalahan, perencatan otak dan perbincangan yang tidak meluas. Maka tidak terhasillah impak yang sepatutnya terhasil apabila dua jantina berkolaborasi idea. Fitrahnya, di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita yang menjadi pendorongnya.

Jadi mengapa perlu berbalah dan saling tidak memahami?

Terlalu banyak hikmah tuhan di sebalik kejadian penciptaan lelaki dan wanita. Sama-samalah kita menambah thaqafah, merenangi lautan ilmu dan meneroka rimba hikmah untuk mengenal siapa diri kita sebagai seorang lelaki atau wanita. Salam tazkiyatunnafs.

Aura_insani
120809

Friday, July 31, 2009

mengukur diri...

Meniti usia
Kebetulan saya pulang ke rumah pada minggu ini atas tujuan menziarahi abah yang baru keluar dari wad. Walhal saya baru pulang ke rumah pada minggu lepas.

Sekolah lama saya,telah mengadakan hari terbuka asrama pada hari sabtu baru ini. Sesiapa sahaja dibenarkan melawat masuk ke dalam asrama lelaki dan perempuan.
Sewaktu melintasi adik-adik lelaki dan perempuan di tempat letak kereta, kelihatan mereka saling sapa-menyapa dan bertanyakan tentang khabar bilik yang dilawati.

Masing-masing mengambil kesempatan untuk menziarahi bilik-bilik rakan,baik lelaki mahupun perempuan,bagai tiada batasan.
Saya tersengih sendirian melihat situasi itu.



Teringat sewaktu zaman persekolahan saya yang baru berlalu dua tahun lalu. Begitu juga keadaannya. Mujur sewaktu hari terbuka asrama diadakan sewaktu dua tahun dulu,saya tidak berada di asrama kerana mempunyai komitmen di perpustakaan negeri bersama empat orang rakan yang lain.

Lalu, beberapa orang pelajar lelaki dari kelas yang sama dengan saya, tidak melepaskan peluang untuk melawati bilik insan yang sering berkelahi dengan mereka sewaktu di dalam kelas iaitu saya.
Mujur sangat-sangat saya tiada di dalam bilik. Disebabkan adik-adik yang sebilik dengan saya adalah dari kalangan yang baik-baik, maka pelajar-pelajar lelaki tersebut, segan untuk berlamaan di bilik saya. Syukur. Kebetulan pula saya turut lupa untuk mengunci locker!!

Semuanya kebetulan. Saya dapat menjangkakan apa yang akan berlaku jika saya turut wujud di dalam bilik sewaktu itu.
Situasi sewaktu di alam persekolahan meskipun telah berada di tingkatan lima, muamalat di antara lelaki dan perempuan kuarang dijaga.

Saya terfikir sejenak. Adakah situasi itu perlu dibiarkan berlaku secara berterusan di alam persekolahan dengan beralasan, masih berada di alam persekolahan.
(~_^) tapi, jika ingin mengubahnya, siapakah yang perlu menjadi penggeraknya?
Ha3…saya terus mentertawakan diri saya saat tercengang memikirkan persoalan tersebut.
Then, siapa lagi yang akan menjadi perintis kepada anjakan paradigma itu??
Berteka-tekilah dengan diri dan carilah jawapannya!!!

Saturday, July 18, 2009

hadiah dari tsunami





























teruskan mencari diri...

brownies..!!

April 25, 2009 by ar-rumaisa

Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, seperti hari-hari yang biasa saya masuk ke dalam pejabat saya. Namun terdapat sesuatu yang luar biasa pada pagi itu, seseorang yang baik hati telah meletak satu bekas berisi 3 ‘chocolate brownies’. Tahu-tahu saja orang misteri itu yang brownies adalah makanan kegemaran saya. Bersama-sama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamahbrownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel PG-13, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem yang cakap begitu!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.

“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam gred A, gula organik yang terbaik, vanilla premium dan coklat.”

Brownies tu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu,” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.

“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. tahi anjing!!”

Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu.

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi KENAPA kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu?”.

Saya terus membuang lebihan-lebihan dari brownie kedua, dan brownie ketiga yang masih lagi belum disentuh. Sesuatu yang tidak boleh ditahan beberapa minit yang lalu kini menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima. Dan ini semua hanya kerana terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa apa yang saya makan tadi terkandung bahan istimewa, seperti di dalam cerpen itu juga. Memang laa dalam tu takde bahan istimewa itu… tapi saya gagal meyakinkan diri saya. kan hadis ada cakap tinggalkan bende-bende syubhah. =)




ermm...its me copying someone's work again..but off course she did give me permission..
sharing is caring!

Friday, July 10, 2009

jika Dai'e benar-benar tulus..

"Dan antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah ; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-menunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya." [Al-Ahzab 33:23]

1. Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar tulus..., maka tidak akan banyak aktivis dakwah yang berguguran di tengah jalan. Dakwah akan terus melaju dengan mulus untuk meraih tujuan-tujuannya dan mampu memancangkan prinsip-prinsipnya dengan kukuh.

2. Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar tulus..., niscaya hati sekian banyak orang akan menjadi bersih, fikiran mereka akan bersatu, dan fenomena ingin menang sendiri saat berbeda pendapat, akan jarang terjadi.

3. Jika komitmen aktivis dakwah benar-benar tulus..., maka sikap toleran akan semarak, rasa saling mencintai akan merebak, hubungan persaudaraan semakin kuat, dan barisan para aktivis dakwah akan menjadi bangunan yang berdiri kukuh dan saling menopang.

4. Jika komitmen aktivis dakwah benar-benar tulus..., maka dia tidak akan peduli saat ditempatkan di barisan depan atau di barisan belakang. Komitmennya tidak akan berubah ketika ia diangkat menjadi pemimpin yang berwenang mengeluarkan keputusan dan ditaati atau hanya sebagai jundi yang tidak dikenal atau dihormati.




5. Jika komitmennya benar-benar tulus..., maka hati seorang aktivis dakwah akan tetap lapang untuk memaafkan setiap kesalahan saudara-saudara seperjuangannya, sehingga tidak tersisa tempat sekecil apa pun untuk permusuhan dan dendam.

6. Jika komitmen terhadap dakwah benar-benar tulus..., maka sikap toleran dan saling memaafkan akan terus berkembang, sehingga tidak ada momentum yang menyulut kebencian, menaruh dendam, dan amarah. Namun sebaliknya, semboyan yang diusung adalah "Saya sadar bahwa saya sering melakukan kesalahan, dan saya yakin Anda akan selalu memaafkan saya."

7. Jika komitmen aktivis dakwah benar-benar tulus..., maka semua orang akan sangat menghargai waktu. Bagi setiap aktivis dakwah, tidak ada waktu yang terbuang sia-sia karena dia akan selalu menggunakannya untuk beribadah kepada Allah di sudut mihrab, atau berjuang melaksanakan dakwah dengan menyeru kepada kebaikan yang mencegah kemungkaran. Atau, menjadi murabbi yang gigih mendidik dan mengajari anak serta isterinya di rumah. Aktivis dakwah yang aktif di masjid untuk menyampaikan nasihat dan membimbing masyarakat.

8. Jika komitmennya benar-benar tulus..., maka setiap aktivis dakwah akan segera menunaikan kewajiban keuangannya untuk dakwah tanpa merasa ragu atau bimbang. Di dalam benaknya, tidak ada lagi arti keuntungan pribadi dan menang sendiri.

9. Jika komitmen aktivis dakwah benar-benar tulus..., maka akan muncul fenomena pengorbanan yang nyata. Tidak ada kata "ya" untuk dorongan nafsu atau segala sesuatu yang seiring dengan nafsu untuk berbuat maksiat. Kata yang ada adalah kata "ya untuk segala perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

10. Jika komitmen para aktivis dakwah benar-benar tulus..., maka setiap orang yang kurang teguh komitmennya akan menangis, sementara yang bersungguh-sungguh ingin berbuat lebih banyak dan berharap mendapat balasan serta pahala dari Allah. []

Sumber : Kitab "Komitmen Da'i Sejati", Muhammad Abdu

tiada yg lbh bmakna daripada melihat sahabat2 ana gembira. syukran shbt...

sama-sama pi tahsin diri...

dalam riuh kanak-kanak yang berusia di antara 7-13 tahun itu, saya mencari diri...



terus memerhati adik-adik yang terus mencetuskan keriuhan dalam kerancakan forum yang sedang diadakan di masjid kota kuala muda, kedah pada 8 julai yang lalu.

fuuh...boleh tahan bingitnya.. ni bukan takat nurseri dah ni.
dengan keadaan yang sebegini, bila-bila sahaja migrain saya akan menyerang.
lalu saya mengambil jalan menenangkan keadaan.




Pada mulanya saya hanya mengarahkan mereka diam dengan meniru gaya dalam video klip burung murai(perasan jadi budak kecik jap). Mendengar arahan diam dari saya, beberapa orang daripada mereka segera duduk.

"hangpa suma ni, umoq bapa tahun?" saya meniru loghat mereka walaupun kelihatan tidak beberapa fasih.
"saya darjah lima"
"saya darjah empat"
"saya pun darjah lima"

dan pelbagai lagi...

"oOOo...da darjah empat lima. Da besaq la suma ni. ni suma pandai mengaji dak?" saya mula bermain psikologi dengan mereka walaupun tak berapa pandai.

Lalu saya memulakan taaruf di kalangan mereka. Lama kelamaan, jumlah mereka yang duduk, semakin ramai malah ada yang bersuara, "mai kawan-kawan, kita dengaq kak ni bagi ceramah," hu3... tersentak saya seketika (aku dok buat ceramah lain ka kt masjid ni)

"akak tak pandai ceramah. Pi dok depan dengaq ceramah ustaz tu. Lagi best," segera saya mempromosikan forum yang sedang diadakan tu.

Agak lama saya mengambil masa untuk menenangkan keadaan. Dalam suasana forum sedang dijalankan sepatutnya saya mengambil intipati ceramah yang diberikan, tetapi lain pula yang saya dapat. Pengalaman saya mempunyai adik-adik yang ramai, dapat saya aplikasikan sewaktu berhadapan dengan adik-adik yang berjumlah lebih 20 orang ni.

kegagalan saya menghandle mereka menunjukkan saya perlu go back and practise to be a good teacher.

Bukan mudah nak handle adik-adik yang sedang menginjak remaja ni. peninnnnnnggg...
macam-macam soalan. macam-macam karenah. Disebabkan kebanyakan mereka belum belajar mengaji alif lam mim, lalu saya menggunakan itu sebagai syarat untuk buat bising.

"siapa tak masuk alif lam mim lagi, kena dok diam-diam. Tak bole bising. kena dengaq ceramah,"

maka, mereka pun duduk secara beramai-ramai dan kemudian bising kembali...

Hinggalah forum pun selesai, saya tersandar di dinding kepeningan.
Ni kena kuasai tarbiyatul Aulad fil Islam ni...

ha..banyak lagi kekurangan diri ni sebanarnya.
so, buat sahabiah semua, mari kita sama-sama bergaul dengan msayarakat sekeliling.
Di situ kita akan jumpa segala kekurangan untuk diperbetulkan dan perlu diperelokkan.

teruskan mentahsin diri dalam mencari keredhaan Tuhan...

Thursday, July 9, 2009

Insan bernama wanita

''klu dy da xlyn ko, ko pas je kt aku,''
Dialog y mmksa sy ntk m'dgrnya.
''tu la. Aku malas da nk lyn.manja sgt. Sket2 nk mrajuk.jelak aku,''
Fuuh..bole tahan ayat.
''ko nk y mana 1 ni. Koman2 pn ko bole amk su atau shila. Ngn fiza aku bole thn lg.tgk la mcm mana,''
Oh tuhan,tlinga ini sudah tdak tahan. Sgra sy mnoleh ke arah suara2 y mnyakitkn p'dgrn. Empunya suara benar2 duduk di sit blkg sy. Dua org budak lelaki y b'pakaian skolah.
Mereka turun d stesyen y sama ngn sy.sgra sy mengekori mrka.
''assalamualaikum dik. Dok kt cni ka?bru blik skola na?'' sy b'tny.dgn ragu2 mrk m'jwb,
''ye.rumah kt blkg msjd tu je. Awak?''
Awak? Sy mengangkt kning sblh.
''kak da hbis skola. Bkas calon Spm 2thn lps.adik tingkatan bpe?''
Mrka saling b'pndgn.
''tingktn 1ye?''
''2''. Sgra mrka m'btulkn anggakan sy y salah dgn dsngajakn itu.
Baru tingkatan dua. Lagaknya seperti pelajar senior yang bakal meninggalkn alam persekolahan. Sy tersengih sendirian.
''bole akak tau siapa su ngn shila tu? Akak pn ada kwn nama su n shila gak,''saya sekadar mengumpan.
''budak skolah kami.akak tak kenal sbab dia baru tingkatan satu.akak da besar.dia tu budak lagi,''balas salah seorang daripadanya.
''patut pn dia manja. Budak lagi. Apa pn tak pandai.apatah lagi nk bercinta.tu yang asyik dok kne main dgn budak laki,'' mereka tersentak pabila mendengar kata-kata saya lalu memandang resah ke arah saya.
''akak ni nak tocher ktorg ke? Diorg yang nak sgt kt ktorg.sy layan je la,''kata2 yang menembusi sukma saya as woman like su n shila.




Wahai muslimat yang membaca penulisan yang tak seberapa ini. Adakah kita kan terus membiarkn insan-insan yang dilahirkan sama seperti kita sbagai seorg wanita dipermainkn??
Renung-renungkn sejenak.

Mari kita sama-sama menjaga dan memberi support pada insan yang bernama wanita agar berusaha ntk menjadi sebaik-baik perhiasan dunia.


Salam sayang..salam juang buat insan bergelar wanita.

Stabilkan emosi mu!

Saya tidak tahu mngapa sy tdak b'prasaan bila org mnybut tntg aktiviti di hutan,air trjun, camping. Sedangkn aktiviti-aktiviti sprti itu adalah aktiviti yang sangat mengujakn sy satu ktika dlu. Pening sy mmikirkn. Jgn disebut tntg aktiviti lasak pd sy. Bahkn sy slalu menangis krnya. Masakn tdak,umi sering tdak mengizinkn sy krn sy seorg perempuan. Tp tu smua kisah dulu. La ni, sbutlah apa prgrm skali pn,sy pasti akn memikirkn 4,5 kali untk mnyrtainya! Sy dpt rasakn bhw sy smakin menjd org y membosankn! Sy tidak tahu bgimana dgn sahabat-sahabat yang tdak suka berprgrm dn hanya memerap di rumah. Masya' Allah. Tidak dapat digambarkan.bagaimana prasaan mereka agaknya..?? Adakh sama sprti yang sy rasakan skrg?
Sy masih ingat swaktu sy bru slesai m'duduki spm. Sy bkrja. Stiap hari isnin hngga jumaat. Dr jam 7pg kluaq rumah dan 10.30mlm bru smpi rumah. Sbtu ahad pi blaja bwk kreta. Senang cite, sy jarang brada di rumah. Andai ada prgrm-prgrm yg dianjurkan oleh mana2 NGO sprti JIM,ABIM, Nisa' dn sbgi nya, sy pasti akn pergi. Tp kini, sy merasakn sy bukanlah dri sy yang dahulu.
Tiba-tiba baru sy teringat, hampir dua minggu kesihatan sy kurang stabil. Dan waktu-waktu beginilah sy bnyk diundang untuk menyertai program. Emosi tak stabil rupanya. Patut pn jadi begini. Ni kena bagi tarbiyah lebih ni. Kne buat tazkiyatunnafs. Renung2 balik diri ni duhai insan..

Tuesday, June 30, 2009

muslim hip hop

Title of the song: Stand Tall
Singer : D-Clique



i can't see how we
leave behind someone in need
won't we heed their final plea
can't we see their hearts still bleed
my back won't turn
justice is the final word
this won't be a dream deffered
emerge from the darkness
ummah rise

see you and i are one in the same
we feel a need to change
don't wanna blame ourselves
for a reckless lifestyle that we're living today
no peace no treaty no conversations
no pride no pity no muslim nation
don't we got a name to protect
realize this we got islam on our back
representing truth
how can we survive it ain't instilled in the youth
steady losing grip of the faith
remove the mask of ignorance and put on a new face
embrace a new change for the better
maybe we can see the day when we all survive together
stand tall, rise up, stand firm, stand up
be proud, unite, look in my eyes and i'll shout it out

i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall

woah my people just stand tall

i can see the faith and hope in you
the fire in the eyes for the one who cries truth
i can see the pain
i can take the blame
i can see the troubles that we all overcame
now can you see the faith and hope in me
can you feel the fire that is soon to freeze
can you hear the screams
can you feel me breathe
can you see me prayin cuz i'm on my knees
now prayin for the day that we all can live
prayin for the day that i teach my kids
all the right and wrong
i gotta stay strong
say it one more time
my people stand tall
my people just stand tall
woah my people just stand tall

i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall

woah my people just stand tall
stand tall
stand tall

woah my people just stand tall

i can't see how we
leave behind someone in need
won't we heed their final plea
can't we see their hearts still bleed
my back won't turn
justice is the final word
this won't be a dream deffered
emerge from the darkness
ummah rise

i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall

woah my people just stand tall
my people just stand tall