salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Monday, January 26, 2009

katakanlah yang BENAR, walaupun ianya PAHIT....

Qulillhaq walau kana murrun….







Meneruskan hidup sebagai seorang insan yang memegang dua tanggungjawab utama yakni sebagai seorang khalifah dan da’ie menuju Allah. Namun, seringkali kita tersasar. Mujur jika hanya sedikit terpesong, tapi jika jauh tersasar dari kebenaran… siapa kan bisa menolong jika kita sendiri tidak menyedarinya??..
Kita semua khalifah. Kita semua dai’e. tetapi berapa ramai yang sedar akan hakikat itu???.. ana sendiri menyedarinya saat diri menginjak ingin meninggalkan usia belasan. Mungkin agak terlambat, tapi cukup untuk melahirkan rasa kesyukuran kerana terpilih olehNya untuk sedar akan hakikat itu.
Bermula dengan mengislahkan diri… cukup perit dan payah. Kekuatan itu sangat perlu. Ah, jika tidak kuat atau lemah semangat, pasti kita kan berpatah balik kembali pada yang asal. Hijrah untuk diri bukan menanti saat maal hijrah menjelma untuk tahun2 yang seterusnya, tapi hijrah diri perlu disegerakan permulaannya. Mengislahkan diri bukan semudah membeli dan menukar pakaian baru. Bahkan memerlukan tempoh masa yang agak panjang. Belajar untuk mengistiqamahkan diri dengan kebajikan dan kebaikan.
Lalu, sambil2 kita berhijrah, kita belajar menyelami hati sebagai seorang mad’u buat persiapan untuk kita meneruskan langkah sebagai seorang dai’e.
Cuba bilang berapa banyak kali kita dikejar mehnah tribulasi, atau dihimpit dugaan maha dahsyat dan berat??... tidak cukup jari yang sepuluh itu untuk menghitungnya meskipun dicampur dengan sepuluh lagi jari kaki. Air mata yang tumpah jua, entah berapa kolam banyaknya. Tapi,..hidup ni kan ibarat roda… Allah tu kan Maha Adil. Pasti tidak dibiarkan kita sendirian menangis meratap hiba atas nasib yang menimpa. Kita ada teman sebenarnya. Cuma kita yang alpa dan tidak menyedarinya.



Namun, segala yang hadir dan mewarnai hidup kita itulah yang membuatkan perjalanan hidup sebagai dai’e, terasa mencabar dan indah. Saat-saat kita cuba memakmurkan kebajikan dan menafikan kemungkaran, pasti ada tohmahan atau kata sinis yang dilemparkan. Berapa ramai yang dapat menerima yang haq…??? Berapa ramai yang bisa menolak yang batil…??? Lalu, peranan itulah yang perlu malah WAJIB kita galas,untuk memimpin umat manusia kembali ke jalan Allah. Katakanlah yang haq itu walaupun ianya pahit. Serulah kearah kebenaran walaupun ianya sakit. Usah berkira dengan tohmah!! Usah berkira dengan fitnah!!! Kita umat akhir zaman perlu kuat untuk tempuhi segala mehnah. Biarlah mereka memandang kita sebagai ghuraba’ atau golongan-golongan dagang di tengah kemajuan era globalisasi. Tanggungjawab tetap menjadi kewajipan ke atas kita.



Firman Allah s.w.t:

“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik”.
( Al-baqarah : 110 )


Seterusnya, jadilah dai’e yang menjadi qudwah hasanah pada masyarakat sekeliling. Berhikmahlah dengan para mad’u sasaran. Ambil sirah junjungan jadikan teladan dan pakaian.Yakinlah janji tuhan buat ghuraba’ akhir zaman. Ingat, walau apa jua yang berlaku, dan menimpa atas kita, kita masih ada tuhan Rabbal ‘Alamin. Jadikan Dia sebaik-baik teman dan penolong, nescaya jiwa kan segera tenang dan tidak tertekan. Bittaufiq wannajah ma’a mardhatillah.. Ameen.. TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR!!

Ana imtiyaz
11.06pm
250109

Saturday, January 24, 2009

Sementara masih ada waktu..

bismillahhirrahmanirahim...

Menatap wajah adik y ke7 y bru m'jejaki angka 7. Ku usap kepalanya..terasa membahang. Sudah 3 hari adikku demam. Smlm waktu ingin b'siap pulang ke kampung,dia t'lebih dahulu t'lena dlm tangisan. Ada hiba y menyentak perasaanku. Hampir 2bln aku tdak menatap wajah kluarga t'syg meskipn jarak tmpat pengajian hnya 1jam ntk pulang ke rumah. Bukan sengaja keadaan ini b'laku,tetapi p'juangn itu y mnuntut aku melakukn pengorbanan. Cuti raya cina ini pn,menuntut aku pulang ntk meneruskn p'juangn di sekolah lama. Sgala takdir y b'laku dlm hidupku, smuanya t'selit hikmah y sering m'buatku mengalirkn air mata dn t'senyum sndirian.



Paling m'hibakn, umi kini hnya mmpu menunaikn solat dlm keadaan duduk!! Terasa air panas mengalir membasahi wajahku. Ya Allah..kejamkah aku..?? Sepulangnya aku ke rumah dgn melihat umi y t'cinta,tdak lg sekuat y dlu..

Teringat kata2 seorg sahabat y cuba m'bela sahabat2 yang sering pulang ke kg halaman. ''pulanglah selagi kita masih b'peluang menatap wajah mereka yang t'sayang''. Aku sekadar t'senyum dlm kepahitan. Bkn aku x rindu ntk pulang,.. Ah.. Hanya Dia yang maha mengetahui perasaan ku menahan rindu pd keletah adik2 yang gemar mengusik kemarahn ku, m'buatku tersenyum melihat stiap tingkah y mereka lakukn. Bekerjasama menyiapkn khemah2 y t'diri dari selimut2 dn bantal. Dilengkapi dgn dapur dn klinik. 5 dr 8 org adikku memainkn watak dn peranan demi m'buatkn permainan t'sebut,tampak lebih bahagia meski sering t'dgr ada tangisan, ada jeritan y sering jua m'buatku kalut krn keadaan y t'lalu bising. Bagai merasai satu kekosongn saat adik2 pulang ke asrama, ke sekolah dn taski.


Namun,seringkali aku t'fikir sendirian.. Adakah sepanjang waktu ntk masa muda remajaku hanya dgn kesenangan. Sedang hidup yang sebenar, menuntut pengorbanan. Malah sebagai remaja muslim, p'juanganny lebih menuntut pengorbanan yang lebih besar.


Bukan sengaja aku tdak mahu pulang. Tapi realiti hidup sebagai seorg pejuang yang menuntut aku begini..


Moga tiap langkahku, diiringi doa dr umi dan abah, jua mendapat keredhaanNya. Moga aku terus kuat dlm mengharungi mehnah tribulasi sbg seorang Hamalatul Quran.. Ameen..

BITTAUFIQ WANNAJAH..

Sunday, January 4, 2009

Tentang itu

Mengapa bermenung durja
Dalam sepi sahabatku bertanya
Ah,tidak ada apa cuma mengenang dosa
Kataku menutup hiba
Tp ukhuwah yang terbina dan mengikat hati2 kami
Adalah dari tali rabithah yang cukup sempurna
Dia lebih peka
Lantas air mataku yang berjuraian jatuh disekanya lembut
Mengapa perlu berahsia dgn ana?
Belum cukup yakinkah enti akan ukhuwah ini?
Bicaranya halus, lantas menjarumi atmaku
Semakin deras butir2 mutiara ini gugur..
Mataku kukalihkn menatap wajahnya
Ada sinar keikhlasan
Bukan begitu sahabat,aku bersuara lemah lantas dia merangkul tubuhku penuh kasih sayang

Lalu,mengapa perlu berahsia?
Aku trus tesedu dlm tangisan
Diam...bungkam
Angin panas pd tengahari itu,terus membuai kami
Ku lepaskn rangkulan,perlahan
semua rasa hati tak perlu dikongsi
Matanya memandangku hairan tiba2 ku lihat ada mendung di wajahnya
Bukan..ana bukan maksudkan yang itu
Memang benar ana sedang mengenang dosa
Terlalu bnyk rasanya
Lalu dosa2 itu menghimpit jiwa ini..rimas
Ana tertekan wahai sahabat..
Dn sebenar2 tmpat yang pertama untuk ana meluah rasa,bukan enti
Dia terkesima
Aku bagai melihat ada takungan air yang bertakung di bening matanya
Hasbiyallahhu wani'mal wakil
Dialah sebaik2 teman dn penolong
Lantas dirangkul semula tubuhku..didakap..kemas
Sebaknya semakin terasa menghimpit dada
Syukrulillah wa syukran 'alaik
Enti menyedarkn ana tentang sesuatu
Masya' Allah..indahnya ukhuwah ini
Jiwaku yang masih kucar kacir..
Terus bertindak tenang
Bagai melepaskn rasa sesah itu
Perlahan demi perlahan
Jika itu yang membuat enti bermenung sebegini,
Menangislah
Menangislah bersama hati yang benar2 tulus
Moga air mata itu bisa benar2 membasuhi
Hati kita yang semakin kotor
Tubuhku masih dlm dakapannya
Semakin erat.. Lantas saja dia membelaiku,
Sungguh,Dia adalah tempat yang terbaik ntk enti meluahkn
Maafkn ana jika kata2 ana bnyk menyinggung perasaan enti..



Diseka air mataku
Tidak wahai sahabatku,
Enti adalah sahabat yang baik
Lantas bibirnya mengatur doa rabithah
1 persatu..

Terusan kami menangis pd tengahari itu
Kepanasan mentari saat itu, benar2 mencairkn hati2 kami
Saat kdgrn azan asar b'kumandang
Kami berpandangn
Segera dia mencapai tanganku
Kami berpimpinan tangan
Ingin menuju Tuhan..
Segala puji bg Mu ya Allah
Sesungguhnya engkaulah yang bisa membolak balikkn hati2 kami
Maka kekalkn kami dalam iman,dalam agamaMu, jua pada jalanMu...
Hasbiyallahhuwani'mal wakil..
Bismillahhirrahmanirrahim

Anda pernah rasa sedih y terlampau? Atau rasa buntu yang teramat? Dn hampir putus asa krn merasakan tak da sape lagi dalam dunia ni dpt m'bantu diri. Pernah x rasa mcm tu? Juga berada dlm situasi yang merasakan smua orang x faham dn x mengerti perasaan kita. Rasanya mcm smua org pernah merasai situasi seperti itu. Wallahhu a'lam..
Ana sndiri pernah merasainya. Rasa mcm hidup sensorang je,pd hal roomate ada kt sblh tgh dok perhati kita y sdg b'masalah ni. Dn x t'kira bnyknya berapa kali ana t'jebak dlm masalah tersebut.. Bila kita slalu b'masalah,kita kne bnyk baca buku,muhasabah diri dn jgn buat sesuatu di luar jangkaan kita as a muslim. Bila keadaan sprti ini berlaku,jgn kerap t'menung dn bersndiri sbb dikhuatiri syaitan akn mnguasai.

Teringat pd seorg sahabat sewaktu di tingkatan lima.dia nmpk tenang dn b'sahaja dlm apa jua perkara. Kdg2 klu t'tidur dlm kelas n kne kritik dgn budak laki pn,dia buat dek je.tp pastu dia xde la buat lg. Gelagat dia selalu buat org t'tawa. Dia bole jd peramah dn kdg2 hanya jd pemerhati. Suatu hari lps cuti 3hari,smua plaja kne kembali ke asrama.tym tu spm hanya tinggal 2 bulan je lg. Ptg tu,lps smpi kt asrama n kemas2 brg,ana mcm rasa xsedap hati. Segera istighfar sbnyk y mgkn.hnya Allah y mengetahui betapa gundahnya hati saat itu.tiba2 ana tringat pd shbt ana y slalu tenang ni.ana grak g blik dia.blum smpi depan pintu bilik,da dgr suara mcm org meraung.lps bg salam ana trus msuk.t'pana ana seketika bila melihat y ana sangkakan meraung itu,adalah shbt ana slalu tenang ni.adik2 dorm y lain cuba menenangkn dirinya yang nampak dlm keadaan serabut. Lantas ana hampiri dn mendakap tubuhnya.dlm sedu,dia terkesima melihat ana. Lantas dia mendakap ana erat2. Lirih kdgrn suaranya b'bisik pd telinga ana. ''enti,betapa jauhnya ana dgn Allah skrg ni'', ana smakin hairan,tp hny b'diam diri m'bri peluang ntk dia meluahkn segala yang terbuku. ''ana xsuka balik rumah.mesti mak ngn ayah kelahi.lwn2 ckp. Adik2 y lain pn sama.kdg2 bila waktu kita kena blik rumah,ana rasa mcm kne msuk dlm penjara. Enti tau, kt rumah ana digelar anak yang suka memberontak sbb suka meluahkn ape y ana xpuas hati secara terus.ana x study ape pn kt rumah. Cmne ana nk jwb spm ni'', betapa t'seksanya jiwa. Mggu lps ada org dengki, tabur nasi goreng atas mejanya sebelum waktu prep.dia mmg slalu diganggu,tp dia xpernah menangis mcm org dah xde semangat nak truskan hidup. Setelah beberapa minit b'lalu,ana pn b'suara.''kenapa td enti ckp,enti semakin jauh dgn tuhan?''
dia melepaskn rangkulan dn merenung wajah ana.''sbb ana diuji.kan bila kita diuji maknanya kita da t'sasar jauh dr tuhan. Alhmdulillah Dia beri ana masalah ni,klu x, ana mgkn smakin kurg mengingatiNya'', dalam sedih,dia masih memberi tazkirah yang benar2 menyentak hati ana.kita semakin jauh dgn tuhan rupanya.dn Dia menguji kita ntk menyedarkn kita dr lupa dn leka.
Ya Allah.. Begitu indahnya hikmah stiap ujian y dtg ini. B'syukurlah saat kita diuji, kerana Allah masih menyayangi kita dan mahu kita pulang ke jalanNya. La tahzan sahabat2. Kita diuji agar merenungi. Kita diuji agar menginsafi. Kita diuji agar kita menyedari, hidup di dunia bukn tmpt ntk b'sukaria.tp hidup kita didunia adalah ntk mencari bekal ntk bekalan di akhirat nnt. Jangan sesekali putus asa. Ingatlah Allah sbaik2 teman dn penolong. HASBIYALLAHHU WANI'MAL WAKIL.