salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, July 29, 2015

Menjentik futur.

Sudah hampir benar ke penghujung.
Hanya berbaki 60 jam dari sekarang.
Tapi mengapa si pendosa itu masih berkira-kira..?
Mahu meneruskan usaha atau melepas lelah mengangkat bendera tanda kalah?
Habis,apa yang diulang-ulangnya saban hari,
Buku kosong?
Atau buku bergaris-garis selang sebaris?
Atau buku sejarah yang penuh dengan fakta lalu kau bacanya seperti zaman PMR dan SPM,
Bacanya ulang-ulang dengan menuli buta?
Kerna itu hingga saat sudah hampir benar ke penghujung kau mahu berhenti sebelum sampai ke garisan penamat..
Mengapa masih berkira-kira?
Sedang,
Kau tidak pula berkira untuk menelek gajetmu sehingga habis lebih sejam dua,
Kau bermenung-menung merenung timbunan buku yang kau bawa (ke sini)
Oh,lupa,
Bukankah pernah kau ingatkan,
Putus asa di tengah jalan,
Kerna sudah melakukan kesilapan sejak dari titik permulaan.
Rasanya tidak perlu ku hurai lagi,
Graduan agama harusnya kau lebih mengerti..
Kau mengulang Alquran,
Bukan buku biasa atau cerita rekaan!
Maafkan aku Tuhan,
Aku cuma insan,
Sering lupa sepanjang perjalanan...
Terima kasih Tuhan untuk segala wasilah yang kau hantarkan,
Agar aku bisa kembali pada nawaitu yang telah disucikan..
Mohon,
Terus pimpin aku wahai Tuhan..
-Aura Insani-
Di balik jendela,
Aston Villa, Birm.

Thursday, July 9, 2015

Mengintai Al-qadar dari langit Britain


Kita masih tamak.
Menghabiskan sisa hari ini kerana tidak yakin dengan hari esok

Kita juga masih tamak,
dengan menjanjikan perkara yang dicintai nafsu
untuk esok hari

Sedang kita tidak tahu,
untuk waktu yang ada selepas ini
benar ada untuk kita kah?

Ya, kerna merasa mungkin tiada lagi saat seperti itu untuk kita,
maka kita sapu segala habuan dunia yang menyyinggah pada rongga telinga, hidung dan mata
kita sapu semua
seolah tiada lagi ruang pada tubuh untuk kita isinya lagi pada esok hari

atau terkadang,
kita berpegang untuk menyabarkan diri
dengan menjanjikan bermacam-macam keindahan dunia untuk dinikmati
pada esok hari
seakan seperti pasti
esok masih ada untuk kita

atau sebenarnya kita ini tidak yakin,
ada yang lebih baik daripada yang dipandang mata atau yang dirasai deria
dalam dunia yang serba singkat ini?

harus kita belajar,
berhenti memuaskan diri
yang sering mengikut kata nafsu,

juga harus belajar untuk berhenti,
daripada terus berjanji-janji
lalu janji terbawa-bawa ke dalam mimpi
hingga tiba esok hari
nafsu menuntut agar ia dipenuhi

Lalu kita sewajarnya belajar,
Dunia cuma tempat kita diuji
tempat kita menanam
tempat kita mengumpul
segala yang bisa kita bawa sebagai bekal untuk ke akhirat nanti

apa kita fikir 
tanpa bekal yang cukup
kita bisa mengecap indahnya kehidupan di akhirat..?

Kalaulah,
kalaulah kita berlalu dari tempat persinggahan ini
dengan berkepuk-kepuk duit haram terkumpul di bank
atau dengan makanan syubhah yang telah mendarah daging
juga dengan luka duka orang di sekeliling hasil dari torehan tangan-tangan kita
akankah kita berlalu dengan wajah yang tersenyum puas..??

atau
saat nyawa sudah sampai di tenggorok,
saat tiada lagi ruang untuk waktu berundur
dan nafas semakin tersepit sempit
baru kita mahu menyesali kebodohan diri selama ini..???

Aduh Tuhaaaan,
aku ini cuma insan
jangan pernah dilepaskan aku sendirian
pegang aku Tuhan
rangkul dan bawa ku dalam dakapan kasih sayangMu

agar,
agar nanti di sana aku bisa bertemuMu dalam iman...

catatan Jumaat,
23 ramadhan 1436h,
Birm, Uk.


Wednesday, July 8, 2015

Please, don't judge me by my cover.

Tanah masih basah,sisa hujan semalam. Meski sewaktu aku berjalan keluar daripada rumah hari sudah pun petang. Jam menunjukkan angka 7.40 petang. Maghrib akan masuk dalam dua jam lagi sebab itu aku mengambil keputusan untuk ambil angin sebelum berbuka puasa.
Langit tampak suram. Seperti masih ada sisa titis hujan yang mengembun pada helai dedaunan. Cuaca di skrin hp menunjukkan angka 19’c.
Patut pun sejuk. Mujur sahaja satu-satunya blazer yang ku bawa dari Jordan itu ku sarung sebelum keluar rumah tadi.
Seperti sudah menjadi rutin pula aku menyinggah di Aston Park. Lebih-lebih lagi selepas kelmarin setelah berpusing-pusing sekitar taman tanpa hala, ku temukan satu kawasan besar yang sangat indah berhampiran rumah agam tinggal (Aston hall) itu. 


Sekiranya rumah itu punya penjaga, pasti dia mampu mengecamku.
Hakikatnya , tiada yang menarik di situ melainkan kerna aku sangat mencintai alam semula jadi. Bunga-bunga yang pelbagai warna dan rupa berjaya menambah tarikan untuk aku sering datang ke situ. Sebenarnya yang dicari adalah sebuah ketenteraman.
Sejak menyinggah di Hyde Park, London awal tahun lalu, seakan aku terus merindu pada tempat-tempat sebegitu.
Dua tahun tidak pulang ke tanah air buat aku tercari-cari tempat untuk melepaskan resah dan keserabutan hidup. Nyata, yang ku temui Cuma Masjid di Mazar yang menempatkan maqam tiga orang sahabat Nabi s.a.w yang syahid di Mu’tah.
Dan sudah pasti bukan uruf masyarakat arab khususnya di Jordan untuk orang perempuan berlama-lamaan di Masjid. Sebab itu sanggup aku membayar 50 qurusy (RM2.50) untuk tambang pergi balik ke masjid tersebut, sedangkan rumahku sendiri benar-benar berhadapan dengan masjid. Masjid yang tidak mesra wanita.
Tahun pertama di Jordan, awal-awal lagi telah aku tanyakan pada senior,
“Kalau korang stress, korang pergi mana? Sini ada sungai? Laut? Ha3, atau taman-taman?” aku tanya soalan yang macam aku dah agak jawapannya.
“Takda. Nak pergi laut kena pergi laut mati atau laut merah (aqabah).. Biasanya pergi mazar ja” jawab senior tersebut sambil tersenyum.
Atau boleh jadi dia jarang stress macam aku. Tapi sampai bilakan? Ada tak penawarnya..
Apa takdanya, setiap penyakit ada penawarnya dan stress tu jadi, sebab ada something wrong kau dengan Tuhan,Ok? Jelas?
Ok, fine. Aku setuju yang itu.
Alhamdulillah aku berjaya juga grad di negara yang tiada tempat sesuai untuk aku ‘release tension’.
Beb, kau ada masa nak tension-tension, stress-stress bagai, tu ha jiran sebelah apa cer?
Bom sana-sini. Ada kau kisah?- sengih sambil istighfar, Astaghfirullah hal ‘azim.
Seperkara yang aku belajar, istighfar mampu jadi wasilah untuk kau rawat hati dan tenangkan diri dalam apa jua situasi.
Sedar tak sedar, sudah lebih 30 minit berjalan. Cuma ada masa lebih kurang 30 minit lagi untuk pulang kerana maghrib hampir tiba.
Jam 9 petang masih awal bagiku. Maghrib masuk jam 9.35. Kalau di Malaysia, pasti ummi akan menyuruh kami adik beradik perempuan duduk di dapur membaca doa dan surah-surah tertentu sementara menunggu waktu maghrib yang hampir tiba.
Ada sebak yang menerjah. In shaa Allah aku akan pulang ke Malaysia 30 ogos nanti. Maka ia melengkapkan dua tahun aku tidak dapat menatap wajah abah, ummi dan yang lain secara live. Ah ,skype pun tidak.
Biar Tuhan gantikan kesakitan rindu itu dengan sesuatu yang  lebih baik.
Hampir sahaja ke lorong menuju ke rumah sewa angah (kakak aku), aku mengambil keputusan menambah jalan ke lorong sebelah.
Selepas melalui sebuah masjid kecil dan sebuah rumah yang menjadi pusat kepada penduduk muslim di situ aku mulai masuk ke lorong kedua.
Majoriti penduduk di kawasan itu adalah muslim. Bukan muslim eropah. Sengaja aku maklum awal supaya tiada salah tanggap terhadap muslim eropah.
Sebab? Sebab bukan mereka yang tinggal di situ tetapi non-europe Muslim. Ha3. Aku tak tahu bagaimana perihal kehidupan muslim eropah yang sebenar sebab tak pernah melihat keadaan mereka secara realiti.
Di sini lebih teruk persekitarannya berbanding Whitechapel yang aku lihat awal tahun lepas. Pun di situ majority muslim, but I’m not sure muslim di situ lebih banyak daripada di Aston tempat aku menumpang, atau bagaimana.
Tapi sampah yang bersepah-sepah buat aku teringat pada tempat yang aku rindui.
Oh, bukan, bukan sampahnya yang aku rindukan. Tetapi suasana dan orang-orang di sana. Macam itu jugalah keadaannya di Jordan. Jalan depan rumah kemain bersepah, dalam rumah masha' Allah cantik bangeeet. Rumah keluarga maksud aku, sebab tak pernah masuk rumah bujang.
Atau sebenarnya muslim(actually bukan penduduk asal UK) di sini dan di Jordan berpegang teguh pada ayat,
DON’T JUDGE A BOOK BY IT’S COVER…??
Atau persoalan aku untuk aku khususnya dan untuk mereka umumnya (kau juga termasuk sekiranya kau adalah muslim), cukupkah kita memiliki hati yang baik, suci and so on tapi kita mempamerkan luaran yang buruk. . .?
Macam, kita tak tutup aurat, lepastu kita claim, yang walaupun kita tak tutup aurat, tapi hati kita baik.. macam tu ka?
Isu klise?
Tak, pasal tudung semua-semua tu cuma analogi dari aku yang selalu orang guna untuk selamatkan diri.
Bukankah Islam itu indah luar dan dalamnya..?
Aku tidak memperjuangkan yang kita mesti mempamerkan luaran yang baik tanpa memiliki dalaman yang baik dan yang sejahtera.
Allah knows everything.
    وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ
And Allah knoweth that which ye keep hidden and that which ye proclaim.” (Quran 16 :19)
Jadi untuk apa kita baik dalam, tapi tak mampu pamer yang terbaik sama sahaja kita pamer yang baik, tapi dalaman yang rosak.
Kalau kita kisah dengan pandangan Allah sebagai pandangan utama, kita akan jaga dua-dua.
Bukankah akar yang baik menghasilkan buah dan bunga yang baik..?
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ (24) تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (25) وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الْأَرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ (26)
“Have you not considered how Allah presents an example, [making] a good word like a good tree, whose root is firmly fixed and its branches [high] in the sky?
It produces its fruit all the time, by permission of its Lord. And Allah presents examples for the people that perhaps they will be reminded.” (Quran 14 : 24-25)

Semoga aku mampu mememiliki dalaman dan luaran yang sejahtera.
Allahhumma ameen.

Jom jadi baik sama-sama! :)

p/s: selamat memburu malam Al-qadar.

-Ana Imtiyaz-
7 Julai 2015,
20 Ramadhan 1436h,

Aston, Birm, UK.

Saturday, July 4, 2015

The spirit = Roh

Ada sesuatu yang boleh kita temui di dalam lirik lagu ini.
"The Spirit Carries On"
Where did we come from?
Why are we here?
Where do we go when we die?
What lies beyond
And what lay before?
Is anything certain in life?
They say "Life is too short"
"The here and the now"
And "You're only given one shot"
But could there be more
Have I lived before
Or could this be all that we've got?
If I die tomorrow
I'd be alright
Because I believe
That after we're gone
The spirit carries on
I used to be frightened of dying
I used to think death was the end
But that was before
I'm not scared anymore
I know that my soul will transcend
I may never find all the answers
I may never understand why
I may never prove
What I know to be true
But I know that I still have to try
If I die tomorrow
I'd be alright
Because I believe
That after we're gone
The spirit carries on
"Move on, be brave
Don't weep at my grave
Because I'm no longer here
But please never let
Your memories of me disappear"
Safe in the light that surrounds me
Free of the fear and the pain
My questioning mind
Has help me to find
The meaning in my life again
Victoria's real
I finally feel
At peace with the girl in my dreams
And now that I'm here
It's perfectly clear
I found out what all of this means
If I die tomorrow
I'd be alright
Because I believe
That after we�re gone
The spirit carries on

Friday, July 3, 2015

JIBRIL.

Ini kali kedua.
Tak, aku tak sengaja. Dia yang laju sangat.
Jadi, kau tak nak ngaku salah?
T_T....
Kalau lah kau tahu galau sekeping hati insani.
Memang aku cuai, sebab tak sempat aku nak turun, dia dah turun bergolek-golek dulu,dan tangga tu ruang dia kecil.
Ya, aku salah sebab ada yakin dengan dia sedikitlah aku biar dia lepas dulu.
Tapi, tolong.. Jangan meletakkan kesalahan tu sehingga aku tak boleh dah jumpa dia.
Dan akhirnya, aku faham sendiri yang aku perlu menjauh.
Jibril, i will always miss you.
And i'm really sorry.
Moga Allah ampunkan dosa-dosa mak andak..
*Biasa jibril akan datang kat mak andak dengan bawa dua ekor binatang ni kemudian jibril akan hulur benda tu kat mak andak..

Thursday, July 2, 2015

Kiblat.

Malam pertama Ramadhan, masih aku ingat sesi 'pillow talk' dengan dua orang adik. Oh, bukan adik kandung, tapi saudara seagama.


Perbualan kami bercampur baur dan akhirnya berkisar tentang situasi kiblat sewaktu dalam permusafiran. Dan hujung kepada tajuk itu adalah, aku menyatakan harapan supaya aku terbang pulang nanti dalam keadaan ma'zurah ( baca : datang haid) supaya aku tidak kelam kabut mencari tempat solat, berwudhu' atau mencari kiblat.

Oh, jangan salah faham. Bukan maksudku sukarnya untuk menunaikan solat, tetapi keadaan seorang perempuan yang bermusafir secara berseorangan, agak sukar baginya menyempurnakan solat dengan sebaiknya. Jelas?

Rata-rata orang perempuan yang aku temui majoriti berpandangan sebegitu. Tetapi sekiranya Tuhan mentakdirkan kami bermusafir dalam keadaan suci(baca;tiada halangan untuk menunaikan solat), maka wajiblah ke atas kami mendirikan solat dengan sebaiknya.

Tuhan memakbulkan permintaanku beberapa jam sebelum waktu berbuka puasa Ramadhan yang pertama. Tapi begitulah , manusiakan. Setelah dimintanya, rasa kesal pula. Akhirnya aku tidak dapat merasa ramadhan terakhir di Jordan .

*Orang perempuan sekiranya tidak berpuasa di bulan Ramadhan, rasa macam agak 'lost' (kalau nak tahulah. ) Sebab dia terpaksa simpan cemburu kat kawan-kawan yang boleh bertaraweh setiap malam, bertadarus, doanya dimakbulkan kerana berpuasa, rasa nikmat sahur dan iftar (bagi yang belum berkahwin, dah kahwin aku tak pasti apa perasaannya ).

Pagi ketujuh Ramadhan, akhirnya aku terbang meninggalkan Jordan dengan hati sebal ( sebak dan bebal? ). Mungkin sebak dan pilu lebih sesuai. Setelah empat tahun bermukim di situ, bagaimana harus aku menerima kenyataan bahawa kita harus berpisah..? (ah, hanya Tuhan sahaja tahu rasanya.)

Ditakdirkan di dalam flight aku mendapat seat di sebelah tingkap yang menambah rasa sebakku melihat tanah itu sehingga hilang dari pandangan. Dan nasiblah paderi yang duduk bersebelahan denganku apabila aku terpaksa mengganggu tidurnya akibat rasa loya yang tidak tertahan.

Aku tiba di Athens jam 6 pagi (waktu Athens). Bukan, ini bukan perhentian sebenarku. Cuma transit seketika (12 jam) di sini. Disebabkan berkali-kali pengalaman tidur di airport, maka akhirnya aku terlelap di kerusi menunggu akibat loya dan pitam yang masih tidak reda.

Kemudian... (Macam tak rajin nak cerita apa yang aku buat kat Athens lepas bangun dari tidur-tidur ayam tu, ..macamlah orang nak baca sangatkan.. ha3)

Hampir terlepas flight ke London akibat sibuk menguruskan kuih raya yang hampir hancur di dalam hand carry di bilik 'prayer room' (oh, jangan ingat itu musolla plak. Itu bilik sembahyang untuk banyak agama). Kau boleh bayang mana kalau aku nak cari kiblat kat situ? (melainkan kalau arah kiblat memang dah disediakan di situ).

Terbang dari Athens jam 7.15 malam dan sampai di London jam 9 lebih (waktu UK). Selepas beratur hampir dua jam di kaunter imigresen, kau harus tunggu hampir dua jam lagi untuk bas ke Birmingham tiba di stesyen. (Kau tu akulah..)

Alhamdulillah,akhirnya jam 3 pagi, aku tiba di Birmigham. Dan tanpa malu segan, minta tumpang hotspot internet seorang chinese untuk call Angah (kakak aku nombor dua).

*Kalau tengok tajuk post ni, mesti ingat aku nak cerita pasal kiblat kan? Ha, betullah.. Ok, to be continue.. Ada kewajipan lain yang perlu diselesaikan.

- Ana Imtiyaz-
030715/ 16 Ramadhan 1436h,
Holte Road, Aston,
Birmingham, U.K.