salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, June 28, 2011

~KuSuT~...inni 'abdullah...


"yang ni pun tak boleh pakai...,"saya mendesus dalam hati.

Kertas yang telah saya lakarkan jadual harian itu saya simpan dalam fail.

Ini kali keempat saya merancang jadual harian yang baru.

Untuk apa saya susah-susahkan diri menyusun jadual itu?

Nak menulis tak berapa susah, nak memikir tu... tapi, ha, nak laksanakan tu laaaaaaaaagi 'mudah'..kan..kan.. (hati mengangguk sinis).

Lalu helaian jadual harian itu sekadar menjadi koleksi warkah-warkah lakaran yang memenuhi fail-fail yang tersimpan di balik pintu gerobok itu?

Terasa bagai ditarah, luka hati ini dengan soalan itu..

Semalam katanya mahu jadi lebih baik dari kelmarin. Kelmarin jua bilangnya begitu. Tapi bila tiba saatnya, kecewa yang menerjah...

Tiada orang yang mengingatkan.
Salah siapa?
Salah orang yang tidak mengingatkan...

Terkedu pada suara hati yang seolah meraih simpati.

"Kalau begitu, usah pergi jauh. Duduk saja sambung degree di Darul Quran JAKIM itu," iman menegur keras.

Sebak rasa hati.

"Belajar bangunkan diri dari mimpi. SENDIRI...,"iman menambah.

"baru 4 bulan beb ko keluar dari situ, dah begini jadinya,"akal menambah perli.

Bagaimana mahu istiqamah dalam melaksanakan kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan mengelakkan kelalaian?

"dengan keseorangan begini? mampukah?" persoal hatiku.

"Usah membutakan hatimu. Kau keseorangan atau kau yang menghidupkan sentimen keseorangan itu?"iman bertanya lagi.


Ah,kusut!

"Esok nak ke mana?"ummi bertanya tiba-tiba sewaktu berbuka puasa tadi.
"Ke mana?" pura-pura tidak mengerti.

"Minggu lepas kata ada program hujung minggu ni?" ummi mengerutkan dahi,musykil.

"Oh,.." pura-pura baru ingat.

"insya' Allah, pagi esok gerak ke Hulu,"saya menjawab ringkas.


Jiwa bagai tidak betah berada di posisi yang sama setiap masa tanpa apa-apa tindakan.

Langkah ini ku atur demi mencari semula spirit yang hilang.


"Mahu ke mana langkah itu?" akal bertanya tiba-tiba.

"Mencari spirit yang hilangkan ku bilang tadi...,"hati menjawab acuh tak acuh.

"Mesti melangkah keluarkah?"akal memerli.

"Kalau itu sahaja cara yang terbaik..." sepi seketika.

Izinkan diri ini keluar menerjah dunia luar demi mencari hakikat ukhuwah yang pernah memimpinku menyoroti laluan itu.


Doakan diri ini ketemu apa yang hilang itu...~~

Tuhan, aku mahu sentiasa hidup dengan Rahim dan Rahman Mu... Allahhumma ameen..








Tuesday, June 14, 2011

Sabar itu Indah!

“Nak minta ganti cikgu nor. Dia eksiden,”..

Permintaan yang buat saya tidak teragak-agak untuk menolak dengan keadaan kewangan yang sangat meruncing. Apa-apa hal pun, ikhlaskan niat, Lillahhi ta’ala. Cumanya,saya perlu bertahan dr jam 7 pagi sehingga 7 malam!

“Insya’ Allah saya cuba,” saya menjawab dengan suara yang tenggelam timbul. Mungkin sebab terlalu terharu kot. Banyak r, den nga sakit tekak ni…

Hari pertama di sekolah,

“Ok semua murid-murid, bila cikgu sebut nama, datang depan ya,” saya memberi arahan pada murid-murid.

“ni kita punya,”…

“cikgu, dia amik pensel saya,”…

‘ckgu nak buang air,”…

La hawlawala quwwata illa billah.

Tiba-tiba datang seorang murid permpuan memegang tangan saya.

“Cikgu,cikgu cakap apa?”………..

Hari pertama yang sungguh membahagiakan dan mendebarkan… (^_^)

Alhamdulillah.

Saya pun meneruskan sesi pembelajaran.

“ Cikgu sakit tekak ye? Ayah saya pun sakit tekak. Cikgu kena makan ubat,” kedengaran suara Alya dari belakang.

“ Mak saya pun sakit tekak. Makan asam jawa, lepastu dah baik,” Alif menyambut kata-kata Alya.

Oh, anak-anak muridku…

Kemudian kedengaran lagi beberapa cadangan dari farhan, aina , ainoni dan sebagainya….

Eh, awak.. orang yang nak mentarbiyah ni, kena sedia ditarbiyah. Awak sedia ditarbiyah x?

Awak ingat mula-mula masuk mengajar, murid-murid akan terus terima ka apa yang awak nak ajar?

Awak ingat mula-mula masuk mengajar , murid-murid akan takut ka dengan sengih awak tu?

Jam 10 pagi, saya perlu mengajar subjek,

Eh, subjek PERIBADI MUSLIM?

Ada eh?

Saya menyelak sehelai demi sehelai buku tersebut.

“Cikgu, bila nak belajar ni?” laung aina dari belakang.

“Sabar,” saya menjawab dengan bahasa isyarat yang saya kurang pasti sama ada mereka faham atau tidak.

Minggu itu penuh dengan cabaran buat saya yang perlu mengajar dan mendidik tanpa menggunakan suara.

Mungkin penyampaian saya buat mereka kurang berkesan, tapi keadaan itu membuatkan saya terpaksa mendidik diri dengan sifat sabar.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya kan..

Jadi minggu pertama itu, adalah latihan buat saya. Tamrin untuk memupuk saya agar lebih bersabar ketika menghadapi apa jua situasi.

Ah, sabar itu indah sebenarnya. Siapa kata manusia yang beremosi tidak pandai bersabar?

Kalau kita mahu, ia bukan masalah mampu atau tidak. ^_~

Fasbir sobran jameela..

Innallahha ma’as sobirin. Ya, Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.

Tak percaya? Duhai diri, cuba bawa bersabar dulu, di pengakhirannya nanti, kebahagiaan yang kan kau temui.

Dah sebulan berlalu, suara masih macam Ela penyanyi rock tu…

Tidak mengapa, cool apa..hu~

Percayalah…

SABAR itu INDAH! =)