salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Saturday, August 22, 2015

Catatan Kembara III


Biasanya memang begitu.
Yang indah-indah sahaja yang dikongsikan.

Maka itulah yang kan dibaca dan kita tidak berhak menyalahkan orang lain yang gagal membaca maksud sebenar hati kita.

Pada rumpun-rumpun bunga yang berwarna-warni
Pada kelompok-kelompok awan yang membiru
Pada deretan hijau gunung ganang saujana mata memandang

Pasti yang ditemui adalah sebuah kedamaian
ketenangan

atau kau mahu mereka baca bahawa itu adalah simbolik pada setiap kepedihan, ketewasan dan kekecewaan yang terpaksa kau alami..??

kita sendiri gagal menyeimbangkan jalan ceritanya,
lalu mahu disalahkan orang lain yang memuji-muji keseronokan hidupmu yang hanya dilihat dengan mata kasar mereka.

Bahkan, kau sendiri membaca orang lain dengan gambaran-gambaran yang mereka pamerkan.


Sudahnya kau harus bertanya sendiri,
tentang untuk apa mereka ketahui kepedihan yang kau alami
jatuh bangun saat sendiri..
untuk apa?

kalau sekadar mahu diakhirnya ada ucapan,
"tabah sekali kamu!"
"Hebat ya kamu ini!"
" Ma shaa Allah, inilah hamba yang sejati"

Semak semula diri.

Katanya mahu syurga,
tapi yang tinggal cuma debu-debu yang ditiup angin
habaan manthura..

Jadi setelah debu-debu itu berterbangan pergi,
apa lagi yang masih tinggal untukmu...

Masih ada 8 hari bersisa untuk kau perbaiki diri di sini,
Tapi harus kau ingat, hakikatnya, esok pun belum pasti ada untukmu...

اللهم اختم لي بحسن الخاتمة


Catatan kembara,
22 Ogos 2015,
Peak District, Great Manchester, England.

Sunday, August 16, 2015

Doa usai wirid Al-mathurat


اللَّهُّمَ اَنَّا نَسْاَلُكَ لِسَانًا رَطبًا بِذِلْرِكَ
وَقَلْبًا نُفْعَنًا بِشُكْرِكَ
 
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْالُكَ إِيمَانًا كَامَلا  وَنَسْاَلُكَ قَلْبً خَاشِعًا
 
وَنَسْاَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, وَنَسْاَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا
 
وَنَسْاَلُكَ دَيْنًا قَيِّمًا, وَنَسْاَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ
 
وَنَسْاَلُكَ تَمَامَ الْغَنِى عَنِ النَّاس
وَهَبْ لَنَا حَقِيْقَةَ الايْمَانِ بِكَ حَتَّى لا نَخَاف
وَلاَ نَرْجُوَ غَيْرَكَ وَلا نَعْبُدُ شَيْـَا سِوَاك
وَاجْعَلْ يَدَكَ مَبْسُوْطَةً عَلَيْنَا عَلَى اَهْلِيْنَا وَاَوْلادِنَا
وَمِنْ مَعَنَا بِرَحْمَتِكَ وَلاَ تَكِلْنَا اِلَى أَنْفُسِنَا طَرْقَةَ عَيْنِ
وَلا اَقَلّ مِنْ ذَلِكَ يَانِعْمَ الْمُجِيْبُ
وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ
وعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
 


Ya Allah kurniakanlah kepada kami lidah yang basah kerana mengingatiMu dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mengingatiMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu dan tubuh badan yang ringan dalam menyempurnakan ketaatan kepadaMu.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami iman yang sempurna, hati 
yang khusyu', ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup 
yang mantap, selamat dari segala bahaya.

Kami mohon, ya Allah, kecukupan dari segalanya sehingga tidak perlu kami meminta-minta dari orang lain. Dan berikanlah kami ya Allah iman kepadaMu yg sebenar-benarnya., sehingga kami tidak merasa takut, mengharap dan menyembah selain dariMu,

Kurniakanlah naunganMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yg bersama-sama kami
Janganlah Engkau, ya Allah biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.

Ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan yang memperkenankan segala permintaan.
Selawat dan salam untuk junjungan mulia rasullullah saw, yg mulia dan kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Allahhumma Ameen

Saturday, August 15, 2015

Hamba

Hamba,
Cuma mencari Tuhan saat benar derita
Cuma basah lidah dengan zikrullah selepas dikecewakan oleh manusia
Cuma teresak meluah tangis di atas sejadah saat tiada lagi yang bisa diberi percaya

Sedang Tuhan
Selalu ada
Tak pernah leka dan sentiasa jaga
Tak terlepas satu pun daripada pendengaranNya
Tiap masa
Tiap butir bicara
Tiap tingkah dan laku
Tiap bisik hati yang mendesis
Tiap waktu
Tiada yang terlepas atau yang tersembunyi dariNya

Pulanglah,
Pulanglah menjadi sebaik-baik hamba untukNya
Selagi Nyawa masih ada
Dan sebelum sesal kita merintih pada Tuhan agar dihidupkan kembali ke dunia walau sebentar cuma..

Pesan buat jiwa.

كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ

Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ

Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"

وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ

Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
(Surah At-thaghabun : 26-28)

Wednesday, August 5, 2015

Seruan kejayaan

Setiap hari aku berhenti depan tandas, menoleh ke arah pintu depan pintu peti ais gabak dua tingkat itu.

Biasanya lebih dua kali sehari, atau setiap kali aku mahu ke tandas, akan ku tolehkan pandangan ke pintu pintu ais itu.

Bukan sebab perut yang lapar.
Atau mudah gastrik, atau kehausan yang seringkali menjengah tekak.

Tapi untuk mebuat pengesahan.
Jam berapa sebenarnya masuk waktu solat.

Lalu, sebab itu tanpa jemu aku menoleh ke pintu peti ais itu.
Angah lah sebagai tuan rumah, dia memang rajin print waktu solat bagi kawasan Aston setiap bulan.

Dan biasanya, takwim solat yang angah print untuk bilik atas, berbeza sedikit waktu solatnya dengan takwim yang di depan pintu peti ais di bawah.

Sebab?
Yang bawah merujuk kepada masjid yang berdekatan.
Manakala takwim yang di atas merujuk Masjid Utama di Birmingham. 
Di kawasan Aston ini sahaja ada lebih dua buah masjid, dan kebanyakan waktu solatnya adalah berbeda.

Keliru?
Ya, itulah yang aku alami pada mulanya, lalu aku mengambil keputusan untuk mengambil minit di tengah-tengah.

Remeh?
Tak,ia tak remeh bagi aku.
Kerana bagaimana aku mahu menentukan waktu sahur dan berbuka?

Ramadhan dah habis?
Mengapa jadi hamba Ramadhan?

Hampir masuk dua bulan aku tidak mendengar azan dari mana-mana masjid. 
Di sini bukan Malaysia untuk kau hayati laungan-laungan azan yang berkumandang sehingga terkadang, di suatu kawasan, kau boleh mendengar 2-3 azan.

Begitulah sewaktu di Jordan. Rumahku benar-benar berhadapan dengan masjid. Sehingga aku boleh melihat siapa yang sering ke masjid itu.

Harus, mahu atau tidak, perlu aku membiasakan diri bagaimana mahu mengamalkan Islam tanpa kebiasaan yang aku lalui.

Tanpa persekitaran Islam yang bisa menjadi wasilah untuk menguatkan,

Lalu, haruskan aku menjadikan alasan, jauh dari persekitaran Islam untuk aku tidak mengamalkan syariat Islam...??

Bayt Aflah, Masjid Umar, Mu'tah, Jordan.
Tanya pada diri.
Kau pasti kenal Asia isteri Firaun. (Jangan kata yang kau tak tahu siapa firaun)
Kau pasti juga kenal Isteri Nabi Nuh dan Lut.

Mahu menjadi seperti Aishah Ummahtul Mukmin?
atau Fatimah Binti Muhammad s.a.w?

Kau bisa.

Sebab Tuhan sentiasa ada di mana-mana pun kau berada.

فَقَدَرۡنَا فَنِعۡمَ ٱلۡقَـٰدِرُونَ
And We determined [it], and excellent [are We] to determine.
(Surah Al-Mursalat : Ayat 23)

Maka serulah dia pada saat kau butuh, Susah dan senang.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ 
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah Al-baqarah: ayat 186)

Selamat meneruskan kembara wahai hamba-hamba Tuhan!