salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Saturday, December 31, 2011

Emosi Pembuka Tirai 2012

Tahun baru ini,
1 Januari 2012,
Aku di sini,
Tanah syam ini ku lihat sepi,
Mungkin dari sisi pandangku yang menetap di desa mu’tah.

Muka buku ku buka
Khabar dari teman-teman di Malaysia ku baca,
Jemputan ke upsi untuk sama-sama berpuisi,
Tidak dapat ku sertai,
Tahun baru di shah alam yang sarat dengan pengisian turut ku cemburui
Aku masih di sini,
Menatap muka buku, menerjah alam maya,
 mencari siaran lansung dari bumi pertiwi,

Biasanya malam-malam seperti ini,
Aku ke dataran merdeka bersama teman-teman,
Mengedar simpati dan risalah ingatan,
Tapi kerana malam ini aku di sini,
Sekadar mampu ku baca dan lihat dari gambar-gambar yang berbicara
Di ruang alam maya.

Malam ini emosinya dua,
Bahagia melihat shah alam dengan kemeriahan majlis ilmu,
Kerana aku warganya..
Senyum meleret diselangselikan ucap syukur tak terhingga,
Menitis air mata.
Ku bahagia.
Tahun baru 2012 di Dataran Shah Alam, Selangor.

Usai di shah alam,
Berita baru ku terima dari negeri yang sama,
Seorang teman parah tercedera,
Ah,angkara siapa???

Malam puisi di UPSI itu,
Turut aku dijemput sama,
Cuma kerana aku di sini,
Hanya doa ku kirim moga malam puisi itu Berjaya..
Ya,malam itu Berjaya.
Berjaya dengan jayanya.
Dan air mataku tumpah buat kali kedua,
Saat menatap gambar penuh cerita,
Temanku ada yang terbaring lesu,
Ada yang ditangkap disumbat ke sel sementara..
Angkara siapa..??

1 JANUARI 2012 di UPSI, Tg.Malim.
Malam tahun baru ini,
Allah hadiahi aku dengan dua emosi,
Dua rasa yang sama sekali berbeza..

Ia mungkin menjadi sejarah,
Buat mahasiswa yang merasa haknya diinjak-injak,
anak muda yang merasa maruah mereka dipijak-pijak,
Oleh sang penguasa celaka!

Untuk aku yang masih di sini,
Untuk beberapa tempoh,
Pasti jua akan kembali,
Bersama meredahi ranjau ,
Membanteras kezaliman dan segala korupsi
demi melihat Islam kembali tertegak di bumi yang ku cintai!

Malaysia,
Pasti jua ku kan kembali!


311211
mu'tah, jordan

Sunday, December 25, 2011

Pada remang senja itu..

Dinihari yang penuh ketar. Harus jua untuk diri ini dibangkitkan.
Meskipun subuh menjelang seawal jam 5pagi, perginya tetap jua seawal 6.15pagi.
Formulanya tetap sama. Apabila subuh menjelang awal,maka berlalunya jua seawal masuknya waktu. 
Faham ke..?? (-_-)

Hakikat siang yang sememangnya pendek, boleh pula diraasakan panjang!
Seusai subuh, kitab yang dihadapkannya membawa dia jauh terbang. Entah ke mana..

'bangkitlah segera wahai pemuda,jangan terlalaikan oleh buai dunia.."
Lagu Shoutul Harakah memecah berderaikan (ada ke istilah ni) segala fantasi.

Sudah jam 7.30pagi!
Sepatutnya waktu sebegini,dia sudah berada dalam coaster@bas pendek menuju ke jami'ah.
Oh,hari ini kelas tidak berjalan seperti biasa.
Maka tidak perlulah kalut atau menggelabah kerana terlambat.

Study week telah bermula.
Hanya tinggal beberapa hari lagi peperangan akan berlansung.

Terasa bagai disumbat-sumbat otak dan minda..
Agak penat.. (bukan penat ulangkaji tapi penat memikir yang.... (lu pikirla sendiri) )

Mendung yang kelihatan dari kaca tingkap masih tidak berarak pergi.
Saban hari mendung sebegini?
Tiba-tiba rasa mahu mengeluarkan diri dari zon sempit ini.
Mahu BEBAS!
Bebas dari buku-buku yang bersusun depan mata..

Pantas saja talian disambung mengajak seorang teman bersama-sama untuk memBEBASkan diri.
Sayangnya, cuaca di luar yang teramat sejuk membuatkan diri agak hampa kerana teman itu tidak gagah meredah kesejukan petang itu.

Maka dihadapkan semula diri menjawab soalan-soalan latihan.. (sambil menjerit-jerit dalam hati.. -_-)

Apa kes?

Cubaan kedua di buat,
"ada x sape2 nak ikut saya bersiar-siar di luar menikmati mendung hari ini..? kot la tetibe salji turun atas kite..^_~.."
Status di post di suatu group.

Alhamdulillah..hanya dalam beberapa minit,sudah ada dua orang memberi respon!
Ayuh,jom bebaskan minda anda!

Sekilas jam dipandang.
Sudah jam 4.10petang. Hanya tinggal setengah jam sebelum azan maghrib berkumandang.

LARI..!!!
Memecut ke kedai hamzah tempat yang dijanji.
Perjalanan yang memakan masa 10minit, hanya mengambil masa 3 minit. (pecut kot,..)

Eh,ada lima orang..
Teman study group saya hampir kesemua ada! ^_^... Alhamdulillah..
Nampaknya mereka SAMA seperti saya..

Maka,dengan hanya berbekal beberapa minit yang ada, kami bersiar-siar sebentar sambil menuju ke mat'am @ kedai makan..
Seronoknya.. Alhamdulillah,tetiba ada orang nak belanja..

Jam 5.00petang kami bergerak menuju ke rumah seorang teman yang berdekatan.
Orang kat masjid dah nak habis kut solat maghrib..hu3..
Bukankah tidak manis gadis2 berjalan-jalan di remang senja..??

Serius..,kami dah tak tahan duduk menghadap buku,maka,tidak salahkan sekali-sekala kami buat macam ni..(mujur tak jumpa syabab yang rajin murokib, kalau tak mesti dah kena tegur..^_^)

Maaflah..sebab buat nakal macam ni..


Ok2 lepas ni, kami keluar awal sket..

Alhamdulillah,malamnya kami dapat sambung ulangkaji dengan lebih relaks.

Otak pun perlu rehat juga..^_~

Salam imtihan buat semua teman-teman seperjuangan.
Bittaufiq wannajah!

Belajar kerana apa?
Allah..
insya' Allah..^_^



Bayt masjid Omar,
Mu'tah, Urdun.


Wednesday, December 21, 2011

mengapa hanya saat sukar?

Saat sebiji epal dimamah..terasa manis sekali.
Dalam diam kemanisan itu dihayati..rasanya mahu makan sebiji lagi.


Tapi,
mengapa tiba-tiba manisnya menghilang..?
Terasa epal yang digigit dan dikunyah tadi telah tawar rasanya..
walhal epal hampir saja habis digigit dan dikunyah..., 
lalu disegerakan proses menghabiskan sebiji epal yang telah tawar rasanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ (-_-) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rindu mendengar laungan azan, meski zuhur tadi baru sahaja mendengarnya. (mungkin dalam mood: cepatlah habis kelas..)
Ya,benar-benar rindu. Terasa seperti masa terlalu lambat berlalu.
Tuhan..aku ingin bertemu denganMu..
aku ingin mengadu..!!


Lalu di atas tiket merasa gundah, aku bertemu denganMu..
Masya' Allah..indah sekali pertemuan itu.
Ku berbicara seluruh derita denganMu..
dan Kau, setia mendengar pengaduan seorang hamba yang terisak-isak dalam tangisan.


Ketenangan merajai diri dan hati seusai pengaduan didengari..Alhamdulillah.


Tapi...
Ada suatu hari,aku tersangat pusing..
Exam mengelilingi minda dan fikiran..
Buku bertimbun memenuhi meja belajar.
Ah, bertembung pula dengan kelas tafaqquh, usrah, study group, program persatuan dan segala bagai..


Saat azan berkumandang,
aku leka dalam dunia yang terus memusingkan otak fikiran..
Terlewat bertemu Tuhan lantaran masa bertemuNya ku curi demi menyelesaikan urusan duniawiku..


Tuhan,sebentar,
aku ada urusan..
sikit lagi aku akan menunaikan jua perintahMu.


Lalu dengan masa-masa yang tidak lagi dikira awal waktu, aku menunaikan perintahMu.
Pantas dan segera kerna banyak lagi urusanku yang belum selesai.
Ah,pasti Dia lebih tahu.
Maafkan aku Tuhan.


Pernah juga aku merasai kekosongan hati dan jiwa..
Lalu ku mencari-cari bahan yang bisa mengisi kekosongan hati itu.
Ku selak buku-buku yang ku bawa merentasi laut china selatan menuju ke bumi syam ini.
Masih gagal mengisi..



"Orang yang mendalam cintanya pada al-Quran, tidak akan ada tempat di hatinya untuk mengandungi muzik dan nyanyian."
-Ibnu Qayyim al-Jauziyyah-

Ku ambil mashaf Alquran yang berada di sisi katil,pun hanya mampu ku tatap.
Maka,saat tangan menyentuh laptop, melekatlah ia barang sejam dua.
Tapi rasanya tetap sama...meski berjam-jam dihabiskan menghadap internet yang sentiasa membuat diri WAJIB untuk memilih di antara kebaikan atau kejahatan yang terbentang di hadapan mata.


Saat panggilan Tuhan dilaungkan,lemah terasa diri.
Solat dipercepatkan.
Terlalu sedikit doa yang dipinta dengan penuh mengharap.


Lantas meninggalkan sunat2 yang sewajarnya dilakukan sebelum dan seusai solat fardhu.
Kemanisan itu tidak ku temui.

"maka, celakalah orang-orang yang solat," 

(surah Al-ma'un:7)

Maka... aku kah itu?
Yang hatinya hadir dan pergi dalam tiap solat yang ditunaikan atas dasar kewajipan sebagai seorang muslim itu..???


Sukarkah untuk terus tulus dalam tiap rakaat yang tertunai?
Bukankah Dia memanggilku untuk berbicara denganNya..?
Bukankah aku yang pernah mengadukan kesedihanku padaNya..??
Lantas, mengapa tenggelam timbul di saat merasa jauh denganNya..???

Wahai diri,
Tahukah engkau bahawa KEMATIAN itu adalah perkara yang paling dekat denganmu?
Lalu untuk apa lagi kau bazirkan waktu dengan perkara-perkara yang buat kau semakin jauh dengan Sang Pencipta,,??


Maaf Tuhan.
Aku yang silap kerna melimitkan waktu dan tempat untuk aku mengadu dan berbicara denganMu.

Walhal,Kau sentiasa ada untuk hamba-hambaMu.
Maafkan aku Tuhan..


Lelahku takkan terhenti,
gundahku takkan terlerai,
resahku takkan berkurang,
Saat aku merasa jauh dan semakin jauh denganMu..
Mohon diketuk pintu hati ini saat ia sperti hampir terutup..
Usah kau biarkan ia terkatup dan terkunci rapi dari hidayahMu.


Terusan tuntun langkahku untuk sentiasa dekat denganMu..


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 

(surah Ar-ra'd:11)

Allah tidak akan mengubah nasibku tanpa usaha dari diriku sndiri.

Tapi Tuhan..,
pimpinan dan petunjukMu terus ku harapkan agar usaha untuk menghidupkan hati ini mampu berterusan sehingga aku pulang menemuiMu..

Ameen ya rabb.

Saturday, December 3, 2011

Masih sempat untuk itu???



Masih berkira-kira dalam minit-minit yang terakhir itu...

Oh,mahu buat apa lagi seusai solat subuh sebentar lagi?

I'adah Alquran barang 2-3helai...    juzuk 29 atau 28...?
Ulangkaji madah....    Ulum Quran atau madkhol fiqh 'am..?
Kemas bilik...  (jangan lupa buang sampah di dapur)
Sediakan sarapan pagi..  cekodok atau nasi goreng..?
minum...teh atau kopi?...

Almathurat selesai dibaca.

Celik terpejam celik terpejam celik menatap buku fiqh yang berwarna merah lembut itu.

Lagu di telefon bimbit menyanyi-nyanyi rancak tanda waktu sudah menunjukkan jam 6.30pagi.

Segera bergegas ke dapur memanaskan dapur dan mengintai periuk nasi mana tahu makanan semalam ada bersisa. 

Oh,nampaknya tidak.
Tepung dibancuh dan sanyourah dipotong kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam bancuhan tepung.

7.00 pagi.

Pantas secawan kopi dibancuh.

Bismillah,cekodok sanyourah disua ke mulut..pantas. 

Ah,bekal!

Diletakkan suku dari cekodok yang bersisa ke dalam tupperware.

Berlari pantas menuju ke bilik sambil di tangan kanan membawa bekal dan di tangan kiri memegang secawan kopi.

Beg sandang dikemas.

7.15 terus berlalu. Target paling lewat ke jami'ah adalah pada jam 7.20pagi.

Allah,dhuha... tak sempat,solat di musollah jami'ah je..(desis hati geram)..
Mana taknya,nak ke tempat coaster yang akan ke jami'ah saja sudah memakan masa hampir 10minit..

Eh,kopi belum minum..
Bismillah..diteguk 2-3 kali..
op..op..op..stop..stop..

Loya seketika. Kopi masih bersisa. Tisu ditarik sehelai dan ditutup kopi yang masih bersisa dalam cawan.

7.37pagi. Dalam coaster yang masih menanti untuk dipenuhkan.

7.40pagi. Coaster mula bergerak.

Coaster menghampiri jami'ah. Berhenti agak jauh dari pintu jami'ah.

Allah...rileks..rileks..cool down..

Cuma ada 8 minit sebelum jam 8. Ah,pasti kerusi di hadapan sudah penuh. Paling penting,doktor!
Nafas yang tercungap-cungap membuatkan langkah semakin perlahan.
Allah..Allah...hanya itu yang mampu melalui hembusan dan seduatan nafas.

Sebaik saja mengambil tempat,doktor melangkah masuk ke dalam kelas.

Kitab tebal itu diselak..mencari isi-isi seperti yang disebutkan oleh doktor.
Hampir tiga bulan berada dalam kelas itu dan belajar madah yang sama 3 kali seminggu.
Tapi masih gagal. Gagal menangkap butir kata yang keluar dari seorang doktor yang berbicara menggunakan bahasa arab ami itu.
Oh,Tuhan...mengapa jalan ini yang ku pilih..

Sesal di atas sesuatu yang telah berlaku akibat pilihan sendiri,adakalanya ia adalah sesuatu perkara yang sia-sia.
Untuk apa lagi mengeluh?
Teruskan sahaja pengembaraan ini.
Yang penting rajin dan tabah!

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir."
(Al-ma'arij: ayat 19)

Seusai pulang dari jami'ah, mungkin pada jam 11 tengahari atau seusai asar pada jam 3.15petang, laptop segera dihidupkan.
Buku nota kecil harian diselak.
1-ulangkaji madkhol fiqh
2- cari maklumat tentang i'jaz Alquran
3- cari maklumat2 lain berkaitan dengan pemilikan dalam Islam
4- Facebook (kot la ada pesanan)
5- buka email.

Tapi,biasanya yang nombor 4 akan jadi nombor 1 dan nombor 1,2 dan 3 akan terkemudian, malah kadang-kadang tak dapat nak dilaksanakan.. ~_~..keciwa.

Keciwa dengan diri sendiri.
Ye,benar. Iman manusia itu yazid wa yanqus (bertambah dan berkurang).
Lalu, haruskah dibiarkan itu menjadi alasan setiap kali merasa lelah untuk meneruskan hidup dengan lebih baik...??

Padan muka hang...! (hati mencebik pada akal.Pedas...!)

Minggu lepas,sepupu saya telah kehilangan seorang anak yang meninggal dunia akibat lemas dalam sungai. Usianya 16 tahun.
Tak tua. Masih muda.
Linkungan umur saya... (perasan muda plak...eh,muda apa. Beza 5 tahun jer..)

Baru-baru ini,seorang sahabat JUST (Jordan University of Science and Technology) telah kembali ke rahmatullah selepas lima hari dikesan menghidap penyakit leukmia.
Lima hari kemudian?
Yeah.


"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."
(Surat Al-Munafiqun: Ayat 11)


Saya?
Masih di bumi Syam ni. Masih memikir-mikir bagaimana mahu menjadi lebih baik dari semalam dan hari kelmarin.

Kita?
Adakah nanti akan ada isyarat memanggil dari Tuhan bahawa kita akan segera pulang ke sana..?
Layakkah kita menerima isyarat itu, agar kita mampu untuk bersedia?

Allah........
Saya hanya hamba. Tiada jaminan yang berani saya buat.

Maka tunggu apa lagi!
Bahagikan masa untuk berfikir dan bertindak dengan sebaiknya!


"KEWAJIPAN KITA LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA"-Imam Hasan Al-Banna..

Kot la tetiba ada rasa, "bosannya harini..tak tau nak buat apa...".
Ye,masa kita sedikit sahaja sebenarnya,sebab tu saya tak sempat nak update blog ni (alasan semata-mata) sebab kerja berlambak-lambak menanti.

Ayuh,gerak sekarang..!
Masa semakin JAUH..dan Kematian itu adalah PASTI dan semakin mengHAMPIRi!