salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Thursday, December 11, 2008

salamullahi 'alaik

bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...saat dn tika ini,ana masih diberi peluang olehNya yang Maha Penyayang untuk terus bernafas dengan penuh kedamaian dalam iman dan agama yang penuh dengan kesempurnaan...sebentar tadi baru ada panggilan dari seorang sahabat yang trpaksa patah balik ke rumah setelah perjalanannya hampir sampai ke destinasi. Agak sedih. Mujur rumahnya masih berada dalam negeri yang sama. Tp bagaimana pula dgn sahabat yg datang dr Johor,Pahang, atau Kelantan...?? kebnykn mereka mengalami masalah yg sama filbait,lantas mengambil keputusan ntk pulang ke asrama lbih awal. Jarang ada yg dpt lari dr masalah tersebut,bahkan ana sendiri.

Filbaiyt...macam2 ada..adik2 yg comel + nakal + aktif... tv,playstation, dan mcm2 lg keseronokan duniawi. Gi mana sih mau lari dr sume tu.. Tiap kali balik, i'adah kurang, modal apatah lg. Esok2 lps cuti trus dpt tazkiyyatunnafs dr ustaz2 ah.. Alhamdulillah kalau terima dgn hati dn fikiran terbuka..kalau x??..fikir2 lah sendiri...

Tapi sampai bila??..sampai bila mahu lari dr keadaan itu dn ingin sntiasa brada dalam zon yg selesa untuk mnjaga Alquran.Bukan selama2 nya kita akan belajar di tempat yg sama. Paling lama pn 4thn. Selepas itu, kita perlu mengeluarkan diri untuk bercampur gaul dgn orang2 dengan sekitar. Tapi andaikata dlm tempoh pembelajaran kita sentiasa mahukan zon yg selesa, bagaimana selepas tamat pelajaran??
Andaikata Allah campakkan diri kita di suatu tempat yg kontra dgn zon yg mnjadi kebiasaan kita, bagaimana???...Adakah Alquran yg pernah kita sematkn dalam minda kan jua turut berterbangan hilang.

Seringkali ana terfikir. Bilakah kita akan mulakan perubahan???... Ni da masuk sem2..kalau yg da sem4 sem6???... rasanya kita x perlu pikir terlalu lama tntg sesuatu perubahan. kalau x, berterusan hanya berlegar dlm fikiran...
Ayuh sahabat!!! Kita budayakn Alquran dlm kehidupan. Jangan sempitkan Alquran pada tempat dan masa... Alquran itu fleksibel... jangan menjadikan diri kita rasa terkongkong dengannya...

Sama2 lah kita muhasabah dan muzakarah diri..Moga kita termasuk dlm golongan org2 yg beruntung...Wallahu a'lam

p/s: teringat kata2 seorang sahabat...bebaskn dirimu dari penjara syurga!!!!