salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, June 17, 2009

ada apa dengan hati????

Ada apa dengan hati??

“enti bukan kata kat ana kan? Orang lain kot yang buat camtu,”

“mulut enta tu memang tak de insurans ke? Cakap main lepas je. Mana ana tak bengang!!”…

Dan pelbagai lagi dialog yang bisa didengari apabila seseorang itu mendapat teguran. Tidak kira sama ada teguran yang diberi itu secara lembut atau tidak.

Sengaja penulisan ini ditulis untuk membawa kita sama-sama berfikir mengapa sering teguran yang diberi sangat menyakitkan hati kita walaupun ia benar? Mengapa teguran yang diluahkan secara kasar tidak memberi impak pada kita waima ia benar?
Bersyukurlah saat Allah menghadiahi kesakitan pada hati kita akibat dari teguran-teguran yang diberikan. Sengaja Allah mengingatkan kita akan kesilapan yang kita lakukan.
Itu menunjukkan Dia masih menyayangi kita dan ingin kita pulang ke jalanNya. Tetapi, koreksi balik diri andai kita tidak merasa apa-apa apabila ditegur atau dinasihati ke arah kebaikan. Tembus melalui fikiran namun keluar semula melalui rongga yang lain. Yang tinggal hanya,kosong. Ada apa dengan hati kita sehingga begitu jadinya?


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ Di dalam diri manusia itu ada segumpal darah, jika baik gumpalan darah itu, maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya jika rosak segumpal darah itu, maka rosaklah manusia tersebut. Segumpal darah itu adalah hati….”


Sebagai huffazul quran, sepatutnya hati-hati yang dimiliki adalah hati-hati yang bersih. Mungkin ada secalit dua noda yang terpalit,tetapi tidak menjejaskan kebersihan hati itu. Tetapi apabila melihat huffaz masa kini yang membaca Alquran hanya di kelas tasmi’, banyak berbual kosong, tidur yang berlebihan, dan masa yang banyak terbuang dengan perkara-perkara yang lagha perlu membuat kita berfikir kembali, sejauh manakah keberkesanan Al-quran pada diri seorang huffaz.
Adakah cukup dengan berkemampuan untuk tasmi’ tiga-empat maqra’ pada setiap hari? Atau masyi dan mendapat pointer 4.0 setiap kali imtihan?


Semua itu tidak cukup untuk menjadi bukti keberkesanan Al-quran pada diri seorang huffaz sekiranya di samping melakukan amal kebaikan, kita mengamarkan kemungkaran. Lalu di mana hati-hati yang bersih hasil bacaan Al-quran yang dibaca dan dihafal pada setiap hari??



Ada empat tahap virus dosa yang merosakkan hati manusia:
1. Rasa bersalah dengan dosa
2. Rasa biasa dengan dosa
3. Rasa seronok dengan dosa
4. Jadi pembela kepada dosa.

Lalu kita berada di tahap yang mana??? Dan di manakah tahap yang sepatutnya kita berada? Jika hati dan akal kita mengatakan 2 atau 3 atau 4, pasti ada sesuatu yang tidak sepatutnya telah menguasai dan mengotori hati kita. Adakah kita sebagai huffaz hanya perlu membiarkan takdir menentukan sejauh mana kualiti hati kita. Ingatlah, kualiti hati menentukan kualiti ibadah dan kualiti ibadah menentukan kualiti hati.
Fikir-fikirkanlah…


“ carilah hatimu sewaktu membaca Alquran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau belum juga temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau masih tidak temui juga hatimu, berdoalah pada Allah,.. pinta hati yang baru…”

Ya, pintalah pada Tuhan hati yang baru agar kita bisa menjaganya dengan lebih baik dan berhati-hati. Mungkin hati yang sedia ada ini,sudah terlalu keras dan hitam dengan dosa-dosa, lalu membuatkan kita menunaikan ibadah sekadar melangsaikan kewajipan, bukan atas dasar keperluan dan tidak merasa sebarang kemanisan apabila mengerjakan amal ibadah.. Kerana itulah juga kita tidak merasa apa-apa saat terlewat atau sengaja melewat-lewatkan dalam mengerjakannya… Ada apa dengan hati kita??? Renung-renungkanlah..
Salam muhasabah dan selamat beramal..


-Aura insani-
10 jun 2009

No comments: