salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Saturday, July 17, 2010

Aku semakin lelah!


Menelusuri sirah para sahabat…

Bukan tidak ditemui kisah Kaab Bin Malik, Murarah Ibn ar-rabi’ dan Hilal bin Umayyah yang berpaling tadah dari medan perjuangan Tabuk…

Atau kisah Hatib bin Abi Balta’ah yang hampir futur lantaran saudara maranya yang musyrikin termasuk dalam golongan yang akan diserang oleh pihak muslimin sewaktu sebelum pembukaan Kota Mekah pada tahun lapan hijrah.

Namun sebagai insan, Aishah isteri kesayangan nabi jua, tidak dapat lari dari gejala yang membuatkan diri hampir futur dalam perjuangan menegakkan kembali agama Allah di bumi nan fana’ ini bila menghadapi fitnah berbulan lamanya…

Apatah lagi insan seperti kita. Ujian yang mendatang mungkin tidak sehebat ujian yang menimpa Para Sahabat. Apa yang membezakan di antara pejuang Islam dahulu dan kini, adalah tahap keimanan yang berpasak dalam diri.

Banyak sebab-sebab berlakunya keguguran di kalangan abna’ harakah.

Antaranya disebabkan oleh:

1- harakah islamiyah itu sendiri

Secara ringkasnya, ia lebih berkaitan dengan organisasi harakah itu sendiri. Masalah pimpinan, pengurusan dalam organisasi, kelemahan dari sudut tarbiyah dan sebagainya.

2- individu abna’ harakah

Manakala dari sudut individu pula, ia lebih banyak menyentuh soal kefahaman, prinsip seorang abna’ harakah itu sendiri, terlampau ta’asub atau ekstrim, mengambil sesuatu dengan sambil lewa walhal setiap yang berlaku di dalam sebuah harakah Islamiyyah itu, perlu dicaknakan oleh setiap ahli.

Lantas disebabkan mengalami pelbagai permasalahan, individu tersebut mengasingkan diri dari jemaah dan ahli-ahli yang lain. Malah ada segelintir yang menyalahi kaedah sunnatulah yang telah ditetapkan oleh Allah dalam melalui medan dakwah ini dan pelbagai lagi.

3- suasana dan persekitaran

Tekanan keluarga dan sanak saudara sering mempengaruhi individu dari meneruskan perjuangan dalam medan dakwah ini. Hatta Rasulullah s.a.w sendiri diuji dengan bapa saudaranya yang amat menyayanginya yakni Abu Talib tetapi tidak membenarkan Rasulullah meneruskan perjuangan.

Sesiapa pun boleh untuk memberi alasan untuk futur di jalan dakwah ini..

“Ah, aku sudah lelah…”

“ Alquran,akademik, pointer, jawatan dan amanah-amanah lain…ibadah,..solat-solat sunat dan sebagainya..”

Nasihat dari seorang sahabat di dalam tazkirah asar,

Sentiasalah berdoa pada Allah,

“ya Allah ya Robbul alamin, jadikanlah kami hamba yang berjiwa sufi, berfikrah haraki dan berjasad jundi,”

Ameen…

Jiwa sufi – jiwa seorang abid yang taat dalam melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Hasanatul lil abrar, wa sayyiatullil muqarrabin.

Fikrah haraki- mampu menggerakkan diri dan orang lain untuk amar makruf dan nahi mungkar.

Jasad jundi- jasad dan mental yang kental dalam menghadapi sebarang ujian yang mendatang.


salam muhasabah menghitung diri...

No comments: