“Nak minta ganti cikgu nor. Dia eksiden,”..
Permintaan yang buat saya tidak teragak-agak untuk menolak dengan keadaan kewangan yang sangat meruncing. Apa-apa hal pun, ikhlaskan niat, Lillahhi ta’ala. Cumanya,saya perlu bertahan dr jam 7 pagi sehingga 7 malam!
“Insya’ Allah saya
Hari pertama di sekolah,
“Ok semua murid-murid, bila cikgu sebut nama, datang depan ya,” saya memberi arahan pada murid-murid.
“ni kita punya,”…
“cikgu, dia amik pensel saya,”…
‘ckgu nak buang air,”…
La hawlawala quwwata illa billah.
Tiba-tiba datang seorang murid permpuan memegang tangan saya.
“Cikgu,cikgu cakap apa?”………..
Hari pertama yang sungguh membahagiakan dan mendebarkan… (^_^)
Alhamdulillah.
Saya pun meneruskan sesi pembelajaran.
“ Cikgu sakit tekak ye? Ayah saya pun sakit tekak. Cikgu kena makan ubat,” kedengaran suara Alya dari belakang.
“ Mak saya pun sakit tekak. Makan asam jawa, lepastu dah baik,” Alif menyambut kata-kata Alya.
Oh, anak-anak muridku…
Kemudian kedengaran lagi beberapa cadangan dari farhan, aina , ainoni dan sebagainya….
Eh, awak.. orang yang nak mentarbiyah ni, kena sedia ditarbiyah. Awak sedia ditarbiyah x?
Awak ingat mula-mula masuk mengajar, murid-murid akan terus terima ka apa yang awak nak ajar?
Awak ingat mula-mula masuk mengajar , murid-murid akan takut ka dengan sengih awak tu?
Jam 10 pagi, saya perlu mengajar subjek,
Eh, subjek PERIBADI MUSLIM?
Saya menyelak sehelai demi sehelai buku tersebut.
“Cikgu, bila nak belajar ni?” laung aina dari belakang.
“Sabar,” saya menjawab dengan bahasa isyarat yang saya kurang pasti sama ada mereka faham atau tidak.
Minggu itu penuh dengan cabaran buat saya yang perlu mengajar dan mendidik tanpa menggunakan suara.
Mungkin penyampaian saya buat mereka kurang berkesan, tapi keadaan itu membuatkan saya terpaksa mendidik diri dengan sifat sabar.
Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya
Jadi minggu pertama itu, adalah latihan buat saya. Tamrin untuk memupuk saya agar lebih bersabar ketika menghadapi apa jua situasi.
Ah, sabar itu indah sebenarnya. Siapa kata manusia yang beremosi tidak pandai bersabar?
Kalau kita mahu, ia bukan masalah mampu atau tidak. ^_~
Fasbir sobran jameela..
Innallahha ma’as sobirin. Ya, Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.
Tak percaya? Duhai diri,
Dah sebulan berlalu, suara masih macam Ela penyanyi rock tu…
Tidak mengapa, cool apa..hu~
Percayalah…
SABAR itu INDAH! =)
7 comments:
Wah Cikgu Abidah yg penyabar! ;)
Insyallah kan terus menyinar dalam mentarbiah ummah.
Sabar ye cikgu..^^
sdiakah sy ntk trus mentarbiyah dn ditarbiyah...?
Ya Allah y membolak balikkan hati, tetapkanlah hati ini di dalam agamaMu,jua dalam ketaatan kepadaMu, jua tetapkanlah hati ini dalam perjuangan menujuMu ya Allah...ameen..
melatih kesabaran tentu susah terutama denagn budak2yang banyak kerenah,,
moga dimudahkan
ameen..
moga Allah permudahkan urusan kebaikan kalian jua! ^_^
seronoknya dapat menimba pengalaman jd pendidik..
semoga abidah terus sabar dn gumbira ye.. benih2 hasilnya nnt kongsikan.. ana cop cerita ni jd drama bersiri. jd pastikn update sokmo neh. ^^
drama bersiri?
Sabar itu kunci dalam kehidupan... perginya sabar kte dalame kesusahan utk memasuki pntu2 perjalanan kehidupn kte
Post a Comment