salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Friday, March 2, 2012

Usah leka mengait kelemahan~



Angin yang menderu kuat,seakan-akan mahu menerbangkan dirinya.

Ah,bawalah dirinya terbang. Mahu melihat dunia baru~
(Terlebih-lebih plak imaginasinya..adeh..)


Malam itu dia tidak ke mana-mana.
Angin yang menggoncangkn tingkap biliknya cukup menggerunkan.
Ditambah angin yang mengocak-ngocak isi perut.

Kisah 1 Litre of tears hanya satu episod yang ditonton.
Bimbang masa yang ada terhabis begitu sahaja. Bayangkanlah, setiap episod mengambil masa hampir 50minit dan kisah itu bukanlah di dalam bahasa ibundanya,maka perlulah diberikan perhatian sepenuhnya kepada  translation yang tertulis di kaca laptop.
Moga ada ibrah yang dapat dipraktikkan.

Status seorang teman di FB hari ini, cukup menyentuh hatinya.
Tentang keseronokan teman bersama ahli rumah menyiapkan masakan jenis bakeri bersama-sama.
Dia mafhum sangat tentang kelebihan teman itu dalam bab-bab masakan terutamanya berunsurkan kek dan biskut.

Kelmarin,semalam, status-status beberapa orang teman tentang buku yang baru sahaja dikhatamkan bacaannya.
Juga tentang diskusi-diskusi ilmiah yang baru sahaja selesai dan akan disambung dengan diskusi-diskusi yang seterusnya.

Dan dia di situ........??

Siapa tidak mahu pandai menjadi pakar dalam bidang bakeri.
(Cuma alasan yang diberikan, kerja-kerjanya menyiapkannya sangat renyah)

Siapa tidak mahu menghabiskan sekurang-kurangnya sebiji buku sehari.
(Tapi alasan yang diberikan kitab-kitab jami'ah masih banyak yang perlu dibaca..)

Siapa tidak mahu sentiasa ada masa untuk hadir ke kelas tafaqquh atau talaqqi.Jua sibuk dengan diskusi yang mampu menjana minda dan diri.
(Tapi kesibukan dan tahap kesihatan sering menjadi alasan..)

Lalu diri menjadi celaru,
Lalu diri menjadi keliru,

Penat merasa cemburu dengan teman-teman yang seakan mengerti dan tahu akan kekeuatan diri masing-masing.

Tapi dirinya...??

Angin tolong khabarkan pada dirinya apa yang dia perlu,
Hujan tolong maklumkan dia apa kurangnya dia.
Frost tolong beritahu dia, apa lebihnya dia,
Salji tolong sampaikan padanya siapa dia sebenarnya...

Tuhan, tolong hadiahkan dia kekuatan untuk dia mengenal potensi dirinya.
Agar dia bisa hidup dan berjaya bukan di bawah bayang-bayang orang lain, lantas dia merasa sangat rendah taraf dan nilai dirinya.

Tuhan,tolong hadiahkan istiqamah dalam mengislah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Izinkan dia untuk semakin dekat denganMu.

Dariku buatmu,
Kekuatan itu telah lama DIA hadirkan,cuma kita yang yang tak ketemu dek leka mengait kelemahan-kelemahan yang berbenang-benang banyaknya.


Salam revolusi untuk jiwa-jiwa yang sering merasa lemah!!

2 comments:

MUAZHAMOZA said...

bukan persoalan lemah, tapi berani atau tidak

AnA ImTiYaZ.. said...

bila tiada keberanian,ia juga adalah 1 kelemahan