Tangguh lagi.
Semalam janji mahu bertemu.
Semalam janji mahu mengadu.
Bila tiba saatnya, terlupa ada kewajipan lain.
Lalu ditangguh lagi.
Kelmarin pun sama.
HAri ini berjanji lagi.
Tekad, benar-benar tekad.
Mahu bicara dari hati.
Mahu meluah segala yang terisi.
Bila tiba saat yang dijanji,
hati senyap menyepi,
kelu lidah tak berbunyi,
Bila ditanya mengapa,
katanya, tidak tahu apa yang perlu dikata.
Lalu ditangguh lagi.....

DIA masih menunggu
meski janji itu telah berminggu-minggu tidak terlunas tanpa penjelasan,
meski hati semakin sarat dengan kepayahan
hari-hari jua DIA datang mengetuk,
hari-hari jua DIA datang membisik,
hari-hari jua DIA datang mengejut,
Tapi diri masih lupa
tapi diri masih leka
dan luka makin bernanah
dan parut semakin memerah
Bila..
bila mahu tunai janji hati...??
bila..
bila mahu luah isi hati...??
Iman hampir merajuk lantaran bosan dengan diri.
perlukah bertangguh lagi...??
atau mahu menanti sehingga hati terburai tak berisi...???
DIA datang lagi.
lalu ditanya pada diri,
mahu bertangguh lagi...???
BEnarkah kau berpegang pada zikir HASBIYALLAHHU WANI'MAL WAKIL...??
"Allah lah sebaik-baik teman dan pembantu.."
Lalu mengapa mahu bertangguh lagi..!!
~tak perlu menunggu sehingga hati keras tak berfungsi..!!!~
3 comments:
Salam ukhti.. rindu mahu dengar enti berpuisi.. =) jadi ana datang ziarah enti.. :) jauh ni, dari Ganu terbang ke Jordan.. huhu, salam buat semua kesayangan ana di sana ye. Jaga diri.. ^__~
salam alaik ya ukhti habibti..^^
menanti saat waktu,kita dipertemukan lg..
doakan ana setabah enti atau mungkin lebih tabah lagi..
insyaAllah.. kita akan saling mendoakan, menguatkan, menggagahkan..
Sayang enti kerana Allah.. =)
Post a Comment